Merayakan Huaren

Puteri Harbour (termasuk dalam Pinyin)

Papantanda Puteri Harbour menyambut pengunjung (termasuk dalam Pinyin)

Dalam keghairahan untuk menyambut dan merayakan tetamu, samada pelancong, pelabur atau masyarakat peniaga, kita tidak wajar untuk menengahkan apa yang penting dan dekat bagi orang lain, terutama budaya dan medium kommunikasi, demi mencapai matlamat yang dihajat.

Papantanda utama untuk menyambut pengunjung memasuki kawasan pembangunan riadah mewah Puteri Harbour, Iskandar Malaysia ini ditulis dalam Bahasa Mandarin selain Bahasa Melayu (bahasa rasmi negara) dan Bahasa Inggeris.

Mengapa hanya tulisan Bahasa Mandarin tertera dalam papantanda itu berbanding tulisan dalam bahasa lain utama dunia seperti Arab, Jepun, Korea, Siam, HIndi dan Russia dimana majoriti masyarakat Malaysia belum boleh menguasai, masih tidak jelas. Pengamat kasar setakat ini menunjukan tidak ramai daripada pengunjung ke Puteri Harbour, termasuk tarikan terbaru seperti Traders Hotel. Hello Kitty Theme Park dan Lat’s Place terdiri dari mereka yang hanya boleh faham tulisan Pinyin.

Lat's Place: Menerima pengunjung

Lat’s Place: Menerima tempahan pengunjung di Puteri Harbour

Puteri Harbour ialah pembangunan riadah dan santai mewah yang dibangunkan oleh Khazanah Holdings Bhd, melalui UEM Land Bhd. Ianya merupakan pembangunan bersebelahan dengan Kota Iskandar, pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor yang baru. Selain dari hotel, pusat perdagangan, marina dan kawasan riadah termasuk theme park, pembangunan kondo mewah juga dirancang.

Samada keputusan meletakkan papantanda ini dalam keadaan ini adalah secara sengaja atau cuai, ianya memberikan persepsi yang mendalam. Ini kerana Johor merupakan ‘Simpanan Tetap’ BN dalam mana mana PRU dan lewat ini, kerusi Gelang Patah disifatkan sebagai ‘kelabu’ oleh penganalisa politik.

Apa pun, ianya tidak memberikan persepsi yang baik kepada Kerajaan Negeri Johor dan Khazanah, sebagai agensi pelaburan utama Kerajaan Persekutuan.

About these ads
Published in: on December 23, 2012 at 13:00  Comments (15)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/12/23/merayakan-huaren/trackback/

RSS feed for comments on this post.

15 CommentsLeave a comment

  1. No to Azman !
    No to Azman !
    No to Azman !
    arjuna waspada
    changkat lobak

  2. Tak apa lah kalau nak letak tulisan cina kat papan tanda persendirian tu. Kalau yang public punya lain lah cerita. Tapi ya lah, patutnya kalau dah letak tulisan Cina tu kena lah letak tulisan bahasa-bahasa lain. Bagi penuh sign board tu. Dah, gatal sangat nak insist guna bahasa ibunda masing-masing. Bagi kalut je.

    • Jangan kata tak apa. Papan tanda itu di letak di tempat awam, orang ramai baca – awak tak faham ke?

      Tak timbul so’al letak bahasa bahasa lain pulak. Awak tak ada perasaan perpaduan melalui bahasa dan mahu bangsa rojak di Malaysia ini ke? Perkara seperti ini tak boleh di komen secara enteng, sebab ini perkara serius.

  3. Tuan Big Dog,

    Baru ja dlm posting lepas aku tanya ‘Siapa sebenarnya MB Johor ni’…..

    Dah jelas!

  4. Big Dog.
    Saya setuju.Dalam keghariahan kita untok mendapatkan undi kaum cina,kita telah melakukan banyak perkara yang melukakan hati naluri orang Melayu.
    Sebab itu,amat perlu orang ang saperti Tan Sri azman di beri kursus oleh BTN.

  5. I am very surprised that UMNO has not shown sensitivities to the Johore Malays who have shown decades of loyalty and support for that party and have enabled Johor to deliver huge no.of seats for BN at State and Parliamentary levels. The tidal waves of devt that had hit the State will disrupt the social structure and fabric of Johoreans more so with the huge influx of everything foreign – from capital to work force to skilled expertise to the emergence of multi ethnic groups and nationalities – with consequences unknown, unresearched and ignored. These are huge fault lines ignored by the economic neoliberalist policy and plan of action. Extrapolating the dire situation that awaits the Johor folks must not be dismissed as far fetched or narrow minded or negative minded. It should be evaluated and assessed without fear of being accused as nationalists or racists. These are common accusations to throw us off bearing. Do what is morally right and correct and show some respect for the Johor Malays and the Johor folks.

  6. It’s in way’s Najib is telling the Rakyat ‘including the Malay ‘ not only the Johore Malay to learn mandrin that why so much support has been given to SRJKC to achieve his 1 Malaysia dreams .
    The national Bahasa Malaysia slogan is ‘bahasa menyatukan bangsa’ ,Najib slogan is ‘bersatu dalam mandrin’ in order to achieve his 1 Malaysia dream .
    It’s cant be a mistake or one could say ‘terlepas pandang’ ,it’s must be there on purpose ,if the reason was to attract tourist ,are we only attracting Chinese tourist ,are khazanah national that dump or dunggus in bahasa Malaysia.
    Melayu mudah lupa , what Tun say was very correct ,demi sebab- sebab yang Najib dan khazanah sahaja yang tahu sangup mengadai bahasa ,maruah bangsa dan negara.

    • Are you joking when saying “Najib is telling the Rakyat .. to learn mandrin ..” or you don’t like “so much support has been given to SRJKC”?

      On the latter, if so, I agree with you.

    • Anak anak Johor tidak setuju dengan samada sengaja atau cuai meletakan papantanda lain daripada Bahasa Kebangsaan yang termaktut dalam Pelembagaan. Ini isu Pelembagaan memabitkan persepsi kedaulatan Negara dan tidak bolih disambut dengan hati yang terbuka tapi dengan penuh kesedaran bertemankan kesucian minda.

      Kesedaran yang berteraskan keutamaan maruah bangsa Malaysia bertanamkan nilai nilai kemuliaan patut diambil kira bersama. Sifat ini ialah warisan bangsa Malaysia berpasak kepada amanat yang berpayungkan Pelembagaan yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan tulisan rasmi bagi bahasa Melayu ialah rumi. Ini lah amanat bagi semua bangsa Malaysia misti dipertahankan dan diamalkan.

      Yang membuatkan tanda tanya, kenapa bangsa Melaysia tidak celik utamanya bangsa Melayu itu sendiri? Sepatutnya kita mesti celik dan awas bahawa evolusi kedudukan sama dengan Bahasa Kebangsaan, keistimewaan Melayu dan Raja-Raja Melayu tidak sentiasa tenang dan dalam keadaan terancam bermulanya dari kesultanan Melaka terus didetik-detik sebelum Kebebasan Negara.

      Lebih terancam lagi apabila wujudnya Perlembagaan Persekutuan yang mana kedudukan keistimewaan Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Raja-Raja berdaulat tertulis nyata. Dengan sebab Kedudukan keistimewa Melayu Dan Raja-Raja ini, minda Pelampau-Pelampau tidak disenangi, utamanya oleh minda Kominist yang mana 99 peratus penganas ini berbangsa bukan Melayu pada masa itu.

      Jelmanya peristiwa nyata berkenaan minda tidak disenangi ini ialah apabila Malaysia diasak pula dengan desakan demi desakan PAP Singapura untuk Malaysia menerima agenda Malaysia Malaysian yang bernadakan perulalisma dan liberalisma. Ini bermakna bahawa kedudukan keistimewaan Melayu telah menempuh satu cabaran dan diancam lagi. Akhirnya membawa Singapura dibuang keluar dari persekutuan Malaysia.

      Pada masa itu parti politik Singapura di Malaysia ialah PAP, wakil PAP di Malaysia ialah Lim kit Siang semasa Singapura dalam Malaysia. Hendak tidaknya, untuk meneruskan perjuangan agenda Malaysian Malaysia dengan matlamat dan nada yang sama, Lim Kit Seng terpaksa menubuhkan parti yang diberi nama DAP untuk terus memperjuangkan Malaysian Malaysia. Pokoknya dan yang tersirat ialah kedudukan Melayu termaktub dalam Perlembagaan tidak disenangi dan telah menjadi batu penghalang kepada tujuan perjuangannya DAP. Dengan adanya kedudukan keistimewaan Melayu Dan Raja-Raja akan menyebabkan kononnya taraf dan keadaan bangsanya tidak menentu. Dari itu yang tersirat dalam perjuangan DAP ialah untuk menghapuskan kedudukan keistimewaan Melayu adalah pasti, satu matlamat dan gerakan muktamat. Dengan pegangan kuasa Pemerintah saja yang akan menjadi Penentuan DAP.

      Pegangan Negara berasaskan system berdemocrasi, minda Pelampau telah mengambil jalan halus menuju dan melalui kearah landasan kelemahan system Democrasi itu sendiri dan ambil kira kelemahan dari sikap Dan budaya Melayu.

      Pelembagaan Negara ialah satu kertas bertulis sahaja. Ia berkehedakan nyawa dan roh untuk mempertahankan isi kandonganya. Adalah usha Pelampau untuk mereput nyawa dan roh yang sedia ada . Sikit demi sikit Pelampau-Pelampau ini cuba meremehkan isi kandongan Pelembagaan. Mereka hendak tahu adakah nyawa dan roh ini hidup lagi atau hampir pupus. Yang anih dan menjadi alat mereka ialah Pelampau Melayu yang telah memberi dan menjual naywa dan rohnya kepada mereka. Sebagai contoh dan satu kebenaran bahawa didapati Padri-Padri Kristin bersama pemimpin DAP memDOAkan supaya Kristin meneraju agar kelak Pedana Menteri bukan datangnya dari Kaum Melayu. DOA ini disambut pula dengan DOA dan Yang Amat Berhormat Tok Guru supaya Umno (orang Islam yang mendokong kedudukan Raja-Raja Melayu) dihancurkan dan diaminkan bersama oleh beribu pengikut pati Pas yang berugama Islam.

      Kesimpulannya, anak anak Johor tidak setuju dengan meletakan papantanda lain daripada Bahasa Kebangsaan yang mana tersirat dihati kami.

  7. Jangan sesekali cuba untuk nak men’CINA’kan mana mana permata di Johor, dgn apacara sekali pun.

    Dewan Bahasa & Pustaka, dikenali Balai Pustaka, lahir di Johor Bahru pada 22 Jun 1956. Itu menunjukkan bertapa mustahaknya perhatian & pengharapan orang Johor kepada bahasa & persuratan Melayu.

    Eksekutif eksekutif Khazanah mesti kena ambik ingat. Kota Iskandar/Puteri Habour/Nusa Jaya/Johor Bahru adalah mercutanda Bangsa dan Empayar Johor. Jgn sesekali coba dikaburkan dgn memberikan msg bahawa Johor sedang di’internasional’kan & Cina mengambil peranan utama dlm penguasaan ini.

    Jangan sampai org Melayu Johor, bagi tau secara kasor, sama macam Pak Lah kena!

  8. Salam bro… Hebat Blog bro… Mohon dapat dipautkan Blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog bro… TQ Bro….

  9. Sejak bila DAP diberi mandat untuk mentadbir Johor?

  10. [...] writing is already on the wall. UMNO’s power base and electoral fixed deposit is being Sino-nised. It is neccessary that the nationalists in Johor brace themselves for the ‘Sino-nisation of [...]

  11. […] the case of ‘Chinese Tsunami’, the writings were already on the wall and as far back as six months ago it was all so clear. Example in Johor, where it is believed that Prime Minister Najib’s own […]

  12. […] the case of ‘Chinese Tsunami’, the writings were already on the wall and as far back as six months ago it was all so clear. Example in Johor, where it is believed that Prime Minister Najib’s own […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,029 other followers

%d bloggers like this: