Memperingati Kalabakan

Konfrotasi

Konfrotasi

Maghrib hari ini 49 tahun lampau disebuah pos keselamatan sementara bertempat dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kalabakan, Tawau, Sabah, C Kompeni dari Battalion ketiga Rejimen Askar Melayu DiRaja bawah Pegawai Memerintah Mej. Zainal Abidin Yaacob telah diserang semasa menunaikan sembahyang jemaah. Serangan itu dilakukan oleh ‘sukarelawan’ Tentera Kalimantan, yang dipercayai meyeberang dari sempadan Indonesia.

Pertempuran sengit berlaku dan C Kompeni berjaya bertahan tanpa berundur. Walaubagaimanapun, 7 orang perwira Askar Melayu termasuk Pegawai Memerintah Mej. Zainal Abidin telah gugur manakala 16 lain cedera.

Serangan ‘tidak rasmi oleh sukarelawan’ seperti ini amat kerap diperbatasan yang bersempadan dengan Indonesia seperti Johor, Sarawak dan Sabah apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Sebagai reaksi, Presiden Indonesia ketika itu Sukarno melancarkan ‘peperangan tidak rasmi’ atau Konfrontasi dengan Malaysia dengan cogankata ‘Ganyang Malaysia‘.

Tentera tentera Indonesia yang tidak beruniform dan disifatkan sebagai ‘sukarelawan’ menyeludup masuk lengkap bersenjata kedalam sempadan Malaysia untuk melakukan serangan gerila.

Peristiwa Kalabakan menjadi bukti kommitmen orang Melayu Semenanjung melalui Rejimen Askar Melayu DiRaja yang bersumpah taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan sekelian Raja Raja bersedia untuk berkorban demi mempertahankan sempadan dan kedaulatan negara tidak dicerobohi. Ini juga bukti bahawa kebebasan Sabah dan seluruh warga Sabah dibawah Perlembagaan Pesekutuan akan dipelihara dan pertahankan dalam apa keadaan sekali pun.

About these ads
Published in: on December 29, 2012 at 18:15  Comments (7)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/12/29/memperingati-kalabakan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 CommentsLeave a comment

  1. Al Fatihah kepada perwira/perajurit yang berkorban demi agama, bangsa & tanah tumpah darah.

    Peperangan besar semenjak 100 thn ini:

    Bukit Chandu
    Bukit Kepong
    Kalabakan

    Semua perwira yg gugur ialah anak Melayu.

    Al Fatihah utk mereka.

    • Semua perwira yg gugur ialah anak Melayu sebab mereka yang sanggup masuk tentera, berkorban untuk negara.

      Ini yang penjangak panjangak anti-nasional rakyat Malaysia mesti sedar, ingat, ambil kira bila mahu cuba porak perandakan keadaan di dalam negara ini.

      Jika tidak, bedebah mereka.

  2. Dari Dzulman Shah Alam,
    Negara kita mulai dari Persekutuan Tanah Melayu sahinggalah tertubuhnya Malaysia pernah melalui peristiwa peristiwa yang mengancam ketenteraman, keselamatan waimah kemerdekaan negara. Pada bulan Jun 1948 Parti Komunis Malaya (PKM) telah melancarkan “peperangan” bersenjata mereka di Sungei Siput yang memaksa Kerajaan British telah mengistiharkan dharurat. Pasukan keselamatan yang ada ketika itu adalah pasokan polis.
    Mereka dikerah dengan senjata seadanya sahaja dan anggota anggota Polis pula dikerah tanpa mendapat apa apa latihan didalam peperangan hutan. Hampir 2300 anggota Polis telah terkorban sekitar pemulaan dharurat.
    Kebolehan Polis memain peranan ketenteraan yang telah terbukti sepanjang ketika menentang pasokan gerakan komunis (PGK) dan ketika Konfrontasi meletaknya sebagai satu satu pasokan bersenjata yang berkebolahan memain peranan ketenteraan disamping menjaga lalulintas dan menyiasat kejadian jenayah.Polis diberi kuasa dibawah berbabagi undang undang termasuk memikul senjata membantu Tentera jika keadaan diperlukan.
    Sepanjang masa negara merdeka Polis menjalankan tugas dan tanggungjawab tanpa dipengaruhi oleh politik, “they remain apolitical”.
    Pengorbanan mereka harus juga diambil iktibar dan diingati.

  3. Terima kasih brother.

  4. Tragedi Kalabakan dan konfrantasi secara keseluruhannya seharusnya menjadi satu pengajaran kepada kita. Ia menunjukkan satu corak yang sama. Apabila pertahanan kita secara relatifnya lemah, kita terdedah kepada ancaman. Malaysia ketika itu adalah sebuah negara yang baru hendak berdiri. Kita masih bergantung kepada British dan kemampuan untuk mempertahankan diri kita sangat terhad. Jadi pihak yang berniat jahat dan berkeupayaan lebih baik tidak teragak-agak untuk mengambil kesempatan.

    Perkara ini bukan unik dan hanya terjadi kepada kita. Sejak era pasca Perang Dunia Kedua, sebagai contoh lihatlah apa yang dilakukan oleh Serbia terhadap Bosnia, Iraq terhadap Kuwait, Israel terhadap Lubnan/Palestin, Indonesia terhadap Timur Leste dan China terhadap Filipina. Sekiranya kita mengabaikan keupayaan pertahanan negara kita harus bersedia untuk membayar harga yang cukup tinggi. Ramai yang kurang faham bahawa keupayaan ini bukanlah sesuatu yang boleh dibina dalam sekelip mata.

    Dalam ertikata lain sekiranya kita sedang menghadapi ancaman atau berada diambang konflik, walaupun kita ada duit untuk membeli peralatan ketenteraan yang canggih dan hebat, tidak bermakna kita boleh serta-merta menggunakannnya dengan berkesan. Peralatan berkenaan memerlukan latihan khusus, kemudian ia perlu diuji dan digandingkan dengan berbagai bentuk sistem dan konsep sedia ada. Seterusnya doktrin tertentu perlu dibina dan keseluruhan anggota terlibat perlu dilatih dan diuji. Ianya satu proses panjang yang berterusan. Jadi kesiapsiagaan angkatan tentera kita walaupun memakan belanja yang tinggi perlu terus dikekalkan.

    Amat mendukacitakan bila ada pihak berkepentingan (musuh dalam selimut?) sering mengajukan soalan dengan siapa kita nak berperang, jawapanya mudah – tiada sesiapa. Pada saya soalan yang lebih relevan adalah, betapa pastinya kita, tidak ada orang yang mahu ‘menyerang’ kepentingan dan kedaulatan kita?

    Tidak ada sesiapa, hatta Tungku sekalipun yang menjangka Sukarno akan menyerang kita. Begitu juga tiada siapa yang menjangka Filipina akan menganjurkan operasi yang membawa kepada Jabidah Massacre. Hari ini Indonesia contohnya sedang bersungguh-sungguh meningkatkan keupayaan ketenteraan mereka. Malah kita telah kembali ketinggalan. Adakah sesiapa boleh beri jaminan bahawa jika orangx seperti Megawati Sukarnoputri, Prabowo Subianto dan Mustar Bona Ventura bertanding dan menang pilihanraya Indonesia kita akan kekal aman? Kenapa agaknya Filipina tidak berkeras dengan kita dalam isu Sabah? klu – ‘balance of power’ berpihak kepada kita (buat masa ini).

    Saya harap kita sama-sama menjadikan peristiwa sedih ini sebagai satu pengajaran dan lebih patriotik dengan tanah tumpah darah kita. Semoga pengorbanan wira-wira kita samaada di bukit Candu, Kalabakan ataupun di mana-mana sahaja tidak sia-sia.

    • Sorry guys, history’s not my favorite subject, certain I’m not the only one.
      So I googled Jabidah Massacre, it’s eye opening, to say the least.
      I hope you would put out more informative articles about the people who defended the country and more articles about the threats the country have faced.
      People’s eyes need to be opened.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,032 other followers

%d bloggers like this: