Tun Dr. Mahathir: Singkirkan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah!

Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendesak ahli UMNO menyingkirkan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana perlu mengembalikan aspirasi akar umbi untuk memartabatkan dan memperjuangan kepentingan Bangsa, dan bukan UMNO yang hari ini menjadi parti yang ujud untuk mendukung PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, kepetingan keluarga dan kuncu kuncu tertentu.

“Singkirkan Kepimpinan UMNO hari ini, singkirkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah!”

“Orang Melayu pernah berpadu dan penyatuan kuat ini berjaya mengagalkan Malayan Union, rancangan sebuah kuasa besar yang baru sahaja menang dalam Peperangan Dunia ke II”, menyingkap sejarah bagaimama orang Melayu yang tiada kuasa berjaya mengahalang rancangan dan mula menetukan nasib dan masa depan mereka, dalam 1946.

Beliau mengulangi gesaan yang pertama sekali dibuat di New York Hotel pada 10 Februari 2007 anjuran MyKMUJohor bahawa UMNO perlu menukar Kepimpinan, demi kepentingan Melayu dan sejarah menujukan UMNO akan menjadi kuat dan lebih baik kerana pertukaran Kepimpinan ini. Kepimpinan UMNO yang begitu berjasa, seperti Dato’ Onn menyatukan Melayu telah ditolak akar umbi UMNO pada 1951 dan Tunku Abdul Rahman juga pada 1969 kerana kegagalan mendukung aspirasi Bangsa Melayu.

“Yang penting ialah parti (UMNO), dan bukan Kepimpinan”.

Sebelum itu, beliau membuka ucapan rumusan beliau dengan mengatakan bahawa dalam keadaan geting ini, pemimpin UMNO lebih berminat untuk membuat “tafsiran atau muhibah”, bagi masalah yang belum selesai. Yang dimaksudkan ialah krisis Kepimpinan dan ‘Tsunami Politik’ yang melanda baru baru ini.

Beliau juga menegaskan bahawa masalah sekarang ialah bukanlah mengenai beliau, sebagai Mantan Presiden UMNO yang milih untuk bersuara, malah banyak kepincangan dalam parti. “UMNO mesti kekal walaupun pemimpin datang dan pergi”. UMNO juga merupakan parti rakyat dan aspirasi akar umbi merupakan dasar perjuangan parti. “Kepimpinan merupakan cara untuk aspirasi akar umbi diketengahkan dan diberikan perhatian”. Sekarang, menurut beliau UMNO lebih mementingkan Kepimpinan dari segala lain.

*Perkembangan 2.20pm

Dalam sessi sol jawab, Tun Dr. Mahathir ditanya mengenai ‘Peralihan Kuasa’ dan gandingan Tengku Razaleigh-Tan Sri Muhyiddin, beliau menjawab bahawa mana mana Kepimpinan tidak menjadi isu, asalkan mememtingkan aspirasi parti dan tidak boleh dipengaruhi ‘Penasihat Dalaman’ seperti keluarga terdekat. Beliau masih lagi mengunjurkan cadangan ‘Majlis Presiden’, yang dianggotai oleh mereka yang boleh menentukan aspirasi parti dan akar umbi dilaksanakan.

Belaiu juga menyindir kecenderungan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mendadakan ‘Suruhanjaya DiRaja’ dan mengesa agar diadakan ‘Suruhanjaya DiRaja’ untuk menyiasat AirAsia dan ECM Libra (siapa pemegang saham dan bertindak bagi pihak mana) dan skandal “Oil-for-food”, dimana telah dilaporkan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UN).

Mengulas kes video VK Lingam dimana nama beliau dibabitkan (sebagaimana yang dilaporkan NST semalam), beliau mengesa agar “Melakukan tindakan soal siasat. Biar ada kes, jangan tiada kes. Dakwa saya dalam Mahkamah. Saya mahu didakwa dalam Mahkamah agar saya berpeluangan untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku (mengenai Hakim Hakim) dan beri peluang untuk saya mencerita semua”. Yang tersirat disini ialah kes Ketua Hakim Negara dan lima Mahkamah Agung dipecat pada 1988. Beliau juga sempat menyindir mengenai komen Ketua Hakim Negara yang dipecat Tun Mohamed Salleh Abas yang menyifatkan beliau sama seperti ‘Idi Amin’.

Untuk soalan lain, beliau menjelaskan bahawa sekarang merupakan masa paling baik untuk Parti Pembangkang mendesak dan mempersoalkan pelbagai isu, termasuk kedudukan dan Hak Istimewa Orang Melayu. “Persamaan yang diminta adalah sebenar sehaluan dengan agenda ‘Malaysian Malaysia’”.

*Perkembangan 3.30pm

Dalam sidang media, apabila ditanya mengenai kenyataan Dato’ Kadir Jasin berkenaan usaha terancangan mengubah sistem Kehakiman terakhir pagi tadi, “Kerajaan hari ini lemah, tetapi tidak mengaku lemah, cuba sedaya upaya untuk melayan kehendak Pembangkang. Ini masa keemasan Pembangkang untuk ‘menghapuskan sistem Kehakiman’, yang disifatkan “Tidak Baik”. Pihak minoriti seperti Bar Council pula mengambil peranan dalam menentukan Kehakiman”. Tambah beliau lagi “Apa akan jadi apabila peguam yang melobi menentukan seseorang hakim muncul dihadapan hakim itu dan apakah keadilan boleh diperolehi (dengan cara Bar Council mempengaruhi perlantikan Kehakiman)?”.

Apabila ditanya mengenai sistem perlantikan Kehakiman sediada lemah, “Sistem itu baik. Tetapi orangnya yang tidak baik”. Beliau menegaskan bahawa beliau mendengar pendapat semua pihak, termasuk Ketua Hakim Negara yang akan bersara (mengenai calon Ketua Hakim Negara akan datang) dan tidak semestinya boleh dipengaruhi mana mana pihak dalam soalan perlantikan. Beliau juga mengulangi kesediaan untuk didakwa dalam Mahkamah agar beliau berpeluang memberi keterangan mengenai isu yang sama dan memberi pengakuan “Ada hakim melobi saya. Nanti, kalau dipanggil (memberi keterangan dalam Mahkamah), saya akan luahkan semua”.

Untuk soalan kenapa Pembangkang, terutama Anwar dan PKR begitu giat dan konsisten menghentam dan memburukan TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, jawab beliau “Strategi mereka ialah tidak menghentam PM ‘Flip-Flop’ Abdullah (tetapi menghentam Najib). Sehinggakan Karpal Singh pernah menyelar saya kerana mengkritik PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Pembangkang tidak suka kepada TPM Najib tetapi suka kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah (untuk kepentingan mereka)!”.

Published in: on May 17, 2008 at 1:26 pm Comments (4)

Mukhriz: Selamatkan keadaan dan UMNO dengan apa cara dan berapa lama sekalipun!

“Selagi nyawa dikandung badan, saya akan memastikan UMNO dan keadaan diselamatkan dengan apa cara, selama mana, membujur lalu melintang patah!” akur Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, dalam Forum MyKMUJohor.com di M Suite Hotel, Johor Bahru pagi ini.

Beliau mengatakan demikian setelah menjelaskan “Ada yang dilaur sana yang menyiapkan kain kapan untuk UMNO”, “UMNO tidak lagi relevan” dan “UMNO hanya tinggal dalam sejarah”.

Beliau mengesa ahli UMNO agar berhenti dengan sifat takut dan mementinkan diri sendiri dan berani melakukan yang terbaik, demi ikrar meningkatkan syiar Islam, memartabatkan Bangsa dan memajukan negara.

Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah gagal kerana:

1. Tak dapat selesai masalah rakyat

2. Gagal tunai aspirasi rakyat

3. Amalan kronyism diperingkat tertinggi

Bercakap mengenai ‘Tsunami Politik’ yang melanda PRU 12, beliau member ikrar “Kita pastikan tsunami politik melanda mereka pulak!”.

Dalam soal jawab, beliau menjelaskan isu Anwar Ibrahim, sebagaimana yang telah dibangkitkan dalam ucapan sulung beliau di Parlimen 13 Mei 2008:

1. Keakraban Anwar dengan Wolfowitz, strategis penaklukan Iraq selama 5 tahun ini dan beratus ribu umat Islam terbunuh

2. Penglibatan dan agenda Anwar dalam Foundation of the Future

3. Kenapa Israel memberikan begitu banyak perhatian dalam politik Anwar di Malaysia perlu menjadi sangsi

Published in: on at 12:24 pm Comments (1)

Ron: Kepimpinan bersekongkol dengan Amerika Syarikat dan agen Yahudi

Mantan Pengerusi Kelab Penyokong BN Parlimen Dato’ Ruhanie “Ron” Ahmad pagi ini membentangkan konspirasi ‘Budak Tingkat Empat’ dalam peranan mempertingkatkan pengaruh Yahudi Zionis dan Amerika dalam rantau ini, semenjak PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih tampuk Kepimpinan.

Beliau membuat analisa undi rosak yang dialami Johor, iaitu 1/3 dari jumlah undi rosak seluruh negara semasa Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) kerana manifestasi akar umbi Johor menentang pembatalan projek Jambatan Indah (Mac 2006) dan sebaliknya keputusan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menubuhkan Wilayah Pembangunan Iskandar, yang dilihat sebagai member kepentingan kepada Singapura. Iskandar Malaysia (nama sekarang) disifatkan sebagai “Singapura Raya” (Greater Singapore).

Jambatan Super Bridge, yang mempunyai keperluan ketenteraan tertentu merupakan salah satu perancangan Iskandar Malaysia disesuaikan Malaysia akur kepada agenda Singapura.

Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah juga jelas mula tunduk kepada Amerika Syarikat. Contoh yang diutarakan ialah kapal pengangkut pesawat berkuasa dan bersenjata nuklear serta kapal selam nuklear tentera laut Amerika Syarikat mula dibenarkan berlabuih di Pelabuhan Klang.

Published in: on at 11:49 am Comments (0)

Kadir Jasin: PM ‘Flip-Flop’ Abdullah alat Pembangkang dan Liberal untuk membelakangkan hak Melayu

Forum MyKMUJohor.com dibuka pagi ini dengan persembahan Mantan Ketua Pengarang Kumpulan NST Dato’ A Kadir Jasin (Blogger “The Scribe”) bahawa scenario sekrang merupakan agenda Pembangkang dan kumpulan ‘liberal’ melaksanakan agenda dan berjaya dijadikan ‘alat’ mereka melalui “Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lemah, angkuh, bongkak dan tidak bermaya”.

Antara analisa Kadir ialah:

1. Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) bukanlah pilihanraya luar rancangan

2. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menjadi pemimpin dalam sejarah paling tidak popular dalam tempoh paling singkat, dari sokongan terbesar hingga sokongan paling lemah. Tidak pernah berlaku dalam sejarah orang begitu ramai keluar membuang undi kerana benci dan meluat kepada Kepimpinan

3. Kepimpinan yang banyak membuat janji, tetapi gagal melaksanakanya (Rasuah, ketelusan pentadbiran, Kehakiman, sistem penyampaian)

4. Gagal menangani kos kehidupan yang meningkat, malah menghina rakyat Malaysia untuk “Merubah gaya hidup”

Beliau juga menjelaskan bahwa semasa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal, oleh pengubal berketurunan Inggeris, India dan Pakistan, ketentuan melantik Kehakiman merupakan hak mutlak Seri Paduka yang DiPertuan Agong, atas nasihat Eksekutif dan perkenan Majlis Raja Raja.

“Hari ini, kenapa kita (Zaid Ibrahim) mahu merubah semua itu dan memberikan ruang agar Majlis Peguam pula menentukan siapa yang paling layak menjadi Kehakiman? Apakah sistem perlantikan Kehakiman selama 50 tahun ini sudah tidak relevan?”.

Published in: on at 11:12 am Comments (2)

Ucapan sulung YB Dato’ Mukhriz Mahathir, MP Jerlun di Dewan Rakyat

Terima kasih Tan Sri Yang DiPertua kerana memberi saya julung2 kalinya peluang untuk saya membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Persidangan Penggal Pertama Parlimen Keduabelas.

Negara Perindustrian

Tan Sri Yang DiPertua, seperti yang kita sedari, di era serba mencabar dalam ekonomi dunia, negara mesti menarik minat pelabur langsung asing (FDI) untuk membuka kilang, mewujudkan industri-industri dan syarikat- syarikat yang mengeluarkan produk dan perkhidmatan untuk pasaran global.  Kita lihat kebelakangan ini, Malaysia tidak dilihat sebagai destinasi pelaburan utama bagi setiap pelabur yang meninjau rantau ini dalam usaha mencari lokasi untuk membuka bisnesnya.

Buat masa ini bukan sahaja negeri penduduk ramai seperti China, India dan Indonesia yang dapat menawarkan harga buruh yang murah, tapi kita lihat kemunculan Vietnam, Cambodia dan juga Laos mendapat FDI -  yang lama kelamaan akan melebihi FDI yang datang ke Malaysia.

Malah, sekarang ini China dan India sudah menarik perhatian pelabur-pelabur yang memberi penekanan kepada keupayaan teknologi, dan bukan hanya kos buruh yang murah.

Bagi Malaysia yang berhubung rapat dengan dunia perdagangan dan perniagaan, sudah tentu kadar kemasukan FDI menjadi petanda survivabiliti negara.

Pada waktu yang sama, dalam usaha kita untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, sudah tentu kita perlu memberi penekanan kepada usaha untuk meningkatkan bilangan industri industri besar dan juga IKS yang menjadi tulang belakang negara perindustrian.  Soalnya, adakah industri-industri besar dan juga IKS Malaysia boleh diiktiraf sebagai bertaraf dunia?  Untuk menjadi negara perindustrian sudah tentu kita perlu wujudkan syarikat syarikat perindustrian ala Sony, Hyundai, Acer dan sebagainya.  Sudah tentu kita juga perlu lahirkan “industrialists” seperti Akio Morita, Chung Ju-Yung dan Stan Shih untuk menerajui syarikat syarikat ini.  Soalnya, syarikat Malaysia yang manakah yang boleh kita bangga sebagai syarikat teknologi tinggi yang diri dan duduknya sama tinggi sama rendah dengan syarikat syarikat ternama didunia, dan siapakah industrialist Malaysia yang akan memacu negara kearah menjadi negara perindustrian?

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada balu dan keluarga Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, pengasas Naza Motors yang telah meninggal dunia baru baru ini.  Sebelum ini juga, Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad, pengasas DRB Hicom - juga seorang tokoh yang dilihat sebagai industrialist negara - telah meninggal dunia sebelum sempat membantu dalam usaha mengindustrikan negara.

Saya berharap Kerajaan akan terus dengan pendekatan Pensyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated supaya jenama jenama Malaysia industri besar dapat menerokai pasaran dunia untuk produk dan perkhidmatan hasil usaha Malaysia - sekaligus merealisasikan aspirasi negara menjadi negara maju berindustri.

Kita mahu lihat GLC memainkan peranan yang lebih bermakna dalam usaha memacu negara kearah menjadi negara industri.  Pada waktu yang sama, kita harap ruang dan peluang akan diberikan kepada mana mana usahawan pihak swasta untuk mengusahakan industri besar.  Dalam penglibatan GLC dalam industri besar, biarlah ianya tidak bersaing dengan syarikat swasta yang mencebur diri dalam sektor industri yang sama.  Ini adalah kerana perbelanjaan dan pelaburan yang diperlukan untuk industri besar ini punyai kos dan risiko yang tinggi. Sudah tentu merugikan negara sekiranya syarikat syarikat swasta ini berhadapan dengan saingan daripada GLC dalam sektor industri yang sama.

Kewujudan industri intensif buruh sudah tentu akan menyediakan banyak peluang kerja untuk anak-anak muda kita.  Industri intensif kapital pula memerlukan tenaga kerja yang mampu menguasai teknologi tercanggih.

China dan India makin hari makin berkemampuan untuk melahirkan tenaga kerja yang berdaya kreatif dan inovatif.  Banyak produk dari negara maju yang dulunya direka bentuk di Barat dikeluarkan di kilang-kilang di India dan China.  Kini kita lihat kerja kerja rekabentuk juga dilakukan oleh syarikat design di kedua India dan China.  Nilai tambah yang disumbangkan oleh kedua negara ini mampu mengurangkan kos untuk syarikat induk di negara maju, sambil itu membuktikan bahawa syarikat India dan China juga mampu menyaingi Barat dalam fungsi mereka bentuk.

Dimana Malaysia dalam soal ini?  Walaupun India dan China sudah kurang dilihat sebagai negara pengeluaran kos rendah, tetapi negara membangun yang lain telah mengambil alih tempat kedua negara tersebut.  Indonesia, Vietnam dan Cambodia pula dilihat sebagai destinasi pelaburan terbaru yang menarik.

Mahu tak mahu, Malaysia tidak dapat elak daripada menarik pelabur yang lebih mementingkan kualiti produk dan tahap penguasaan teknologi tinggi daripada kos buruh yang rendah.  Adakah tenaga kerja Malaysia bersedia untuk menerima kehadiran pelabur-pelabur seperti ini?  Sudah tentu Dasar Pendidikan Negara memainkan peranan yang amat penting untuk merealisasikan matlamat ini.

Pendidikan

Tan Sri Yang Di Pertua, sambil kita membina modal insan seperti yang kerap kali diuar-uarkan oleh Kerajaan, kita juga perlu memastikan peluang kerja yang mencukupi untuk anak-anak muda kita termasuk graduan IPT tempatan dan juga yang menuntut di luar negara.  Malangnya kita lihat kadar pengangguran yang masih membimbangkan.  Atas sebab sebab tertentu, ramai juga graduan kita yang tidak berpeluang untuk mencari kerja yang menepati kelulusan mereka, dan ada juga yang masih menganggur.

Ramai graduan diluar negara pula mencari kerja dinegara tersebut.  Ada juga bakat terbaik diantara anak muda kita yang diambil kerja diluar negara - ramai juga ke Singapura.  Ada diantara mereka yang berpendapat bahawa gaji yang ditawar di Malaysia untuk kerja mengikut kelulusan mereka tidak memenuhi keperluan mereka, maka itulah sebabnya mereka berhijrah keluarnegara untuk cari nafkah.

Ini bermakna bahawa belanja yang banyak yang dikeluarkan oleh Kerajaan untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak kita tidak membawa hasil seperti yang diharapkan kerana peluang kerja yang tidak mencukupi.  Lebih merugikan lagi apabila bakat bakat terbaik antara mereka bekerja di luar negara, menetap di sana dan membayar cukai pendapatan di sana juga.

Kalau trend ini tidak dibendung, negara akan mengalami kerugian yang amat besar dan kesannya akan berpanjangan.

PPSMI

Tan Sri Yang Di Pertua, kita sering diberitahu bahawa ada diantara guru-guru di sekolah tidak mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang secukupnya untuk mereka menjayakan program Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).  Apabila guru-guru ini dikehendaki menjalani Peperiksaan Tahap Profisiensi (atau PTP), kerap kali peperiksaan ini dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dan ianya menjadi satu bebanan kepada guru-guru.  Oleh itu, guru guru ini tidak mempunyai tempoh waktu yang mencukupi untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan ini.  Supaya mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai tahap penguasaan Bahasa Inggeris, saya cadangkan agar PTP ini diadakan sewaktu cuti penggal sekolah atau apabila guru-guru menghadiri kursus.Sekiranya diberi masa yang mencukupi,saya yakin tahap pencapaian guru-guru yang menduduki PTP ini akan lebih memuaskan.

Saya ingin ucapkan tahniah kepada Kementerian Pelajaran kerana mewujudkan program Pedagogy Enhancement & Reinforcement of Learning Strategy atau PEARLS dimana guru guru Sains dan Matematik berkumpul dan berbincang mengenai pendekatan pendekatan yang terbukti membawa hasil yang diingini dalam menjayakan PPSMI.  Program ini diterima baik oleh guru-guru tersebut, dan nampaknya memberangsangkan mereka untuk terus berusaha ke arah matlamat yang ditetapkan.

Membantu usahawan muda

Kebelakangan ini kita lihat begitu ramai belia yang memerlukan bantuan kewangan dalam bentuk modal untuk memulakan perniagaan kecil kecilan.  Mereka tidak memerlukan wang yang banyak.  Sekadar RM10,000 hingga RM20,000 pun memadai untuk perniagaan mereka.  Tetapi kerana tidak dianggap “credit worthy”, mungkin kerana punyai hutang-hutang lain yang belum diselesaikan, atau kerana tidak ada aset yang boleh dicagarkan untuk pinjaman tersebut, maka bakal bakal usahawan muda ini tidak dapat membuat pinjaman dari institusi institusi kewangan atau dari agensi-agensi peminjam Kerajaan.

Olehitu, saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana memansuhkan beberapa syarat untuk pinjaman dibawah Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB).  Ini membolehkan lebih ramai belia menyertai bidang keusahawanan, sekaligus membantu mengurangkan kadar pengangguran dikalangan belia.

Untuk memastikan bahawa jumlah dana STEB sebanyak RM40 juta itu digunakan sepenuhnya bagi tujuan ini, saya cadangkan supaya pegawai Kementerian Belia & Sukan turun mencari usahawan usahawan kecil yang sudah berniaga seperti mereka yang mempunyai gerai makanan yang popular untuk ditawarkan pinjaman supaya dapat membantu meluaskan perniagaan yang mereka usahakan.

Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri?

Tan Sri Yang Di Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang telah dikatakan oleh YB dari Gombak yang telah menyatakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim adalah insan yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.  Saya tertanya-tanya mengenai tiga perkara yang telah dilaporkan dalam media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan.

Yang pertama mengenai artikel dalam majalah TIME dalam edisinya bertajuk “The 2008 TIME 100”.  Laporan mengenai Dato Seri Anwar ditulis oleh rakan karibnya, Paul Wolfowitz - bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat merangkap ketua strategist Perang Iraq untuk George W. Bush.  Mengapa harus Dato Seri Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih 1 juta rakyat Iraq ini?

Yang keduanya mengenai artikel dalam akhbar Israel, iaitu Jerusalem Post, yang menggambarkan Dato Seri Anwar sebagai “Malaysia’s Future Prime Minister” seperti yang telah disebut oleh YB dari Gombak dalam dewan yang mulia ini.  Adakah ini bukti bahawa Israel juga setuju Dato Seri Anwar menjadi perdana menteri Malaysia?  Dan kalau setuju, mengapa?

Yang ketiganya ialah mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of the Future.  NGO ini menerima dana sebanyak US$35juta dari Jabatan Negara atau State Department, kerajaan Amerika Syarikat, US$10 juta dari Bahrain dan US$11 juta dari lain lain sumber yang tidak diketahui.  Pengerusi Foundation of the Future ialah tak lain tak bukan Dato Seri Anwar Ibrahim, insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia.  Di NGO ini jugalah, Dato Seri Anwar mengambil kerja Shaha Riza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah mencetuskan kontroversi di Bank Dunia tempohari.

Soalnya, adakah Dato Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latarbelakangnya, dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman Neo Conservative yang membunuh rakyat Islam di Iraq, Paul Wolfowitz, hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini?

Sudah tentu tidak!  Selagi nyawa dikandung badan, UMNO tetap akan mempertahankan kedaulatan negara kita.

“Tsunami Politik”

Tan Sri Yang Di Pertua, apa yang berlaku didalam pilihanraya yang lepas sebenarnya memberikan hikmah dan pengajaran yang besar kepada UMNO.  UMNO sudah mendengar dan memahami isihati rakyat, dan akan membuka satu lebaran yang baru.  Sejarah UMNO telah membuktikan setiap kali ia jatuh ia akan bangun dengan lebih gagah dan perkasa.  UMNO tidak akan berpeluk tubuh berdiam diri dan membuang masa.

Percayalah kami akan menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.  Setiap apa yang kami lakukan dan bakal lakukan pembangkang harus gusar dan gentar kerana perubahan dan kebangkitan semula UMNO sudah bermula.  Ia akan mendatangkan seribu satu impak positif kepada semua pihak.  Pihak pembangkang tidak perlu masuk campur atau menjaga tepi kain UMNO, kerana kami tahu bagaimana untuk mengurus dan menjaga parti yang kami cintai ini.  Dan sesungguhnya tsunami politik akan berlaku di dalam pilihanraya yang akan datang - cumanya,pasa ketika itu pihak pembangkang pulalah yang akan dilanda badai tersebut.

Oleh itu, diatas dasar perjuangan agama, bangsa dan tanahair, saya ingin mengajak Ahli2 Yg Berhormat dari pihak pembangkang kembali ke pangkal jalan dan menyertai kami.

Tan Sri Yang DiPertua, oleh itu saya mohon menyokong.  Sekian, terima kasih.

Published in: on May 13, 2008 at 7:51 pm Comments (18)

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah secretly went of to Dubai?

PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi was said to have left the country, under an absolute clandestine mode to go and meet the Emir of UAE Sheikh Khalifa Bin Zayid Al Nuhayyan in United Arab Emirates last Wednesday. No one accompanied him on this one day trip, not even any of his aides and anyone of the ‘Level Four Boys’. Neither is the specific purpose has been properly identified.

Popular suspicion is that the purpose was something got to do with money, as UAE is a capital rich state in the Persian Gulf area and now gaining prominence in the global financial capital geography.

This Gulf state has a very bullish economy. UAE has almost USD 30 billion reserve in an economy worth USD 190 billion per annum. The GDP per capita (adjusted to purchase power parity) is USD 55,000 per person, which is one of the highest in the world. The government even has a 34% surplus budget every year.

Whether PM ‘Flip-Flop’ Abdullah also met any of the Al Maktum family, currently the Vice President and Prime Minister of the emirates, cannot be certain either. Let’s carefully watch any close development on this ’secret’ trip.

Published in: on at 12:21 pm Comments (11)

Mukhriz: Remembering Nakba & “We blew our chances, when we had it!”

Co-ordinator of Peace Malaysia Dato’ Mukhriz Mahathir, speaking on an event to commemorate “Remembering Nakba” this morning in Petaling Jaya.

Nakba: 60 Years in the Subjugation of the Palestinian People.

1. Assalaamualaikum W.B.T, and Good Morning.

First of all I would like to extend my appreciation to the International Movement for a JUST World (JUST) for collaborating with PEACE Malaysia in organising this public forum to commemorate the ‘Day of Catastrophe of Nakba’. My sincere thanks also goes to all the eminent speakers at this forum as well as to Helen Ng for her poetry recital. I would also like to welcome our guests and audience who truly understand the gravity of the problem and empathise with the hardships endured by the Palestinian people.

2. I would like to start off by saying that the Malaysian people are indeed benevolent and large-hearted. The Palestinian cause has always been a struggle shared by Malaysians. Muslim-Malays and non-Malays alike are aware of the plight of the Palestinians and have been steadfast in their support to free these brave people from the tyranny of Israeli oppression and the arrogation of the Palestinian homeland by the Zionists. Heretofore, perhaps the single most identifiable struggle that in one way or another links the entire world to its legitimate struggle is the Palestinian cause. The never-ending conflict in the Middle Eastern region of the world has the Palestinian conflict as the backdrop to ensuing hostilities. Approximately 1.3 billion Muslims across the globe view the Palestinian conflict as one that Muslims are obliged to support their Palestinian brethren. Hitherto, the world is ever more polarised along religious lines. The so-called war on terrorism that puts Malaysia and the South East Asian Region as the ‘Second Front of the War on Terror’ according to the White House is in reality viewed with deep-seated suspicion and anger that this war is nothing more that an unofficial war declared upon Islam. The popular saying that ‘One man’s terrorist is another’s freedom fighter’ is still true in today’s context. The proponents of state terrorism against Muslim nations and communities are swift to unleash their savage weaponry in killing terrorists but are intent to ignore the root causes and reasons that lead to terrorism. What a wretched life it must be to motivate any person to blow themselves up. Who in their right mind would want to commit such an act if not for the desperation and despair inflicted upon them?

3. The real axis of evil has as its head the Zionist state with the body of the White House. The Zionist agenda which has been carried out by successive U.S. Presidents to date can be seen in the euphoric and wholehearted support of the 60th anniversary of the founding of Israel. Media reports use the term ‘rebirth’ of Israel as if to omit the fact that the lands are occupied lands at the cost of Palestinian blood and suffering. Today Israel has an astounding population of 5.5 million people. The biggest concentration of Jews other than the United States. The Zionists are organising a three days conference to be held soon to discuss the future of the Jews and Israel. The event boasts the brightest and best brains in the world. Henry Kissinger, Tony Blair and George W. Bush are among the notable invitees. These personalities however aren’t going to celebrate Nakba. The reasons are obvious and well documented.

4. Israel and its allies have never shown any remorse for the 1.4 million Palestinians that were forcibly driven out of their homes to seek refuge in neighbouring Arab states. The end of the 1948 Arab-Israeli war saw Israel controlling 77 percent of the territory of Mandatory Palestine, while the West Bank and the Gaza Strip fell to Jordan and Egypt respectively. This period in Palestinian History in known as al-Nakba or the catastrophe. The birth of the Palestinian refugee problem is a testament to this sad state of affairs. More than one million Palestinians are stateless, with no choice but to live in squalid makeshift camps in the region

Recently declassified Zionist documents points to the unanimous agreement among the Zionist leadership at the time that supported the Peel recommendations of 1937 in favour of the ‘transfer’ of Palestinian-Arabs out of the areas of the Zionist state-to-be. Ben Gurion is documented to have stated that ‘’I support compulsory (Palestinian Arab) population transfer. I do not see in it anything immoral….’’ “The transfer of Arabs is easier than the transfer of any other [people]. There are Arabs states

around . . . And it is clear that if the [Palestinian] Arabs are transferred this would improve their situation and not the opposite.” Since, none of the members of Jewish Agency Executive opposed this idea, Moshe Sharett, then the director of the Jewish Agency’s Political Department cast the policy to stone. He said the “Transfer could be the crowning achievements, the final stage in the development of [our] policy, but certainly not the point of departure. By [speaking publicly and prematurely] we could mobilizing vast forces against the matter and cause it to fail, in advance.”

Israel has maintained a consistent policy to drive the Palestinians out of their homes to this present day.

5. For your information, as of 2007 these are among the refugee camps known to us. Many more are undocumented.



Palestinian Refugee Camps Listing (مخيمات الاجئين الفلسطينين)

Posted on January 29, 2007

Palestine

Jordan

Lebanon

Syria

‘Amari (الامعري)
‘Aqbat Jabir (عقبة جبر)

al-’Arrub (العروب)

‘Askar (عسكر)

‘Ayda (عيده)
Beach (الشاطئ)
Balatah (بلاطه)

Bayt Jibrin (بيت جبرين)
Brazil ( البرازيل)
al-Burayj ( البريج)
Dayr ‘Ammar (دير عمّار)
Dayr al-Balah (دير البلح)
Deheishe (الدهيشه)
al-Fari’ah (الفارعه)
al-Fawwar (الفوّار)
Jabalya (جباليه)
al-Jalazoun (الجلزون)
Jinin -مُخيّم جنين
Khan Yunis (خان يونس)
al-Maghazi (المغازي)
Nur Shams R.C. - نور شمس
al-Nusayrat ( النصيرات)
Qalandya (قلنديه)
Rafah (رفح)
Refugee Camp No. 1 ( عين بيت الماء/رقم 1)
Shu’fat ( شعفاط)

Tulkarm R.C. - طولكرم
Tall al-Sultan ( تل ّالسلطان)

al-Baq’a (البقعه)
al-Husn (الحصن)

al-Hussein (الحسين)

Irbid (إربد)

Jarash ( جرش)

Marka/Shnillar (ماركه/شنللّر)

Souf (سوف)

al-Talbiyyah (الطالبيّه)

Wehdat (الوحدات)

Zarqa ( الزرقاء)

al-Badawi (البداوي)
al-Bass (البصّ)
Burj al-Barajneih ( برج البراجنه)
al-Burj al-Shamali (برج الشمالي)
Dbayeh

Ein el Helweh(عين الحلوه)
Jisr al-Basha(جسر الباش/مدمّر)
Mar el-Yas (مار الياس)
Miyah wa Miyah (ميه وميه)

Nahr al-Barid (نهر البارد)
al-Rashidiyeh (الراشديّه)
Sabra

Shatila (مخيّم شاتيله)
Tall al-Za’atr (تلّ الزعتر/مدمّر)
Wavell (مخيم الجليل/ ويفل)

al-Nayrab (النيرب)
Yarmuk (


اليرموك)


6. Brothers and Sisters, PEACE Malaysia is of the opinion that the atrocities committed against the Palestinian peoples is nothing short of ethnic cleansing. We have seen the Western Judeo-Christian entity move against perpetrators of genocide when it is in their interest but wilfully deny responsibility for the very same acts committed by them against the Palestinians.

7. Allow me to quote Johann Hari, an award-winning journalist and columnist for the British broadsheet the Independent whom observed to the effect that ‘’whenever I try to mouth these words, a remembered smell fills my nostrils. It is the smell of shit. Across the occupied West Bank, raw untreated sewage is pumped every day out of the Jewish settlements, along large metal pipes, straight onto Palestinian land. From there, it can enter the groundwater and the reservoirs, and become a poison.

Standing near one of these long, stinking brown-and-yellow rivers of waste recently, the local chief medical officer, Dr Bassam Said Nadi, explained to me: “Recently there were very heavy rains, and the shit started to flow into the reservoir that provides water for this whole area. I knew that if we didn’t act, people would die. We had to alert everyone not to drink the water for over a week, and distribute bottles. We were lucky it was spotted. Next time…” He shook his head in fear.

The Zionists have gone far beyond forced occupation and acquisition of Palestinian land but are intent to extinguish the Palestinian people completely by means of violent attrition and silent ethnic cleansing.

7. In its most recent damning report The Al Mezan Center for Human Rights which is a non-governmental organization based in the Jabalia Palestinian refugee camp in the Gaza Strip, cited that the number of victims killed by Israeli Occupation Forces (IOF) has increased amid continued escalation of its attacks on, and incursions into, the Gaza Strip recently. According to Al Mezan Centre’s monitoring and documentation, IOF stepped up their human rights violations and committed breaches of international humanitarian law (IHL) systematically in the Gaza Strip. According to Al Mezan’s statistics, 69 Palestinians have been killed by IOF in the Gaza Strip since the start of April 2008. Of them, 20 were children and one was a woman. This brings the toll of Gazans killed by IOF since the beginning of 2008 to 316, including 62 children and 16 women. During the same period the IOF carried out 30 incursions into the Gaza Strip. During these incursions, 127 Palestinians were detained; 17 of them are still under detention. Furthermore, IOF razed 372 dunams of agricultural land, and destroyed 15 homes.

Ladies and Gentlemen, our Palestinian brethren have suffered immensely and their suffering must come to an end. This year, as George W. Bush makes a last ditch attempt to invade Iran after a successful war at murdering Iraqis, the prospect of peace in Palestine is far from reach. Zionist interests cannot allow for true peace to flourish. If at all peace is to be achieved it must be on Israel’s terms. And so we are witnesses to the many half-hearted designs of attrition from the Oslo accords, Camp David negotiations and to the current non- peace road map hurriedly and insidiously being advanced by Bush.

8. Thus, the question is how can we help the Palestinians? It seems that we are powerless to do anything meaningful. I believe that we as an Ummah that’s ever growing in Iman and influence, can push for greater momentum with our governments to safeguard the sanctity of our religion and protect Muslims under persecution wherever they maybe. As Muslims we must stand against evildoing and injustice as part of our religious obligation. As Muslims we are witnesses against each other here on this earth before the appointed time when we are called to account for our omissions and sins to Allah S.W.T

However, the Palestinian struggle is by no means exclusively a Muslim type of issue. Any right thinking human being that cherishes peace and abhors the suffering of his fellow man must object to the Israeli aggression against the Palestinian people. It maybe of interest to you to know that I had the opportunity to meet a rabbi from the coalition of orthodox Jews who call themselves Neturei Karta International. Their slogan is Jews united against Zionism. Last month, Neturei Karta gathered in Teaneck, New Jersey to protest during a street fair to “celebrate” the 60th anniversary of the creation of the Zionist state of “Israel.”

Thus, we must pressure our respective governments to take up for the Palestinian cause. In Malaysia, we must strive to maintain interest and inspire effective action among ordinary citizenry and the government. Any action that directly or indirectly contributes to evildoing and harms Muslims must be put to a stop. For example, recently Halliburton Corporation, the icon of the neo-conservative establishment that served as the prime mover for the war in Iraq and the subtle or overt persecution of Muslims worldwide began business operations in Malaysia. How can we invite with open arms a corporation that sees as its legitimate right- war to advance its hegemonic goals to disastrous consequences for Muslims everywhere? It is a derision of everything we hold sacred.

9. Ladies and Gentlemen, there is light at the end of the tunnel. Already, we see the human costs to the war in Iraq for the invading American forces. Not to mention the decline of the US dollar which is nothing more than fiat money. The fullest extent of the damage on the U.S economy is yet to transpire. The U.S government is only precipitating its collapse by waging this war against the innocent people of Iraq. Similarly, Israel can never be a secure homeland for the Jews if it is built at the expense of the Palestinians. How much longer do Israelis want to live in fear? The heavy blow dealt to the Israeli Defence Forces in the war against Hezbollah in Lebanon in 2006 shows the weakness of the Israeli government and the Zionist doctrine.

Ladies and gentlemen, I truly believe that there are more of us, people who want peace and harmony to prevail in this world. I am confident that if we stick together and continue our collective concerted efforts, we can change the world and overcome evil in all its forms.

Thank you,

Wassalam.

********************************************************************************

Speaking to reporters later, Mukhriz said “We wasted the three years when we held the OIC Chairmanship to do something meaningful. We could have taken the lead on this (Palestinian) issue then but we threw that chance away by neglecting and uncompassionate apathy”.

He added “The sense of hope for OIC when we took over has been replaced with indignation towards Malaysia for dereliction of duty” in a disappointed tone, when asked about Malaysia’s role in the Palestinian Issue. “From now onwards, each time our Government stands up for Islam and Palestine hereon, the people will ask why we did not do anything when we were the Chairman of OIC?”.

Within Malaysia’s tenure as the OIC Chairman, Israel incurred into Lebanon’s territory in July 2006 and created massive devastation to the people and properties and again into Gaza, early this year.

Published in: on May 10, 2008 at 6:34 pm Comments (4)

Mukhriz: Karpal dan Kit Siang ekstremis / Raja Petra anarchist dan DEB semua merasa nikmat

Exco Pemuda UMNO dan MP Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir mala mini menegaskan bahawa Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP merupakan golongan ekstremis dan sengaja mengunakan apa peluang dan ruang, termasuk dalam Dewan Rakyat untuk mengelirukan keadaan dan menimbulkan keresahan dan kemarahan golongan majoriti manakala Pengarang Malaysia Today.net Raja Petra Kamaruddin pula disifatkan sebagai ‘Anarchist’.

Beliau menegaskan demikian dalam sessi soal jawab program Wacana Generasi Muda anjuran Biro Penerangan Pemuda UMNO petaling jaya Utara di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya bagi menjawab kepada satu pertanyaan mengenai kedua orang MP veteran Pembangkang anti Melayu itu dan Raja Petra yang disifatkan seorang peserta sebagai “Cyber-Arnachist”.

Dalam ucapan, beliau menjelaskan bahawa Peralihan Kuasa yang didambakan ramai ahli UMNO peringkat akar umbi amat perlu bagi mengembalikan keyakinan dan kemudian sokongan rakyat kepada UMNO. Walaupun Peralihan Kuasa atau pertandingan jawatan Presiden mungkin disifatkan sebagai menghalang pembangunan parti pasca Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12), ianya diumpamakan sebagai pergerakan strategik yang perlu diadakan. “Macam kita mahu melompat sebuah parit yang besar, kita perlu berundur dan lari untuk mendapatkan momentum agar mampu melepasi parit itu”.

Beliau membuat analisa bahawa apa yang berlaku kepada UMNO dan BN dalam PRU 12 merupakan “Kegagalan Kepimpinan menyelesai masalah, terutama isu dalaman dan UMNO dan BN dihukum kerana kegagalan ini”. Kelemahan Kepimpinan ini memberi peluang anasir seperti Karpal dan Kit Siang kini berani mengeluarkan kenyataan yang lebih jelas berbaur hasutanya. Kini masa paling sesuai untuk UMNO menentukan orang bagaimana yang wajar memimpin parti dan mengariskan kriteria ini

- Ahli UMNO yang berani bercakap dan menyuarakan aspirasi akar umbi dan rakyat

-Ahli UMNO yang tidak mementingkan dan berharap peluang perniagaan, kontrak dan kedudukan harus ditolak dan ketepikan

- Ahli UMNO yang tidak mengamalkan ‘Politik Wang’ – UMNO dan negara akan terjual sekiranya pemimpin seperti ini diketengahkan dan UMNO pernah menyaksikan episod ini pada 1997-1998.

Beliau juga menjelaskan dengan mendalam mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang kerap dan begitu mudah disalah tafsirkan, untuk kepentingan sempit pihak pihak tertentu. DEB adalah program untuk membantu majoriti rakyat Malaysia yang tiada peluang apabila ianya dilaksanakan, mereka yang tidak termasuk dalam kumpulan sasar juga mendapat hasil dan kenikmatan dasar.

Proses penilaian dan perundingan semula semula DEB yang dibuat Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) pada 1990 melihat parti Melayu, seperti UMNO, PAS dan Semangat 46 bergabung dan padu tenaga dan idea untuk menangkis parti Cina seperti MCA, Gerakan dan DAP, demi kepentingan orang Melayu; contoh ialah sistem kuota. Malangnya, setelah Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan menubuhkan gerakan Barisan Alternatif, MAPEN II (2000), kerjasama startegik untuk kepentingan Melayu tidak berlaku kerana PAS dan PKR enggan memberikan kerjasama sebagaimana sepuluh tahun sebelumnya.

Mukhriz juga menjelaskan panjang lebar bahawa orang Melayu memerlukan kerjasama strategik orang Bukan Melayu kerana DEB dilaksanakan bukan sebagai dasar “Robin Hood”, tetapi memperbesarkan ‘kek ekonomi’ dan golongan Bukan Melayu memainkan peranan menjana pertumbuhan ekonomi yang orang Melayu juga turut nikmati. “Cara kita ialah sikap terbuka dan memberi peluang orang lain datang mencari rezeki, asalkan hak kita terpelihara dan kita berpeluang untuk terlibat dalam pencarian rezeki itu secara aktif”.

Bagi konsep ‘Permuafakatan’ pula, UMNO merupakan pengamal konsep ini, melalui kesediaan ‘kongsi kuasa’. “Orang yang benar benar menghayati Islam tidak akan melakukan ketidak adilan dan bersedia untuk member ruang, selagi perjuangan kaum itu (nasionalism) itu tidak membelakangan Islam”.

Mukhriz juga mengingatkan Pemuda UMNO bahawa pewaris Kepimpinan parti ini perlu ada jatidiri yang jitu dan sifat Pejuang Bangsa yang menebal, tanpa perlu ‘menghunus dan mencium Keris’. “Biar kita hunus dan cium Keris itu dalam sanubari kita, setiap hari dan kita suburkan semangat juang itu dalam tekad Perjuangan”.

Published in: on May 8, 2008 at 2:01 am Comments (21)

Ku Li: UMNO dihati orang Melayu, walaupun hilang kuasa ‘tawar menawar’

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan bahawa UMNO perlu mengembalikan peranan memperjuangakan kepentingan orang Melayu, sesuai dengan kedudukan UMNO itu dihati sanubari jiwa orang Melayu. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam satu majlis dengan ahli UMNO Bahagian Batu Pahat di Hotel Landmark.

Beliau mengingatkan bahawa orang Melayu perlu merasa risau dan takut kepada masa hadapan kerana hari sahaja, UMNO sudah hilang kuasa dalam 5 + 1 negeri dan PAS sudahpun mula bertapak diJohor. Negeri yang jatuh kepada Pembangkang merupakan negeri kaya dan maju, iaitu 75% dari KDNK Negara datang dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang. Ini bermakna, hari ini kuasa ‘tawar-menawar’ orang Melayu dalam negara telah tiris.

Apabila bercakap soal kegagalan mendapat 2/3 majoriti dalam Parlimen, erti sebenar ialah orang Melayu telah hilang kuasa, yang bermaksud kehilangan tapak moral dan ‘bisa’ untuk bertindak. Ianya keadaan dimana UMNO disifatkan berada dalam darurat dan parti komponen lain berada dipersimpangan yang tidak teragak agak untuk meninggalkan BN.

Dalam soal ekonomi pula, Tengku Razaleigh mengupas permalasahan yang sedang dilanda sekarang dimana keyakinan pelabur luar makin tiris (Kerajaan yang tidak kukuh), pengujudan peluang perkerjaan yang bermasalah, harga minyak mentah dijangka mencecah USD150 setong dan pendapat yang tidak meningkat sebagaimana harga barangan meningkat. Pendekata, negara amat memerlukan Kepimpinan yang kuat dan bijak untuk menyelesai masalah dan menghadapi cabaran.

Laporan lintas langsung dari Batu Pahat ini dibawa oleh blogger Husin Lempoyang.

*Perkembangan dikemaskini jam 9.30malam

Ku Li: UMNO perlukan “Revolusi” dan “Berdikari”, untuk tangani cabaran globalisasi

Di Muo malam ini pula, bercakap kepada 700 orang ahli UMNO dan peminat politik, Tengku Razaleigh membangkitkan soal cadangan EGM diadakan ialah bertujuan untuk membincangkan soal ‘Keputusan Pilihanraya Umum ke XII’, bukan untuk meminta mana mana pihak meletakan jawatan.

Beliau juga terus mengulangi saranan sebelum ini bahawa UMNO perlu lebih demokratik disemua peringkat, dari Kepimpinan, Bahagian hinga ke Cawangan dan mencadangkan agar dilakukan penilaian semula. Saranan tegas untuk melakukan “Revolusi” dalam UMNO sebagai cara untuk segera membetulkan keadaan, kerana kedapatan ada Ketua Bahagian amat liat untuk bertindak kearah perubahan yang didambakan akar umbi dan rakyat.

Para hadirin diingatkan bahawa hari ini, ekonomi orang Melayu sudah tinggal jauh kebelakang dan parti parti komponen tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan ini. Oleh itu, perubahan perlu dilakukan segera untuk menumpukan perhatian kepada keadaan ini. Mereka juga diingatkan bahawa parti komponen tidak semestinya akan berada disisi UMNO dalam BN untuk selamanya dan bibit bibit perubahan sudah mula kelihatan.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya UMNO tidak mendapat sokongan padu, terutama dalam keadaan cabaran ekonomi global yang meruncing, seperti isu kenaikan harga bahan bakar, alam sekitar, bekalan makanan dan tanaman makin kurang, soal pelaburan dan perdagangan yang tidak seimbang, maka orang Melayu akan menghadapi cabaran yang amat perit dan terlalu besar untuk ditangani. Pendekata, Kepimpinan yang lemah dan kemampuan untuk bertindak yang amat diragukan akan memburukan keadaan.

Semasa sessi soal jawab, ramai wakil UMNO Muo bangkit untuk bercakap mengenai keperluan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletakan jawatan.

Laporan lintas lansung dari Muo ini dibawa oleh penganalisa blog AJG.

Published in: on May 4, 2008 at 3:25 pm Comments (1)

Kongress Permuafakatan Melayu: Ekonomi perlu capai 65% & ‘Ketuanan Melayu’ menjurus kepada keadilan dan sistem progressif

Kongress Permuafakatan Melayu, anjuran NGO melayu dan Sekretariat GAPENA bermula 3 petang tadi di PERSADA, Johor Bahru, Johor dan mengumpulkan cendekiawan, karyawan, penulis, akademia dan professional Melayu seluruh Negara.

Kertaskerja pertama dibentangkan oleh Prof Madya Dr. Mohd. Agus yusof mengenai kedaulatan politik Melayu. Menurut Dr. Agus, persepsi hari ini bahawa Pakatan Rakyat sedang menjurus kepada ‘gila kuasa’ dan UMNO pulang kita berada dipersimpangan ‘takut hilang kuasa’. Pecahan Ahli Parlimen Melayu ialah UMNO 78, PAS 23, PKR 12 (dari 31 MP) dan 11 orang dari Sarawak, bersamaan 124 MP atau 55.8% dari kerusi Dewan Rakyat. Pilihanraya Umum ke XII menyaksikan peralihan undi sebanyak 69% keturunan India, 43% keturunan Cina dan kurang 5% undi Melayu.

Antara penyebab utama ialah keangkuhan segelintir pemimpin, keengganan menerima kritik, kleptocracy, keengganan berubah, manifesto pembangunan yang tiada mempunyai erti dan orang Melayu hari ini melihat ujud alternatif kepada UMNO.

Kertaskerja kedua dibentang Mantan Pengarah Urusan Malaysia Airlines Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mengenai evolusi Perlembagaan Negeri kepada Perlembagaan Persekutuan sebagai “Federalism”. Beliau juga mengupas logik Bukan Melayu keatas konsep ‘Ketuanan Melayu’, iaitu kepimpinan oleh orang Melayu yang mengamalkan keadilan, kesetabilan politik, pentadbiran yang berjaya dan keselamatan Negara. ‘Ketuanan Melayu’ berpandukan sejarah, Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.

Kertaskerja ketiga pula dibentangkan oleh Pengerusi Johor Corp Tan Sri Mohd. Ali Hashim, yang bercakap soal ekonomi dari sudut rendah pencapaian, ketirisan dari sistem, ketidakadilan pembahagian dan pemerosotan jatidiri dan keyakinan. Lantas, beliau mengutarakan pendekatan korporat sebagai jalan keluar dari permasalahan yang dikupas.

Beliau menegaskan bahawa teras kemajuan ekonomi dan kesuburan kehidupan adalah bergantung kepada penguasaan sektor perniagaan. Sasaran tahap ekonomi orang Melayu tidak sepatutnya dibelengu kepada 30%, malah disarankan agar ianya ditingkatkan kepada 65%, sesuai dengan komposisi kaum. Ini boleh dicapai dengan:

1. Perniagaan sebagai jihad untuk menjadi kekayaan sebagai kuasa Melayu dan menegakan sistem adil dan halal

2. Strategi yang terancang dan tersusun rapi. Beliau mencadangkan tiada lagi pengswataan dan sebaliknya menekankan konsep ‘Intrapreneurism’, terutama dikalangan professional Melayu

Laporan Kongress Permuafakatan Melayu ini dibawa oleh blogger A Voice dari Another Brick in the Wall

*Perkembangan dikemaskini Sabtu 3 Mei 2008 12.25am

Kertaskerja keempat dibentangkan oleh Prof. Dato’ Dr. Zainal Kling berkenaan kedaulatan kebudayaan, pendidika, bahasa dan agama Bangsa Melayu. Ianya mencakupi peranan imperatif kebudayaan dalam kedaulatan dan kekuasaan Bangsa Melayu.

Published in: on May 2, 2008 at 7:45 pm Comments (2)