“The plane, the plane!”

paklahjet.jpg

“The plane, the plane!”. That’s the world most famous midget Herve’ Villechaize’s immortal words from the character “Tattoo” in the surreal late 70s drama, “Fantasy Island“. Eventually, someone in the Malaysian public will one day say the same thing, when they see the white coloured now famous A319CJ (first published as a scoop by Berita KMU.net, 25 Jan 2007) on the glideslope just before touching down in TUDM Subang or sitting on the tarmac somewhere whether in KK or Penang International. Currently now its being outfitted with some of the most advance equipments and luxuries by the upmarket European contractor, Jet Aviation, Basel, Switzerland.

Will they all remember that the Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi once coyly commented “Why should the Government buy the jet? It belongs to PMB. We will lease the aircraft from PMB”, when asked upon return from the Davos World Economic Forum, four days after the world learnt about this new luxury opulent excesses?

The delivery of the ‘green’ jet from the Airbus manufacturers in Hamburg, Germany that highly probable cost around the neighbourhood of USD 45 million was made somewhere in December 2006. That was the height of the Great Johor Flood. The order of the aircraft was done most probably somewhere in 2005 (along somewhat after AirAsia’s announcement of the order of 100 aircrafts of the A320, with an option of another 50 more aircraft), at the top where too much bickering about how the Federal Government had not much money left in the coffer and too many projects in the 8th Malaysia Plan stalled due to previous administration’s ‘Mega Projects’ trigger happy policies. At least Kalimullah and NST rambles on and on about the “cashless” Government PM Pak Lah had to inherit and make do, to the interests of all Malaysians.

If so, isn’t this acquisition is an excess that the Ferderal Government can do without, especially when they said they no longer “have money”? Isn’t Penerbangan Malaysia Berhad a 100% wholly owned company under Khazanah Nasional Bhd, which PM Abdullah sits as the Chairman? It seems PM Abdullah also gave the excuse that the Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong also would be using this aircraft when His Majesty and entourage travels.

The fact is that the Federal Government has already enough asset for the Malaysian Head of State and Government leaders to gracefully waddle to any corners of the world, very comfortably. Under the care of No.2 Squadron based in TUDM Subang, the Government is already operating a Boeing 737-700 BBJ (which was ordered by then MAS Chairman Tan Sri Tajuddin Ramli in LIMA ’97, delivered to MAS Star somewhere in 1999 and later sold to TUDM in 2000), a Bombardier Global Express (which was delivered in 1998), a Dassault Falconjet 900B (which was acquired in the early 90s) and the slightly older but still operational Fokker F 28 (which was acquired in the 70s). The BBJ and Global Express both have capabilities to fly over 6,000 nautical miles in one single hop. That’s a distance between Kuala Lumpur and London, easily.

Another irony is that, the whole nation saw Abdullah Ahmad Badawi rode in the TUDM BBJ back to his paternal home in Kepala Batas, Pulau Pinang for the first time, on Saturday 1 Nov 2003, the day after he assumed the Premiership from YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. It seems the BBJ was only good then……….

RM 200 million is a lot of money, especially for an asset not clearly required. So, PMB pays for it. Its still RM 200 million, either taken from the Treasury investment arm coffer or a borrowing which PMB have to service!

The magic million ringgit question is how much longer is the obtuse Prime Minister can be insulated with the growing unhappy feelings and opinion of the Malaysian public, with these sort of findings. Can the Malaysian public really stomach this, with these sorts of lame excuses worsening, any longer after this?

Published in: on February 17, 2007 at 02:51  Comments (7)  

Siapa berani mencabar Barat selepas Tun Dr Mahathir?

tun-dr-mahathir-as-global-leader.jpg

Oleh Pusat Media Forum Keamanan Perdana III (dipetik dari Malaysia Today (www.malaysia-today.net), 13 Feb 2007)

Baru-baru ini, Forum Keamanan Perdana III, “Membongkar Jenayah Peperangan: Menjenayahkan Peperangan”, 5-7 Februari 2007 di PWTC, Kuala Lumpur, begitu banyak hujah-hujah berserta bukti-bukti dan akuan bersumpah mereka yang menjadi mangsa peperangan, terutama di Asia Barat, diutarakan. Isu isu yang tiada penyelesaian seperti Isu Palestin, Penentangan ke atas Penubuhan Israel, Pencerobohan Iraq dan tafsiran Barat, terutama AS dan UK terhadap keganasan yang berpunca kunun-kunun dari umat Islam begitu intensif dibincangkan.

Pakar-pakar perundangan, sains radiasi, ekonomi antarabangsa, hubungan antarabangsa dan diplomasi, mantan penjawat utama PBB, penganalisa politik, termasuk dari Barat dan ahli politik AS yang menentang peperangan sendiri membentangkan kes-kes mereka mengenai kekejaman yang timbul dari dasar dan tindakan AS, UK, Israel dan Australia kepada berjuta umat Islam tidak berdosa dan tertindas di sekitar Asia Barat. Berpuluh kertas kerja dibentangkan dan sesi soal jawab yang tidak kurang hangat menyusul di setiap akhir setiap sessi.

Semasa Ucaputama Majlis Pembukaan persidangan ini, mantan Perdana Menteri Malaysia dengan lantang menegaskan bahawa “Sejarah sepatutnya mengingati bahawa Blair dan Bush ialah sebagai Pembunuh Kanak Kanak dan/atau Perdana Menteri dan Presiden yang berbohong! Apa yang Blair dan Bush telah lakukan adalah lebih buruk dari apa yang Saddam telah lakukan. Kita tidak sepatutnya menggantung Blair sekiranya Tribunal Peperangan ini mendapati mereka bersalah TETAPI mereka seharusnya membawa label dan dikenali sebagai Penjenayah Perang, Pembunuh Kanak-kanak dan Pembohong. Ini juga sepatutnya kepada Bush dan Bush yang di dalam poket, yang tinggal di Bushland”.

Usaha mengadakan Suruhanjaya Peperangan Kuala Lumpur, yang akan mengkaji aduan aduan bersumpah dan membawa kes-kes mereka yang dizalimi dari sudut jenayah peperangan dan hak-hak mereka yang dicabuli, akibat kancah konflik “haram” kepada Tribunal Peperangan Kuala Lumpur mendapat perhatian dunia. Kes-kes seperti Ali Shalah, Abbas Zaid (yang diseksa tentera pencoboh AS dipenjara Al Ghuraib) dan rayuan remaja tidak berdosa, Najwa kerana dizalimi tentera ganas Israel adalah manifestasi berapa pentingnya kancah konflik bersenjata ini perlu diharamkan dan pemimpin Barat seperti George W Bush, Tony Blair dan John Howard wajar dilabel sebagai “Pembohong, Pembunuh Kanak-kanak dan Penjenayah Perang” oleh warga dunia, termasuk rakyat mereka sendiri dan ini kekal sebagai mercutanda mereka dalam lipatan sejarah.

perdana-global-peace-forum-iii-keynote.jpg

Semasa Ucapan Penggulungan pula, Tun Dr Mahathir menegaskan bahwa bangsa Barat tidaklah seperti bangsa Timur. Kita di Malaysia ini sudah menjalankan perhubungan dan perdagangan dengan bangsa Timur seperti China melebihi 1000 tahun dan mereka tidak pernah sekalipun mengancam keselamatan kita, apatah lagi ingin menceroboh dan menakluki kita. Tidak seperti Barat, mereka yang asalnya datang untuk berdagang, mudah sangat merasa tamak dan ingin membolot kepentingan perdagangan itu dengan menggunakan kuasa. Ini dibuktikan banyak kali oleh Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris dan akhir sekali, Amerika, semenjak 500 tahun ini. Akibatnya, banyak tanah tanah di Asia ini jatuh kepada pencerobohan dan penjajahan Barat dalam tempoh itu dan peperangan dan keganasan merupakan saluran untuk sampai kepada agenda ketamakan itu.

Dunia melihat bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia merangkap mantan Pengerusi NAM dan OIC, makin lantang mengutarakan pandangan dan pendirian menentang dasar berat sebelah Barat, terutama AS, UK dan sekutu-sekutu kuat mereka dalam banyak isu melibatkan diplomasi antarabangsa, isu Palestin dan konflik Asia Barat, isu Afghanistan, isu perdagangan, isu keganasan berstruktur mengunakan bala tentera dan sebagainya. Semasa beliau dalam jawatan, pemimpin kuasa besar dunia seperti Presiden Perancis Jacques Chirac dan terakhir sekali, Presiden Russia Vladimir Putin sanggup menurunkan sokongan mereka kepada isu-isu yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir. Penentang imperialisme Barat AS paling utama, iaitu Presiden Fidel Castro juga amat mengagumi mantan Perdana Menteri Malaysia ini kerana ketegasan dan sikap terbuka, kepada isim dan roh sebenar ‘demokrasi’, iaitu hak suara ramai didengar (bukan tafsiran demokrasi ala AS, yang memberi tafsiran berat sebelah yang hanya mementingkan mereka sahaja!)

Tun Dr Mahathir juga menerima banyak perhatian negatif dan kecaman media Barat apabila dalam tahun 90-an, beliau dengan lantang mendedahkan bahawa kaum Yahudi ‘mengawal’ dunia secara proksi.

Hari ini, sebagai rakyat Malaysia dan warga dunia, beliau masih lagi begitu lantang mempersoalkan dengan penuh keyakinan bahawa kuasa Barat seperti AS, UK dan sekutu mereka seperti Australia mengunakan kudrat mereka untuk menzalimi dunia, terutama sebahagian orang-orang Islam di Asia Barat. Kini beliau memulakan usaha antarabangsa dalam menggelar pemimpin AS, UK dan Australia iaitu George W Bush, Tony Blair dan John Howard sebagai “Pembunuh kanak-kanak, pembohong dan penganas”!

Suara lantang Tun Dr Mahahir ini datang dari seorang pemimpin yang akan mencecah 82 tahun, Julai ini. Adat alam, jika kita semua, warga dunia bergantung kepada insan mulia ini meneruskan Perjuangan ini, mungkin tidak lama. Persoalan sekarang, siapa lagi yang tinggal dalam dunia ini yang mampu meneruskan obor Perjuangan menentang kezaliman dan ketidakadilan Barat, selepas Tun Dr Mahathir?

Apakah ada pemimpin-pemimpin dunia Islam hari ini, yang cukup “merdeka” dan “bebas” dari ‘belenggu’ Barat, untuk benar-benar memperjuangkan hak dan kesengsaraan saudara-saudara seIslam mereka? Pemimpin mana yang mampu mengatakan yang benar dan hak, tanpa sebarang sekatan dan tekanan, sama ada langsung atau tidak? Pemimpin mana yang sanggup dan ada waja diri untuk bangkit dan didengari, bagi pihak mereka yang tidak berdaya “berbunyi”?

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, Malaysia? Raja Al Malik Abdullah Al Saud? Raja Abdullah, Jordan? Presiden Gen Pervez Musharaff, Pakistan? Presiden Muammar Al Ghadaffi, Libya? Presiden Bashir Al Assad, Syria? Raja Sheikh Al Sabah, Kuwait? Presiden Sheikh Al Makhtoum, UAE? Presiden Hosni Mubarak, Mesir? Sultan Hassanal Bolkiah, Brunei? Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Indonesia? Presiden Ahmadinejad, Iran?

Mungkin hadiah keamanan tahunan Alfred Nobel yang amat berprestij yang dicadangkan beberapa NGO di Bosnia dan Croatia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya belum memadai bagi dunia betul-betul menghargai usaha, keberanian, kecekalan dan ketegasan beliau meletakkan apa yang hak di tempatnya. Dunia akan benar-benar menunjukkan penghargaan apabila ada legasi meneruskan apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad buat selama 25 tahun ini, terutama dari ketegasan mesej-mesej beliau melalui Perdana Global Peace Organisation.

Semoga warga dunia beroleh kebaikan sejagat dan diberkati Allah s.w.t., dari langkah yang dimulakan, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, insan warga dunia yang unggul, abad ini.

 

Published in: on February 17, 2007 at 01:34  Comments (8)