Appreciate your local Police Force

 

Today is the 200th Anniversary of the Royal Malaysian Police (RMP). This morning, I woke up to a lazy Sunday morning, watching the special parade at Dataran Merdeka for the celebrations, from the absolute comfort of my bed.

His Majesty the SPB YDP Agong Sultan Mizan Zainal Abidin graced the event. His Majesty did the trooping of colours and bestowed the 19th Battalion of the General Operations Force, based in Central Brigade, Cheras with its Royal Colours.

Prime Minsiter Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, who is the Minister of Internal Security, was also present. So are the top brass in the RMP, Chief Police of Asean countries and other dignitaries, which include former and a very long service IGP, Tun Mohamed Haniff Omar. Of course, the wives of the policemen were also there.

As soon as the parade ends and we had our usual Sunday morning nasi lemak breakfast, my wife struck the idea to bake our local police a cake. At noon, she left for the nearest Tesco to buy the ingredients. Late afternoon, a chocolate cake a foot in diameter, two inch thick and all the sweetness trimmings were completed. I never thought she actually baked a rich chocolate cake. So, there was I and Girl-Girl left for our local police station.

dscn1007.jpg

 

When I arrived, I asked the sweet policewoman behind the desk who is in charge in the station, this evening. She then went looking for her immediate superior. I explained to the corporal in charge that we wanted to show our appreciation to the local police for providing us the blanket of security that enable us to sleep well at night, every night. He was surprised, but with glee. In his 15 years service, no one ever did this whilst he is on duty.

That is the thing. Our lives are so much better because the Police Force is there. They recorded all our complaints like thefts, robberies and especially accidents. Their police report copy is a valid document everyone must posses, to claim from insurance, replace a lost identity card or driver’s license. They provide traffic duties every morning when we go to work or every evening when we come home, rain or shine, so that the horrendous traffic jam is much bearable. When we die, without a police burial permit, we cannot commit the body. In short, the Police are so much integral part of our daily lives.

And yet, we always take them for granted. They work, tirelessly, so that we sleep better at night and our properties do not get violated. Some lives even sacrificed, in the line of duty. All that just for a meager pay. I have seen policemen going to incident sites in their own cars or motorbikes and making calls on the own personal mobile phones because the Police Force unable to meet all logistical and equipment requirements. And yet the still serve, relentlessly. Their motto is “ready to serve” and “friendly, fast and accurate”. Without their dedication, our nation would have already turned chaotic and into the state of lawlessness.

pdrm-200th.png

So let us dedicate today as the Police Appreciation Day. Like us, they need love. They also need to be appreciated. Like us, they also feel good when they feel that they have friends. I hope I taught my dear sayang something about civic duty, today. This is my way of instilling patriotism, to my ten year old.

To the men in dark blues, Happy 200th Police Day. May God al Mighty bless you.

 

Published in: on March 25, 2007 at 19:41  Comments (6)  

200 tahun “Mesra, Cepat dan Betul”

pdrm-parade.jpg

 

Hari ini, adalah ulangtahun ke 200 perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia. Hari ini adalah hari memperingati satu pasukan yang ‘sedia berkhidmat’, secara konsisten, untuk masyarakat Malaysia berada dalam keadaan yang aman, harmoni, berstruktur dan sistematik. Pasukan polis hari ini telah berubah menjadi pasukan yang mengunakan teknologi, peralatan canggih, imbuhan komunikasi dan bantuan logistik, sains forensik, pengkhususan tertentu dan kerjasama agensi antarabangsa untuk menentukan siasatan jenayah berjaya diselesaikan, undang undang dihormati, rakyat merasakan keselamatan terjaga dan keadaan Negara untuk melakukan dan menjalankan aktiviti harian seperti kegiatan intensif sosial and ekonomi yang kondusif, walaupun dicabar dengan kehendak masyarakat yang lebih rumit and sofistikated.

Pasukan yang berkembang dari unit kepolisian Negeri Negeri Selat, disusun semula dibawah satu pasukan yang dipanggil Pasukan Polis Perkhidmatan Awam selepas British Military Adminsitration (pentadbir Malaya sejurus selepas tamat pendudukan tentera Jepun, 1941-1945) dan mempunyai sistem hieraki umpama tentera darat British. Pasukan ini mula diuji kemampuanya semasa Darurat (1948-1960), iaitu menangani ancaman getir pemberontakan penganas komunis dan berusaha menjamin keselamatan orang awam serta harta benda.

Peristiwa serangan diBalai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah titik hitam yang sentiasa menjadi aspirasi pasukan polis untuk menegakan keamanan dan menentang jenayah, terutama keganasan pemberontakan komunis. Balai polis terpencil diUtara Johor tanpa sistem kommunikasi, termasuk jalanraya ini diserang oleh 200 ketumbukan penganas komunis dan pasukan Polis dibawah Sjn. Jamil Md. Shah mempertahankan balai ini selama 6 jam, apabila diminta menyerah diri. Akhirnya, 25 orang terkorban termasuk Jamil sendiri, 13 orang anggota polis lain dan 3 orang polis bantuan. Balai Polis Bukit Kepong kemudian dibakar hangus.

Kejayaan pasukan polis mengekang ancaman keganasan komunis dengan berkesan, termasuk dengan penglibatan angkatan tentera Commonwealth, membolehkan Kerajaan Persekutuan Malaya dibawah pimpinan Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman Putra berunding dan berjaya beroleh kemerdekaan dari Whitehall pada 31 Ogos 1957, 3 tahun sebelum Darurat secara rasmi ditamatkan.

mederka-i.jpg

Pasukan polis ini kemudian dipanggil Polis Diraja Malaya (PDRM) pada 24 Julai 1958 apabila DYMM SPB YDP Agong Tuanku Abdul Rahman perkenan mengurniakan taraf “DiRaja” kepada Pasukan Polis Persekutuan. Walaupun Darurat di isytiharkan tamat pada tahun 1960, namun ancaman komunis masih lagi berleluasa, terutama dipendalaman dan gerakan subsersif. Ini jelas apabila dua orang pegawai terutama PDRM iaitu Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahman Hashim (pada 7 Jun 1974) dan Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Chong Kong (pada 13 Nov 1975) ditembak mati.

Selain dari rusuhan kaum 13 Mei 1969, PDRM melalui tiga episod yang melibatkan konflik bersenjata lagi iaitu peristiwa serangan keatas Balai Polis Batu Pahat oleh kumpulan ajaran sesat yang diketuai Jaafar Fatullah pada tahun 1981.

Peristiwa Memali pada 19 November 1985 menyaksikan pasukan FRU dan Pasukan Polis Hutan PDRM cuba masuk ke Kampung Memali, Baling, Kedah untuk menahan Ibrahim Libya dan beberapa orang kanan beliau. Ini ditentang hebat 400 orang kampung, termasuk wanita dan kanak kanak yang begitu taksub dengan ajaran Ibrahim dan sanggup mengunakan kekerasan dan senjata bagi menghalang dari Ibrahim ditahan polis. Akhirnya, setelah berlaku pertempuran sengit, 18 terkorban termasuk 4 anggota polis. Sebuah Kertas Putih dibentang diParlimen , kesan peristiwa berdarah ini.

commanado-vat-69.jpg

Terbaru ialah Insiden Al Maunah. Ini ialah dimana kumpulan ajaran sesat Al Maunah telah merampas 97 laras M16, empat laras GPMG dan lima laras pelancar grenad dari Bn 304 Askar Wataniah, Kem Banding, Grik dan melarikanya ke Bukit Jenalik, Kampung Sauk, Perak pada 2 Julai 2000. Peristiwa ini menyaksikan dua orang anggota keselamatan iaitu Detektif Korporal Sangadhevan, dari Cawangan Khas, PDRM dan Truper Matthew Ak Medan dari 21 Commando Pasukan Gerak Khas Tentera Darat berjaya ditangkap, seksa dan bunuh dengan kejam. Chif Inspektor Abdul Razak Mohd. Yusof dari unit elit VAT 69 PDRM telah berjaya memujuk Muhd. Amin Razali dan pasukanya meletakan senjata dan ditahan serta merta. Razak dikurniakan pingat tertinggi Negara untuk keberanian iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) kerana kejayaan ini manakali Amin dan dua lain dijatuhkan hukuman mati kerana didapati kesalahan memerangi DYMM Seri Paduka Baginda diPertuan Agong.

PDRM terus beroleh kejayaan untuk mengekalkan keamanan dan harmoni agar kegiatan kehidupan rakyat Malaysia seperti aktiviti ekonomi. Cawangan Khas, satu legasi kekuatan PDRM yang ditinggalkan British, merupakan tunggak kekuatan untuk menentang dan melemahkan anasir subsersif. Bermula dari Darurat, unit ini berjaya mengunakan kemampuan risikan untuk merancang pergerakan. Ini juga terbukti berkesan dalam konflik komunism serantau dalam era 60an dan 70an dimana begitu banyak aktiviti anasir subsersif dalam tanahair kita ini. Salah satu insiden antarabanga ialah Tentera Merah Jepun menceroboh bangunan AIA diKuala Lumpur yang menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden.

Kejayaan Cawangan Khas sampai kemuncaknya apabila Pengarah Cawangan Khas Dato’ Abdul Rahim Noor berjaya berunding dengan Chin Peng dan saki baki kepimpinan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk beberapa tahun, diThailand dan China dan akhirnya pada tahun 1989, Persetujuan Perdamaian berjaya ditanda tangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Hatyai, Thailand. Ini kejayaan terbesar bagi PDRM yang memerangi PKM selama 41 tahun dan telah mengorbankan banyak nyawa dan harta, kini mengisytiharkan perletakan senjata mereka secara rasmi. Rahim kemudian dilantik menjadi Deputi IGP dan akhirnya IGP apabila Tun Mohamed Hanif Omar bersara pada tahun 1994.

Kini PDRM menerima cabaran baru kepolisian dengan mengunakan sistem gerak kerja yang lebih sistematik, effisyen dan pengunaan teknologi, sesuai dengan kehendak masyarakat dan Negara yang makin mencabar. Methodologi canggih seperti sains forensik, ICT dan jaringan risikan kepolisian yang ekstensif mula digunakan secara berleluasa untuk mencegah jenanyah jenayah seperti kes kes bunuh kejam, perjudian, kongsi gelap, dadah dan pelbagai jenayah perdagangan, yang makin rumit. Ini ditegaskan dalam sidang media Ketua Polis Negara, Insp. Jen. Tan Sri Musa Hassan semalam, sempena sambutan khas ini.(dipetik dari Bernama).

igp.jpg
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Polis Diraja Malaysia menyambut ulang tahun ke-200 penubuhannya esok dengan visi baru untuk menjadi “penguatkuasa utama yang berintegriti, kompeten dan komited untuk bekerja dalam masyarakat”. Sejajar itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan juga memperkenalkan misi baru pasukan itu iaitu “pasukan PDRM komited untuk berkhidmat dan melindungi negara dengan bekerjasama dengan masyarakat dalam mengekalkan undang-undang”.

“Misi itu mempunyai objektif supaya polis dapat meningkatkan keberkesanan ketenteraman awam dan keselamatan negara, mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan perolehan bagi membanteras kegiatan yang mengancam keselamatan negara dan mempertingkatkan integriti polis dalam memberikan perkhidmatan yang berkesan,” katanya kepada pemberita di sini sempena sambutan ulang tahun Hari Polis ke-200 itu.

Musa berkata visi dan misi baru itu tidak akan mencapai objektifnya jika pegawai dan anggota PDRM tidak mengubah minda mereka.

“Mengubah pemikiran anggota dan pegawai merupakan cabaran utama yang terpaksa dihadapi berbanding dari cabaran luaran,” katanya.

Misi dan visi itu adalah antara usaha Musa dalam melaksanakan 125 cadangan yang telah disyorkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan dan Perjalanan Pengurusan PDRM.

Beliau berkata secara dasarnya sebanyak 90 peratus daripada cadangan suruhanjaya itu telah dilaksanakan manakala empat lagi cadangan masih dalam tindakan.

“Integriti dan disiplin yang tinggi, penuh beramanah dan bertangungjawab dalam menjalankan tugas, tekun, tabah serta jujur adalah ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap warga PDRM,” katanya.

Setiap anggota polis juga dikehendaki bersikap prihatin dan mesra serta mengutamakan hak asasi manusia, kata Musa.

Antara usaha lain yang sedang beliau usahakan ialah untuk meningkatkan kualiti modal insan dengan memberi pelbagai pendedahan ilmu serta latihan bagi meningkatkan tahap kecekapan anggota polis.

Beliau juga berhasrat untuk menambahkan jumlah keanggotaan pasukan sebanyak 60,000 orang lagi daripada 97,000 pada masa ini, agar polis dapat memberi khidmat yang lebih memuaskan kepada masyarakat.

“Penambahan itu juga membolehkan polis menghadapi ancaman-ancaman yang datang dari dalam dan dari luar,” katanya.

— BERNAMA

Dalam laporan lain, Musa juga mencadangkan kepada JPA dan Kerajaan bahawa gaji anggota polis dinaikan dan kelulusan minima untuk menjawat sesuatu pangkat, dijadikan syarat bagi pengambilan baru dan kenaikan pangkat, sesuai untuk menentukan professionalism kepolisian mereka dan mengelakan amalan rasuah.(laporan ini dipetik dari Mingguan Malaysia, 25 Mac 2007)

Gaji polis lebih tinggi — Cadangan kenaikan gaji pokok 20 peratus mengatasi kakitangan awam lain

Oleh: RUHAIDINI ABD. KADIR dan SITI MARIAM MD. ZAIN

KUALA LUMPUR 24 Mac – Kenaikan gaji pokok anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 20 peratus lebih tinggi daripada kakitangan sektor awam lain merupakan antara cadangan penstrukturan semula PDRM kepada kerajaan.

Turut diberi perhatian dalam penstrukturan semula PDRM ialah penambahan anggota dan kenaikan taraf kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk konstabel, diploma bagi jawatan sarjan, manakala ijazah untuk jawatan inspektor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, penstrukturan semula itu seharusnya dilihat sebagai lonjakan bagi membaiki taraf dan meningkatkan kualiti profesionalisme anggota serta pegawai polis.

‘‘Anggaran (peratusan kenaikan) itu agak besar tetapi ia dilihat penting dalam usaha meningkatkan keberkesanan PDRM dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat,’’ katanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia sempena Ulang Tahun Pasukan Polis Ke-200 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, baru-baru ini.

Kertas cadangan penstrukturan semula PDRM telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kini dalam proses semakan untuk kelulusan.

Dalam skim sekarang, jawatan konstabel bermula dengan gred gaji YY1 RM690 dan sarjan RM1,164. Gaji berkenaan tidak termasuk elaun.

Menurut Musa, skim gaji sedia ada amat rendah, tidak setimpal dan cadangan itu jika diluluskan dapat meringankan beban hidup kakitangan PDRM dan mengelak amalan rasuah.

Selain itu, PDRM turut mengemukakan usul skim baru kenaikan pangkat bagi anggota dan pegawai dengan memansuhkan proses temu duga, sebaliknya melalui kursus yang akan menjadi ‘medan’ menguji kualiti calon berkelayakan.

– Mingguan Malaysia

Dalam sidang media yang sama, Musa juga menegaskan sebuah Universiti Polis juga akan diujudkan untuk menentukan keperluan kepolisian PDRM dan secara langsung, memenuhi harapan dan kehendak masyarakat dan Negara yang makin mencabar. Rancangan lima tahun PDRM yang diumumkan Musa ini sebahagian dari proses pemodenan dan penjenamaan semula PDRM, yang lahir dari laporan Suruhanraya DiRaja menyiasat kes “ketuk ketampi dalam lokap polis”, pada Mei 2005. Sebuah Suruhanjaya Bebas Mengawal Selia dan Salahlaku Perkhidmatan Polis (IPCMC) telah dicadangkan. Sebilangan besar dari cadangan dalam Suruhanjaya DiRaja yang dipengerusikan mantan Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah ini diterima pakai, disesuai dan terapkan dalam perkhidmatan PDRM hari ini. Penjamaan semula penting bagi PDRM agar imej dan penerimaan rakyat keatas professionalism pasukan polis sentiasa berada ditahap tinggi dan moral pasukan terus teguh.

 

traffic-police.jpg

 

 

Masyarakat Malaysia moden tidak mungkin mampu mendapat kualiti hidup yang sebegini baik tanpa imbuhan dan keberkesanan PDRM menjalankan tugas mereka, setiap masa tanpa penat mengenal sebarang bentuk cabaran dan halangan. Interaksi masyarakat moden Malaysia secara langsung atau tidak dengan PDRM seharian seperti pasukan trafik menentukan pengurangan kesesakan dan keselamatan dijalan raya, pasukan tugas am untuk menentukan jenayah dikurangkan, perairan Negara dijaga dan penyeludupan melalui sempadan dihalang. PDRM juga terlibat dalam kes kes sosial seperti jenayah keganasan domestik dan melibatkan orang dibawah umur. PDRM juga setia berkhidmat dan terlibat setiap kali berlaku bencana. Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am), satu unit para-military awam paling berkesan dalam dunia, berjaya mengurangkan ancaman penganas komunis untuk 40 tahun. Pendekata, tanpa pasukan polis yang professional, tidak mungkin kita menikmati keselesaan kehidupan seperti sekarang.

pdrm-200th.png

Sempena Hari Ulangtahun Polis DiRaja Malaysia ke 200 ini, diucapkan setinggi tinggi tahniah dan penghargaan tidak terhingga keatas perkhidmatan, professionalism dan pengorbanan satu pasukan keselamatan dan agensi menegak undang undang yang begitu dedikasi, untuk kepentingan masyarakat dan Negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published in: on March 25, 2007 at 00:03  Comments (17)