Kepentingan Melayu terabai dalam WPI

Kerajaan mengumumkan pada Oktober 2006 bahawa sebuah kawasan pembangunan khas di Selatan Johor akan diusahakan. Kawasan ini merangkumi 2,217 km persegi dan akan menjadi kawasan wilayah pertumbuhan ekonomi khas. South Johor Economic Region (SJER) ini ada diterajui sendiri oleh Khazanah Holdings Bhd., agensi pelaburan Kerajaan Persekutuan paling utama, sebagai pemaju utama keseluruhan projek.

idr-nusajaya.jpg

Kawasan ini melibatkan keseluruhan kawasan perindustrian, perdagangan dan penempatan yang terangkum dari Pasir Gudang disempadan timur ke Tanjung Pelepas disempadan barat dan Senai ke utara. Ini merupakan projek pembangunan bersepadu paling besar dan strategik dalam sejarah Malaysia. SJER merupakan percambahan dari idea asal UEM World membangunkan 2,200 ekar tanah Nusajaya, lewat 90an.

Sebuah agensi dalam SJER akan dijadikan sebagai agensi ‘pusat satu perhentian’ (one stop centre) untuk mengko-ordinasi dan meluluskan keseluruhan permohonan pembangunan, perindustrian dan perdagangan yang dimajukan untuk pertimbangan. Sekali gus, agensi SJER ini akan mengambil penuh kuasa kuasa mutlak Kerajaan Negeri Johor seperti hal ehwal tanah, kerajaan tempatan, perancangan pembangunan dan fungsi fungsi unit perancangan ekonomi negeri (UPEN). Inilah pertama kali system ini diperkenalkan diMalaysia tanpa kawasan itu diambil dan diubah hak milik kepada Wilayah Persekutuan.

SJER akan terbahagi kepada lima kawasan Flagship iaitu:

  • Flagship A – Pusat Bandaraya Johor Bahru
  • Flagship B – Nusajaya
  • Flagship C – Gerbang Pintu Barat
  • Flagship D – Gerbang Pintu Timur
  • Flagship E – Senai – Skudai

Sebuah plan pembangunan komprehensif akan dirangka untuk SJER ini. Keseluruhan pembangunan dalam 2,217 km persegi Selatan Johor ini akan disusun semula secara rapi dan sistem yang lebih mantap akan diguna pakai.

DYMM Tuanku Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor, telah berkenan untuk mencemar duli dan merasmikan SJER yang dijenama semula sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dalam satu upacara khas diDanga Bay, Johor Bahru pada 4 November 2006.

sultan-johor-pm-idr.jpg

 

 

Sultan Iskandar, dalam titah ucapan semasa merasmikan WPI membelakangi protokol apabila mengesa Kerajaan Persekutuan memecahkan Tambak Johor dan membiarkan kapal melalui keseluruhan Selat Tebrau.

JOHOR BARU: Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail caused a stir during his address at the launch of the South Johor Economic Region (SJER) project yesterday when he digressed from his written text and said the Causeway should be removed.

To the shock of the 2,000 people present and thousands of viewers at home of the live telecast over RTM 1 and TV3, the Ruler said it was built by colonialists who had used dirty tactics to deceive his ancestors.

He said the building of the Causeway was to deliberately prevent ships from passing local waters, resulting in the development of Keppel Port in Singapore instead.

“The Causeway has to be removed to allow ships to pass,” the Sultan said before launching the multi-billion SJER.

At this juncture, the audience broke into laughter and applauded.

In his address the Ruler, who was clad in a T-shirt, said he would not “give face” (bagi muka) to the foreigners (Mat Sallehs) and urged the people not to hold them in high regard.

He also reminded locals and their children to be wary of them as they were “vultures”.

The Causeway was built in 1920 when Malaya and Singapore were ruled by the British. It is 1,050m long and has railway lines, a road and a water pipeline and is used by tens of thousands of people daily.

(dipetik dari akhbar The Star, 5 Nov 2006)

Baginda dengan tegas mengingatkan agar jangan mempercayai bangsa barat. Perancangan WPI adalah untuk mengalakan zon zon pembangunan bagi kommersial, perindustrial dan perniagaan utama dibuka untuk dijual kepada pelabur asing, dengan harapan banyak industri industri baru dibangunkan dalam kawasan pembangunan WPI ini

idr-logo.gif
Amat jelas bahawa Singapura merupakan objektif utama sasaran untuk pelabur dicari bagi menjayakan WPI. Ramai yang percaya banyak boleh dimanafaatkan dari kekuatan ekonomi, pasaran modal dan punca kewangan dan modal insan dari Republik itu.

Apabila disingkap, idea asal SJER sebegini besar magnitudnya ini dimain dan usahakan oleh Dr. Vincent Lim, Setiausaha Politik Perdana Menteri. Dr. Lim, seorang bekas anak didik Singapura dan Oxford, telah pergi beberapa kali ke Johor untuk berunding dengan pegawai pegawai Kerajaan Negeri, terutama Pejabat Menteri Besar dan UPEN. Dalam penghujahan beliau, limpahan dari pembangunan ekonomi pesat Singapura sepatutnya disalurkan kepada SJER dan digunakan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi diSelatan Johor pula. Beliau juga menegaskan begitu banyak pelaburan baru dari Singapura akan dinikmati Johor apabila semua halangan halangan yang ujud di’angkat’ dan memudahkan pemilikan hartanah dan kawasan kawasan kommersial dan perniagaan bagi perusahaan perusahaan republik itu yang pada masa ini rancak melabur/dilabur-semula di Indonesia, Thailand, Vietnam dan China.

Ketua Unit Polisi diPejabat Perdana Menteri Ahmad Zaki Zahid juga menyokong kuat idea konsepsual ini. Khazanah kemudian dilibatkan sebagai pemain utama dalam merangka plan tindakan SJER. Asalnya, plan ini dirangka secara unilateral dan di’paksa’ Kerajaan Negeri Johor menerimanya. Selepas begitu banyak kepincangan ujud dalam draf asas SJER, maka imbuhan dari Kerajaan Negeri Johor mula dimasukan dan Khazanah merundingkan semula plan draf SJER mereka.

Maka setelah tujuh kali draf dirundingkan antara Khazanah, UPEN dan EPU dan dipinda, Bill untuk Iskandar Development Region Authority (IRDA) siap dibentangkan diDewan Rakyat pada 13 Dis 2006 dan Dewan Negara 21 Dis 2006. Bill IRDA ini menerima perkenan DiRaja pada 12 Februari 2007, digazetkan pada keesokanya dan mula berkuat kuasa 17 Februari 2007.

Sebuah syarikat yang akan bertindak sebagai “Super Developer” bagi WPI diujudkan pada Disember 2006, yang dikenali sebagai South Johor Investment Corporation (SJIC). Khazanah memegang 60% kepentingan dan bakinya dimiliki KWSP, 20%, dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), 20%. Modal permulaan SJIC berjumlah RM 3.4 billion, dalam bentuk asset hartanah dan tunai.

Sejumlah besar nilai ekonomi akan diharapkan dijana dari WPI, iaitu RM 140 billion, menjelang 2015. Menjelang 2025, pelaburan dan kegiatan ekonomi bernilai RM 383 billion dianggarkan dan peluang pekerjaan untuk 800,000 orang akan diujudkan. Menurut Khazanah, Johor akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang mantap pada konsisten 7% setahun.

Kepentingan strategik Singapura kepada kejayaan projek Mega ini ditafsirkan seterusnya apabila tahap Zon Akses Terbuka (Free Access Zone) akan diujudkan dalam WPI. Ini bermakna pergerakan orang dan barangan keluar masuk dari Singapura akan begitu terbuka dan mudah sehinggakan tiada proses saringan langsung (samada dokumentasi atau inspeksi) diperlukan. Kunun kununya model Shenzhen diChina menjadi rujukan.

Pada 21 Mac lepas, mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang juga ahli panel penasihat IRDA dalam temuramah kepada akhbar antarabangsa AP menegaskan bahawa sepatutnya Selatan Johor ini tidak lagi dikenakan sebarang keputusan yang berlandaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB), untuk menentukan program program yang dirancang terlaksana sebagaimana wilayah pembangunan khas yang berthemakan pelaburan dan penyertaan perniagaan antarabangsa berjalan dengan jayanya. Pendekata, menurut Musa, SJER sepatutnya menjadi kawasan bebas untuk semua.

Ini semua membawa pemikiran yang paling tidak terlatih sekali pun kearah kecenderungan membuat kesimpulan bahawa WPI ini adalah agenda yang secara langsung menguntungkan Singapura. Pelabur dan pemilik perniagaan diSingapura sekarang dengan mudah membeli hartanah dan kawasan perniagaan, perindustrian dan perdagangan dalam WPI, terutamanya Flagship A; zon perniagaan utama sekitar Bandaraya Johor Bahru.

FAZ juga bermakna rakyat dan barangan dari Singapura begitu bebas keluar masuk dari mana mana pintu sempadan dalam SJER, terutama Johor Bahru tanpa sebarang sekatan atau pemantauan langsung. Ramai berpendapat, ini tidak wajar kerana Singapura adalah sahabat karib Israel. Ini bermakna barangan dan perkhidmatan yang asalnya dari Israel hanya perlu dikemas-semula (repackage) diSingapura dan dibawa kedalam WPI untuk diagih agihkan keseluruh Malaysia atau mana mana destinasi kepada 200 juta umat Islam seluruh rantau Asean dan sub-benua Asia Selatan. Pelabur Israel juga begitu mudah membeli hartanah dan saham dalam perniagaan perniagaan dalam WPI, terutama melalui penama penama Singapura.

Minggu lepas, Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan cukai Real Property Gains Tax (RPGT) dan kelulusan FIC bagi membeli hartanah telah dimansuhkan. Ini bermakna, golongan pelabur dan hartawan dari Singapura dan negara lain, bebas membeli mana mana bidang tanah sekitar WPI dan akan berlaku satu keadaan lonjakan harga hartanah mendadak. Ini semua berlaku secara ‘tiruan’ (artificial) kerana permintaan yang ujud kepada hartanah ini adalah spekulatif semata mata. Dirasakan paling rugi dan tercicir dalam persaingan kompetitif ini ialah pemilik pemilik dan pelabur hartanah Melayu, yang akan tertinggal dengan keputusan untuk membuka pasaran hartanah dan menjadikanya begitu terbuka dan kompetitif sebagai arena pemain hartanah bertaraf dunia.

Tanpa menerapkan DEB dalam apa apa keputusan, kelulusan dan/atau pertimbangan mana mana perniagaan atau perusahaan dalam WPI, maknanya keutamaan menjaga kepentingan dan membangunkan usahawan Melayu, terutama golongan kommuniti usahawan menengah akan terabai. Sebenarnya, sekiranya pertumbuhan perdagangan dalam WPI berada dalam keadaan sihat, pesat dan progresif, maka golongan usahawan menengah Melayu, yang boleh memainkan peranan besar memenuhi keperluan jaringan pembekalan (supply chain) dan sokongan keatas industri industri utama dan besar. Jika saranan Tun Musa itu diterima-pakai, maka usahawan usahawan industri kecil dan serdehana (IKS) Melayu akan perlu bersaing dengan syarikat syarikat yang telah sedia bertapak dengan akses kepada modal yang banyak dan mempunyai sistem jaringan yang mantap. Ini sebenarnya bukan permainan di’padang rata’ (level playing field).

Secara realistiknya, orang orang Melayu sekitar Selatan Johor adalah mereka dari golongan yang tidak banyak mempunyai kecairan dan sumber kepada dana yang banyak. Oleh demikian, jika berlaku ledakan hartanah sekitar WPI, yang membenarkan mereka yang melabur menikmati kesan spekulatif yang bernilai berpuluh puluh billion Ringgit itu, ialah kuasa kepada modal tunai dan pembiayaan. Sebilangan besar orang orang Melayu Selatan Johor akan tertinggal dari persaingan ini kerana diluar kemampuan mereka, baik secara individu maupun institiusi. Ini bermakna ledakan industri pembangunan hartanah tidak akan melibatkan mereka sebagai pemain dan sebaliknya, pelabur pelabur Singapura yang mempunyai kekuatan sokongan pasaran modal dan kewangan, terutama dari pembiaya kewangan bertaraf dunia, akan memonopoli segmen industri ini dalam WPI.

Jika dinilai dari kepentingan politik, sekiranya begitu banyak pemilikan hartanah dan perniagaan terbuka tanpa langsung sekatan sekitar Selatan Johor, maka pertimbangan politik untuk orang orang Melayu juga akan terjejas. Ini adalah kerana begitu banyak ahli ahli UMNO yang mencari kehidupan melalui perniagaan kecil kecilan dan IKS, sekitar Bahagian Bahagian Johor Bahru, Pulai, Tebrau, Pasir Gudang, Gelang Patah, Tanjong Piai, Senai, Kulai dan Pontian akan merasa bahang kesanya.

Johor, sebagai negeri tulang belakang kekuatan UMNO, dimana 500,000 dari 3.2 juta ahlinya tinggal. Johor Bahru juga tempat kelahiran UMNO 60 tahun dahulu. Yang anihnya, program perancangan SJER ini dilaksana dengan kadar begitu cepat sekali. Orang orang UMNO juga tidak pernah dibawa berbincang dan berunding, mengenai WPI ini walaupun ianya secara startegik akan melibatkan mereka. Boleh dikatakan ramai kepimpinan menengah dan akar umbi UMNO sekitar Selatan Johor tidak berapa jelas mengenai program program WPI serta kesan taktikal dan strategik keputusan Kerajaan ini.

Ada yang berpendapat, sekiranya DEB dikecualikan kepada apa apa program, termasuk peluang membeli hartanah dan perniagaan di Selatan Johor, maka ini boleh ditafsirkan sebagai menafikan hak hak orang Melayu, yang sedia termaktub bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Apa apa pun, WPI ini amat dicurigai ramai Melayu yang bersemangat nasionalism sekitar Selatan Johor. Belum lagi nampak bagaimana secara langsung, program program dibawah WPI akan menguntungkan orang orang Melayu secara langsung.

Realitinya, ramai mereka yang berada didalam jawatankuasa pelaburan Khazanah dan boleh membuat perancangan strategik adalah mereka yang bukan Melayu. Ini boleh diandaikan bahawa kecenderungan apa apa keputusan yang diambil oleh Khazanah tidaklah mengutamakan imbuhan Agenda Melayu atau DEB, tetapi pertimbangan dan deliverables lain. Beberapa kedudukan strategik seperti Pengarah Eksekutif Pelaburan, Ketua Ekonomi dan empat Pengarah Pelaburan Khazanah Holdings Bhd. adalah terdiri dari bukan Melayu.

Jika tidak, boleh ditafsirkan Kerajaan Persekutuan dibawah kepimpinan Presiden UMNO Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mewujudkan WPI dan kesan sebenarnya ialah kepentingan Melayu diSelatan Johor diabaikan. Ini amat mendukacitakan kerana orang orang Melayu Johorlah selama ini setia mendukung dan memberi kekuatan tulang belakang UMNO Malaysia. Orang Melayu Johorlah yang memberikan BN menang selesa 100% di Johor dan memberi muka kepada BN, tatkala pengaruh UMNO kepada kawasan kawasan Melayu lain tiris pada Pilihanraya Umum ke XI, November 1999.

Benar kata mantan Presiden UMNO, “Melayu mudah lupa”.

 

 

Published in: on March 26, 2007 at 19:31  Comments (25)  

Tun Dr. Mahathir will be in Kulai

tun-dr-mahathir-century-club.jpg

Former UMNO President and Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad has been invited to speak at a seminar, organised by one of the Kulai UMNO Division local branch on Thursday (29 March 2007) afternoon. This is Tun Dr. Mahathir’s first speech on the political platform since the one in Johor Bahru, 10th February 2007.

The event called “Majlis Seminar Melayu ke Arah Globalisasi” and it will be held at Dewan Putri, Kelab Taman Putri, Kulai, Johor on Thursday, 29 March 2007 at 3.30 pm.

This is Tun Dr. Mahathir’s first speech on an UMNO platform, this year. The last time he was invited to speak at an UMNO organised event was last year in Johol, Negeri Sembilan. He has been a strong critic on few issues based on the decisions the current administration has made and changed. Tun Dr. Mahathir is very pleased that UMNO organisations are inviting him to speak and has said will continue to speak as long as the UMNO members wants him to do so.

tun-dr-mahathir-pju.jpg

Tun Dr. Mahathir complained no less than 14 events which he was invited to speak were canceled because the organizers were put under “pressure” not to have the event proceed.

He suffered a mild heart attack last November after a hectic schedule and trips abroad. However, his spirit to meet the people, especially UMNO members is not dampened despite the strong advice by his physicians for him to reduce his engagements, especially involves traveling.

Published in: on March 26, 2007 at 16:55  Comments (1)