Era baru persahabatan Dr. Mahathir – Ku Li

Syarahan Tahunan sebuah NGO Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu pada petang Jumaat, 30 Mac 2007 bertempat diAkademi Islam, Universiti Malaya menyaksikan sesuatu yang sudah lama tidak berlaku. Majlis syarahan perdana oleh mantan Menteri Kewangan dan Presiden Semangat ’46, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah ini diceriakan bukan sahaja kehadiran mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, malah beliau berucap pendek apabila diundang Pengerusi Majlis.

Ini menunjukan sikap ‘Lelaki Budiman’ kedua dua pemimpin penting Bangsa Melayu ini. Dalam ucapan ringkas beliau, Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa pernah berlaku percanggahan pendapat dan tidak sehaluan antara mereka tetapi itu semua adalah sejarah lepas dan mereka berdua mengenepikan kepentingan peribadi masing masing, demi untuk perpaduan dan Perjuangan Bangsa Melayu.

Dalam tahun 1996, setelah menubuhkan parti sepihan Semangat ’46 selama lapan tahun, Tengku Razaleigh akhirnya membubarkan parti Melayu itu dan kembali kepangkuan UMNO. Tun Dr. Mahathir, pada waktu itu, menerima kembali Tengku Razaleigh yang pernah menentang beliau dalam pemilihan UMNO April 1987 dan kesemua mantan warga Semangat ’46 kedalam UMNO semula dengan hati yang terbuka. Pengorbanan ini atas dasar perpaduan dan kekuatan Melayu dalam penyatuan kembali kedalam UMNO.

tun-dr-mahathir-tengku-razaleigh-in-um.jpg

Kini, mereka kelihatan bergandingan atas satu platform yang sama, membincangkan isu Melayu, dimana kedua dua pemimpin ini mengaku sebagai pengikut dan mendukung dasar dasar yang dipelupuri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, untuk kemajuan dan kepentingan Bangsa Melayu.

Sebelum ini, pertemuan mereka berdua adalah atas kapasiti peribadi. Kehadiran kedua dua pemimpin yang pernah bersaing ini di satu platform atas Agenda Melayu adalah satu perkembangan sihat dalam politik orang orang Melayu.

Secara kebetulan, kebelakangan ini terlalu banyak isu isu sering dirungutkan akar umbi umat Melayu, dimana banyak keputusan Kerajaan Persekutuan dan Kepimpinan UMNO tidak memihak dan memberikan kepentingan kepada Bangsa Melayu. Keputusan keputusan Kerajaan dan UMNO dewasa ini seperti:

1. Lambakan AP sehingga menjejaskan Proton (satu agensi membangunkan kepakaran teknologi anak Melayu)

2. Hubungan dengan Singapura apabila dasar ‘berbaik baik’ sebagai strategi menanangi apa apa permasalahan dengan Republik itu

3. Cara menangani kes “Ketuk ketampi dalam lokap polis” dan membiarkan perjalanan episode ini hingga timbul gesaan pihak seperti DAP mengujudkan IPCMC untuk memantau pihak polis

4. Kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak

5. Memorandum 8 Menteri Bukan Melayu kepada Perdana Menteri atas itu perhubungan antara ugama dan “Artikel 11”

6. Syarikat GLC Avenue capital diambil alih dalam keadaan “mencurigakan” oleh syarikat kewangan yang jauh lebih kecil dan bukan sahaja dikuasai Bukan Melayu, tetapi keluarga Perdana Menteri mempunyai kepentingan

7. Membatalkan projek Jambatan Indah mengantikan Tambak Johor kerana menjaga perasaan Singapura dan membelakangkan kepentingan strategik Malaysia. Kemudian Perdana Menteri memberi alasan bahawa “rakyat Johor tidak mahu projek tersebut”

8. Penjualan sebahagian saham dalam GLC seperti Telekom kepada Singapura dan terbaru, pengumuman Khazanah bahawa kepentingan Kerajaan dalam GLC akan dikurangkan, berperingkat

9. Perlantikan personaliti Bukan Melayu sebagai CEO kedalam syarikat GLC seperti MAS dimana begitu banyak kedudukan strategik yang selama ini dipegang anak Melayu digantikan dengan Bukan Melayu dan MAS sebagai national carrier dibiarkan dipinggir untuk membenarkan syarikat swasta (dibawah penguasaan Bukan Melayu) berkembang pesat dan maju

10. Perdana Menteri berbohong dalam temuramah khas oleh stesyen TV kerana menegaskan keluarganya tidak mendapat dan dimanafaatkan sebagai kontrak dan peluang perniagaan oleh Kerajaan atau mana mana agensi

11. Presiden UMNO mengarahkan mantan Presiden UMNO yang ingin bertanding sebagai Perwakilan Bahagian dihalang dan minit mesyuarat MT UMNO yang merakamkan arahan dan perbincangan arahan itu disiat sebelum minit itu disahkan

12. Setelah lebih enam bulan laporan dibuat dan kenyataan diambil berkenaan salahlaku politikwang keatas Ketua Bahagian UMNO dalam menghalang mantan Presiden UMNO bertanding sebagai Perwakilan Bahagian, tiada apa apa keputusan diambil termasuk Lembaga Disiplin UMNO. Salah seorang yang berceramah diKelab Darul Aman malam sebelum mesyuarat ialah Tan Sri Osman Arof, ahli Lembaga Disiplin UMNO

13. Pengumuman anak syarikat CIMB, Synergy Drive Sdn. Bhd. tentang pengabungan dan pengambil-alihan syarikat perladangan tersenarai bawah skima ASB/ASN-PNB iaitu Sime Darby Bhd., Guthrie Bhd. dan Golden Hope Bhd.

14. Pembatalan skima bantuan buku sekolah kepada pelajar yang rata ratanya terdiri dari anak Melayu yang bergantung subsidi ini

15. Kerisauan terhadap rundingan FTA dengan Amerika Syarikat

16. Isu berkenaan kes pembunuhan wanita Mongolia, dikaitkan perhubungan itu dengan Timbalan Presiden UMNO

17. Kenaikan bayaran tol dengan mendadak

18. Dalam keadaan bencana besar melanda dan begitu ramai terjejas, Perdana Menteri memilih untuk menyambung percutian keluar Negara

19. Perhatian rakyat keatas pembelian kapalterbang mewah oleh PMB, untuk kepentingan Perdana Menteri dan penjelasan apabila ditanya

20. Kepentingan orang orang Melayu dalam Wilayah Pembangunan Iskandar dibiarkan terabai apabila DEB dikawasan itu ditarik dan tidak diguna-pakai

dan paling tidak dilupakan sekali episod melibatkan Media Prima:

21. Isu media yang dibenarkan bawah kawalan Kalimullah dan Media Prima, yang telah menunjukan bagaimana kepentingan orang orang Melayu terabai, termasuk bagaimana isu karikatur menghina Rasulullah S.A.W. ditangani

22. Cadangan mengabungkan NST dan Utusan Malaysia; ikutan bagaimana Singapura konsolidasi semua media bawah Singapore Press

23. Semua media elektronik dikonsolidasi dibawah Media Prima dan pelabur Yahudi Amerika Syarikat L.P. Harris & Associate membeli blok pegangan saham Media Prima sebagai 22.6%, satu jumlah yang cukup substantial

24. Episod dimana Kalimullah sebagai Pengarang Eksekutif NST sengaja dibiarkan berbohong apabila menyiarkan ruangan pengarang mingguanya mengatakan Tun Dr. Mahathir beriya iya ingin bertemu PM Abdullah semasa mereka diTokyo, tetapi sebenarnya ia sebaliknya, Jun 2006

dipersetujui dan mendapat keperihatinan dan perhatian kedua dua pemimpin termuka Bangsa Melayu ini. Oleh demikian, mereka berdua sepakat tentang isu isu yang sering diperkatakan oleh orang ramai dimana mana sudut.

Kedua dua pemimpin ini memperlihatkan bahawa kepentingan Bangsa Melayu perlu dipertahankan, dalam apa pun pertimbangan dan keputusan Kerajaan dan UMNO.

Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa jika kebajikan, kekuatan ekonomi dan kemakmuran orang orang Melayu sebagai penduduk majoriti Negara diabaikan, maka peluang untuk kaum lain berjaya juga menurun kerana orang orang Melayu merupakan penguna terbesar apa apa produk dan perkhidmatan.

Tengku Razaleigh pula memperingatkan dan mengimbau kembali bahawa usaha usaha yang dipelupuri Tun Razak seperti Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan agenda pembangunan Negara dan usaha mantan Bapa Pembangunan itu mengembeling keseluruhan sumber dihala-tujukan kearah yang sama, dengan pembagunan sekata dan terancang, perpaduan, kemakmuran bersama dan pembinaan Bangsa-Negara sebagai kunci kejayaan Negara, akan datang.

Kesefahaman antara kedua pemimpin Melayu ini jelas dipertontonkan Jumaat lepas. Apakah ini langkah pertama, mereka berganding bahu, untuk menentukan isu isu yang dibangkitkan itu, untuk mengesa dan/atau memberi tekanan, melalui kesedaran ahli UMNO dan keperihatinan rakyat, agar tindakan/keputusan yang tidak menguntungkan kepentingan Bangsa Melayu itu diperbetulkan oleh Kerajaan dan UMNO yang dipimpin YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi?

Keadaan sekarang amat berbeza kerana timbul fenomena baru dikalangan orang orang Melayu iaitu “takut untuk bersuara”. Keadaan menjadi meruncing kerana mereka yang cuba cuba untuk bersuara, diberikan begitu banyak bentuk ‘tekanan’ oleh pihak pihak yang mempunyai kuasa. Akibatnya, isu isu ini ‘dihalang’ dari diutarakan melalui saluran rasmi seperti UMNO dan media perdana.

Gandingan kedua pemimpin besar Melayu ini mungkin akan berubah menjadi konsep perubahan kepada keadaan sediada dimana ianya makin ramai diterima masyarakat Malaysia keturunan Melayu. Ada sebahagian dari isu isu yang diperbincangkan kedua dua pemimpin ini juga mendapat perhatian serious dari rakyat Malaysia Bukan Melayu. Ada kebarangkalian ianya akan mempunyai kesan snowball effect yang cukup besar dimana mereka didalam UMNO sendiri mempersoalkan isu isu itu secara terbuka dan mendesak jawapan.

Ramai percaya, jika isu isu ini tidak diperbetulkan mulai dari sekarang, maka satu hari rakyat, termasuk orang Melayu sendiri akan membelakangkan UMNO dan orang orang Melayu akan hilang kuasa. Jika UMNO tiada lagi kuasa, apakah organisasi lain akan mengambil peranan UMNO menentukan program pembangunan dan kepentingan Bangsa Melayu terus dijaga dan bela, demi kemakmuran dan sejahteraan Negara?

Mungkin keadaan yang berlaku ialah kerana Kepimpinan dinafikan maklumat sebenar akar umbi dan dibuai ‘mimpi mimpi indah’ yang dimainkan oleh anak anak muda tanpa sebarang pengalaman makro tetapi diangkat menjadi “penasihat”, personaliti yang baru dianugerahkan darjah kebesaran Persekutuan dengan konsep “elegant silence”nya dan orang orang kanan seperti personaliti yang pernah menjadi penasihat dalam proses pengharaman UMNO Februari 1988 begitu bersungguh mempertahankan kepentingan Kepimpinan terjaga dan pelihara, walau apa pun berlaku. Budaya “Jaga Boss” ini sebenarnya merugikan Negara, Bangsa dan masa depan semua.

 

kerajaan-tiga-beranak.gif

Pertentangan keatas apa yang disifatkan blogger Zahrin Yassin (yang telah di pecat oleh Presiden UMNO pada 28 Ogos 2006) dalam laman blognya Sang Kelembai (www.sangkelembai2006.blogspot.com), “Kerajaan Tiga Beranak” adalah satu yang begitu sering diperbincangkan oleh rakyat, terutama orang orang Melayu yang perihatin kepada keadaan politik tanahair.

Begitu banyak harapan diletakan keatas Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh, sekarang ini oleh orang orang Melayu yang tiada saluran keatas, termasuk akar umbi UMNO sendiri.

Sama sama kita lihat seterusnya kisah yang baru berputik semula ini.

 

 

*gambarphoto adalah dari koleksi juruphoto-blogo-journo Mr. Jinggo yang dipaparkan dalam Forum MyKMU.net (www.forum.mykmu.net)

Published in: on April 1, 2007 at 10:05  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/04/01/era-baru-persahabatan-dr-mahathir-ku-li/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. Gandingan 2 tokoh tersohor ini diatas satu pentas buat julong julong kalinya adalah satu fenomena yg sudah tentu didorong oleh pergolakan dan perkembangan yg cukup mendesak kalbu mereka sbg pemimpin bangsa yg teruji. Apakah gandingan ini hanya satu kebetulan atau boleh dirasai sbg satu permulaan kearah mencari jalan pembetulan dan menyelamat sebelum negara tergelincir jauh dari landasan dasar yg dipersetujuai dahulu.

    Apakah perkembangan mutakhir ini juga akan memperlihatkan dua wira bangsa yg terbilang akan berhadapan dengan golongan muda yg sedia mempunyai sutradara lengkap dengan skripnya termasuk stuntmen jika diperlukan. Ini adalah kerana apa jua reaksi dari PL kelak adalah hasil sumbangan golongan muda ini.

    Amat menyedihkan hanya dalam masa 3 tahun terlalu banyak yg negatif dari positipnya. Apakah 2 tokoh ini adalah alternatifnya kpd rakyat – tetapi bagaimana?

  2. […] kepada satu masa dulu seteru politik semasa dalam UMNO iaitu Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, kini sedia ‘mengorbankan’ kepentingan peribadi dalam satu syarahan diUniversiti Malaya dan mengimbau kembali pemikiran Allahyarham Tun Abdul […]

  3. […] that he is the ‘political son’ to the Bapa Pembangunan Malaysia!). Certainly, this ‘renewed association’, gave a lot of Malaysians, especially the Malays some glimmer of hope for things to be made […]

  4. Realiti politik….kawab berubah jadi lawan…dan lawan boleh menjadi kawan dalam sekelip mata…

    moga niat menjadi ahli politik adalah kerana ALLAH dan bukan kerana agenda peribadi atau duniawi amin.

    marilah doakan malaysia kita dipimpin oleh TERBAIK antara yang TERBURUK

    kerana susah nak jumpa terbaik di zaman terakhir ini…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: