Kelemahan PAS jelas dalam kes Lojing

Tiga minggu lepas, rakyat Malaysia digegarkan dengan pendedahan YB Dato’ Sazmi Miah, Setiausaha Parlimen Kementerian  Sumber Alam dan Alam Sekitar mengenai pembalakan rakus dan pencabulan (mungkin lebih sesuai digunakan ‘memperkosa’) alam sekitar sekitar Tanah Tinggi Lojing diUlu Kelantan. Paparan khas 25 Mac 2007 ini dibuat apabila YB Sazmi membawa krew pengambaran TV3 untuk meninjau kawasan dengan helikopter dan ianya jelas membawa kejutan kepada berjuta penonton harian Bulletin Utama, untuk beberapa hari dan menjadi buah mulut ramai.

lojing.jpg

Bagaimana ini boleh berlaku? 22 buah syarikat dan perniagaan dikatakan telah diberikan konsessi pembalakan (bertopengkan sebagai “pertanian”) oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Memang ada cadangan asal untuk membangunkan kawasan pertanian sayuran sayuran kontan.  

Tempat alam sekitar dicabuli ini memang hutan dara. Kedudukanya adalah 22 km dari jalan utama, iaitu Jalan Lojing – Simpang Pulai. Bukit dan lereng bukit ditarah habis untuk membina jalan sementara untuk jentera berat pembalakan sampai ke kawasan ini. Apabila sampai, segalanya ditarah habis! Umpama padang jarak, padang terkukur jadinya. Begitu banyak flora dan fauna terjejas. 

Apabila penjarahan rakus ini dibongkar, Menteri Sumber Alam dan Alam Sekitar YB Dato’ Seri Azmi Khalid mengeluarkan arahan serta merta kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan agar kawasan ini diwartakan sebagai tanah tinggi, untuk mengelakan sebarang pembalakan dan pencabulan seterusnya dan akan datang. Ini diberitakan Bernama (www.bernama.com):  

Kelantan Told To Immediately Gazette Lojing As Highland

KUALA LUMPUR, April 16 (Bernama) — The Kelantan state government has been directed to immediately gazette Lojing in Gua Musang as a highland under the Land Conservation Act 1960 to prevent further environmental damage due to indiscriminate logging.

Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri Azmi Khalid said today the directive was conveyed to the Kelantan State Secretary Datuk Mohd Aiseri Alias, who is also chairman of the Lojing Highlands Main Committee, at his office in Putrajaya.

“This is to prevent further environmental damage to the 20,000 hectares in the area,” he told Bernama after the meeting with Mohd Aiseri.

Azmi said the ministry and the Kelantan government have agreed to take legal action against those who had caused the environmental damage in the area.

“We have agreed that legal action has to be taken immediately in accordance with the powers vested in the state government or federal government. We are very serious (as far as this matter is concerned) and no one will be exempted (from the action),” he said.

Azmi said he had also asked the Kelantan government to take immediate action to rehabilitate areas of the highland damaged by uncontrolled logging.

“The federal government views the Lojing issue with concern and hopes that we will be informed of any programmes to be implemented by the state government,” he said.

Azmi said his meeting with Mohd Aiseri, which lasted for about an hour, was conducted well in an open manner.

“He (Mohd Aiseri) came to the meeting as a professional without prejudice to enable the Lojing issue to be resolved,” he said.

Azmi said he informed Mohd Aiseri to get the Kelantan government to be honest and acknowledge its mistake when it issued a gag order to the state forestry officers on the development in the Lojing Highlands that resulted in the environmental damage there.

He also asked the Kelantan government to correct a statement by the Deputy Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob that such an order was not given.

“I informed him that the state government should withdraw the statement that no gag order was issued by the state government when it actually did.

“I also asked that the deputy menteri besar be advised not to make such incorrect statements because I have evidence on that,” he said.

The environmental damage at Lojing became an issue after Parliamentary Secretary to the Natural Resources and Environment Ministry Datuk Sazmi Miah raised the matter of excessive logging and environmental degradation in the area in Parliament two weeks ago.

The matter also received the attention of the Kelantan Sultan, Tuanku Ismail Petra, who in his speech at an investiture ceremony in conjunction with his birthday celebration a few days ago, rapped the state government for failing to address the problem.

Last Saturday, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said Lojing should be gazetted and that this was within the authority of the state government and that not doing so would be a failure on the part of the state government.

— BERNAMA

*****************

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengeluar konsessi kepada syarikat syarikat ini. Ini termasuk tiga syarikat ini, yang memohon pada 21 Mac 2005 dan Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan permohonan itu pada 13 September 2006. Setiap syarikat diberikan konsessi 400 hektar, kegunaan tanah telah diklassifikasikan sebagai pertanian dan pajak milik sah selama 66 tahun.

Syarikat syarikatnya ialah Aspac Floritech Sdn. Bhd., Acomax Holdings Sdn. Bhd. dan CSN Enterprise Sdn. Bhd. Kesemua syarikat ini dimiliki melalui pegangan saham oleh All Green Holdings Sdn. Bhd. Personalitinya terdiri dari empat orang yang sama:

1. Sam Nyok Peng, IC No. 710628-01-5328, berasal dari Johor

2. Sim Yoke Keng, IC No. 691223-01-5476, berasal dari Johor

3. Lee Nee Soon, Passport (Singapura) No. S11383363B

4. Lee Geok Khuan, Passport (Singapura) No. S1179539J

Jelas menunjukan bahawa pembalakan haram, penjarahan dan pencabulan diTanah Tinggi Lojing ini atas kelulusan Kerajaan Negeri Kelantan, yang diperintah oleh PAS dan YAB Dato’ Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar semenjak November 1990. Akibatnya, sumber air yang keluar dari kawasan ini teruk tercemar dengan keladak dan kekeruhan dan ini menjejaskan berpuluh ribu penduduk yang bergantung kepada sungai untuk sumber air dan mencari sumber kegiatan ekonomi dan pendapatan.

Memang semua syarikat syarikat ini menerima kelulusan dari Kerajaan Negeri Kelantan mengikut prosedur yang dibenarkan undang undang. Isunya, bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan tergamak membiarkan sumber asli Negeri Kelantan ini dicabuli dan diperkosa, sebegitu rakus dan menjejaskan alam sekitar kawasan 25,000 hektar itu untuk jangkamasa yang amat lama?

Apa yang lebih memberikan kesan, sebahagian dari mereka yang di’lesen’kan untuk melakukan ‘jenayah’ alam sekitar ini adalah usahawan Cina dari Singapura! Ini kegagalan moral episod ini.

Penjarahan luar kawal ini menarik perhatian termasuk DYMM baginda Tuanku Al Sultan Ismail Petra, Sultan Kelantan. Dalam titah baginda sempena hari keputeraan baginda ke 57 baru baru ini (dipetik dari NST, www.nst.com.my) :

 

The Sultan of Kelantan has rapped the state government for excessive logging and warned of dire consequences should forests continue to be cut down.

“I want to remind the state government that uncontrolled logging meant to clear rubber and oil palm estates, among others, could lead to erosion and global warming,” Tuanku Ismail Petra said.

In his 57th birthday address yesterday, the sultan said deforestation had caused the state’s rivers to turn shallow, murky and full of sediment.

Concerned about environmental degradation, particularly for the future, he also deplored the uncleanliness of the state capital.

“If such activity (logging) is not controlled, the state may face the danger of great floods, like those that hit several states in 2006 and early this year,” he said.

The sultan advised the state government to be wary of business proposals seeking to profit from logging at the expense of the environment.

Allegations of illegal logging in the state’s protected areas, such as the Lojing Highlands, have been surfacing for years.

The state government has persistently denied the encroachments, although logging concessions remain the state’s top revenue earner.

Last week, state Finance, Public Administration, Economic Planning and Community Development Committee chairman Datuk Husam Musa said all tree-felling in Lojing had been stopped in March last year and no licences issued since then.

He was responding to a newspaper report that 22 companies were logging the area, only five of which had environmental approval.

The sultan urged the state government to look for alternative sources of income from the forestry sector, which is expected to contribute 23.86 per cent of revenue this year.

“We do not want our future generations to suffer from our mistakes.”

Tuanku Ismail expressed displeasure with Kelantan’s cleanliness, especially here, which he said was due to the absence of proper waste management.

Kota Baru town’s cleanliness is not up to standard. We need a better plan to address this issue.

*********************

 

Kerajaan Negeri Kelantan dibawah kepimpinan PAS sememangnya tidak berjaya membangunkan Kelantan. Setelah 50 tahun merdeka, hampir 1/4 hasil Kerajaan Negeri masih lagi bergantung kepada hasil pembalakan. Ini bermakna Kerjaan PAS Kelantan gagal membangunkan prasarana industri dan perdagangan serta gagal menyediakan sumber kommersial lain dalam negeri kecuali menjarah hasil asli khazanah alam.

Jelas slogan PAS iaitu “Membangun bersama Islam” dan Kelantan Negeri Kelantan “Raja Tonggak Kedaulatan Bangsa” sebenar tidak dihayati dan praktikan oleh mereka yang mempunyai kuasa. Titah teguran baginda Tuanku Al Sultan itu cukup jelas membuktikan bahawa Negeri Kelantan ditadbir dengan lemah dan khazanah asli anugerah Allah s.w.t. sengaja dibiarkan dijarah sebegitu rakus hanya untuk sedikit imbuhan keduniaan.

Published in: on April 20, 2007 at 00:12  Comments (9)