Khalid kuda tunggangan Anwar, wakili Ijok?

Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, 61, mantan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd. dan CEO PNB kini diperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Ijok 28 April ini, sempena kematian ADUNnya, YB Dato’ K. Sivalingam. Beliau akan menentang K. Parthiban, 38, calon BN – MIC Sabtu ini.

Khalid, merupakan Pengerusi PKR Selangor bukanlah seorang yang baru dalam arena politik. Beliau pernah bertanding dalam UMNO Bahagian Kuala Selangor pertengahan 90an dahulu untuk merebut Ketua Bahagian tetapi gagal. Beliau kini sinonim dengan golongan kecewa dalam politik, mencari sekutu bersama Anwar Ibrahim dan mereka yang senasib seperti Dato’ Kamarul Bahrin dan Dato’ Nalla Karupan.

Jasa sudah dikenang
Khalid satu masa dulu pernah berjasa kepada PNB kerana dengan jayanya mengurus pembangunan dan penerbitan skim ASN dan kemudian ASB. Jasa jasa itu amat dihargai Kerajaan dan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau diberi peluang untuk menjadi Pengerusi Kumpulan Guthrie Bhd. dan pembelian-oleh-pengurusan (MBO 5% saham Guthrie pada nilai asas (par). Ini bermakna, Khalid dibenarnya mengambil alih saham Guthrie bernilai pasaran RM 50 juta tanpa membayarnya (dibiayai penuh pihak ketiga) dan diberikan moratorium untuk opsyen lain.

Apa yang dinikmati oleh Khalid kerana jasanya itu lebih banyak dari personaliti personaliti lain yang menjadi tunggak perintis PNB seperti Tan Sri Mohd. Desa Pachi dan Allahyarham Tun Ismail Mohd. Ali.

Peluang mendapat kekayaan ini tidak termasuk saham saham terbitan syarikat syarikat yang ingin disenaraikan diBursa Malaysia (masa itu KLSE). yang diperuntukan sebagai penglibatan pelabur / pemegang saham Bumiputra. Khalid dikatakan menguruskan agar sebahagian dari saham yang diperuntukan untuk Bumiputra (selebih dari yang mana diambil (subscribe) PNB) di’faraid’kan (private placement) kepada dirinya (melalui wakil wakil tertentu), termasuk menguruskan pembiayaanya sekali.

dscn1023.jpg

Ini memberikan Khalid peluang menjadi jutawan kaya dari seorang pengurus professional yang hanya makan gaji dengan sebuah agensi Kerajaan. Kekayaan ini menyebabkan Khalid mampu menyediakan rumah umpama istana tiga tingkat diJalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur ini. Rumah yang berharga berjuta Ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.

Pengalaman Guthrie
Walaupun Khalid menguasai Guthrie sebagai pemegang saham minoriti, (ketika itu nilai pasaran saham terbitan dan berbayar berjumlah melebihi RM 1 billion), tetapi kerana kesefahaman PNB membelakangi beliau sebagai Pengerusi Eksekutif, Khalid berlagak umpama ‘tuan punya’ Kumpulan Guthrie dan seolah olah berkuasa mutlak.

Semasa dalam Guthrie, beliau dikatakan menjadi seorang pemimpin yang “bongkak dan angkuh”, walaupun personalitinya lembut dan beliau mudah tersenyum dan menyapa orang. Beliau pernah dikatakan mengelarkan diri sendiri sebagai “Penyelamat Bangsa Melayu” (Saviour of the Malay race).

khalid-ibrahim.jpg

Keangkuhan pengurusan beliau terserlah apabila beliau membuat banyak keputusan sendiri, tanpa mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Kumpulan Guthrie, termasuk untuk keputusan keputusan strategik. Ini menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak senang pengurusan tertinggi diperingkat PNB. Namun begitu, tiada tindakan diambil kerana Khalid dilihat sebagai ‘orang Anwar Ibrahim’ (masa itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan).

Guthrie banyak membuat pinjaman dan hutang baru dalam zaman pengurusan Khalid. Projek projek yang dikira sebagai pet project Khalid seperti Bukit Jelutong, Guthrie Corridor dan pembukaan ladang kelapa sawit di Indonesia banyak mendedahkan Guthrie kepada hutang, sehingga melebihi RM 1 billion dan hampir menyamai modal berbayar syarikat. Antaranya, ialah penerbitan kertas kommersial kompliant syariah yang dinamakan ‘Sukuk’, ditaja-urus oleh HSBC Amanah merupakan satu sejarah dalam kewangan Islam diperingkat antarabangsa. Khalid amat berbangga dengan ini dan kerap menengahkan kejayaan ini.

Dipercayai ini dilakukan Khalid dengan sengaja agar harga saham Guthrie boleh ditingkatkan dan EPS meningkat. Perancangan Khalid adalah agar beliau boleh mengambil 10% opsyen saham Kumpulan Guthrie dengan nilai par dan kerana saham ini akan di’lonjak’ ketahap harga tinggi, maka beliau boleh mendapat pembiayaan untuk skima yang berkepentingan peribadi ini. Malangnya, perancangan ini gagal direalisasikan dan moratorium yang PNB berikan kepada beliau menjadi matang.

Oleh demikian, selepas Anwar tidak lagi berkuasa, ‘perlindungan’ keatas Khalid lenyap. Oleh kerana pengurusan Khalid diGuthrie makin meruncing dan membebankan syarikat dan banyak keputusan unilateral yang dibuat Khalid makin disedari, makan pada tahun 2003, PNB menetapkan Khalid membayar penuh opsyen selebih 5% saham Guthrie yang beliau pada asalnya ingin miliki. Kegagalan ini juga memberikan peluang agar Lembaga Pengarah Guthrie mengundi beliau di’turun’kan dari kedudukan Pengerusi Eksekutif yang sangat berkuasa itu.

anwar-fr-jeff-ooi.jpg

Kuda tunggangan Anwar
Kini Anwar mengunakan Khalid sebagai kuda tungganganya dalam Pilihanraya Kecil Ijok. Anwar Ibrahim perlu menunjukan bahawa PKR boleh menang kali ini, setelah pakatan Pembangkang kecundang diBatu Talam dan Machap. Ijok juga penting untuk menentukan bahawa beliau diterima sebagai perancang utama dan ‘Pemimpin Agung Pembangkang’.

Survival PKR juga bergantung kepada kemampuan Anwar membuktikan dirinya sebagai pemimpin politik yang masih ‘laku’ dan diterima rakyat. Ini kerana begitu ramai pemimpin PKR telah meninggalkan perjuangan PKR yang mereka anggap sia sia dan tiada visi itu. Ini termasuk Dr. Chandra Muzaffar, Marina Yusuf, Ruslan Kassim, Lukman Noor Adam dan Zainur Zakaria. Kini Dr. Syed Hussein Ali sudah berundur dan orang kanan Anwar sendiri iaitu Ezam Md. Nor juga sudah menunjukan bibit untuk meninggalkan PKR.

Pergolakan dalaman PKR makin terserlah. Dalam isu pemilihan calon mewakili PKR ini juga timbul pergolakan kecil antara pihak pihak dalam PKR. Isu perkauman sebenar ujud dalam PKR yang sedang mendemonstrasi sebagai sebuah parti politik pelbagai kaum yang paling berjaya.

Anwar perlu menang kali ini, terutama Kongress Tahunan PKR akan diadakan Mei ini. Sekiranya PKR gagal di Ijok ini, makin banyak persoalan tentang hala tuju dan justifikasi kewujudan PKR, dikalangan ahli ahli sendiri akan timbul. Ini jelas apabila pendebatan sengit antara Ezam dan 50 orang ahli PKR dirumah beliau di Seksyen 7, Shah Alam, dua bulan lepas. Anwar sendiri perlu menunjukan beliau bersungguh sungguh dengan PKR agar menghilang syak wasangka termasuk dikalangan ahli ahli PKR sendiri bahawa beliau tidak akan kembali kepada UMNO.

Khalid mahu berkhidmat?
Betulkah Khalid betul betul mahu berkhidmat kepada penduduk Ijok? Sungguh sungguhkah Khalid mahu ‘turun padang’, menyinsing lengan, mendengar rintihan dan aduan rakyat yang remeh temeh dan berusaha untuk menyelesaikanya, sebagai wakil rakyat? Adakah Khalid akan membawa pembangunan ke Ijok selepas menjadi wakil rakyat? Apa perancangan Khalid untuk membawa pembangunan dan meningkat keselesaan penduduk Ijok, terutama sebagai wakil rakyat Pembangkang? Mungkinkah Khalid mengeluarkan duit sendiri untuk menentukan keselesaan rakyat di Ijok meningkat?

Terlalu banyak persoalan.

Mungkin Abdul Khalid Ibrahim bukanlah calon yang terbaik untuk membela nasib dan menentukan pembangunan, langsung meningkat keselesaan penduduk terus dibawa kekawasan perladangan Ijok ini. Pilihan lain menunjukan keputusan yang lebih baik.

Published in: on April 24, 2007 at 00:06  Comments (8)