Bloggers bertemu Parthiban

Kami beberapa orang Bloggers hari ini bertemu wakil Barisan Nasional (BN) untuk Pilihanraya Kecil DUN N 11 Ijok, 28 April 2007 ini. En. K. R. Parthiban kelihatan ceria dan girang, walaupun jelas menampakan beliau letih dalam jadual berkempen terlalu ketat yang masuk hari kelima dan cuaca yang tidak begitu memaafkan itu.

dscn1034.jpg

Pertemuan ini berlaku pada pukul 430 petang, Selasa 24 April 2007 disebuah Kedai Kopitiam di Batang Berjuntai dan diaturkan oleh Pegawai Khas diPejabat Menteri Besar Selangor. Parthiban baru sahaja bertemu dengan beberapa wartawan media berbahasa Cina dan beliau ‘dicuri’ seketika, sebelum perlu berada dijalanan bertemu pengundi Ijok lagi.

Anak tempatan ini begitu yakin dalam temuramah ini. Perbualan membuka kata sempat kami memahami bahawa anak yatim piatu ini berkorban menentukan adik adiknya mendapat peluang ke menara gading dan banyak membelakangkan kepentingan peribadi, termasuk mencari pasangan hidup.

Beliau kini begitu fokus kepada isu isu penduduk dan pengundi Ijok dan tidak termakan langsung kedalam kancah taktik Parti Keadilan Rakyat memainkan isu isu tidak relevan dan rhetorik dalam Pilihanraya Kecil ini. Semasa temuramah ini, beliau menerima panggilan telefon mengenai ada orang meminta bantuan dalam tugas seharian beliau dalam Pejabat Pelajaran Kuala Selangor. Dalam kesibukan berkempen, Parthiban masih lagi meluangkan masa untuk melayan permintaan orang ramai, seperti mana sebelum kempen bermula.

Walaupun Parthiban bukan tokoh korporat terkenal seperti lawanya, Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan guru ini disenangi dan kenali penduduk tempatan. Ini kerana beliau pernah berkhidmat dalam kawasan Ijok sebagai guru. Beliau juga sekarang menjawat Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor dan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia Kuala Selangor.

Parthiban memang mampu menyesuaikan diri dalam masyarakat setempat Ijok. Beliau boleh sikit sikit mengunakan loghat Jawa, kumpulan sub-etnik penduduk majoriti kawasan ini. Walaupun kami setika sahaja bersama bakal Y.B. di kedai kopitiam tersebut, jelas terpampang penduduk tempatan berbilang keturunan etnik mengenali beliau dan selesa dengan mesra bertegur sapa secara bersahaja. Beliau juga tidak canggung apabila berbual dengan pemerhati politik dari Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.

Tidak syak lagi Parthiban merupakan calon yang sesuai mewakili BN dan seterusnya menentukan pembangunan dan keselesaan penduduk di N 11 Ijok diperjuangkan, sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri. Berkhidmat kepada penduduk Ijok adalah sebati dalam jiwanya. Di akhir temuramah ini, kami Bloggers mengucapkan agar beliau berjaya Sabtu ini.

bn-logo.gif

P/S: Temuramah dengan Cikgu K Parthiban ini dibawa dalam blog Rocky’s Bru, www.rockybru.blogspot.com, Zorro Unmasked, www.zorro-zorro-unmasked.blogspot.com dan Another Brick In the Wall, www.anotherbrickinwall.blogspot.com

Advertisements
Published in: on April 25, 2007 at 00:08  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/04/25/bloggers-bertemu-parthiban/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. kalau aku penduduk ijok, memang undi aku kat brader parthiban ni. isu tempatan
    adalah agenda utama, jd sbg anak tempatan yg biasa dgn kawasan, beliaulah
    yang tepat dan lebih layak mewakili penduduk ijok.

    no disrespect to tan sri khalid but for the benefits of the people, parthiban is the
    right choice. besides, i doubt the former knows much abt politics anyway. does he?

  2. Khalid Ibrahim talks about politics and rhetorics which has no direct relevance to the people of Ijok. Where else Parthiban is a local homegrown boy, who was a teacher. We can see he is well accepted by the people in the Batang Berjuntai town.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: