Semalam, semasa kami beberapa orang Bloggers pergi ke Ijok dan diberikan peluang bertemu calon BN, Cikgu K. Parthiban, kami juga berkesempatan bertemu sekumpulan tiga orang ‘mat salleh’ berloghat American, didalam kedai kopitiam yang sama. Mereka menyapa dan langsung berpindah duduk dimeja kami.
Rupanya, salah seorang antara mereka ini Pegawai Seksyen Politik di Kedutaan Amerika Syarikat diKuala Lumpur, bernama Tom Daniels. Seorang itu, datang dari Jabatan Negara di Washington D.C. Mengapa mereka ke Ijok?
Kami berbual dan sedikit demi sedikit, terbongkar kehadiran mereka. Mereka datang untuk memerhatikan pergerakan dan perjalanan Pilihanraya Kecil Ijok ini. Mereka ingin merasai sendiri apa berlaku di’medan’.
Kami bertanya tentang isu isu yang menjadi modal kempen. Sejara am, mereka membincangkan pendekatan kedua dua calon. Boleh dirumuskan, wakil Washington D.C. ingin merasai bagaimana isu isu hangat dan kontroversi yang dibangkitkan Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim dalam siri kempen ini benar benar mengambil tempat dalam sanubari pengundi tempatan (Ijok ialah kawasan kampung, menjadi sampling baik suara majoriti pengundi Malaysia).
Pada mereka, Anwar masih relevan. Isu yang Anwar bangkitkan, masih ‘laku’. Kecenderungan mereka terhadap politik yang dibawa Anwar Ibrahim semenjak 9 tahun dahulu melancarkan ‘Reformasi’ menentang Kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad apabila dipecat dari Kabinet dan UMNO masih segar.
Tidak syak lagi. Anwar Ibrahim sahabat rapat Amerika Syarikat. Walaupun kerajaan hari ini bukan lagi Parti Demokratik, tetapi kommitmen Amerika Syarikat kepada pejuangan Anwar tetap sama. Kenapa Anwar begitu relevan kepada Amerika Syarikat?
Itu atas tafsiran masing masing. Yang nyatanya, bagaimana mereka yang dilatih pegawai pegawai beribu pejabat diLangley, Virginia ini begitu cekap boleh berada dalam kedai kopitiam yang sama, dimana calon BN K. Parthiban berada petang itu? Ini menunjukan mereka berusaha untuk memahami keadaan di’medan’ dan memahirkan diri dengan geografi kawasan ‘medan’ dalam masa singkat.
Walaubagaimanapun, sebagai bangsa Eropah dibenua Amerika Utara, mereka gagal menghayati kenapa K. Parthiban adalah calon yang lebih sesuai bagi mewakili penduduk Ijok. Mereka yang tiada langsung kefahaman dan penghayatan konsep gotong royong dan perpaduan antara kaum, terutama dalam kawasan majmuk seperti pekan Batang Berjuntai. Pada mereka, agenda rhetorik seperti dilaung laungkan Anwar Ibrahim lebih membawa erti kepada pemacuan politik, seperti di Indonesia dan Thailand.
Kehadiran wakil Washington D.C. ini di Ijok menunjukan jelas mereka masih memerhatikan dengan dekat politik yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan bagaimana itu dapat mempengaruhi senario politik tanahair, terutama majoriti pengundi berada dikawasan luar bandar. Tanpa sebarang keraguan lagi, Anwar masih lagi mempunyai agenda politik yang didalangi Washington D.C.!
BD,
Ko ni kalu cerita ‘spy vs spy’ memang hebat dan ligat putaran. Macam gasing Kelate!
Tak tahu lah kalu pemerhati ‘mat saleh’ ni berada di-pilihan raya kecil yang lain tapi jika di-Ijok, sebuah kawasan terpencil, mereka menonjolkan diri mereka, kenapa agak-nya.
Apalagi bila di-ambil kira PKR bertanding dan bukan-nya DAP ataupun PAS.
Adakah pemerhati ni mencari bahan-bahan untuk mengatur strategi untuk PRU akan datang bagi AS ataupun RDC, ataupun kedua-dua sekali.
Maklumlah, kempen berkempen memang banyak menggunakan tenaga serta wang ringgit ya. Jadiq, PKR mungkin terpaksa menujukkan kesungguhan mereka kepada penganjur.
Dulu, dengaq cerita ada dapat rm60 juta(1999). Kali ni? Kalu rm36 juta pun memadai ya. Sama saperti BN.
Harapan kawan, orang Ijok undi-lah K. Parthiban walaupun BN tu musuh yang jelas kita nampak. Bukan-nya yang berselimut.
*RDC – Red Dot Com. Pandai-pandai lah buat tafsiran sendiri*
yea, hate BN with all your guts but for the benefit of the people, brader
parthiban is the man.
[…] It is thought that Anwar Ibrahim was the personality and ‘puppet master’ behind and strategically gave input for the HINDRAF leaders and movement. The use of ISA against HINDRAF leaders was thought to be a ‘warning’ for Anwar Ibrahim, who is known to have ‘connections’ with foreign agencies. […]
[…] masalah dalaman PKR yang meruncing dan penerimaan dikalangan rakyat yang sedang menurun, disamping masih lagi kuat menerima sokongan agensi asing dan sangat akrab dengan pemimpin Yahudi Barat. Mantan peguam bela Anwar Ibrahim sendiri yang […]
[…] dan sokongan padu mereka kepadanya begitu terbuka. Dalam Pilihanraya Ijok dan Machap, kehadiran wakil wakil “pejabat perhubungan politik” Kedutaan Besar Amerika Syarikat dalam medan kempen juga secara bersahaja dan […]
[…] of damage of Malaysian Government rapport internationally. We at BigDogDotCom remembered so well Kuala Lumpur US Embassy’s close observation of Anwar’s political engagements in by-elect… last year. Of course, we shall not forget the Israelis close interest on Anwar’s political […]
[…] Besar AS ke Malaysia John C. Mallot begitu aktif terlibat dengan gerakan “Free Anwar Campaign”. Pegawai politik Kedutaan Besar AS juga terlibat dalam memerhati dari dekat semua Pilihraya Kecil dan… yang dijalankan, terutama dimana Anwar terlibat secara aktif, seperti Ijok. Yang terbaru ialah […]