Penjelasan Isu Kontrak Scorpene dan SU30MKM

PENJELASAN BERHUBUNG ISU PEROLEHAN
KAPAL SELAM SCORPENE DAN PESAWAT SUKHOI SU30MKM

 
OLEH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Kementerian Pertahanan hari ini ingin memberi penjelasan berhubung kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Kementerian Pertahanan mendapati bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat terutama oleh parti-parti politik tertentu mengenai perolehan kelengkapan tersebut sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan banyak kekeliruan dan salah faham di dalam masyarakat.

Selain itu, ia juga menimbulkan persepsi negatif dan prasangka bahawa perolehan kelengkapan untuk keperluan Angkatan Tentera Malaysia telah dilaksanakan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan, tidak telus dan membazir.

 

Di sini, pihak Kementerian ingin memaklumkan bahawa semua rundingan perolehan adalah dijalankan mengikut Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara oleh pegawai-pegawai kerajaan. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian-penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan Angkatan Tentera Malaysia.

Selain itu, rujukan juga dibuat kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut. Semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas kelulusan Kementerian Kewangan diperolehi.

 

scorpene1.jpg

 

 

 

 

 

Berhubung dengan perolehan kapal selam Scorpene, Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan telah membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada Encik Abd Razak Baginda merupakan satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam Scorpene, TIDAK ADA sebarang komisen yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd. seperti yang didakwa. Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus – selaras dengan tatacara perolehan kerajaan – dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

Sebaliknya, syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa menerima komisen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta, yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.

Skop kerja perkhidmatan sokongan adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kemudahan kediaman beserta kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.

2. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol.

3. Menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

4. Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

5. Membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia pada setiap 4 bulan (tiga kali setahun).

6. Lain-lain keperluan tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

 

Perkhidmatan koordinasi pula melibatkan:

 1. Bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set.

2. Membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung perlaksanaan kontrak.

3.   Menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan.

4. Menyediakan laporan koordinasi setiap enam bulan.

Jumlah kontrak EURO 114.96 juta bukanlah merupakan keuntungan bersih milik syarikat Perimekar Sdn Bhd., sebaliknya jumlah ini adalah meliputi segala pembayaran kos langsung bagi skop perkhidmatan sokongan dan tanggungan ke atas kos tidak langsung bagi perkhidmatan koordinasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk melantik sebuah syarikat tempatan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi kerana kaedah tersebut dianggap lebih sesuai dan berkesan. Ia juga bagi tujuan melicinkan kerja-kerja Tim Projek membuat pemantauan ke atas pembinaan dan latihan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.

Selain itu, segala perbelanjaan untuk projek kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan manakala perbelanjaan di luar jangka (cost over-run) dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun serta melibatkan bilangan anggota yang ramai.

Berdasarkan kepada keperluan tersebut, maka syarikat Perimekar Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan mengikut skop kerja yang ditetapkan.

800px-sukhoi_su30_af.jpg

Tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM pula, Kementerian Pertahanan ingin menyatakan bahawa perolehan adalah dibuat secara rundingan terus dengan Rosoboronexport, syarikat milik negara Russia.

Rundingan terus ini adalah selari dengan dasar negara Rusia dan negara-negara lain yang mempunyai polisi bagi mengawasi penjualan peralatan ketenteraan keluaran syarikat negara masing-masing agar tidak terlepas kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan senario tersebut, semua kontrak-kontrak perolehan peralatan pertahanan ditandatangani oleh wakil Kementerian Pertahanan bagi pihak Kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Principal negara asing, termasuk dalam soal pembelian pesawat Sukhoi. Perolehan pesawat ini juga mematuhi Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Dalam soal pembelian pesawat Sukhoi, syarikat Rosboronexport telah melantik sebuah syarikat tempatan untuk memudahkan urusan mereka di negara ini. Justeru, Kementerian ingin menegaskan bahawa sebarang urusan perniagaan antara Rosboronexport dan syarikat tempatan yang dilantik adalah merupakan urusan perniagaan biasa semata-mata dan sama sekali tidak melibatkan Kerajaan Malaysia.

Dengan penjelasan ini, maka Kementerian Pertahanan berharap agar semua pihak memahami keadaan sebenar dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.

Cawangan Perhubungan Awam
Kementerian Pertahanan
Malaysia
Kuala Lumpur
26 April 2007

*************

 

Sebenarnya, isu yang dibangkit Pembangkang dalam siri kempen Pilihanraya Kecil Ijok ini bahawa sejumlah RM 530 juta berbentuk komsiyen (atau kickback) dari pendapatan kedua dua kontrak ini disalurkan kepada pemimpin politik tertentu, sebenarnya tidaklah logik.

Ini kerana kontrak asal kedua dua projek pembelian senjata ini berjumlah RM 3.5 billion + RM 3.6 billion dan jumlah komisyen (atau kickback) yang diutarakan itu ialah 7.5% dari kontrak pembelian, 5% melebihi dari amalan biasa badan industri dan perdagangan antarabangsa (OECD) yang dianggotai negara negara Barat dan maju.

Mana mana syarikat perindustrian negara ahli OECD yang membelakangi dasar yang dipersetujui, seperti jumlah komisyen yang boleh ditawarkan keatas sebarang pembelian atau perkhidmatan, akan dianggap sebagai menyalahi amalan sihat dan akan di’pulau’kan dalam mana mana persaingan pembidaan sebarang pembelian peringkat antarabangsa akan datang.

Ini sesuatu yang biasa dielakan oleh syarikat industri negara anggota OECD, termasuk DCNi, Thales dan Pielstick dari Perancis, Ixar Navantia dari Sepanyol dan Whitehead Alenia dari Itali-Perancis dan MBDA dari Jerman-Perancis, pembekal utama program pembelian kapal selam Scorpene. Thales juga pembekal utama avionic bagi pembelian Pesawat tempur utama Sukhoi SU 30 MKM.

Paling penting, tiada bukti keatas dakwaan liar ini. Pemimpin yang bankrap politik sengaja mensensasikan isu ini dengan melempar tuduhan tuduhan liar tanpa asas tetapi berbunyi begitu kontroversi dan amat mudah menjadi tarikan masyarkat yang memang sentiasa mencari berita berita kontroversi yang amat sensasi.

Advertisements
Published in: on April 27, 2007 at 00:02  Comments (15)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/04/27/penjelasan-isu-kontrak-scorpene-dan-su30mkm/trackback/

RSS feed for comments on this post.

15 CommentsLeave a comment

  1. Why this army’s spokesman is so stupid.

    Shahril Samad has admitted in parliament that a commission of Euro 100 million was received by Razak’s Baginda company from the Scorpene Manufacturer NOT FROM THE ARMY. We are questioning why such a big commission??? And why has to go through a third party to buy such submarines????

    • sokong pendapat anda……betul ke dari atm mamat ni..?????

  2. Heavens. since when anyone believe Shahril Samad? A spinner par idiot. Look how he chair the PAC on ECM Libra Avennue enquiry. Do we believe a man outside the scene or the real man in the know ie army.

    Commission, profit, or fee are all manners in which Company’s receive the renumeration. Lets not bastardise the terms but ask ourself what services, or input have they done to deserve renumeration. For a fact, EU contries have a pre-set commission rate for any deals, meaning commission are accepted practices.

    A sceptics will remain a sceptic. WHat is important is that they do not resort to accusation without proof and fact? That will be fitnah!

    Is Altantuya a case of fitnah or factual accusation just becasue one side of an affidavit claims such and such? A desperate men with vision of the gallow will do anything.

  3. ha ha ..yang meluat dengan Sharil ni ialah budak gemuk anggur masam and the gang je! Tu sebab Sharil ni pun kena idiot. Bagi hang wahai budak gemuk … Presiden UMNO idiot … NAib Ketua Pemuda UMNO idiot, dan ramai ahli MT pun idiot …. so hang ni ahli yang dipimpin oleh para IDIOTS?…my god!… abih hang tak idiot la …ha ha

  4. Tolong sikit A Voice and Anjing Besar …. pariah UMNO/BN. Aku dah lama dalam dunia perniagaan dan tahu sangat cara puak-puak ni kaut komisyen (read rasuah) …. Hang tok sah dok kelentong atau auta ….

    Hang ingat Kementerian Pertahanan tu bawah sapa …. berani dia nak buat sesuatu tanpa arahan Menteri dia. Sapa Menteri Pertahanan tuuu… bapa engkau ke????

    Kalau dah dasar UMNO/BN besar mana pun pemimpin depa buat mungkar mereka tetap mempertahankannya …. tunggulah kehancuran negara kita…..

  5. […] Tun Razak in his so-called involvement of the ‘Altantuya brutal murder’ and of course, the kickbacks from the Scorpene and Sukhoi military acquisition deals. Here in blogosphere, as far back as June 2007, we saw how “Blogosphere Drama Queen” […]

  6. […] selam Scorpene dan pesawat tempur Sukhoi adalah tidak berasas, sebagaimana yang dijelaskan dalam kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan, tatkala kempen intensif negatif memburukan Najib dilakukan semasa Pilihanraya Kecil Ijok April […]

  7. […] a way that Altantuyaa sits as a proxy in the local company? (JMD : Anwar previously alleged that Perimekar Sdn Bhd was the recipient for the commision. Was Altantuyaa working for Perimekar Sdn Bhd – a local […]

  8. […] menyerang TPM  Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang kunun kunun terlibat dengan rasuah pembelian asset ATM kapal selam Scorpene dan pesawat tempur pelbagai tugas Su 30 MKM. Dakwaan tanpa asas adalah kerana rancangan strategik menjahamkan kredibiliti TPM Najib, seorang […]

  9. […] these people work closely together within the ambit of PKR. Their strategy had been consistently to assasinate DPM Najib’s credibility and integrity in the eyes of the public and somewhat successful, if measured from the bloggosphere user. Theory has it that UMNO Supremo PM […]

  10. Setakat tulis kenyataan mcm baik tak payah sbb semua orang boleh melakukannya. Kalau berani masuk mahkamah dan debatkan. Dangkal

  11. […] convict Anwar Ibrahim is doing. Consistently, they are painting this preposterous picture that Dato’Seri Najib is a corrupt man and willing to be involved in murder, to cover his tracks. As William Shakespeare once said, “The […]

  12. aslmkm. saya anak malaysia amat tersinggung dgn situasi politik negara sekarang. pelbagai usaha menjatuhkan ahli politik sama ada pemerintah ataupun pembangkang. tolonglah jangan menyebabkan orang luar terutama musuh dalam selimut kita melihat situasi ini dengan gelak ketawa.ingatlah semua bahawa rakyat sekarang bukan macam dahulu di zaman kemerdekaan. boleh diperbodohkan dengan sewenangx nya. rakyat sekarang dah cerdik..yg bodoh tingal sedikit..buatlah kenyataan dan komen yg betul utk kebaikan negara. sememangnya x de maklumat yg boleh disimpan sepenuhnya utk mengelak dari menyatakan yang benar..x de orang sama ada dari sektor mana sekalipun kerajaan atau swasta yg blh menyimpan maklumat sepenuhnya. pls semua ahli politik bangunkan negara bersamax bukan mengahancurkan negara malaysia yg dicintai ini.

  13. […] Government may insist that they have not paid any commission but then again look what Perimekar is contracted to do – prepare accommodation, pay personal allowances, prepare personal insurance, pay for […]

  14. […] has been proven that the story plus the corruption of the Sukhoi SU30MKM multirole combat aircrafts first surfaced widely during the Ijok by-election in April 2007, was the basis of former abuse-of-power-convict Anwar […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: