Balanced score card as a wedding gift

How does anyone measure up the performance of Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi? Many believe that the benchmark is at least comparing it to his predecessor, Tun Dr. Mahathir Mohamad, using the same measurement tools and time period.

Lets revisit the old score card. Do a simple analysis between the two Prime Ministers, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi and Tun Dr. Mahathir Mohamad. Then we have a clear understanding how far different our lives could and should be, otherwise.

This was first published by Berita KMU.net, www.mykmu.net, in June 2006:

 

 

Was there any difference between the first two and half years, between to the two Prime Ministers?
Posted on Friday, June 16 @ 03:15:42 MYT
Topic: editor

By Big Guy Dot Com

Lets see what the two PMs did in their first 2 1/2 years in office:

PM YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad disciplined the civil service by making them punch card and improved their service to the rakyat by making them wear nametags.

PM YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi cancelled their Saturday workdays and allowed them to wear batik twice a month.


Tun Dr Mahathir created the “Look East Policy” and “Buy British Last” until British PM Margaret Thatcher had to desptach Foreign Secretary Lord Carrington to KL and call the ‘cold war’ truce.

Abdullah allowed the West meddle into Malaysian foreign policy when as the Chair of ASEAN Summit, the policy of ‘non inteference’ was abandoned as Myanmar was sounded out, in favour of the Western ‘democratization’ flavour. Abdullah even allowed Cherie Blair QC to be accorded with diplomatic protocol even though she was in town earning her 260,000 pounds sterling legal fee as a litigation solicitor.

Cherrie Blair QC in a Govt limousine, meant for Head of State or Govt official visit.

Tun Dr Mahathir encapsulated the idea of having a Malaysian made car, emancipated into the creation of Proton and actually produced Proton Saga less than 2 years later.

Abdullah allowed the dumping of foreign made cars at the expense of Proton.

Tun Dr Mahathir championed the notion where the rakyat themselves should decide on the law and made the Raja-Raja Melayu gave into constitutional reforms, in favour of the essence of democracy.

Abdullah allowed his son-in-law assume the “power” of ‘absolute control’ of the nation.

Tun Dr Mahathir visioned and gave birth to Islamic banking and BIMB is born, as an addition to further GLC in the financial services sector.

Abdullah allowed his son-in-law to rape Avenue Capital Resource Bhd at his and his friend’s personal agenda.

Malaysia Airlines, the national flag carrier received, Tun Dr Mahathir officially launched the Rolls Royce powered 390 seater widebody aircraft and started operating their first B747 in 1982, as part of the MAS expansion program.

Abdullah allowed MAS to be sliced into a private airline’s agenda, at the expense of rakyat’s domestic travel interests.

Tun Dr Mahathir corporatised Jabatan Telekom into Telekom Malaysia in the interest of better telecommunications services and Malaysia‘s long term strategic gains.

Abdullah allowed his darling son-in-law brokered TM share sale to a strategically hostile party.

The first Petronas petrol station was opened during Tun Dr Mahathir’s first 2 1/2 years.

Abdullah raised the retail price of petrol thrice in the same period.

Tell us again, were there any differences between the two Prime Ministers, within their first 1000 days in office?

 

Then there is this comparative analysis, also published by Berita MyKMU.net in September 2006:

 

Ujian Penilaian Kepimpinan: Tun Dr Mahathir Mohamad Vs PM YDP Abdullah Badawi
Contributed by BigGuyDotCom on Friday, September 22 @
12:10:13 MYT
Topic: KOMENTAR

1. Semasa Jadi TPM

Tun Dr Mahathir

Sudah merancang apa yang akan dilakukannya apabila menjadi Perdana Menteri nanti. Ideanya banyak tetapi tidak dilakukannya semasa menjadi TPM, sebagai menghormati bosnya

MARKAH: 7/10

Pak Lah

Disebabkan terlalu berhati-hati setelah melihat kegagalan Musa, Ghafar dan Anwar ketika mereka menjadi TPM, Pak Lah menjadi begitu ‘low profile’ sehingga tidak ada apa-apa idea langsung dan menimbulkan keraguan ramai mengenai keupayaannya mengambilalih pucuk pimpinan nanti.

MARKAH: 3/10

 

 

2. Sejurus Selepas Jadi PM

Tun Dr Mahathir

Terus melaksanakan idea-ideanya yang tersimpan lama itu, seperti menyeragamkan waktu bagi seluruh Malaysia, memperkenalkan kad perakam waktu, Malaysia Incorporated, Dasar Pandang Ke Timur, Kepimpinan Melalui Teladan dan sebagainya.

MARKAH:10/10

Pak Lah

Disebabkan ketiadaan idea semasa menjadi TPM lagi maka Pak Lah tidak dapat melaksanakan apa-apa lagi, yang ada hanya slogan-slogan retorik seperti ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’ yang mencetuskan tafsiran-tafsiran rambang dan umum.

MARKAH:3/10

 

3. Pembangunan Islam

Tun Dr Mahathir

Di awal penerajuannya, Tun Dr Mahathir memperkenalkan ‘Penerapan Nilai-Nilai Islam’ yang disambut baik tanpa bangkangan dan kontroversi. Dia tidak cuba menampilkan dirinya sebagai seorang Islam waraq atau berpura-pura dengan menjadi Imam atau membaca doa. Baginya dia adalah seorang ‘fundalmentalist’. Namun Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa adalah merupakan cetusan ideanya yang kemudiannya diakui Anwar sebagai idea-ideanya sendiri.

MARKAH: 8/10

Pak Lah
Pak Lah tiba-tiba berani memperkenalkan ‘Islam Hadhari’ yang amat kontroversi dan itupun datang dari penasihat agamanya. Tidak cukup dengan itu, Pak Lah sering menjadi imam sembahyang berjumaah yang gambarnya dipamirkan di muka depan akhbar-akhbar utama. Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat. (Jangan lupa Anwar juga sering menjadi imam sembahyang apabila baru-baru berpindah kementerian dan menjadi TPM!).

MARKAH: 4/10

Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat.


4. Menghadapi Aduan

Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir biasannya mendengar aduan dari orang-orang politik atau perniagaan yang menemuinya dengan tenang dan tanpa sebarang emosi atau komen. Biasanya juga dia akan minta bukti yang lebih lengkap. Tidak berapa lama lepas itu, pengadu dapat tahu isu atau aduan berkenaan telah diberi perhatian dan tindakan diambil oleh pihak berkenaan

MARKAH: 9/10

Pak Lah
Pak Lah akan mendengar aduan seseorang dengan penuh teruja dan merangsang si pengadu. Beliau sering memberi komen, “Macam mana boleh jadi macam ni? Mengapa tak bagi tau Pak Lah lebih awal? Ini kita tak boleh biar’ dan sebagainya. Si pengadu seronok dan merasai masalah berkenaan telah separuh selesai. Namun bila ia pulang isu tersebut jadi terperap dan tidak ada sebarang tindakan yang diambil Pak Lah. Dia hanya melaku satu ‘political public relations’. Itu sahaja.

MARKAH: 2/10

5. Menghadapi Cadangan Perniagaan

Beliau sering memberi komen, “Macam mana boleh jadi macam ni? Mengapa tak bagi tau Pak Lah lebih awal? Ini kita tak boleh biar’ dan sebagainya.


Tun Dr Mahathir
Meneliti cadangan atau proposal perniagaan. Dia akan menggariskan segala fakta-fakta penting dan menandakan mukasurat–mukasurat yang berkaitan. Dalam masa paling lewatnya seminggu kertas cadangan tersebut akan turun ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) di JPM. Sekiranya EPU mengatakan ‘Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya’, Tun Dr Mahathir mengarahkan EPU untuk ‘cari wang’. Dengan itu pegawai-pegawai di EPU akan bergegas membuat perkiraan dan congak bagi mempastikan wang diperolehi dari pelbagai saluran kewangan kerajaan. Tun Dr Mahathir mahu cadangan itu dilaksanakan bagi menjana kegiatan ekonomi seperti yang lazim dilakukannya.

MARKAH: 10/10

Pak Lah
Ramai yang tidak tahu apa Pak Lah buat dengan cadangan-cadangan yang dihantar kepadanya. Kalaupun diturunkannya kepada EPU dan EPU jawab ‘Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya’. Pak Lah akan jawab balik, “Tak ada wang tak payah buat”. Maka cadangan berkenaan akan mati terus di situ. Pegawai EPU tidak perlu lagi pening kepala untuk usaha mencari wang kerana PM mereka juga tidak mahu pening-pening kepala. Keputusan untuk tidak payah buat ini akan bertuah jika dibuat dalam masa sebulan atau dua bulan. Tetapi apa yang berlaku ialah ia mengambil masa berbulan-bulan malah dalam banyak keadaan kertas cadangan itu entah hilang kemana, bak kata pepatah Inggeris, “Gone with the wind”.

MARKAH: 2/10

6. Pengurusan Waktu

Tun Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir dikenali sebagai seorang yang dispilin dengan waktu. Beliau selalu tiba di pejabatnya selewat-lewatnya 7.45 pagi setiap hari. Dia tak pernah lewat menghadiri mesyuarat yang dipengerusinya. Kalau dia terlewat 10 minit pun dia akan memohon maaf. Tetamu-tetamu yang buat temujanji dengannya tidak perlu menunggu berjam-jam. Kalau janji lima belas minit, lima belas minitlah masa yang dibenarkan bertemu dengannya. Maka tetamu-tetamu kemudian tidak perlu duduk berlegar-legar di bilik tetamu atau berlepak di bilik setiausaha-setiausahanya sementara menunggu giliran.


MARKAH: 1010

Pak Lah

Pak Lah pula terkenal sebagai seorang yang amat tidak tahu mengurus waktunya dan amat berlawanan dengan Tun dalam hal ini. Lewat sejam atau dua jam dalam mempengerusi mesyuarat kabinet dan post kabinet bukan lagi perkara luar biasa, malah menjadi bahan rungutan dan ketawa ahli kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan. Bukan juga luar biasa bagi orang-orang yang membuat temu janji dengannya menunggu sampai 5 hingga 6 jam di pejabatnya!


Masalah ini memberi kesan besar kepada pegawai-pegawai kanan yang mahu berjumpa Pak Lah untuk mendapat keputusannya. Disebabkan kadangkala mereka tidak dapat bertemu dengannya maka mereka terpaksa berbaris menunggunya di mesyuarat pos kabinet untuk mendapat keputusan dan tandatangan beliau. Fikirlah apa jenis keputusan yang beliau buat apabila beliau tidak sempat membaca dan meneliti kertas-kertas yang duhulurkan kepadanya secara tergesa-gesa itu.

MARKAH: 2/10

7.Memenuhi Jemputan Majlis

Tun Dr Mahathir
Apabila menerima sebarang jemputan rasmi atau peribadi, Tun Dr Mahathir akan segera jawab boleh atau tidak boleh hadir. Kalau dia kata boleh, maka dia tetap akan hadir sebagai menunaikan janjinya. Kalau tak boleh, maka awal-awal lagi dimaklumkan pejabatnya bagi menyenangkan penganjur mencari ganti.

MARKAH: 10/10

Pak Lah
Pak Lah sebaliknya, apabila menerima jemputan akan lambat memberi jawapan sehingga menyusahkan pihak penganjur dari segi mencetak buku program, menyusun peraturan protokol dan sebagainya. Dan apabila memaklumkan tidak boleh hadir di saat-saat akhir, penganjur majlis macam nak gila kena cari penggantinya.

Dalam pada itu bukan sekali dua Pak Lah janji untuk hadir, tiba-tiba di saat-saat akhir tidak boleh dan meminta wakil dari kalangan menteri-menterinya hadir. Bayangkan persiapan yang telah dirancang berbulan-bulan bagi meraikan seorang Perdana Menteri. Harapan penganjur berkecai kerana hampa dengan seorang ‘alim’ yang memandang ringan dengan janji-janjinya.

MARKAH: 2/10

8. Membuat Keputusan

Tun Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir seperti yang diketahui ramai tegas dalam keputusannya. Sebagai seorang manusia keputusannya mungkin silap, tetapi dia terus juga buat, kerana baginya lebih baik buat keputusan yang silap dari silap kerana tak buat apa-apa keputusan. Namun sebagai seorang doktor, sebelum sebarang keputusan dibuat, beliau akan pastikan segala maklumat atau bukti telah diperolehinya agar keputusan tersebut menjadi sebaik mungkin

MARKAH: 7/10

Pak Lah
Pak Lah nampaknya tidak begitu berani buat keputusan kerana takut silap dan takut tidak popular. Apa-apa keputusan yang mahu dibuatnya dia lebih cenderung untuk mengambil hati pihak-pihak tertentu. Takut buat keputusan dan mengubah-ubah keputusan merupakan satu kelaziman Pak Lah yang diketahui seluruh negara. Contoh klasik ialah keputusan membatalkan projek Jambatan Bengkok. Mula-mula setuju. Malah selepas beberapa jam mengatakan kepada Syarikat Gerbang Perdana, projek ini Pak Lah geranti akan laksanakan, tiba-tiba diumumkan batal!

MARKAH: 2/10

9. Menghadapi Wawancara Media

Tun Dr Mahathir
Apabila Tun Dr Mahathir, semasa menjadi PM, diwawancara beliau merupakan ‘favourite’ penonton. Isi wawancaranya bernas dan penuh maklumat. Seperti kata Inggeris ‘he says what he means and he means what he says’. Nokhtah.

MARKAH: 9/10

Pak Lah
Pak Lah pula bila diwawancara sering menampakkan beliau tidak cukup maklumat dan terpaksa berdolak dalik. Dalam kes ECM Libra mengambilalih Avenue Capital Resource, beliau pernah menjawab ‘Saya tidak tahu, saya tak terlibat’. Dalam kes Scomi pula yang melibatkan anaknya, beliau dengan mudah mengatakan Scomi tidak mendapat sebarang projek di dalam negara. Sedangkan ramai yang tahu jenis-jenis projek dalam negara yang diperolehi Scomi. Wawancara terakhir beliau dengan Dato’ Annuar Zaini boleh dikatakan menimbul lebih banyak persoalan dari jawapan.

MARKAH: 1/10


10. Campurtangan ahli keluarga dalam pentadbiran dan politik

Tun Dr Mahathir

Walaupun pernah dikatakan Toh Puan Dr Siti Hasmah mempengaruhi keputusan-keputusan Tun Dr Mahathir, hal ini tidak ketara dan kalau ada pun dalam urusan-urusan kecil sahaja. Manakala anak menantunya boleh dikatakan tidak langsung ambil tahu mengenai hal-hal pentadbiran negara. Pernah diceritakan apabila anak-anak beliau mahu dicalonkan bertanding mana-mana jawatan parti, tidak kira rendah atau tinggi, Tun Dr Mahathir akan menghalangkannya. Dia tidak mahu mereka terlibat semasa dia memegang jawatan Presiden Parti.

MARKAH: 7/10


Pak Lah
Campurtangan ahli keluarga Pak Lah amat jelas. Anak menantunya turut serta dalam urusan Pak Lah membuat keputusan. Walaupun letih Pak Lah menafikannya tidak sesiapa yang percaya kerana apa yang dikatakannya lain dari apa yang dialami mereka yang berkenaan. Penyingkiran Tan Sri Isa Samad dari jawatan parti dan kerajaan, jelas dikatakan hasil manipulasi Khairy.

MARKAH: 1/10


KEPUTUSAN:

Tun Dr Mahathir: 87/100 (87%) – Cemerlang
Pak Lah: 22/100 (22%) – Gagal

Penutup

Kesemua di atas adalah sebahagian kecil perbandingan yang diketahui penulis mengenai Tun Dr Mahathir dan Pak Lah dari segi pentadbiran dan kepimpinan mereka berdua. Manakala markah diberi mengikut penilaian bebas oleh sekumpulan pemerhati.


Tun Dr Mahathir menunggu lebih dua tahun selepas persaraannya untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya kerana beliau merasai dirinya telah dikhianati, amanatnya tidak diambil hirau oleh penggantinya. Beliau menunggu dua tahun kerana beliau mahu mengutip sebanyak mungkin bukti. Tun Dr Mahathir tidak akan bercakap kosong. Dari dahulu lagi beliau arah orang cari bukti yang lengkap atas aduan yang mereka buat. Takkanlah beliau sendiri mengkritik kosong tanpa sebarang bukti sekarang ini.

Perbandingan ini bukan bertujuan mahu mencadang diletakkan semula Tun Dr Mahathir ke tempat yang telah diserahkan kepada penggantinya itu. Hanya pandai-pandailah kita menilai kepimpinan yang ada sekarang ini dan tanyalah diri mampukah kepimpinan ini membawa negara ini ke arah kecemerlangan?

*Glossary: PM YDP = Perdana Menteri Yang Disalah Pilih

These analysis were republished here today is to rebut against the so called organized effort of ‘The Level Four Boys’ to discredit former Tun Dr. Mahathir Mohamad with a series of campaign materials including pamphlets and literature, being published and passed to UMNO members.

A Voice of Another Brick in the Wall, www.anotherbrickinwall.blogspot.com, has the complete story of Dato’ Mohd. Norza Zakaria’s, Political Secretary to Minister Finance II and appointed UMNO Supreme Council member on their recent effort to undermine the leadership of Tun Dr. Mahathir Mohamad, in his latest article “Arahan Kamal dan Risalah Norza Terbongkar Illusi Pak Lah“.

For the record, Norza gave his intention up to run for UMNO Youth Vice Head in favour of Khairy Jamaluddin, “the son-in-law” in August 2004. For that, he had to settle as Political Secretary to Minister of Finance II after Prime Minister Abdullah appointed Reezal Merican Naina Merican, who was elected UMNO Youth Exco and later put in charge of economy as the Political Secretary to the Minister of Finance.

Regardless, Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi is no where near what Tun Dr. Mahathir Mohamad was. We are so sorry to publish this today but please use this “wedding gift” as a reminder that the rakyat is very not happy with his performance, so far.

Published in: on June 9, 2007 at 13:24  Comments (11)