WPI adalah permulaan DEB dimansuhkan

Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bersetuju bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah merupakan model dan peluang terbaik untuk memansuhkan dan proses meleraikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dikatakan ‘membelengu’ pertumbuhan positif ekonomi pasaran bebas Negara.

Beliau mengiyakanya apabila menjawab ringkas semasa disoal dalam Majlis Makan Malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur, yang dihadiri peserta dari pelbagai latar belakang masyarakat kommersial Kuala Lumpur, termasuk syarikat syarikat MNC yang berurusan dari Malaysia.

Ini difahamkan agenda halus mereka yang tergolong dalam ‘Budak Budak Tingkat Empat’ yang pernah disebut sebut mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, kini ditafsirkan melalui kejayaan mereka mempengaruhi Perdana Menteri bahawa bergerak kearah meleraikan DEB mengamalkan sepenuhnya pasaran terbuka adalah terbaik untuk Malaysia.

 

Sering dikatakan personaliti personaliti ‘Budak Budak Tingkat Empat’ memang menerima dan mempunyai agenda idealism agar ekonomi Malaysia bergerak kearah pasaran terbuka dan dasar dasar protectionism hanya akan menghalang kemajuan dan dinamisma sebenar kemampuan Negara. Beberapa dasar Kerajaan sebelum ini telah mula diubah dan mansuhkan dan implekasinya sudah mula menampakan hasil. Contohnya, industri motorkar nasional Proton sudah mula bibit bibit keretakanya. Begitu juga yang dialami syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines. Kepentingan dalam syarikat strategik seperti Telekom Malaysia sudah mula dibuka kepada agensi pelaburan rasmi Singapura, Temasek Holdings.

Yang nyatanya, buat masa ini, belum ada perancangan dan jangkamasa khusus untuk DEB diubah suai, jauh lagi mansuhkan. Walaubagaimanapun, WPI adalah projek perintis dimana sebelum ini pernah diwar-warkan perlaksanaan DEB akan dikecualikan dari kawasan pembangunan terancang Selatan Johor itu. Projek 2217 km persegi yang dijangkakan akan bernilai RM 140 billion menjelang 2015 itu dirancang untuk menarik pelaburan luar, terutama jiran terdekat, Singapura.

Sebelum ini telah diumumkan bahawa WPI adalah zon akan dibuka tanpa sekatan (free access zone) dimana segala jenis pelaburan, transaksi dan kemasukan barangan dari Singapura akan begitu terbuka. Singapura juga akan terlibat dalam Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk memberikan halatuju projek pembangunan yang diterajui Khazanah Holdings Bhd., agensi pelaburan Kerajaan paling utama. Dalam pada itu, baru baru ini semasa Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohamed Najib Tun Razak ke Singapura untuk menerangkan WPI lebih jelas lagi, beliau di’perlekeh’kan dengan isu isu remeh temeh seperti soal jenayah yang dikatakan tinggi sekitar Johor Bahru. Mungkin, keadaan sebenar bahawa hanya Malaysia yang tergoya-goya mahukan Singapura terlibat dalam WPI walhal sebenarnya mereka mengambil sikap ‘acuh-tidak-acuh’ kepada hasrat “hidung tak mancung, pipi tersorong sorong” Malaysia itu.

idr-nusajaya.jpg

Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri Abdullah juga menegaskan bahawa kemasukan pekerja pekerja mahir tidak harus disekat kedalam Negara. Kenyataan ini bermakna Perdana Menteri Abdullah menerima secara terbuka dan sedia membuka pasaran buruh mahir Malaysia kearus Globalisasi sepenuhnya.

Laporan Bernama, www.bernama.com, ini dipetik:

14 Jun, 2007 23:01 PM

Jangan Sekat Kemasukan Pekerja Mahir, Kata Abdullah Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Malaysia tidak seharusnya “terlalu menyekat” kemasukan pekerja mahir terutamanya dalam sektor strategik memandangkan ia akan memberi faedah kepada negara.

Perdana Menteri berkata beliau percaya penduduk Malaysia yang bekerja akan mendapat faedah daripada interaksi yang lebih luas dengan tenaga mahir dari luar.

“Sudah tentu, kita boleh meningkatkan diri kita sekiranya kita bekerja dan belajar dengan mereka yang berkemahiran,” kata beliau dalam ucapannya yang bertemakan “Menoleh Ke belakang, Mara Ke hadapan: 50 tahun Perniagaan di Malaysia” pada majlis makan malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur di sini.

Bagi mendapatkan pekerja mahir, beliau berkata Malaysia seharusnya membantu pelajar asing yang mahir untuk terus tinggal selepas tamat pengajian.

Abdullah berkata Malaysia perlu mendapat faedah daripada aliran modal insan sejagat.

“Saya percaya profesional Malaysia boleh setanding di kalangan kumpulan yang berkemahiran di peringkat global dan mereka kekal pekerja pilihan oleh perniagaan di Malaysia.

“Ini tidak semestinya konflik dengan dasar menarik lebih banyak pekerja asing berpengetahuan ke negara kita,” katanya.

— BERNAMA

Sekiranya pasaran pekerja mahir Negara tidak disekat, maka tenaga kerja mahir dari negara negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand, India dan Bangladesh akan membanjiri dan membolot peluang yang sememangnya buat masa ini amat terhad untuk pasaran tempatan. Mereka yang sanggup digajikan dengan upah yang jauh lebih rendah akan menyukarkan lagi peluang 80,000 graduan tempatan yang sediada menganggur. Saranan Perdana Menteri ini tidak menunjukan kewarasan dan pragmatisnya, dalam konteks keperluan Negara dan masyarakat hari ini.

Pemikiran yang diutarakan Perdana Menteri malam ini lebih menjuruskan kepada menimbulkan kebinggungan dan kegusaran, terutama dari konteks kepentingan Bumiputra. Jika inilah pemikiran strategik yang dibawa Perdana Menteri berlandaskan “nasihat” ‘Budak Budak Tingkat Empat’, maka dikhuatiri permainan mereka ini lebih menunjukan bahawa ada agenda tersirat yang amat tidak disenangi sedang dirumus dan laksanakan perlahan lahan. Mungkin ada kebenaran paranoia sesetengah pihak bahawa golongan ‘Budak Budak Tingkat Empat’ ini didalangi anasir anasir luar, terutama sedikit demi sedikit ianya mula terungkai.

Apa yang mungkin kita harungi akhirnya akan menampakan buku tulisan John Perkins berjodol “Confessions of An Economic Hitman” sebagai enteng! Apakan kita sudah terhantuk, baru tergadah?

Mungkin nasi sudah menjadi bubur hangit, pada peringkat itu!

Published in: on June 15, 2007 at 03:43  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/06/15/wpi-adalah-permulaan-deb-dimansuhkan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. Saya mengajak sdr sdr merenung bersama sama kata kata yg terdapat di mukadimah dlm buku “The Assault on Reason” oleh bekas Naib Presiden AS Al Gore:-
    “Not long before our nation launched the invasion of Iraq, our longest serving senator, Rober Byrd of West Virgina, stood on the Senate floor and said: “This Chamber is, for the most part, silent – ominously, dreadfully silent. There is no debate, no discussion, no attempt to lay out for the nation the pros and cons of this particular war. … We stand passively mute in the United States Senate.” ….

    “Why do reason, logic and truth seem to play a sharply diminished role in the way America now makes important decision…”

    Terdapat banyak persamaan dari kata kata tsb dari apa yg telah dan sedang berlaku dlm negara kita sendiri. WPI satu projek yg cukup besar yg mempunyai pelbagai implikasi kpd politik, ekonomi, sosial, budaya, perkauman, pertahanan dan soal ketuanan – mengapa tidak banyak diperkata atau di perbincangkan sebelum diumumkan. Mengapa pula YB Yb di Parlimen sudah cukup puas dengan tidak mendapat penjelasan yg sewajarnya?

    Jelas gelagat Malaysia dalam hubungan nya dengan S’pura, betul seperti di katakan, hidung tak mancung pipi tersorong sorong. Dibawah pimpinan yg ada Malaysia sudah hilang harga diri – satu satu ciri yg penting kpd kedaulatan negara.

  2. pak lah sudah pun berkata yang pada dasarnya DEB sudah tamat, tengok petikan “Yes, there is no NEP as such, but the spirit of the NEP, the philosophy still remains and is still relevant to this day,” Abdullah said during a special interview by the Umno Akademi Pemuda, excerpts of which were shown during the seminar on Tun Razak’s Legacy to National Development, here.”

    sekarang cuma tinggal spirit saja, habislah orang melayu.apakah malang malaysia mendapat pm serupa pak lah.habis malaysia satu hari nanti dikuasai oleh orang asing/bangsa asing. orang melayu akan menjadi hamba di negara sendiri. back to past.

  3. […] kepada konsep ‘modal insan’, sebagaimana dikhabarkan. Sebagai contoh ialah hasrat untuk tidak melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam WPI.  Pentadbiran PM Abdullah sengaja membiarkan orang orang Melayu yang masih perlu bimbingan dan […]

  4. […] kepentingan Melayu. Sebagai contohnya ialah WPI. Pengerusi IDRA Tun Musa Hitam mengumumkan bahawa Dasar Ekonomi Baru akan dikecualikan perlaksanaanya dalam WPI, yang jelas membelakangkan kepentingan orang orang Melayu dan sekaligus meletak secara songsang […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: