PM Abdullah tidak dipengaruhi legasi Tun Razak

Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengaku bahawa pengaruh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia ke II dan Bapa Pembangunan Negara ujud padanya adalah amat tidak tepat sekali. Dalam banyak keadaan, sudah ujud usaha usaha berstruktur dan sistematik untuk me’nengelam’kan apa yang mula diusahakan Tun Razak seperti penyusunan semula sosio-ekonomi masyarakat Malaysia melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB), dalam masa pentadbiran PM Abdullah 3-4 tahun dewasa ini.

Akhbar Utusan Malaysia, www.utusan.com.my, dipetik untuk kenyataan PM Abdullah “menyamakan diri” dengan Allahyarham Tun Razak:

Pengaruh Tun Razak masih ada pada saya – PM

Oleh: RAJA LUVENA SHARIFUDDIN

KUALA LUMPUR 15 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, hubungannya yang rapat dengan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dalam Majlis Gerakan Negara (Mageran) dahulu masih lagi meninggalkan pengaruh ke atas dirinya hingga ke hari ini.

Menurut Perdana Menteri, ini dapat dilihat melalui pelaksanaan pelbagai dasar masa kini yang boleh dirujuk kepada pendekatan pragmatik yang dibuat semasa kepimpinan Allahyarham.

Antara legasi Bapa Pembangunan negara itu ialah Rukun Negara, pembangunan luar bandar, pembasmian kemiskinan dan kesaksamaan serta perpaduan kaum melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB).

‘‘Inspirasi kami adalah dasar yang digubal dahulu menjadi petunjuk kepada kita dalam merangka pendekatan hari ini,’’ katanya dalam klip video yang ditayangkan pada majlis pelancaran Seminar Legasi Tun Razak kepada Pembangunan Negara, di sini hari ini.

Seminar dua hari anjuran Akademi Pemuda dan Persatuan Alumni Yayasan Tun Razak itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mageran yang ditubuhkan setelah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan ekoran rusuhan kaum 13 Mei 1969, diketuai Abdul Razak sebagai Pengarahnya, manakala Abdullah bertindak sebagai Ketua Penolong Setiausaha Hal Ehwal Awam.

Abdullah menambah, impian Perdana Menteri kedua agar penglibatan dalam sektor-sektor ekonomi tidak didominasi kaum tertentu juga terus menjadi pendirian politik negara hingga ke hari ini.

‘‘Dia tidak mahu lihat di masa depan, perniagaan hanya untuk orang Cina, Melayu menjadi polis.

‘‘Beliau berjiwa Malaysia dan menegaskan semua kaum mesti bersatu padu dan bekerjasama. Jangan pencilkan mana-mana golongan, semua kaum mesti memperoleh manfaatnya,’’ katanya.

Kesannya, kata Perdana Menteri, dapat dilihat melalui kemajuan negara dengan pencapaian ekonomi yang progresif dan dinamik menerusi pelaksanaan DEB.

Semasa menjadi Pengarah Mageran, Abdullah berkata, Abdul Razak tidak pernah menyalahgunakan kuasanya.

‘‘Beliau boleh memerintah seorang sahaja sebagai diktator kalau mahu tetapi tidak berbuat demikian dan tidak mengekalkan Mageran.

‘‘Mageran hanyalah untuk mengembalikan kestabilan dan keamanan kepada negara,’’ jelas beliau.

Dengan dua pegawai yang cukup penting kepadanya, iaitu Tun Dr. Tan Siew Sin dan Tun V. T. Sambanthan, kata Abdullah, Allahyarham telah memastikan Malaysia kembali kepada sistem demokrasi berparlimen pada Februari 1971.

Apabila Mageran ditutup, Abdullah diberi jawatan Pengarah Belia dan Sukan oleh Abdul Razak bagi memastikan golongan muda memiliki kemahiran dan mampu mendapat pekerjaan.

Ini, katanya, adalah atas kesedaran bahawa 60 peratus daripada penduduk Malaysia merupakan golongan belia.

‘‘Ini menunjukkan bahawa beliau memandang ke depan dan melihat belia sebagai aset negara.

‘‘Ia serupa dengan pembangunan modal insan yang saya tekankan,’’ tegasnya.

Abdullah menambah, selain sifat-sifat tersebut, Abdul Razak juga amat bersemangat apabila mahu mencapai sesuatu dan gemar turun padang.

Ini pula sebahagian yang dilaporkan akhbar The Star, www.thestar.com.my, dimana PM Abdullah mengaku sebagai “anak politik” kepada Allayrham Tun Razak:

Razak’s deeds honoured

KUALA LUMPUR: Tun Abdul Razak was not only a big influence on his son Datuk Seri Najib Razak who followed his footsteps into politics, but the nation’s second prime minister was also a mentor to Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Najib said Abdullah told him this after appointing him Deputy Prime Minister: “You are his biological son, but I’m his political son.”

Apa yang sebenarnya berlaku adalah lain dari kenyataan ini. Pentadbiran PM Abdullah mula merubah sebahagian DEB dan dasar dasar lain yang berkaitan dengan perlaksanaan DEB.

Pertamanya, Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) sudah dirancang untuk dilaksana tanpa menerapkan DEB didalamnya. Pembangunan berstruktur dengan imbuhan berbillion Ringgit kepada kawasan premium 2,217 km persegi diSelatan Johor ini dilihat sebagai usaha “menyusukan kera dihutan dan membiarkan anak dirumah mati tak makan” dengan begitu banyak perhatian diberikan kepada Singapura sedangkan idea ini tidak menerima reaksi setimpal.

Pentadbiran PM Abdullah juga mengeluarkan Dasar Automotif Nasional (NAP) dimana industri motorkar nasional Proton sengaja dibiarkan terancam oleh persaingan terbuka dari pasaran ‘lambakan’ motorkar import dan dalam masa yang singkat memberikan kesan negatif kepada industri sokongan kepada Proton, Industri ini merupakan ‘medan bimbingan’ banyak usahawan Melayu berkecimpung dalam industri pembuatan dan pengeluar komponen permotoran.

Malaysia Airlines adalah syarikat penerbangan dan logistik udara tulang belakang yang lahir pada tahun 1972 apabila rakan kongsi MSA iaitu Singapura tidak berminat untuk membantu proses pembangunan Negara, terutama kawasan pendalaman diSabah dan Sarawak dan mempunyai agenda kommersial berbeza. Akhirnya Malaysia Airlines yang dibina selama 35 tahun ini dipersada antarabangsa sambil memberikan perkhidmatan kepada berjuta rakyat Malaysia diluar bandar dibiarkan ‘tenat’ kerana memberikan kelebihan kepentingan sebuah syarikat baru milik peribadi. Ramai professional Melayu berkedudukan strategik didalam Malaysia Airlines dibiarkan meninggalkan syarikat GLC itu dan kekosongan ini dipenuhi dengan mereka Bukan Melayu.

Tanpa kestabilan dan kemudian, sokongan masyarakat pelbagai keturunan, mustahil pentadbiran Tun Razak mampu merangka dan melaksana DEB dengan effektif. Tun Razak berjaya memopok perpaduan antara kaum, walaupun selepas peristiwa konflik berdarah rusuhan dan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Dalam masa pentadbiran PM Abdullah, timbul pula isu isu yang menunjukan elemen elemen tidak sihat yang akan membawa kepada perpecahan masyarakat dan konflik antara fahaman ugama dan pertentangan budaya amat serius dikalangan rakyat Malaysia. Mungkin pendekatan dan cara pentadbiran menangani masalah asas kes kes ini membawa kepada keadaan menjadi sebegini atau lebih keruh dan rumit lagi.

Tun Razak membawa “pulang” akhbar Inggeris perdana News Straits Times (NST) ke Kuala Lumpur. Usaha strategik ini amat penting kerana NST merupakan ‘lidah’ berbahasa Inggeris mewakili kepentingan majoriti untuk ‘bercakap’ dipersada antarabangsa. NST juga menjadi agen penyebar maklumat dan bertindak sebagai ‘pemangkin’ kearah pembinaan negara. PM Abdullah pula membiarkan anasir anasir beragenda sempit dan tidak memenuhi aspirasi majoriti, mengawal NST dan lantas seolah olah membawa nada baru mewakili suara majoriti. NST kini tidak lagi dilihat sebagai akhbar berbahasa Inggeris prima mewakili aspirasi majoriti.

Zaman Tun Razak melihat ekonomi global dihimpit krisis inflasi meruncing apabila negara negara OPEC berpakat untuk menaikan harga bahan bakar utama sebagai reaksi kepada sokongan Amerika Syarikat keatas Israel semasa Perang Arab-Israel Oktober 1973. Masalah yang sama dihadapi pentadbiran PM Abdullah kerana serangan tentera penceroboh AS keatas Iraq tetapi pendekatan menangani krisis dan kesan kepada ekonomi dalaman dan mikro Malaysia amat berbeza sekali.

Tun Razak menyusun strategi pembangunan semula sosio-ekonomi masyarakat, terutama majoriti diluar bandar dirangka berlandaskan peningkatan pendidikan, kuantiti dan kualiti. Ini merupakan teras utama perlaksanaan DEB. Hari ini, pentadbiran PM Abdullah berhadapan krisis graduan menganggur yang amat meruncing (dikhabarkan sehingga 80,000 orang). Namun begitu, dua malam lepas, beliau mengeluarkan kenyataan ada kemungkinan pasaran perkerja mahir Malaysia akan dibuka untuk kemasukan tenaga asing.

Jelas bahawa tiga tunggak yang Tun Razak usahakan dalam program penyusunan masyarakatnya lebih 35 tahun lalu iaitu Pendidikan, Budaya dan Ekonomi amat berbeza dengan pendekatan, cara dan kesan PM Abdullah menanganinya sekarang. Dari sudut pengaruh politik juga berbeza. Tun Razak amat disanjungi pemimpin pelbagai kaum dan fahaman politik sehingga berjaya membawa Pembangkang seperti Gerakan dan PAS menyertai parti memerintah dan melancarkan Barisan Nasional (BN) pada Ogos 1973. Zaman PM Abdullah pula menyaksikan lapan orang Menteri Kabinet Bukan Melayu memajukan Memorandum diluar perbincangan mingguan dan menunjukan konsep “mesyuarah dalam Jema’ah” itu mula tiris dan tidak effektif. Ditambah pula beberapa siri ahli politik sesama BN bertelagah secara terbuka sehingga melibatkan seorang Timb. Menteri digantung kerja.

Untuk PM Abdullah Ahmad Badawi mengukur diri dengan Allahyarham Tun Razak adalah “jauh panggang dari api”, inikan pula mengaku sebagai pewaris legasi dan di‘pengaruhi’ @ “anak politik” pemimpin Agung Bangsa Malaysia itu.

Published in: on June 16, 2007 at 23:14  Comments (7)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/06/16/pm-abdullah-tidak-dipengaruhi-legasi-tun-razak/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 CommentsLeave a comment

  1. Bro!

    From the book on Tun Dr Ismail (The Reluctant Politician), I learnt more about Tun Razak than I did before. Certainly, he was a great man and his relationship with Tun Dr Ismail, his deputy, was a special one. Both men were ahead of their time. Their deaths were untimely but when they were alive they contributed immensely to Umno and the young Malaysia. Tun Dr Mahathir has spoken dearly and with full of regards for Tun Razak, so much so that many of us thought that Najib would surely have been picked as his successor instead of Abdullah.

    A picture from the same book has stayed with me for the thousand words it painted. Those who have the book may turn to Plate 22, the picture showing the “Big 3” at the Merdeka Stadium during the nation’s 2nd anniversary. The Big 3 were Tun Dr Ismail, Tun Razak and the Tunku. Sitting besides Tunku was the Agong and on the Agong’s left the Queen.

    Ismail had his signature pipe in his mouth in that picture. Razak had a glass in his hand. The Tunku was holding a cigarette. What a picture, I thought. Even the young Mahathir with his groovy side-burn would have been out of place! Let alone Abdullah Ahmad (Badawi)!

    So when the papers wrote about the PM describing himself as Razak’s “political son”, I wondered what that was all about. I was afraid that it was some sort of spin-doctoring Pak Lah’s advisers dishing out in order to improve Pak Lah’s ratings. Call me paranoid or whatever, they’ve done it too often already.

    I believe that Pak Lah and Razak’s biological son Najib combined will still fall short of Razak’s ideals and legend. Nonetheless, it is still good to know that our PM wishes to be compared with someone as great as Razak. I hope the Tun will inspire Pak Lah to work harder to help the nation regain its greatness and defend its sovereignty.

    Thank you.

  2. wah new design! this 1 better lor more darker …

  3. At least can read commentry. Blogroll too far apart bro. Better be legible than anything else

  4. Persamaan(??)antara TAR dan Dollah:

    TAR: memilih untuk mengutamakan tugas dari bercuti. tidak mahu mengambil cuti walaupun dinasihatkan oleh rakan-rakan.
    Dollah: pantang ada lawatan rasmi ke luar negara, akan disambung dengan cuti peribadi, tanpa perlu nasihat dari sapa-sapa.

    TAR: bina banggunan MAS.
    Dollah: jual banggunan MAS.

    TAR: tanggungjawab terhadap negara melebihi kesihatan diri. walaupun mengetahui tahap kesihatan beliau adalah kritikal, masih lagi memikirkan tentang negara dan rakyat.
    Dollah: nasi kandar lebih penting dari nasib mangsa banjir di Johor.

    TAR: merahsiakan penyakit kanser darah beliau.
    Dollah: bagitau satu dunia dia menghidap resdung.

    TAR: mahukan orang-orang kurang upaya diajar kemahiran untuk berdikari seperti membuat bakul.
    Dollah: suka beli bakul. pastu masuk dalam dan angkat sendiri.


    Hampir tepat! (Zaman Tun Razak, bangunan MAS belum didirikan lagi. Hanya tapak sahaja dikurniakan kepada MAS).

    Sebenarnya, kalau nak diukur, memang beza langit dengan bumi antara Tun Razak dan PM Abdullah!

  5. yukkkk, i just can’t imagine pak lah administration is similar to tun razak’s administration.like bro rocky said, pak lah and najib combination can’t even match tun razak’s left side of the brain.


    Macam Kawan komen dilaman blog Another Brick In the Wall. Itulah, kes kaduk naik ke junjung!

    Umpama eruk dapat bunga!

    Umpama Mawi menang Akademi Fantasia!

    Umpawa pensel menjadi pena Montblanc!

  6. […] Abdullah juga cuba ‘mengorbankan ‘ memori, keyakinan dan kepercayaan rakyat Malaysia kepada Bapa Pembangunan Malaysia Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein apabila menyamakan diri beliau […]

  7. […] Tun Abdul Razak Hussein’s legacy in University Malaya (although some other politician openly claimed that he is the ‘political son’ to the Bapa Pembangunan Malaysia!). Certainly, this ‘renewed association’, gave a lot of Malaysians, especially the […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: