Agenda Daily kena bancuh

Akhbar politik cyber Agenda Daily kini masuk ke fasa ‘Perang Siber’ dengan portal politik terkemuka, Malaysia Today. Peperangan ini tuduh menuduh ini masuk ke peringkat yang lebih sengit. Sebelum ini, Malaysia Today menyiarkan cerita bahawa Rosli Ismail, pengarang Agenda Daily menerima imbuhan RM 200 ribu dari ahli MT UMNO, Dato’ Mohd. Norza Zakaria.

Agenda Daily bertindak balas menyiar artikel ini. Pengarang Malaysia Today, YM Raja Petra Kamarudin yang tiada pengalaman sebagai wartawan dijadikan modal kritis dan artikel Malaysia Today yang disiarkan 31 Julai 2007 berkenaan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di titah untuk mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, hubungan tercalar UMNO dengan pihak Istana Raja Raja Melayu dan peristiwa dimana Almarhum Sultan Selangor murka kepada episod Dato’ Muhammad Muhammad Taib mengahwini puteri baginda secara rahsia menjadi bahan bancuhan.

Artikel yang disiarkan Malaysia Today ini ialah sebagai reaksi keatas tindakan Ketua Penerangan UMNO Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib membuat laporan Polis pada 23 Julai 2007 keatas komen komen yang dibuat keatas artikel yang disiarkan Malaysia Today pada 8 Julai 2007. Laporan ini dibuat kerana beberapa komen yang dibuat adalah dianggap menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan agama Islam. Raja Petra dipanggil oleh IPD Dang Wangi pada 24 Julai 2007 untuk diambil kenyataan dan ditemuramah. Setakat ini, tiada tindakan dikenakan oleh Polis.

Episod ini menerima pelbagai perhatian warga Bloggosphere. Husin Lempoyang memberikan liputan jenaka kepada episod ini sebagai Agenda Daily menerima imbuhan dari pemimpin UMNO dalam urusan biasa mereka; “cari makan”. Sebelum ini, Agenda Daily juga mendapat perhatian “panas” penyokong penyokong UMNO yang pro-mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila artikel ini disiarkan mereka. Ianya menimbulkan reaksi negatif ramai penyokong penyokong UMNO pro-Tun Dr. Mahathir, seperti yang ditunjukan dalam artikel yang disiarkan pada 5 April 2007 dalam Portal Pro-UMNO ini, Berita MyKMU.net.

Realitinya, akhbar akhbar perlu imbuhan kewangan untuk beroperasi. Agenda Daily, seperti akhbar lain juga iaitu Malaysia Kini perlu menampung kos operasi. Bukanlah isu baru bahawa Agenda Daily adalah akhbar online yang pro-UMNO dan tidaklah luar biasa jika ada personaliti pemimpin UMNO menyumbang kepada operasi akhbar. Dikalangan amalan biasa media perdana juga, jentera politik juga menguasai dan menyumbang kepada operasi akhbar.

Keadaan menjadi keruh jika tuduhan tuduhan imbuhan wang ini dipanjang panjangkan dan menjadi reaksi berterusan sehingga menimbul ‘Perang Siber’. Kekeruhan menghambur isu isu peribadi seperti melibatkan keluarga semestinya dielakan penulis walaupun dalam kehangatan ‘Perang Siber’. Ini akan menyumbangkan kepada sesuatu yang tidak ingin ditontoni dalam media.

Peranan media, terutama media alternatif dewasa ini menjadi lebih penting untuk menyebarkan maklumat yang tepat kepada pembaca, walaupun media alternatif pro-UMNO seperti Berita MyKMU.net atau Agenda Daily sekalipun. Kekangan media perdana menyebabkan masyarakat pembaca celik IT memilih media alternatif. Sekiranya media media ini lebih banyak memberi tumpuan kepada ‘Perang Siber’, maka matlamat mereka mungkin menjadi kurang produktif.

Dan yang rugi ialah pembaca.

Published in: on August 2, 2007 at 23:58  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/08/02/agenda-daily-kena-bancuh/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. Sama-sama cari makan dan sama-sama berjuang, bersopan lah sedikit …

    Kalau tak ana akan jual … unta ana sudah tidak laku, Raya haji ada orang umno dan pas mahu sembelih unta? Opps … raya puasa belum lagilah, baru rejab.

  2. caya lah lu Big Dog. saya kenal rusli dan saya kenal raja petra. kedua2nya ada misi masing-masing. tak usah bercakar sesama sendiri. tak payah nak cungkil-mencungkil mata masing-masing. kalau agenda daily mau mengambil pendirian pro-umno atau pro-norza, tu terpulang kepada budi-bicara rusli. kredibiliti rusli sebagai pengendali website, seperti juga raja petra, akan ditentukan oleh isi yang dihidang kepada pembaca dari hari ke hari, minggu-keminggu dan seterusnya. pembaca sendiri akan membuat keputusan samada nak percaya atau tidak rusli dan raja petra. tak semua orang yang membaca blog Big Dog percaya dengan setiap kata yang ditulis.

    Alamak, pembaca BigDogDotCom tak percaya apa BigDog tulis? Macamana nak cari makan sebagai penulis ni?

    Oh ya, BigDog ialah seorang Blogger. Mesti selalu berbohong, tak gitu?šŸ˜‰

  3. kalau tiada monyet* (oops…..angin) masa kan dahan bergoyang.

    *pinjam kata-kata de facto pm.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: