UMNO Pulai anjur majlis memperingati Kemerdekaan

UMNO Bahagian Pulai akan menganjurkan majlis memperingati Kemerdekaan ke 50. Sempena sambutan ini, pada 11 Ogos 2007, satu majlis akan diadakan diDanga Bay dan dua buah filem mengimbau sejarah terbitan Film Negara berjodol “Missi Kemerdekaan” dan “Merdeka Untuk Malaya”. Sebelum tayangan, keluarga Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Bapa Kemerdekaan, mendiang Tun Tan Cheng Lock dan mendiang Tun V. T. Sambanthan, wakil rundingan Merdeka ke London akan diberikan cendramata menghargai jasa mereka. Inisiatif ini diusahakan Naib Ketua UMNO Bahagian Pulai, YM Tengku Putra H A Tengku Tan Sri Jumat.

umno-pulai-kemerdekaan.jpg

Acara ini terbuka dan orang ramai digalakan hadir bagi sama sama merayakan sambutan Kemerdekaan ke 50 dan menghargai mereka yang berjasa membebaskan Negara dari colonialism.

Published in: on August 3, 2007 at 23:55  Comments (5)