Ketua UMNO PJ Selatan gesa “hantu” dihalau dari Pemuda UMNO

Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato’ Zahar Hashim mengesa agar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein meneruskan memimpin Pergerakan Pemuda UMNO. Kapten Dato’ Zahar membuat gesaan demikian semasa ucapan beliau dimajlis Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda UMNO Petaling Jaya Selatan yang berlangsung sebentar tadi di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya Selatan. Dato’ Hishamuddin adalah tetamu khas yang dijemput untuk merasmikan mesyuarat.

Beliau menyifatkan dalam ucapan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO ini adalah umpama sebuah rumah “berhantu” sehingga ketua rumah ini ingin meninggalkan rumahnya. Beliau mengesa agar “hantu” dalam rumah ini dihalau sebaliknya. Jelas, Kapten Dato’ Zahar berkias “hantu” itu ialah orang no. 2 dalam pergerakan itu. Ini mendapat reaksi seronok dari para perwakilan yang hadir.

Dato’ Zahar terus menghuraikan bahawa nenda Dato’ Hishamuddin, Dato’ Onn Jaafar tidak sempat menyiapkan kerja kerjanya membangunkan Bangsa Melayu didalam UMNO. Juga ayahandanya, Dato’ Hussein Onn. Hujah kedua pula sumbangan melalui kedudukan Ketua Pemuda UMNO amatlah besar dan signifikan kepada pembangunan Bangsa Melayu. Hujah ketiga bahawa sekiranya ditakdirkan YAB Dato’ Seri Mohamed Najib Tun Razak mengantikan sebagai Presiden UMNO, tiada sebab kenapa Dato’ Hisham masih lagi sebagai Ketua Pemuda UMNO, yang juga Naib Presiden UMNO de facto tidak boleh dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO kepada Dato’ Seri Najib kerana ini adalah ibarat sejarah berulang semasa pemergian Tun Dr. Ismail Abdul Rahman; anak Tun Razak melantik anak Tun Hussein sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Dato’ Zahar juga mengingatkan Pemuda UMNO bahawa Kepimpinan Pemuda UMNO perlu orang yang sebati pernah berjuang dengan dan untuk UMNO, sebaik baiknya mereka yang pernah menjadi ahli MKT UMNO. Beliau mengimbau sejarah dimana seorang di”parachut”kan kedudukan Ketua Pemuda UMNO; iaitu bagaimana Anwar Ibrahim pernah ditatang kedalam Pergerakan Pemuda UMNO dan kemudian akhirnya menghancurkan UMNO. Jelas bahawa peristiwa itu perlu diambil iktibar dan tidak dibiarkan sejarah berulang lagi.

Sememangnya gesaan dan peringatan Dato’ Zahar ini wajar diperhalusi dan timbangkan oleh Ketua dan seluruh warga Pergerakan Pemuda UMNO untuk kebaikan pergerakan itu dan UMNO secara amnya.

Dulu, Kini dan Selamanya

 

 

 

 

 

 

 

Published in: on August 12, 2007 at 00:42  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/08/12/ketua-umno-pj-selatan-minta-hantu-dihalau-dari-pemuda-umno/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 CommentsLeave a comment

  1. Akhirnya, ada yang mula bersuara terang terangan. Sekarang kita dah lihat ketidakpuasan ahli bawahan dah hampir ke tahap maksimum.

    Sekarang kita nak tengok berapa banyak bahagian lain yang berani bersuara.

    Bagus dato’. Jika begini sifat perajurit yg ada dalam diri dato’. Saya yakin bahagian lain akan mula bersuara.

    Hantu perlu di halau.

  2. Sayang sekali saya di PJ Utara, Kalau di Selatan memang dah sign-up pemuda dah dengan adanya Ketua Bahagian macam ini. Berani kerana masa depan UMNO dan Melayu.

    Pemuda UMNO PJ Utara pun apa kurangnya. Saudara Azli, Ketua Pemuda Bahagian jemput dan beri perhargaan kepada mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad Ogos tahun lepas yang dianjurkan diKelab Tropicana, PJ Utara.

  3. […] Ketua UMNO PJ Selatan gesa “hantu” dihalau dari Pemuda UMNO Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato’ Zahar Hashim mengesa agar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Dato’ […] […]

  4. […] the hantu out from the haunted house” in the context of Mukhriz, like what happened to Pemuda PJ Selatan meeting on […]

  5. […] juga menjelaskan bahawa beliau amat konsisten dengan kritikan keatas PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddi…, yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO semenjak tahun 2005. Walaubagaimanapun, segala kritikan yang […]

  6. […] 1. Kapten (B) Zahar Hashim ini anti Pak Lah dan berdendam dengan Khairy dan pro Tun Dr Mahathir mengikut apa tokwan jumpa di bigdotcom klik sini. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: