Sambutan 50 tahun Kemerdekaan KEPUNDEK dicemari kronisma

Sambutan 50 tahun Kemerdekaan adalah satu musim perayaan yang seharusnya mesti dibanggakan untuk Malaysia dan seluruh rakyatnya. Ini kerana sambutan ini memperingati Malaysia dimerdekakan dari penjajahan British pada 31 Ogos 1957, atas usaha Ketua Menteri Malaya ketika itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan para Pejuang Bangsa dan Kemerdekaan meraih kejayaan. Namun begitu, sambutan ini tidak mepunyai erti kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Korperasi (KEPUNDEK) kerana dicemari budaya kronisma.

Baru baru ini, satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Menteri KEPUNDEK bertarikh 15 Mei 2007 diberikan keseluruhan kontrak penghiasan dan pengindahan semua bangunan bangunan utama bagi kesemua agensi dibawah KEPUNDEK kepada sebuah syarikat sahaja, iaitu Amar Sinar Sdn. Bhd.

dscn1347.jpgdscn1349.jpg

Menurut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat Amar Sinar Sdn. Bhd. (No. pendaftaran SSM: 208891-V) ini beralamat di: 40M Kompleks Selayang, Baru 8 ½ Jalan Ipoh-Rawang, 68100 Batu Caves, Selangor. Pengarah pengarahnya ialah Dato’ Seri Dr. Yuhyi Azizan, 46 dan Shazlina Hussain, 43. Syarikat ini didaftarkan sebagai pembekal barangan dan komponen elektrikal. Saham dibenarkan ialah 5 juta saham dan 4.8 juta diterbitkan dan dibayar penuh. Pemegang pemegang sahamnya ialah Dato’ Seri Yuhyi Azizan 3 840 000 saham dan Shazlina Hussain 960 000 saham.

Semua agensi agensi dibawah KEPUNDEK dekehendaki menyediakan bajet RM 120 000.00 untuk sesebuah bangunan dalam kontrak penghiasan dan pengindahan sempena Sambutan 50 tahun Kemerdekaan ini. Amat Sinar Sdn. Bhd. baru baru ini juga dapat kontrak membekalkan buku teks untuk Maktab Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berjumlah RM 3 juta.

Awal Januari lepas, Dato’ Seri Dr. Yuhyi Azizan yang berkongsi dengan Pengarah Urusan Wella, Wong Ting Hock berjaya mendapatkan kontrak untuk melatih pelajar Pusat Giat MARA dalam dandanan rambut. Dr. Yuhyi juga baru baru ini memajukan satu cadangan agar semua pelajar tajaan/pinjaman MARA di insurankan dan syarikat beliau menjadi pengurus eksklusif skima insuran tersebut.

Sungguh tidak wajar semua peluang perniagaan bagi seluruh kementerian seperti KEPUNDEK sebegini dikurnia kepada satu syarikat sahaja. Ini kerana KEPUNDEK diujudkan untuk membangunkan usahawan, terutama Bumiputra dan membanyakan usahawan dengan menagih agihkan kontrak yang ujud untuk seberapa banyak pembekal berbeza sepatutnya sebahagian dari program ‘pembangunan usahawan’ dan membesarkan kommuniti usahawan dikalangan Bumiputra.

Sebelum ini, Menteri KEPUNDEK Dato’ Mohd. Khaled Nordin juga memberi arahan agar kesemua program penyelengaraan bangunan bangunan dibawah MARA dikurniakan secara pukal kepada anak syarikat Johor Corp., TMR Urusharta Sdn. Bhd., walaupun proses tender yang dijalankan belum pun selesai. Ini dipercayai kerana Khaled sedang kuat melobi agar diberikan peluang sebagai Menteri Besar Johor dipusingan akan datang dan sedang berusaha ‘memenangi hati’ orang orang Johor, sebagai langkah awal ‘memasang badan’.

Khaled pernah dikaitkan dengan syarikat pembinaan TRC Bhd. dalam “Shar 101’s scoop on TRC” dan “KING IN WAITING” kerana penglibatan dan hubungan rapat beliau dengan syarikat tersebut sebelum dilantik kedalam pentadbiran Kerajaan. Untuk rekod, TRC Bhd. mendapat kontrak membina MRSM dalam peruntukan RMK 9.

Amat malang apabila seorang Menteri UMNO yang dipertanggung jawabkan membangunan usahawan, terutama dari golongan Bumiputra mengunakan kuasa dan pengaruh dikementerian sendiri untuk menguatkan kedudukan peribadi dan bukan membangunkan orang orang Melayu yang beliau wakili.

Sesungguhnya amalan kronisma ini amat tidak bersesuaian dan bercanggah, malah sebenarnya mencemari semangat Sambutan 50 Kemerdekaan.

Published in: on August 24, 2007 at 14:26  Comments (15)