Sambutan 50 tahun Kemerdekaan KEPUNDEK dicemari kronisma

Sambutan 50 tahun Kemerdekaan adalah satu musim perayaan yang seharusnya mesti dibanggakan untuk Malaysia dan seluruh rakyatnya. Ini kerana sambutan ini memperingati Malaysia dimerdekakan dari penjajahan British pada 31 Ogos 1957, atas usaha Ketua Menteri Malaya ketika itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan para Pejuang Bangsa dan Kemerdekaan meraih kejayaan. Namun begitu, sambutan ini tidak mepunyai erti kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Korperasi (KEPUNDEK) kerana dicemari budaya kronisma.

Baru baru ini, satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Menteri KEPUNDEK bertarikh 15 Mei 2007 diberikan keseluruhan kontrak penghiasan dan pengindahan semua bangunan bangunan utama bagi kesemua agensi dibawah KEPUNDEK kepada sebuah syarikat sahaja, iaitu Amar Sinar Sdn. Bhd.

dscn1347.jpgdscn1349.jpg

Menurut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat Amar Sinar Sdn. Bhd. (No. pendaftaran SSM: 208891-V) ini beralamat di: 40M Kompleks Selayang, Baru 8 ½ Jalan Ipoh-Rawang, 68100 Batu Caves, Selangor. Pengarah pengarahnya ialah Dato’ Seri Dr. Yuhyi Azizan, 46 dan Shazlina Hussain, 43. Syarikat ini didaftarkan sebagai pembekal barangan dan komponen elektrikal. Saham dibenarkan ialah 5 juta saham dan 4.8 juta diterbitkan dan dibayar penuh. Pemegang pemegang sahamnya ialah Dato’ Seri Yuhyi Azizan 3 840 000 saham dan Shazlina Hussain 960 000 saham.

Semua agensi agensi dibawah KEPUNDEK dekehendaki menyediakan bajet RM 120 000.00 untuk sesebuah bangunan dalam kontrak penghiasan dan pengindahan sempena Sambutan 50 tahun Kemerdekaan ini. Amat Sinar Sdn. Bhd. baru baru ini juga dapat kontrak membekalkan buku teks untuk Maktab Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berjumlah RM 3 juta.

Awal Januari lepas, Dato’ Seri Dr. Yuhyi Azizan yang berkongsi dengan Pengarah Urusan Wella, Wong Ting Hock berjaya mendapatkan kontrak untuk melatih pelajar Pusat Giat MARA dalam dandanan rambut. Dr. Yuhyi juga baru baru ini memajukan satu cadangan agar semua pelajar tajaan/pinjaman MARA di insurankan dan syarikat beliau menjadi pengurus eksklusif skima insuran tersebut.

Sungguh tidak wajar semua peluang perniagaan bagi seluruh kementerian seperti KEPUNDEK sebegini dikurnia kepada satu syarikat sahaja. Ini kerana KEPUNDEK diujudkan untuk membangunkan usahawan, terutama Bumiputra dan membanyakan usahawan dengan menagih agihkan kontrak yang ujud untuk seberapa banyak pembekal berbeza sepatutnya sebahagian dari program ‘pembangunan usahawan’ dan membesarkan kommuniti usahawan dikalangan Bumiputra.

Sebelum ini, Menteri KEPUNDEK Dato’ Mohd. Khaled Nordin juga memberi arahan agar kesemua program penyelengaraan bangunan bangunan dibawah MARA dikurniakan secara pukal kepada anak syarikat Johor Corp., TMR Urusharta Sdn. Bhd., walaupun proses tender yang dijalankan belum pun selesai. Ini dipercayai kerana Khaled sedang kuat melobi agar diberikan peluang sebagai Menteri Besar Johor dipusingan akan datang dan sedang berusaha ‘memenangi hati’ orang orang Johor, sebagai langkah awal ‘memasang badan’.

Khaled pernah dikaitkan dengan syarikat pembinaan TRC Bhd. dalam “Shar 101’s scoop on TRC” dan “KING IN WAITING” kerana penglibatan dan hubungan rapat beliau dengan syarikat tersebut sebelum dilantik kedalam pentadbiran Kerajaan. Untuk rekod, TRC Bhd. mendapat kontrak membina MRSM dalam peruntukan RMK 9.

Amat malang apabila seorang Menteri UMNO yang dipertanggung jawabkan membangunan usahawan, terutama dari golongan Bumiputra mengunakan kuasa dan pengaruh dikementerian sendiri untuk menguatkan kedudukan peribadi dan bukan membangunkan orang orang Melayu yang beliau wakili.

Sesungguhnya amalan kronisma ini amat tidak bersesuaian dan bercanggah, malah sebenarnya mencemari semangat Sambutan 50 Kemerdekaan.

Advertisements
Published in: on August 24, 2007 at 14:26  Comments (15)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/08/24/sambutan-50-tahun-kemerdekaan-kepundek-dicemari-kronisma/trackback/

RSS feed for comments on this post.

15 CommentsLeave a comment

  1. they need sponsors..election is around the corner.

    Not ‘they. Its him. Its the Minister. Not only he wants to be MB Johor, he is also ambitious. He wants to be more than just UMNO MKT. Remember, UMNO Johor is the largest Perhubungan UMNO, with the most number of Bahagians and Johoreans make up the largest UMNO members in the country. He definitely have long term plans!

  2. BD,

    Now I know what ‘PFI’ means.

    It’s ‘Preferred F**king Insider’ (working in concert with AAB preferred companies).

    ‘Private Funding Initiative’ projects by AAB has gone through an extreme makeover.

    ‘Bail-outs’ shall now be termed as ‘Soft loans’ by the government.

  3. Eh, BD. ‘Kepundek’ ni bunyi macam mencarut aje.

    Betul ke?

    Dahulu, Kementerian Pembangunan Usahawan dikenali sebagai “KEPUN”. Sekarang sudah ditambah ‘dan Koperasi’. Mereka diKEPUNDEK memanggil diri mereka Ministry of Entrepreneur and Co-operative Development (MeCD). Apahal tiba tiba guna acronym Inggeris pula. KEPUNDEK la lagi sesuai!

    Hehehehhehehehehehehehhehehehehehehhehehehehehhehehehehhehehe 😀

  4. waaah…begini rupanya jentera dan kakitangan kerajaan mengendaliakn urusan – bagi arahan dan semua ikut!!

  5. Captain

    Kalau KPUNPK, mencarut juga ke?

  6. Why complain? Under NEP semua halal kan? It happened under Mahathir, its happening under Badawi and will continue to happen under the next Towering Malay. “dulu, kini dan selamanya”.

    Absolutely not!. Get your facts right. Under Dr. Mahathir, contracts were not dished out wholesomely to one party. Negotiated contracts dished out issued during Dr. Mahathir’s time were about jobs small contractors unable to do and not everyone can raise financing for large parcels, like the North-South Highway, Bukit Jalil Sports Complex, Putra and Star LRT system etc.

    For jobs like Dayabumi and KLCC, contracts were dished out based on merits. So was Education Ministry nationwide housing program.

    In KEPUNDEK, its about jobs wholesomely dished out to one party and denying opportunities that so many small contractors and suppliers can do, especially local small contractors.

  7. Big Dog

    Zam Maidin receives Malaysian Chief Moron Award

    Goblog Station
    http://goblogmania.blogspot.com

  8. The name ? heh heh heh.

    The news ? Pundek betul lah !

  9. Can someone check kesahihan title Yuhyi? Its changes every time I heard his name. It was Hj. few years back. Then, Dato’. Now “Dato’ Seri Dr.”. I hope the Minister is not dumb enough to mingle with such …….

  10. biar la nak bg kontrak pd sape2 pn
    aku keje ngan johor corporation
    ada sistem waqaf untuk org2 susah
    pg klinik waqaf klu tak cukup duit beli ubat
    so ape org melayu nk lagi
    komplen je tau
    bt keje taknak

  11. […] Minister of Entrepreneur and Co-operative Development and two controversies during his tenure was exposed in this blog last year. Published […]

  12. saya berharap pihak berkuasa dapat menyiasat anugerah doctor, dato atau dato seri kepada yuhyi azizan, saya sebagai kenalan rapat beliau (yuhyi azizan),tidak mendapat apa-apa anugerah dato mahupun dato seri dari mana2 sultan atau raja, dia pula hanya membeli sijil kedoktoran di australia.. dia adalah penipu..jabatan perdana menteri TOLONG SIASAT

  13. saya berharap pihak berkuasa dapat menyiasat anugerah doctor, dato atau dato seri kepada yuhyi azizan, saya sebagai kenalan rapat beliau (yuhyi azizan),beliau (yuhyi azizan)tidak mendapat apa-apa anugerah dato mahupun dato seri dari mana2 sultan atau raja, dia pula hanya membeli sijil kedoktoran di australia.. dia adalah penipu..jabatan perdana menteri TOLONG SIASAT… projek giat mara, minta disiasat juga antara beliau dan nora-giat mara……. dato nam & cik yam jgn buat2 diam, ada lagi kontraktor yang hantar harga lagi rendah……….

  14. Dato yuhyi bkn individu yang berkepentingan,beliau adalah simbol diantara orang melayu yang berjaya, tahniah dato,teruskan usaha tetapi jgn lupa kepada orang yang memerlukan,insyaallah.

  15. weh melayu, jgn budget2 tau pasal org klu korang tak tau ape2 pasal dato yuhyi ni…aku pon kenal gak dia…jgn br dgr citer org dah ko nk hentam sana sini…dah tak dpt projek usaha dan pohon pada Allah dan perbanyak kan sedekah, bukan mencarut maki hamun tuk mennunggu projek yg Allah Taala tentu kan….dont be bodoh dombong…sekian Salam….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: