Najib Razak membelakangkan Laporan Razak

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohamed Najib Tun Razak hari ini mengesahkan bahawa sukatan pelajaran sekolah aliran Cina merupakan sebahagian dari integrasi pembangunan pendidikan Malaysia dan semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menerima pendidikan berkualiti. Beliau membuat pengesahan ini selepas menerima Anugerah Pusat Emas (Pendidik) Antarabangsa ABE-Edward De Bono 2007 dalam satu majlis anjuran ABE diMandarin Oriental Kuala Lumpur malam ini.

Bernama online membuat laporan berikut.

Semasa berkata demikian, beliau menerima tepukan gemuruh dari tetamu yang hadir, yang rata rata 70% terdiri dari golongan masyarakat dan persatuan persatuan perniagaan Cina dalam majlis yang dianjurkan oleh AJK Dato’ Seri Azim Zabidi, Bendahari Agung UMNO. Jelas sekali pengumuman seperti ini memang ditunggu tunggu oleh masyarakat Cina Malaysia yang majoritinya begitu tegar memperjuang dan pertahankan hak golongan minoriti keturunan bangsa Asia Timur ini keatas pendidikan aliran Mandarin.

Kewajaran Kerajaan majoriti Melayu ter’main’ kedalam sentimen isu ini amat diragui. Ramai percaya, agenda integrasi nasional perlu bermula seawal peringkat sekolah rendah. Dengan adanya peluang mudah begitu ramai anak anak keturunan Cina keatas pendidikan aliran Cina, maka mereka diperingkat awal lagi sudah dilatih untuk ‘terasing’ dari kumpulan etnik lain, terutama anak anak keturunan Melayu, yang juga majoriti penduduk Malaysia. Sekolah, terutama peringkat terawal merupakan medan paling baik untuk memupuk semangat muhibbah antara kaum dan membiasakan kanak kanak belajar, bermain dan bertoleransi dikalangan masyarakat majmuk Malaysia moden.

Alangkah malangnya apabila Kerajaan sekarang meng’iya’kan kewujudan pendidikan aliran Cina yang sepatutnya dikurangkan secara berperingkat dan masyarakat Malaysia bergerak kearah sistem pendidikan kebangsaan, sebagaimana yang digariskan melalui Laporan Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960 dan seluruh Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961.

Yang nayatanya, dikawasan urban dan suburban, kemudahan pendidikan aliran Cina makin pesat bertambah dan aktivis aktivis Cina seperti Dong Zhong begitu tegas dan tegar memperjuangkan pendidikan aliran Cina ini, atas alasan ‘mempertahankan’ kebudayaan Cina dikalangan masyarakat Tiong Hua Malaysia.

Sebaliknya, dengan pengesahan dan pengumuman ini, Dato’ Seri Najib menguatkan lagi hujah hujah perjuangan aktivis Dong Zhong ini dan dalam masa yang sama, membelakangkan Laporan Razak, yang menegaskan kepetingan mewujudkan sistem pendidikan satu aliran peringkat kebangsaan untuk semua warga, tanpa mengira kumpulan etnik dan bahasa ibunda. Ini untuk menjamin agenda integrasi nasional terpelihara dan generasi masyarakat majmuk Malaysia biasa tinggal bersama dan mempunyai kefahaman dan toleransi yang tinggi dan mendalam antara satu sama lain. Ini penting untuk mewujudkan ‘Bangsa Malaysia’ yang harmonis dan bergerak seiring tanpa sebarang prasangka dan sifat kecurigaan.

Pengumunan ini sememangnya akan mendapat reaksi negatif dari NGO Melayu seperti GPMS dan GAPENA, yang sepanjang hujung minggu baru ini menganjurkan debat tertutup 50 jam tanpa henti bertajuk “sembang sembang kopi-o”, yang dianjurkan bersama KEKWA mengenai isu isu yang melibatkan orang orang Melayu, termasuk pendidikan. Anak seorang pemimpin agung Perjuangan, yang sendiri sedang dalam proses untuk menjadi pemimpin utama membelakangkan perkara yang ayahanda sendiri perjuangkan, untuk kebaikan Negara.

Bukanlah agenda integrasi nasional merupakan usaha berstruktur dan sistematik Negara menghakis dan menghalang pembangunan budaya dan perkembangan bahasa kumpulan etnik Bukan Melayu diMalaysia dan memberikan ruang untuk cemuhan dan tuduhan ‘perkauman’ dipolitik dan lemparkan secara mudah oleh pihak pihak tertentu, terutama perjuangan politik cauvinisma. Perjuangan cauvinisma pro-pendidikan aliran Cina ini juga menolak konsep ‘sekolah wawasan’, sebagai penyelesaian ‘jalan tengah’. Namun ada agenda strategik yang lebih besar terlalu perlu diutamakan agar generasi Malaysia akan datang berada dalam keadaan harmonis, aman dan bersatu sebagai warga jitu dan berintegrasi rapat dan kemas.

Jika diperhalusi bagaimana negara negara lain, terutama yang maju di Barat yang mengamalkan sistem pendidikan satu aliran, kumpulan etnik minoriti masih lagi mampu mengekalkan ciri ciri kebudayaan, bahasa ibunda dan agama mereka melalui program program kelas hujung minggu @ Sunday school. Masyarakat Melayu keluarga TLDM yang berkhidmat begitu lama dalam projek kapalselam diCherbourg dan Brest, Perancis semenjak 2003 juga mengamalkan cara yang sama untuk mengekalkan ciri ciri Melayu-Islam mereka. Oleh itu, memang ada penyelesaian lain tanpa pihak pihak yang cuba menangguk diair keruh dalam isu isu melibatkan kebudayaan, bahasa ibunda dan ugama sesuatu kumpulan ethnik mempolitikan dan menjadikan ianya sebagai sentimen berbaur perkauman yang akan hanya mengeruhkan perasaan pra-sangka dan kecurigaan antara kaum etnik diMalaysia ini.

Apakah atmosfera politik sekarang begitu meruncing sehinggakan pemimpin politik Melayu sanggup kompromi keatas isu yang sebelum ini menjadi asas kepada penghalang kejayaan integrasi nasional dan berusaha keras memenangi hati pengundi pengundi keturunan Cina? Apa akan jadi kepada generasi Malaysia akan datang apabila kanak kanak pelbagai keturunan etnik sejak amat muda lagi mereka tidak dibiasakan untuk bergaul, bermain, belajar bersama sama dan menghilangkan perasaan pra-sangka dan kecurigaan antara sesama mereka? Sejauh mana kejayaan masyarakat majmuk pelbagai etnik ini akan berkesan memacu Malaysia ketahap lebih tinggi lagi sekiranya mereka gagal ‘bersatu’?

Tepuk dada, tanya selera!

Published in: on August 28, 2007 at 04:59  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/08/28/najib-razak-membelakangkan-laporan-razak/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. Ramai mengaku impikan satu Bangsa Malaysia tetapi tidak faham apa makna bangsa. Tidak tahu mendefiniasinya? Tidak tahu apa cara menjadi satu bangsa? Tidak fikir bahasa satu bangsa malaysia? Tidak difikirkan budaya bangsa malaysia itu?

    Bangsa Malaysia bukan bermakna Malaysian race tetapi orang malaysia atau warganegara malaysia. Bangsa Malaysia membawa maksud kenegaraan sekali.

    Bagaimana mahu menjadi satu bangsa sekiranya aspirasi berlainan, tiada sama tujuan, kepelbagaian yang hanya memecahkan, dan pluralisma yang huru hara.

    Kita mesti berfikir sebagai satu sistem sungai. Anak-anak sungai menjadi sungai utama yang mengalir arah ke laut. Sungai utama itu adalah simbol satu bangsa, satu bahasa, satu pendidikkan, satu masyarakat. Penyatuan sungai utama dari anak2 sungai memberi simbol integrasi dan persamaan. Manakala anak-anak sungai itu menunjukkan kepelbagaian bangsa, kaum, puak dan suku dengan kepelbagaian bahasa, dialek dan cara berkata dan sekali gus berbagai ugama, mazhab dan falsafah fahaman masing2.

    Disini cerdik2 banyak loyar dan ahli politik, banyak bodoh dan buta kepada perkara ini.

  2. dalam hal sekolah anak2 ni, kepentingan politik seharusnya dibelakangkan.

    kewujudan terus sekolah-sekolah cina yang terpisah dari sistem pengajian arus kebangsaan akan menjadi aral yang menghalang perpaduan sejati bangsa/rakyat malaysia.

    ia juga merugikan sekolah nasional. saya rasa elok diintegrasikan sekolah cina kedalam sekolah nasional supaya tenaga pengajar yang cekap dapat dikongsi, suatu aspirasi dapat dicipta, dan keadaan yang lebih competitive dapat dibentuk.

    di singapura, sekolah cina, tamil dan melayu dah lama pupus. yang ada sekolah kerajaan atau private (termasuk sekolah antarabangsa). kesannya cukup mendalam. bahasa mandarin berkembang tetapi menerusi sistem sekolah biasa. bahasa melayu pun masih hidup (walaupun takkan jadi bahasa singapura seperti di malaysia, di mana bahasa melayu dah jadi bahasa malaysia).

  3. Mengapa tidak ramai mengambil iktibar dari apa yg telah dan sedang berlaku di Thailand dan Indonesia khususnya dimana rakyat negara negara ini yg berketurunan Tionhua di benar belajar bahasa dan budaya ibunda mereka tetapi selepas mengutamakan pelajaran bahasa Thai dan Indonesia. Malah di Thailand adalah menjadi pengetahuan umum kebanyakan dari pemimpin negara mereka adalah dari keterununan Tionhua tetapi menyerap budaya Thai secara keseluruhannya dengan tidak mengenepikan budaya asalnya.

    Najib ketika menjadi Menteri Pendidikan juga telah berlembut dengan membuka pintu seluas luasnya untuk pusat pengajian tingga persendirian di buka dengan banyaknya tanpa memikirkan akibatnya kepada dasar pelajaran negara. Nah sekarang kesannya sudah mula dirasai – anak2 bumiputera berbaris untuk ke pusat pusat pengajian tinggi Kerajaan dan yg lain dengan selesa ke pusat pengajian tinggi awam. Pengasingan anak anak muda dari arus masyarakat yg berbilang kaum ini menjadi lebih ketara yg terus menggalakan tidak keseimbangan taraf pelajaran dan yg teruk sekali tidak menggalakkan perpaduan dan interaksi antara kaum sekali gus aanak anak kita akan terus memileki “inferiority complex”.

    Apa dia agaknya yg kuat mendorong pemimpin pemimpin kita untuk lebih bertolak ansur jika dibandingkan dengan lain lain kaum. Pernahkah kita dapati selama ini mana mana kaum membuat kenyataan dan keputusan lebih bertolak ansur kepada kaum Melayu dalam bidang bidang sosio-politik, ekonomi dsbnya?

    Kita akui bahawa untuk negara ini terus maju dan berjaya dengan aman dan tenteram, pokok pangkalnya ialah perpaduan dan pergaulan serta sangkaan baik antara kaum misti terus ujud. Namun demikian janganlah hendaknya satu kaum sahaja yg memberi dan mengalah apatah lagi kaum itu mempunyai sejarah yang jati dan tersendiri berhubungkait dengan tertubuhnya Malaysia 50 tahun dahulu. Tolerance is a dual carriage-way!

  4. Ada suatu masa dulu golongan Cina amat suka kepada sekolah kebangsaan macam Victoria Institution, Penang Free, St Michaels, Malacca High School. Kalau nak tahu kenapa ramai orang Cina kini menyokong sekolah Cina dan bukan sekolah kebangsaan, tanyalah orang Cina sendiri. Mungkin anda akan terkejut untuk tahu sebab utama bukan mengenai bahasa Cina atau budaya. Sebab terutama yang akan diberi ialah kerana sekolah kebangsaan telah mengalami “Islamization”. Sebab kedua ialah bahasa pengataraan telah ditukar dari English ke bahasa Melayu. Sebab ketiga ialah kualiti pendidikan yang makin merosot. Sebab keempat ialah suasana sekolah dimana murid bukan Melayu dilayan dengan cara yang menyebabkan mereka terasa sebagai “second class”.

  5. Saya tak nak komen yg lain kerana ia merupakan persepsi, tapi yg terakhir tu mmg menarik walaupun ia sama juga satu persepsi tapi melalui pengalaman ianya boleh di ulas … saya tak tau bagaimana mereka ini mahu dilayan atau ia hanya pada persepsi anda sahaja ! , sebagaimana saya disekolah menengah , Guru-guru kelihatan agak was-was utk mengambil tindakan keras terhadap murid cina , berbanding pelajar Melayu dan India … Saya disekolah rendah pulak majoriti diimbangi dengan pelajar India dan Melayu .. pelajar cina hanya seorang .

    Saya lihat tiada perbezaan pun bila guru cina mahupun dari bangsa lain yg mengajar ketika disekolah menengah kebangsaan .

    Masalahnya bila benda macam ni pun nak dilihat dari persepsi perkauman maka jadilah anda dgn pemikiran yg penuh perkauman .


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: