Mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad, 82 tahun, selamat menjalani pembedahan pintasan koronari (coronary by-pass) diInstitut Jantung Negara (IJN) 3.00 ptg semalam. Semenjak keluar pembedahan, beliau dimasukan ke Unit Rawatan rapi (ICU) untuk pemerhatian teliti kerana proses 72 pasca pembedahan koronari, amatlah rumit dan kritikal, terutama pada umur lanjut itu dan ini merupakan pembedahan kedua selepas 24 Januari 1989. Beliau berada didalam keadaan stabil dan amat memuaskan hati para pakar yang merawatnya.
Ini adalah kenyataan rasmi mengenai keadaan Tun Dr. Mahathir setelah 24 jam pembedahan, dikeluarkan oleh Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff pada jam 12.00 tengahari tadi:
MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE
Institut Jantung Negara, 5 September….
YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad remains stable following close overnight observation by doctors and nurses at the Intensive Care Unit of Institut Jantung Negara.
Doctors are happy with his rate of progress which is as expected in post-bypass surgery. All his vital parameters, thus far, are also stable as anticipated.
Tun Dr Mahathir is still however, within the crucial intensive observation period and will continue to be warded at the ICU.
IJN will continue to issue updates as and when there is significant change in Tun Dr Mahathir’s condition. Visitations continue to be confined to immediate family members only.
-ENDS-
For media enquiries please contact Sufi Yusoff
Pekara yang amat menarik dari episod ini ialah kepercayaan penuh mantan Perdana Menteri ini kepada kebolehan dan kemampuan pakar pakar bedah koronari dan cardiothoracic, pakar bius koronari dan pakar kardiologi dikalangan orang orang Melayu untuk menjalani pembedahan amat rumit dan berisiko tinggi ini.
Semenjak pembedahan koronari pertamanya, 24 Januari 1989, beliau membuat keputusan serta merta apabila mengalami serangan jantung pertama dan memberi kepercayaan penuh kepada pakar pakar Melayu seperti Mr. Yahya Awang (pada masa itu pakar pembedahan cardiothoracic HKL) dan Mr. Rozali Wathooth (pada masa itu pakar pembedahan cardiothoracic SJMC) dan pakar kardiologi Dr. Nik Zainal dan Dr. Robaayah Zambahari untuk membuat pembedahan pintasan koronari yang pada masa itu masih lagi tidak begitu popular diMalaysia. Ramai rakyat Malaysia, termasuk pemimpin Negara menjalani pembedahan pintasan koronari ini diluar negara seperti Singapura, UK, Amerika Syarikat dan Australia.
Kejayaan yang diperolehi dari pembedahan ini memungkinkan sebuah pusat khas rawatan penyakit jantung dibina iaitu Institut Jantung Negara (IJN) yang dirasmikan Tun Dr. Mahathir sendiri pada tahun 12 Jun 1993.
Hari ini beliau masih lagi memberikan kepercayaan dan keyakinan penuh kepada pakar pakar Melayu yang sama dan lain lain lagi diIJN sekarang ini, seperti pakar pembedahan cardiothoracic Tan Sri Mr. Yahya Awang (mantan Ketua Pakar Pembedahan Cardiothoracic IJN dan kini diDamansara Specialist Hospital), Dato’ Dr. Rozali Wathooth (pakar pembedahan cardiothoracic Subang Jaya Medical Centre) Dato’ Mr. Azahari Yaakob (Ketua Pakar Pembedahan Cardiothoracic IJN) dan Dr. Mohd. Ezani Mohd. Taib, pakar bius cardiothoracic Dato’ Dr. Mohd. Hassan Mohd. Arif (Ketua Pakar Bius diIJN), Dr. Sharifah Suraya Syed Tahir, Dato’ Dr. Syed Abdul Aziz Syed Zain dan Dr. Nor Azlina Abd. Jalil dan pakar kardiologi lain seperti Dato’ Seri Dr. Robaayah Zambahari (Pengarah Perubatan IJN), pakar nephrologi Dato’ Dr. Zaki Morad Mohd. Zaher dan Dr. Ghazali Ahmad.
Walaupun pembedahan pintasan koronari ini dibantu oleh Prof. Dr. Hartzel Schaff Ketua Pakar Pembedahan Cardiothoracic Mayo Clinic, Rochester, Minnesota, Amerika Syarikat, namun begitu pakar pakar pembedahan Melayu ini merupakan tunggak utama kejayaan pembedahan rumit dan luar biasa diMalaysia ini dan merekalah wira sejati, kerana kepakaran dan pengalaman mereka berjaya membuat pembedahan keatas seorang pesakit berumur lanjut 82 tahun, malah pembedahan pintasan koronari kedua.
Ini adalalah rekod baru dan menerpa sejarah, sebagai anak Melayu yang benar benar Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, yang sering dilaung laungkan semenjak Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara dari Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Tidaklah seperti orang yang melaung laungkan “Towering Malays” tetapi sendiri mendapat rawatan pembedahan sinus dan hernia diAustralia.
*Terkini, 5.15pm Rabu 5 Sept 2007 . Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pergi ke IJN petang ini untuk menziarahi mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang masih lagi diICU setelah menjalani pembedahan pintasan koronari bermula pagi semalam.
[…] kejayaan doktor kita di ruang-ruang akhbar. Antaranya kisah kejayaan pemindahan koronari Mantan Perdana Menteri. Tak lupa kisah masalah Hui Yee yang ditangani wira-wira kita. Satu demi satu kepingan […]
[…] renowned Mayo Clinic and John Hopkins hospitals of the United States. The most famous patient is Tun Dr. Mahathir, whose second CABG in September 2007 drew world wide attention as he was 82 […]