Majlis tahlil, doa selamat dan sembahyang hajat untuk Tun Dr.Mahathir

Satu majlis tahlil, doa selamat dan sembahyang hajat untuk kesejahteraan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan diadakan:

Masjid Wilayah Persekutuan

Jalan Duta

Kuala Lumpur

7.00 malam, Jumaat 7 September 2007

Tun Dr. Mahathir 82, yang selamat menjalani pembedahan pintasan koronari kedua Selasa, 4 September 2007, sekarang masih bagi diawasi teliti pakar pakar pembedahan dan kardiologi diunit rawatan rapi (ICU) IJN.

Majlis ini dianjurkan oleh keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semua dijemput hadir.

Published in: on September 6, 2007 at 20:15  Leave a Comment  

Tun Dr. Mahathir is getting better

This is the latest media statement issued by Tun Dr. Mahathir Mohamad’s PA, Sufi Yusoff on the recovery of the former’s landmark second coronary by-pass on Monday.

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Institut Jantung Negara, 6 September….

 

 

YABhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad has continued to make good progress into the second day of his post-bypass surgery treatment at the Institut Jantung Negara (IJN).

Since 2.10pm yesterday Tun Dr. Mahathir has been breathing on his own without respiratory support and is fully conscious, alert and able to converse with his family members.

Tun Dr. Mahathir has been started on liquid diet since this morning.

After 48-hours of close monitoring by doctors and nurses at the Intensive Care Unit, doctors are satisfied with his progress. He is currently undergoing intensive physiotherapy to optimise his respiratory function. In addition Tun Dr. Mahathir is also doing light exercises of his arms and legs. His vital parameters continue to be stable.

However, Tun Dr. Mahathir will remain warded at the ICU for continued observation.

IJN will issue updates as and when there is significant change in Tun Dr. Mahathir’s condition. Visitations continue to be confined to immediate family members only.

-ENDS-

 

For media enquiries please contact Sufi Yusoff

General September 06, 2007 13:07 PM

Mahathir Cheerful After Successful Coronary By-Pass Surgery E-mail this news to a friend Printable version of this news

 

 

KUALA LUMPUR, Sept 6 (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad’s condition is improving after successfully undergoing a five-hour coronary by-pass operation at the National Heart Institute (IJN) on Monday.

The 81-year-old former prime minister regained consciousness yesterday but is still in the intensive care unit (ICU) for post-operative observation.

Rural and Regional Development Minister Datuk Abdul Aziz Shamsuddin who visited him this morning said Dr Mahathir’s wife, Tun Dr Siti Hasmah Ali, told him that her husband was looking cheerful.

“I only managed to speak to Dr Siti Hasmah outside. Tun (Mahathir) was resting in the ward. She also looked very cheerful and spirited.

“We will continue to pray for Tun’s speedy recovery,” he said.

It was the second by-pass surgery for Dr Mahathir after the first one on Jan 24 1989.

Meanwhile, an IJN statement here says that Dr Mahathir has made significant progress and has been breathing on his own without respiratory support since 2.10pm yesterday.

“He is fully conscious, alert and able to converse with his family members. He is currently undergoing intensive physiotherapy to optimise his respiratory functions.

“In addition, Dr Mahathir is also doing light exercises of his arms and legs. His vital parameters continue to be stable,” it says.

However, he will remain warded at the ICU for continuous observation.

The statement says that Dr Mahathir has been started on a liquid diet since this morning and after 48 hours of close monitoring by doctors and nurses at the ICU, the IJN is satisfied with his progress.

However, visitors are still confined to immediate family members.

— BERNAMA

This is something interesting about Tun Dr. Mahathir

Am 06 September, 2007 16:08 PM
Secara Fisiologi Umur Dr Mahathir Dalam Lingkungan 60-an Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) — Walaupun kini berusia 81 tahun namun daripada segi fisiologi, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan masih berumur dalam lingkungan 60-an.

Faktor ini dilihat sebagai penyumbang kepada proses pemulihan menakjubkan bekas Perdana Menteri itu selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Selasa lepas, kata anaknya Datuk Mukhriz.

Beliau berkata perkara ini dimaklumkan oleh ketua pasukan pembedahan Tan Sri Dr Yahya Awang kepada keluarganya pagi ini.

“Tan Sri berkata walaupun secara kronologi umur bapa saya 81 tahun, tapi daripada segi fisiologi, umurnya dalam lingkungan 60-an. Keadaan ini membolehkan beliau pulih cepat,” kata Mukhriz kepada pemberita sewaktu ditemui di lobi IJN di sini.

Katanya semangat juang bapanya yang tinggi di samping mematuhi segala arahan doktor juga antara faktor yang membantu mempercepatkan lagi proses pemulihannnya.

Mukhriz berkata setelah sedar semalam, Dr Mahathir bertanyakan kepada keluarganya sama ada pembedahan telah dijalankan.

“Beliau kelihatan ceria sekarang. Pada awalnya beliau sedikit keliru, tetapi selepas diberitahu pembedahan telahpun dijalankan, beliau sangat suka hati dan memanggil doktor, jururawat dan staf satu persatu sambil menggenggam tangan mereka dan mengucapkan terima kasih.

“Beliau (Dr Mahathir) begitu yakin dengan kemampuan dan kebolehan para doktor di IJN,” katanya.

Sejak pagi ini, Dr Mahathir dilaporkan mula mengambil makanan cecair dan melakukan senaman ringan ke atas tangan dan kakinya. Beliau masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan.

Ditanya keadaan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Mukhriz berkata ibunya terharu dengan rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan bapanya.

“Bagi pihak keluarga, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan supaya ayah saya cepat pulih,” katanya.

— BERNAMA

Published in: on September 6, 2007 at 12:19  Leave a Comment  

Melayu perlu berani dan cekal

“Melayu perlu berani dan cekal, agar kesinambungan Perjuangan Bangsa diteruskan”, merupakan inti pati syarahan mantan Menteri Pertanian dan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Sanusi Junid dalam sessi “Siri Bicara Melayu” anjuran Majlis Tindakan Pemikir (MANTAP), yang diadakan di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur malam tadi.

sanusi-junid-at-mantap.jpg

Beliau menekankan pentingnya Bangsa Melayu hari ini terus berani, agar mereka terus mara kehadapan dan dipandang sebagai golongan manusia yang dihormati dan segani. “Keberanian” yang dipaparkan bersekitar pengalaman beliau dalam pentadbiran Kerajaan selama 21 tahun, terutama dalam Kabinet Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Tan Sri Sanusi menghurai dan menegaskan “Keberanian” Dr. Mahathir ditunjukan dari pelbagai perspektif dan dimensi. Dr. Mahathir ‘berani’ membuat keputusan strategik seperti mengorak langkah agar Negara menjurus kepada membina kepakaran dan kemampuan kearah sebuah negara maju, menjelang tahun 2020. Dr. Mahathir juga ‘berani’ bersuara dan lantang mengutarakan isu isu tertentu seperti Palestin, Bosnia, masalah pembangunan dunia ketiga dan Iraq dipersada politik antarabangsa, walaupun dilihat begitu tidak popular dan bercanggah dengan pendapat Barat. Dr. Mahathir juga ‘berani’ membuat dasar dasar ‘berfikir diluar kotak’ seperti “Pandang ke Timur” dan “Kerjasama Selatan-Selatan”.

Tan Sri Sanusi, kini Presiden UIA menjelaskan bahawa bangsa bangsa Asia yang berjaya seperti Jepun, Korea dan Taiwan mempunyai ciri ciri jelas berasaskan prinsip prinsip

1.Berani

2.Amanah

3.Disiplin

4.Rajin

5.Setia

Inilah prinsip prinsip yang diamalkan oleh idealism Bushido, yang dipelupuri oleh Samurai, semasa Maharaja Meiji memulakan langkah drastik pemodenan bangsa Jepun pada 1868. Prinsip prinsip ini juga ciri utama idealism Hwara yang dipraktikan oleh orang orang Korea dan Jin Sheng, oleh orang orang Taiwan.

Beliau juga mengimbau dimana Presiden Park Chung-Hee dari Korea Selatan telah datang keKuala Lumpur pada tahun 1970 dan dibawa oleh Tun Razak ke MAGERAN, untuk taklimat khas pembangunan. Didalam bilik utama MAGERAN itu tertulis ayat yang bermaksud “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri”. Dengan mepelajari maksud mendalam ayat dari Al Quran ini, Park menjadikan ianya teras utama prinsip agar Korea dibangunkan.

Tan Sri Sanusi juga mengutarakan bahawa pembangunan Bangsa Melayu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ciri ciri bangsa itu diabaikan sama sekali dalam proses pembangunan itu. Keperibadian bangsa adalah komponen amat penting agar jatidiri bangsa itu sentiasa utuh dan satu bangsa yang bermaruah akan terbina.

Menurut beliau lagi, Bangsa Melayu adalah bangsa terpilih kerana mereka mampu berfikir dan menjadi para ilmuan/intelektual bertaraf global, mempunyai rupa paras yang menarik, berani, beriman dan dikurniakan tempat yang begitu selesa sebagai tanahair iaitu Nusantara.

Sebagai seorang yang begitu banyak menghabiskan sumber kedalam buku, Tan Sri Sanusi menjelaskan bahawa Bangsa Melayu ini berjaya menafikan falsafah yang diutarakan pemikir unggul Greek, Aristotle dimana “sesebuah bangsa tidak akan mampu mempunyai kekuatan politik tanpa menguasai kekuatan ekonomi’. Tegas Tan Sri Sanusi, “Bangsa Melayu berjaya menafikan Aristotle kerana berjaya menguasai politik selama 50 tahun ini tanpa menguasai ekonomi”. Ini menimbulkan reaksi ketawa dari 100 orang yang hadir dimajlis tersebut, yang terdiri dari pelbagai NGO dan golongan masyarakat.

Syarahan ini digulung dengan pesanan bahawa Bangsa Melayu hari ini perlu berani menyatakan yang hak, untuk menentukan kesinambungan proses pembangunan bangsa itu berterusan.

*Gambar foto dari Minaq-Jinggo Fotopages

Published in: on September 6, 2007 at 11:42  Comments (4)