Tun Dr. Mahathir is off the ventilator

Former Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 82 has been taken of the ventilator this afternoon. He is still recuperating in the ICU IJN, after a risky but successful post second coronary by-pass open chest surgery late Saturday night.

Dato’ Marina Mahathir recorded this in her blog, Rantings by MM this evening. Bernama.com also captured the story, originated from Rantings by MM.

September 26, 2007 15:03 PM

Dr M Likely To Be Taken Off Ventilator Today – Marina E-mail this news to a friend Printable version of this news

 

 

KUALA LUMPUR, Sept 26 (Bernama) — Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s doctors are hoping to get him fully off the ventilator today, his daughter Datin Paduka Marina Mahathir said.

“According to mum (Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali), dad is making progress. They (doctors) are hoping to get him off the ventilator by lunchtime today,” she said of the former prime minister’s condition in her blog.

Dr Mahathir, 81, underwent surgery owing to a wound infection at the National Heart Institute (IJN) on Saturday night.

A team of surgeons performed his second coronary bypass surgery on September 4.

“Since a positive attitude is essential, mum is thinking up ways to bolster his spirit…by asking for photographs to be sent from home of the grandchildren to cheer him up,” said Marina.

— BERNAMA

IJN is expected to release an official statement tomorrow

 

*An update as of 2.00pm, Thursday 27 September 2007. An official IJn statement issued via Sufi Yusoff.

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Institut Jantung Negara, 27 September….

 

YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad continues to make significant progress four-days after his second surgical procedure on Saturday for wound debridement.

 

He is now breathing on his own since 2pm yesterday and doctors are now focusing on post surgical rehabilitation.

 

These include physiotherapy to his chest to optimise his respiratory function as well as exercises to his arms and legs to build muscle strength.

 

Tun Dr Mahathir continues to be warded at the Intensive Care Unit.

 

 

 

 

-ENDS-

 

 

For media enquiries;

En. Sufi Yusoff

Office of YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Advertisements
Published in: on September 26, 2007 at 23:53  Leave a Comment  

Suspek kes pembunuhan kejam ditahan Polis

Seorang lelaki berumur 41 tahun, yang pada masa ini menjadi suspek dalam pembunuhan kejam berprofil tinggi kanak kanak 10 tahun Nurin Jazlin Jazimin, ditahan Polis ditengah tengah bandaraya Kuala Lumpur tadi.

Utusan Malaysia melaporkan:

Terkini

Kes bunuh Nurin: Lelaki 41 tahun disyaki terlibat ditahan

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam pembunuhan dan penderaan seksual terhadap Nurin Jazlin Jazimin, 8, di Lebuh Ampang di sini hari ini.

Suspek itu, yang bekerja sebagai “orang tengah” di sebuah agensi pelancongan di bandar raya telah diajak oleh seorang rakannya ke sebuah kedai kopi di mana sepasukan polis menunggu untuk menahan lelaki itu.

Sumber polis berkata, serbuan itu dibuat selepas rakan suspek memberitahu polis bahawa suspek mungkin mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam Nurin.

Rakan suspek itu juga memberitahu polis bahawa lelaki yang disyaki itu mungkin terlibat dengan kes pencabulan dua kanak-kanak yang dilaporkan di Kampung Baru dengan menggunakan terung.

Difahamkan sebelum penahanan itu, rakan suspek telah meyakinkan suspek bahawa beliau mempunyai satu rancangan perniagaan yang perlu dibincangkan di kedai kopi itu.

Kira-kira pukul 2 petang, suspek tiba di kedai kopi itu dengan rakannya telah sedia menunggu.

Menurut rakan suspek, mereka pada mulanya membincangkan tentang usaha sama perniagaan sebelum menukar topik kepada perkara-perkara peribadi.

“Pada masa ini, saya menghantar SMS kepada sepasukan anggota polis berpakaian biasa yang menunggu di luar kedai kopi itu untuk bertindak.

“Lelaki berkenaan kemudiannya meminta saya menemui rakan perniagaannya dan mula berjalan ke arah sebuah bangunan yang terletak di seberang jalan.

“Pada saat inilah, saya menghubungi polis,” katanya di sini hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, masih terlalu awal untuk polis mengulas mengenai penahanan suspek.

Difahamkan suspek itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Pada 20 Ogos, Nurin Jazlin dilaporkan hilang oleh bapanya Jazimin Abdul Jalil, selepas keluar seorang diri untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju, di sini.

Di sebalik liputan meluas media dan usaha besar-besaran mencarinya, Nurin Jazlin tidak dapat dikesan.

Pada 17 September, mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam sebuah beg sukan yang diletakkan di hadapan tangga sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya.

Hasil ujian DNA mendapati mayat itu adalah Nurin Jazlin dan bedah siasat mendapati mangsa juga didera secara seksual.

Suspek berkenaan, yang memakai baju kemeja lengan panjang berwarna biru dan berseluar hitam, membawa sebuah beg untuk bertemu dengan rakannya di kedai kopi itu.

Difahamkan lelaki itu yang berasal dari Segamat, telah bertunang dengan seorang penyambut tetamu di sebuah hotel di sini. – Bernama

Published in: on September 26, 2007 at 23:49  Comments (3)  

Tidak wajar seret Raja Raja dalam kancah politik

Tidak Wajar Seret Raja-Raja Dalam Kancah Politik
Posted on Tuesday, September 25 @ 00:00:00 MYT
Topic: editor

 

Oleh Ab Jalil Backer
(jalil74@myjaring.net)

(an article taken from Berita MyKMU.net)

Tindakan Malaysia-Today dan beberapa bloggers serta pemimpin politik tertentu mengemukakan petiysen supaya Raja-raja Melayu campur tangan dalam urusan negara merupakan satu tindakan membelakangkan proses demokrasi dan raja berpelembagaan.

Tanpa bertujuan merendahkan kedudukan raja-raja Melayu, kita harus ingat dan akur bahawa kerajaan hari ini sama ada suka atau tidak merupakan pilihan rakyat terbanyak. Mengajak raja-raja Melayu terbabit dalam politik kepartian, terbabit dalam pentadbiran secara langsung merupakan satu usaha menghina perlembagaan Malaysia.

Memang benar ramai orang mempunyai banyak sebab untuk tidak bersetuju, membangkang, malah mengkritik dengan keras pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Namun ini harus kita lakukan mengikut lunas demokrasi. Dengan membawa Raja-raja campur tangan dalam pentadbiran negara dan mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ia merupakan satu tindakan menidak suara dan keputusan majoriti rakyat dalam pilihan raya.

Hanya ada tiga pihak yang dari segi keluhuran perlembagaan dan demokrasi boleh mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri. Mereka ialah Parlimen, Mahkamah dan pemberi mandat.

Pemberi mandat ini boleh jadi Barisan Nasional, UMNO mahu pun pengundi dalam pilihan raya umum.

Barisan Nasional dan UMNO selaku parti yang diwakili oleh Abdullah boleh mengambil keputusan memecatnya jika majoriti ketua-ketua parti komponen atau Ahli MKT UMNO atau perhimpunan Agung UMNO menolak kepimpinan beliau.

Demikian juga Parlimen boleh mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri jika difikirkan perlu.

Peguam Negara juga boleh mengambil tindakan mendakwa Perdana Menteri jika terdapat bukti jelas kesalahan beliau.

Namun memohon raja-raja Melayu campur tangan merupakan satu tindakan yang tidak mencerminkan mandat rakyat terbanyak. Sebaliknya, ini hanyalah satu ketidak puasan hati pihak minoriti yang cuba menidakkan pandangan majoriti secara tidak sah.

Jika raja-raja diberi kuasa menentukan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri, bermakna sistem demokrasi negara sudah tidak wujud lagi. Ini kerana raja-raja Melayu tidak dipilih secara demokrasi dan tidak bertanggung jawab secara demokrasi.

Malahan keputusan raja-raja tidak boleh dipertikai dan diperbahaskan oleh rakyat umum. Ini boleh membawa kepada definis cubaan menghasut dan tertakluk kepada Akta Hasutan.

Justeru kepada mereka yang merayu-rayu mahukan campur tangan raja-raja bagi menjatuhkan Abdullah perlu bertanya sebentar, Apakah mereka juga boleh menerima campur tangan Raja-raja jika pemimpin pilihan mereka berada di atas?

Pada ketika itu mereka melihat tiada yang salah terhadap pemimpin, namunpasti akan ada pandangan minoriti yang lain (walau sebaik mana idea atau individu, pasti akan ada penentangnya) yang akan memulakan tindakan yang sama.

Akhirnya pemimpin negara tidak lagi ditentukan dalam pilihan raya dan oleh parti yang menang, tetapi ditentukan oleh raja-raja. Pemimpin yang terpilih pula akan lebih berusaha memuaskan hati raja-raja berbanding hati rakyat.

Perkara ini telah terjadi sejak berpuluh tahun lalu sehinggalah beberapa kali Perlembagaan Negara terpaksa dipinda bagi mengelakkan campur tangan raja-raja dalam pentadbiran.

Hakikatnya, mereka yang mahu menentang Abdullah, UMNO atau apa sahaja parti politik atau pemimpin politik harus memahami bahawa kerajaan demokrasi itu harus berlandaskan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

Selebihnya berjuanglah atas idea dan kepercayaan anda dan persembahkan kepada rakyat untuk menilainya. Rakyat sahaja yang berhak menentukan kepimpinan negara ini.

Dalam proses demokrasi kita bukan sahaja perlu menghormati demokrasi malah mempercayai bahawa rakyat mampu membuat pilihan terbaik. Jika tidak lebih baik kita laksanakan pemerintahan monarki, tentera mahu pun komunis.

Published in: on September 26, 2007 at 12:18  Comments (1)