Perbelanjaan bagi emolumens dan elauns pemimpin

Kerajaan Persekutuan membelanjakan sejumlah wang sebagai emolumens and persaraan pemimpin Negara, sebagaimana yang diluluskan Parlimen. Ini termasuk elauns kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan sekelian anggota eksekutif dan Ahli Parlimen (Dewan Rakyat dan Negara).

Elauns untuk DYMM SPB YDP Agong:

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982). Ini bajet tahunan untuk SPB YDP Agong. Ianya akan dibayar secara bulanan kepada SPB YDP Agong. Selain dari elaun untuk SPB YDP Agong ni, mereka masih dapat elaun DYMM Sultan dari negeri masing masing.

1. Privy Purse – RM 360,000.00 (bulanan adalah RM 30,000.00).
2. Elaun kerajaan – RM 120,000.00 (bulanan sebanyak RM 10,000.00)
3. Elaun diraja Istana Negara – RM 144,000.00 (bulanan sebanyak RM 12,000.00)

Maka, jumlah elauns sebulan SPB YDP Agong adalah sebanyak RM 52,000.00

Elauns untuk DYMM SPB Raja Permaisuri Agong:

1. Privy Purse –       RM 67,200,00 (RM 5,600,00 sebulan).
2. Elaun kerajaan – RM 21,600.00 (RM 1,800.00 sebulan).

Maka, jumlah elauns sebulan SPB Raja Permaisuri Agong dapat ialah RM 7,400.00

Selain daripada tu, setiap tahun SPB YDP Agong dapat peruntukan lebih RM 53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dan kakitangan istana. Pecahan bajetnya adalah seperti berikut:

1. Perbelanjaan istana, keraian dan sambutan tetamu – RM 52,259,100.00

    2. Gaji kakitangan istana – RM 1,004,880.00

Elauns mantan SPB YDP Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong

Elaun untuk mantan SPB YDP Agong dan mantan Raja Permaisuri Agong (Termaktub dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006).

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada mantan SPB YDP Agong dan mantan SPB Raja Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk mantan SPB YDP Agong – RM 15,180.00 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk mantan Raja Permaisuri Agong – RM 4,500.00 sebulan.

Pencen khas untuk balu SPB YDP Agong

Ini adalah pencen untuk balu SPB YDP Agong. Bermakna kalau seorang SPB YDP Agong itu mangkat semasa dalam takhta, maka balu baginda (yang juga SPB Raja Permaisuri Agong) akan dapat pencen ini, termaktub di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

Inilah elauns yang dinikmati balu SPB YDP Agong yang mangkat semasa diatas takhta:

1. Pencen seumur hidup – RM 4,500.00 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM 250,000.00 untuk motorkar. Imbuhan tambahan RM 2,590.87 sebulan untuk pemandu dan penyelengaraan motorkar juga dinikmati.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM 750,000.

Elaun DYMM Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat bagi setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja, yang diluluskan Dewan Undang Negeri masing masing. Ini contoh untuk Kedah. Secara asasnya, ianya dipraktikan di negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga jumlah dan nilainya.

1. Elaun Sultan – RM 52,600.00 sebulan
2. Elaun keraian Sultan – RM 15,480.00 sebulan

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM 68,080.00

Untuk Sultanah pula elaunnya adalah

1. Elaun Sultanah – RM 12,000.00 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM 2,600.00 sebulan.

Jumlah elaun Sultanah ialah RM 14,600.00 sebulan

 

Elaun lain lain untuk kerabat ialah:

Raja Muda –                      RM 13,000.00
Raja Puan Muda –              RM   5,200.00
Tunku Bendahara –             RM   4,000.00
Isteri Tunku Bendahara –    RM   1,250.00
Tunku Temenggung –          RM  3,500.00
Isteri Tunku Temenggung –  RM    900.00
Tunku Laksamana –            RM  3,000.00
Isteri Tunku Laksamana –    RM    600.00

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat elauns juga. Contoh macam anakanda anakanda Sultan dapat elauns RM 1,000.00 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat elauns sebanyak RM 500.00 sebulan.


Gaji dan elauns untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut:

Perdana Menteri –                 RM 22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri –    RM 18,168.15 sebulan
Menteri-Menteri Kabinet –       RM 14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-Menteri –     RM 10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen –            RM   7,187.40 sebulan

Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79

YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, maka pendapatan sebulan beliau adalah:

= RM 22,826.65 + (RM 14,907.20 x 2) + RM 4,112.79
= RM 56,753.84 sebulan

Formula untuk pengiraan elauns mantan Ahli Parlimen.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40 . Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuiti:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Published in: on September 27, 2007 at 13:45  Comments (21)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/09/27/perbelanjaan-bagi-gaji-dan-elauns-pemimpin/trackback/

RSS feed for comments on this post.

21 CommentsLeave a comment

  1. Yang dapat RM 22,826.65 sebulan, sah makan gaji buta.

    Patut RM850 sebulan sahaja untuk tidor.

  2. i want to be member of parliament too, even though for 1 term, i will get pension forever.

    I think one is entitled to pension after serving a minimum of thirty months

  3. Apalah lu A Voice, takkan tidur pun nak dapat elaun… hehehe.

    Patutnya dia tidur kena bayar lagi sewa duduk rumah rasmi Kerajaan.

    Tiap kali dia tidur mesti caj berdasarkan berapa jam dia guna air-cond, kipas dsb.

  4. so, whats da point of the forum owner to post such informations?

    just to boil my readily-boiled blood, eh?

    just how well they are salaried, then they have to think abit more for the rakyat lah..

    even if I am appointed professorship, (which is the highest post in my working line), there will be not much compared to these politicians. and it is very lucky if u are appointed professor below the age of 40 or early 40s.

    damn lucky being a PM. darn~

    This piece to make Malaysians, especially the Malays more informative on the emoluments and allowances enjoyed by HM SPB YDP Agong, HM SPB Raja Permaisuri Agong and the Executives, as provided by Parliament Act and endorsed in annual budget Bill

  5. cita pasal keje tido dapat gaji ni teringat aku pada kisah seoarng pakcik jaga kat kg aku. Aku tanya dia buat keje apa skrg ni, dia jawab bank bagi RM400 sebulan, keje tido (jaga la tu) kat bank dia malam2. Serupa la macam dolah sekarang ni tapi pakcik tu lagi ok sebab dia makan duit majikan swasta dia yang tongong tu sebab ambik dia keje, sekadar RM400 je, berbanding si dolah ni mentekadarah duit rakyat beribu2 untuk keje tido… hmmm…

  6. Lets have a quick comparison, I am getting slightly more than what PM is getting. A quarter goes to income tax, 11% epf, 2.5% zakat, 13% goes to 4 bedroom house + 2 second hand cars, 5% goes to petrol and maintenance, 10% to take care 1 wife, 3 kids, 2 parents. basic medical 2%, 5% unplanned/emergency expense. Entertainment 0%, oversea vacation 0%. Well, there is some money left, but not that really much, sufficient to cover during rainy days only. . Lets look at another side of a comparison, say a typical YB, house value minimum xx Millions, xx BMW 7 series, xx Merc S320, 1 Perdana, xx wives, oversea vacation – Australia, UK, bank saving xxxx. Why so different, may be my money hass less putchasing power?

    Besar periuk, besor keraknya. Maybe you dunno how to invest. Maybe your wife is a big spender and keeps maxing up the supplementary credit card. So many possibilities!

    FYI, PM don’t have to take care parents and kids. PM also gets free holiday abroad, all paid for.

    A lot YBs have businesses, long before they become YBs. Some even have practices, like Zaid Ibrahim and Zain Badak. Dato’ Nur Jazlan is chartered accountant and was director of UM Land long before he became a YB. Dr. Jamaluddin Jarjis have an electronics plc long before he went into politics. Of course they can afford all that. Since they have been in business for sometime, of course some of them have bank accounts and properties abroad.

  7. Only RM14,000 for a minister…and we’re wondering why they are corrupt! We should be ashamed of ourselves! The amount their constituents seek on a personal basis alone far exceeds their income.

    Weddings, Prophet’s birthday celebrations, deaths etc. These require money given according to local customs. It cannot be taken from govt allocations because they go through the district office to be paid via L.O.

    No wonder those in power give out contracts to their cronies and children!

    Exactly. To maintain a service centre in the constituency, an MP (especially a Cabinet Minister, Dep. Minister or Parly. Sec.) usually would spend at least RM 20,000 a month! That’s usually what the voters expected of them.

  8. whooa, jadi tunku laksamana pon dpt elaun sebnyk rm3k a month. for my current financial standard thats a lot.

    eh bro, can a commoner apply for that job? just wondering.

  9. Thanks BigDog for the info.

    To me while some YBs don’t deserve such rate, some really do and actually they (those on the latter category) are underpaid.

  10. Bro

    Ese keliru sikit, bukan ka gaji yang diterima ialah gaji tertinggi? Macam menteri, gaji yang diterima ialah gaji menteri, gaji ahli parlimen tak dapat lagi dah.

    Begitu juga pencen, katakan bekas menteri, pencen yang diterima ialah pencen menteri. Pencen ahli parlimen tak dapat…

    Itu yang saya diberitahu. Harap jelaskan.

  11. BigDog,

    Yes indeed, That is what I am trying to say actually. Salary is nothing really, the difference is they have “business”, either through own sweat or otherwise is another matter.

  12. Penarik Beca,

    Saya pernah nampak slip gaji seorang menteri. Dia menerima elaun MP dan Menteri sekali.

  13. Should he be PM again after the next GE he will appoint himself as the Minister of every Ministries. Only the deputy ministers post will go to others. may be a few Ministers post will be reserved for each of the major component parties.
    That way he will make even more mony. He wont have to rely on his son for pocket money any more or on DIGI for the Qurban.

  14. kalau saya jadi Sultan Melaka yang baru dan seterusnya menjadi Yang DiPertuan Agung Malaysia kelak…….gaji saya sebulan tentu RM 100 000.00 kan?

    ” Beta akan pastikan seluruh rakyat Malaysia beta hidup dalam keadaan aman, kaya, sentosa, bahagia dan sentiasa dirahmati Allah S.W.T. Amin……..

    my handphone : ( 0129676083 )- Cucu Tun Perak.

  15. Sometimes, we dunno the hardest part of other people.. in our eyes we see that they are happy, but we dunno whether they happy or not..

    but the effort to be at the highest level is not that easy. sometimes, they need to sacrify their time for rest and sleeping..

    how about us? Do you have a lot of time to rest? then keep on blaming others??

  16. korang tak yah lah nak kutuk orang yg gaji besar tu..
    korang dengki sangat kenapa,dah tu yg die dapat hasil titik peluh diorang dari kecik kau ingt senang ke nak jadi menteri setakat spm je ke bleh dapat!!!fikirlah sendiri.diorang gaji besar sebab usuha diorang dari kecik bukan lahir2 terus jadi menteri..sengal!!!
    nak gaji besar kerja lah kuat2 atau sabar dgn dugaan.klu korang marah sangat dengan org yg gaji besar tu kenapa tak marah tiger wood tu…die kaya gile..sebb ape die kaya sbb usaha dia yg tak pernah abis!!tak macam korang penuh dengan P H D…
    LU FIKIRLAH SENDIRI MALAYSIAN!!!!

  17. kira gaji diorang nie lagi kecik dari gua…. gua memang kaya.. pasai tue la gua bayar cukai banyak supaya depa-depa nie dapat gaji seperti yang tertera…. hahaha…

    apalah cikai benar depa nie.. gaji kecik jer… hahahaha…

  18. di malaysia bukannya ada puluhan raja..raja kecil besar,raja hilir,raja temenggung,raja itu,raja ini..
    kesian pada rakyat yang bekerja dan memberi makan untuk raja..huhu

    PUYI,maharaja cina yang terakhir..matinya sebagai seorang petani..

    DAULAT TUANKU

  19. setakat gaji PM malaysia kecik aje

    kalau tengok gaji PM singapore S$ 200,000 sebulan

  20. ala bersyukur jela dgan ape yg kita dpt 2….gaji aku rm1000 je sbulan..aku bsyukur gakkk…..

  21. gaji besar ke kecik ke, apa sangat nak meyibuk.Kta ckp pasal tu tak akan berubah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: