Video VK Lingam: Anwar Ibrahim yang penuh muslihat!

(Artikel ini dimuat naik dari Berita MyKMU.net)

 

 

Sama ada video yang didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan peristiwa sebenar atau lakonan oleh mereka yang menyerupai peguam VK Linggam hanya mampu ditentukan oleh VK Linggam, “suspek kedua” Tun Ahmad Fairuz dan perakam aksi tersebut.

Namun sebagai penonton biasa, pemerhati politik dan rakyat, kita tidak dapat lari dari perasaan tanda tanya dan pelbagai kemungkinan lain.

Tidak perlulah diulas banyak kandungan video tersebut kerana ia sudah dilaporkan oleh Malaysia-today.net, malaysiakini dan harakahdaily. Sesiapa yang berminat boleh juga membaca di anwaribrahimblog.com

Yang ingin kita bicarakan ialah apa dan mengapa. Apakah video tersebut tulen atau authentic sifatnya dan mengapa baru hari ini didedahkan?

Apa?

Banyak dalam kelemahan video tersebut boleh mencabar ketulenannya. Antaranya, gambar yang tidak jelas berbanding audio yang begitu jelas memberi gambaran seolah-olah ada proses dubbing atau “memasukan suara”.

Apakah benar itu percakapan VK Linggam? Apakah itu VK Linggam sebenar?

Jika benar pun watak di dalamnya adalah VK Linggam, apakah benar watak di sebalik sana ialah Tun Ahmad Fairuz seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim?

Pertanyaan lebih serius ialah, apakah juga benar video tersebut dirakam pada 2002 seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim? Berdasarkan aturan nama-nama yang disebut ternampak seolah-olah video tersebut dirakam selepas perlantikan Ahmad Fairuz. Ini membolehkan nama-nama hakim tertentu disebut bagi menyesuaikan dengan peristiwa berlaku sekaligus menambah kredebiliti video tersebut.

Memandangkan Tun Ahmad Fairuz telah menafikan bahawa rakaman video tersebut merupakan rakaman percakapan VK Linggam dengan beliau, maka Anwar haruslah membuktikan dakwaannya benar.

Bayangkan jika video perbualan telefon sebelah pihak pun boleh dianggap tulen, bagaimanakah video-video Anwar di http://www.isuhot.com/ yang nyata mempunya wajah dan perlakuannya?

Mengapa?

Mengapa sekarang baharu didedahkan video tersebut jika rakamannya dibuat pada 2002. Jika benar rakaman tersebut pada 2002 tentulah ia telah lama digunakan oleh Anwar bagi keuntungan politik beliau dan konco-konconya.

Atau mungkin sekarang Anwar baru dapat? Jika demikian, kita perlu pula bertanya apakah motif pemberi rakaman ini?

Apakah ini merupakan satu rakaman sebenar atau diada-adakan bagi menjatuhkan kredebiliti Tun Ahmad Fairuz yang baru-baru ini mencadangkan penghapusan English Common Law?

Apakah ini kejahatan terancang untuk mengenakan Tun Ahmad Fairuz yang baru-baru ini membuat keputusan yang tidak memuaskan hati penganut kristian dalam isu Lina Joy?

Kesimpulan

Seperti kata Perdana Menteri, sebelum tindakan diambil ketulenan video tersebut perlu disiasat terlebih dahulu. Jika benar ada konspirasi maka tindakan perlu diambil ke atas mereka yang terlibat.

Jika tidak, maka mereka yang menyebarkan video palsu tersebut perlu dihukum dengan berat kerana cuba memporak perandakan sistem kehakiman negara.

Apapun sekarang beban pembuktian terletak ke atas tangan Anwar kerana beliau yang mengemukakan tuduhan tanpa bukti yang jelas. Beliau tidak harus berselindung di sebalik frasa seperti “bukan menuduh tetapi minta disiasat”.

Namun mengenali Anwar selama berpuluh tahun, tiada apa yang boleh dipercayai sepenuhnya jika ia datang dari Anwar Ibrahim.

http://anwarisme.blogspot.com/

 

Published in: on September 29, 2007 at 14:40  Comments (2)