Tun Musa Hitam bertemu Perdana Menteri diLondon untuk membincangkan WPI

Pengerusi Majlis Penasihat IDRA, Tun Musa Hitam baru baru ini telah bertemu Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi diLondon. Pertemuan yang tidak dirancang ini berlaku semasa Dato’ Seri Abdullah singgah diLondon dalam rangka lawatan kerja, selepas menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu diNew York

idr-logo.gif

Pertemuan luar jangkaan ini adalah membincangkan masalah baru dalam plan perlaksanaan IDRA, walaupun baru baru ini Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan bahawa sebuah konsortium Asia Barat yang beribu pejabat diEmiriyah Arab Bersatu bersedia untuk melabur lebih RM 4.1 billion dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

idr-nusajaya.jpg

Sebuah delegasi khas pemasaran pelaburan dijangkakan akan berlepas ke Dubaii pada Hari Raya ke4, untuk menentukan program pelaburan ini dilaksana segera. Buat masa ini, konsortium ini telah melantik perunding perancang bandar mereka.

Sila lihat laporan Bernama.com bertarikh 1 Oktober 2007 ini:

01 Oktober, 2007 22:06 PM

Syarikat Teluk Lantik Arkitek Dan Perancang Utama Laksana Pelaburan RM4 Bln Di WPI Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

JOHOR BAHARU, 1 Okt (Bernama) — Empat syarikat Timur Tengah yang mengumumkan hasrat untuk melabur sejumlah AS$1.2 bilion (RM4.1 bilion) di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) baru-baru ini melantik arkitek dan perancang induk bagi memulakan projek tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau dimaklum tentang pelantikan kakitangan penting bagi projek tersebut oleh ketua syarikat Mubadala Development Company, salah satu daripada empat syarikat Timur Tengah yang terlibat dalam pelaburan tersebut, dalam perbualan telefon dua hari lepas.

“Dua hari lepas saya dimaklumkan oleh Ketua syarikat Mubadala bahawa mereka telah melantik arkitek dan “master planner” untuk melaksanakan projek bernilai RM4.1 bilion,” katanya ketika majlis Tadarus Al-Quran dan berbuka puasa di kediaman rasmi Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini, hari ini.

Pada 29 Ogos lepas, Mubadala dan syarikat Millenium International Company, anak syarikat Saraya Holdings dan Kuwait Finance House (KFH) menandatangani perjanjian dengan penyelaras pembangunan WPI, South Johor Investment Corporation (SJIC) bagi tujuan untuk melabur di kawasan ekonomi khas tersebut.

Sebuah lagi syarikat Teluk, Aldar Properties PJSC, akan menguruskan pembangunan bandar raya antarabangsa bersepadu pertama WPI, yang dikenali sebagai Node I. Node 1 melibatkan kawasan seluas lebih 892 hektar di Nusajaya, antara pusat pentadbiran kerajaan Johor yang baru dan Jambatan Kedua ke Singapura.

Mubadala, KFH dan Millennium Development, masing-masing mengetuai satu konsortium dan secara kolektif melabur lebih daripada AS$1.2 bilion untuk tanah dan infrastruktur untuk membangunkan tiga kelompok gaya hidup dan santai, kelompok budaya dan wilayah kewangan di Node I.

Pelaburan bernilai RM4.1 bilion dari empat syarikat Teluk tersebut merupakan pelaburan tunggal terbesar yang diterima oleh WPI sejak kawasan pembangunan khas itu dilancarkan oleh Perdana Menteri pada November tahun lepas.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno dan Menteri Pertahanan menyambut baik langkah empat syarikat Teluk tersebut untuk memulakan pelaburan mereka dan menyifatkannya sebagai amat baik dan positif.

Beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa WPI, sebuah kawasan khas ekonomi berkeluasan 2,217 kilometer dan dua kali ganda keluasan Singapura itu, akan berupaya menarik lebih banyak pelaburan dari negara-negara Timur Tengah.

— BERNAMA

Wujud tentangan ramai pemilik pemilik hartanah dalam WPI yang enggan terlibat dalam plan pembangunan dan perlaksanaan WPI oleh IDRA, terutama yang melibatkan tanah tanah rezab Melayu dikawasan strategik, dalam WPI. Ramai dikalangan mereka ini mempertikaikan kewajaran WPI dibangunkan dengan agenda pelabur luar, terutama dari Singapura, walaupun WPI akan menjanjikan pelaburan strategik yang bernilai lebih RM 140 billion, dalam tempoh 15 tahun pertama perlaksanaanya. Ada antara mereka merasakan bahwa kepentingan Melayu terabai dalam WPI, terutamanya apabila Tun Musa mengesahkan bahawa sebahagian dari perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak akan diteruskan dalam beberapa zon strategik dalam WPI.

Ini pula pandangan A Voice mengenai subjek yang sama.

Dalam pada itu, projek Jambatan Indah mengantikan Tambak Johor yang dimulakan oleh Gerbang Perdana Sdn. Bhd. itu yang telah diumumkan pembatalanya Mac 2006 oleh Dato’ Seri Abdullah, kini sedang dimajukan semula. Kepentingan infrastruktur Jambatan Indah ini kepada WPI adalah punca utama keputusan dibuat untuk meneruskan semula projek strategik itu, walaupun ianya dibatalkan secara tergesa gesa.

Sebuah lagi jambatan pula dicadangkan dibina dikawasan Timur WPI (berdekatan Pasir Gudang), untuk menampung pengunaan strategik keatas Jambatan Kedua diTanjung Kupang yang sediada dan Jambatan Indah yang kini akan diteruskan semula itu. Dikhabarkan bahawa jambatan diPasir Gudang ini mampu untuk menampung sesebuah kenderaan/peralatan yang berat melebihi 70 tan.

Semasa dalam lawatan kerja keLondon ini juga Dato’ Seri Abdullah mengumumkan cadangan Telekom Malaysia untuk dipecahkan kepada operasi luar negara mudah-alih dan operasi perniagaan selebihnya kepada dua buah syarikat berbeza dan Khazanah Holdings Bhd. merupakan pemegang saham terbesar kedua dua syarikat baru ini. Khazanah Holdings juga merupakan pemegang saham dan pemain utama dalam WPI.

Published in: on October 5, 2007 at 03:03  Comments (2)