Darah diperlukan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri

Pusat Darah Negara (PDN) baru baru ini berhubung semula dengan ko-ordinator program Kempen Derma Darah Pra-Ramadhan anjuran bersama ANSARA-Utusan Malaysia, yang berjaya dianjurkan pada 7-9 September 2007 dibeberapa tempat strategik diseluruh Negara. Kali ini, PDN meminta kerjasama ko-ordinator tersebut, Dr. Mohamed Halim Abu Bakar untuk membantu mengumpulkan lagi darah sempena cuti panjang Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang seminggu lagi.

Walaupun kempen awal September itu berjaya mengumpulkan 2,200 pint darah, namun PDN masih lagi kekurangan darah, kerana jangkaan sempena cuti panjang akan datang. Oleh demikian, PDN memohon kerjasama ANSARA untuk menganjurkan semula kempen ini dalam minggu ini dan sasaran ditetapkan kepada 50 pint bagi satu malam, satu lokasi.

ansara-blood-donation-iv.jpg

Program ini akan dianjurkan diperkarangan Masjid Jame Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Isnin, 8 Oktober 2007, bermula 7.30 malam (selepas sembahyang Maghrib).

Dipetik dari Portal ANSARA:

ansara-blood-donation.jpg

Pusat Darah Negara telah memaklumkan mengenai keadaan simpanan darah di PDN agak runcing (critical) kerana beberapa program yang dijanjikan telah tidak menjadi.

Berikutan Kejayaan ANSARA dalam program Derma Darah Pra-Ramadan, PDN meminta kita membantu Tabung Darah dalam satu kempen Derma Darah pada 8 Oktober 2007 di Masjid kampung Baru, Kuala Lumpur. Program ini akan diadakan selepas solat Maghrib (sekitar jam 7.30 Malam).

Sokongan semua ahli untuk menyebarkan dan mendapatkan “donor pledge” amat diperlukan. Sila berhubung terus dengan pihak yang boleh membantu (pejabat, syarikat, badan-badan sukarela, dan parti politik) bagi meramaikan penderma darah.

Sasaran kali ini adalah sekurang-kurangnya 50 pint.

Menyelamatkan nyawa orang lain adalah satu jihad dan pengorbanan yang amat besar ertinya, apatah lagi pada bulan ramadhan yang mulai ini.

Kebelakangan ini, usaha usaha menyelamatkan nyawa melalui pembedahan kritikal dan sistem perubatan mendapat perhatian khusus media, terutama kes Tee Hui Yee yang mendapat keperihatian segala golongan masyarakat. Diharapkan ini akan terus membangkitkan kesedaran dikalangan masyarakat Malaysia mengenai keutamaan menyumbang kepada usaha usaha menyelamatkan nyawa seperti kempen derma darah dan organ.

Semoga pembaca blog ini dapat meluangkan masa dan datang ke Masjid Jame Kampung Baru untuk membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

 

*English translation to the article:

The National Blood Bank (NBB) on Friday contacted Dr. Mohamed Halim Abu Bakar, the co-ordinator Pra-Ramadhan Blood Donation Campaign, co-organised by ANSARA-Utusan Malaysia, which was carried out in several cities all over Malaysia 7-9 September. This time, NBB asked ANSARA to help out organize another blood donation campaign, in anticipation of the upcoming long weekend Hari Raya Aidil Fitri holidays.

Even though the early September campaign managed to collect 2,200 pints of blood nationwide, The National Blood Bank currently is low on blood storage. Therefore, NBB is asking ANSARA to help organize another campaign.

This campaign will be carried out on the grounds of Masjid Jame Kampung Baru, Kuala Lumpur on Monday, 8 October 2007, beginning 7.30 pm (after Maghrib prayers).

All are welcome.

 

Preservation of life, regardless race, religion or creed, is the current flavour of the week in local medias, especially after Tee Hui Yee’s heart and lung transplant which managed to garner so much attention from all walks of life amongst Malaysians.

 

Published in: on October 6, 2007 at 19:06  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/10/06/darah-diperlukan-sempena-cuti-hari-raya-aidilfitri/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. […] Blood donation campaign at Masjid Jame Kampung Baru tonight A reminder from Saturday’s posting, “Darah diperlukan sempena Cuti Hari Raya Aidil Fitri“. […]

  2. […] effort which involved the public such as the the two successful blood donation campaigns, in September and October. ANSARA plan to do a Young Malay Professional Congress in […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: