Salam Aidil Fitri Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali

Former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad and his wife, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali send their Salam Aidil Fitri to all Malaysians and utmost sincere appreciations for their kind thoughts and prayers for to both of them.

 

Saya dan isteri saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada yang beragama Islam.

Saya minta maaf kerana pada tahun ini saya tidak dapat merayakan Aidilfitri bersama-sama dengan mengadakan rumah terbuka seperti biasa. Saya juga ingin meminta maaf kerana tidak dapat menerima pelawat sepanjang berada di Institut Jantung Negara atas nasihat doktor.

Bagaimanapun saya dan isteri saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terimakasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan saya agar cepat pulih.

Kami berdua juga ingin menyampaikan penghargaan kepada semua yang telah menghantar ucapan selamat, yang telah mengadakan solat hajat serta majlis doa selamat untuk kesihatan saya.

Alhamdulillah keadaan kesihatan saya bertambah baik berkat doa yang dipohon serta usaha yang dilakukan semua doktor pakar yang terlibat serta staf-staf perubatan IJN.

Di sini saya dan isteri saya juga merakamkan ucapan terima kasih serta penghargaan kami kepada kesemua mereka yang telah berkorban masa dan tenaga sepanjang bulan Ramadhan untuk berusaha memulihkan kesihatan saya.

Tidak mungkin kami dapat membalas segala usaha ini. Namun saya dan isteri sentiasa berdoa agar semua yang dilakukan dibalas dengan keberkatan dan dirahmati Allah s.w.t.

Sekali lagi saya dan isteri saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Dr Mahathir bin Mohamad

Dr Siti Hasmah Mohd Ali

1 Syawal 1428 Hijrah

tun-dr-mahathir-mohamad-from-ijn.jpg

 

*Photo is compliment of Tara Sosrowardoyo and more photos via Dato’ Marina Mahathir

Published in: on October 12, 2007 at 00:06  Comments (10)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/10/12/salam-aidil-fitri-tun-dr-mahathir-mohamad-tun-dr-siti-hasmah-mohd-ali/trackback/

RSS feed for comments on this post.

10 CommentsLeave a comment

  1. Salam Big Dog
    Selamat Hari Raya to you and family.
    Thank you for visiting my blog.

    Tumpang lalu to write message for Tun Dr Mahathir Mohamad and Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
    Dear Tuns
    My family and I would like to wish you both and family a blessed Syawal. Semoga Tun berdua dilimpahkan keberkatan oleh Allah SWT.
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

  2. Salam bigdog,

    Here’s wishing you & your family a Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

    Maaf Zahir & Batin.

    Salam Aidil Fitri to you too, Roslani, the kids and their spouses & the little ones

  3. BD, Salam Idilfitri to you and yours.

    Maaf Zahir Batin.

  4. Salam BD,

    Thanks for visiting and leaving your well Lebaran wishes. Same here, ‘bro – “kosong-kosong”, okay?

    Minal Aidin Wal Faidzin, Mohon Ma’af Lahir & Bathin.

    “Ahmad F. Osman” sekeluarga.
    -damn, wecha unearth my name, buddy? heh-heh. That was how I appeared in my U’s commencement….

  5. BD,

    Salam Aidilfitri to you, Mrs Bigdog, Aishah the Rabbit and your mum and dad.

    Have a good holiday.

    (and jaga makan tu sikit,ek..)

  6. Salam Aidil Fitri dari saya sekeluarga.
    Maaf Zahir Batin.

  7. Selamat Hari Lebaran; Minal Ainil Wal Faizin kepada sdr sekeluarga.

  8. Ramadhan memberi kesedaran
    Syawal itu kejayaan.
    Tahniah, itu ucapan perayaan.
    Perjuangan ramadhan tiada akhiran.

    Selamat hari raya to all. Maaf zahir batin.

  9. salam bd,

    Selamat hari raya maaf zahir batin…semoga diberkati..

  10. SALAM RAMADAN & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 2010 BUAT TUN DAN KELUARGA…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: