Sumbangan UMNO dalam kawasan majoriti Bukan Melayu

Banyak persoalan berkenaan peranan UMNO dalam kawasan majoriti Bukan Melayu. Kebersanan sumbangan UMNO dalam kawasan majoriti Bukan Melayu menjadi tanda-tanya ramai pihak kerana wakil wakil rakyat kawasan tersebut biasanya bukan dikalangan keturunan Melayu dan dengan mudah mereka mengandaikan pemimpin UMNO mengabaikan kepentingan orang orang Melayu dalam kawasan tersebut.

Kawan tinggal dalam kawasan parlimen Petaling Jaya Utara. Ahli Parlimenya ialah YB Dato’ Chew Mei Fun, Wanita MCA. Kedua dua ADUN dalam kawasan parlimen ini ialah MCA juga. 83% dari pengundi dalam kawasan ini terdiri dari Bukan Melayu. Ini bermakna, calon calon mewakili UMNO tidak akan mendapat peluang menjadi wakil rakyat, samada Ahli Parlimen maupun ADUN.

Namun begitu, peranan UMNO dalam kawasan ini sebenarnya besar dan effektif, untuk pembangunan orang orang Melayu.

Pagi tadi, Kawan pergi mengambil ayahanda Kawan pulang dari hospital. Dalam perjalanan pulang, beliau menerima panggilan telefon seorang Pegawai Khas Ketua Wanita UMNO Petaling Jaya Utara. Pegawai Khas itu bertanyakan apa bentuk sumbangan Ketua Wanita UMNO Bahagian kepada masjid kami. Ketua Wanita UMNO Petaling Jaya, Raja Dato’ Ropiaah Raja Abdullah, sentiasa mengambil berat kebajikan kariah masjid kami.

Ayahanda Kawan ialah mantan Presiden persatuan penduduk kawasan perumahan ini. Beliau juga mantan AJK masjid. Bonda Kawan ialah Bendahari Kumpulan Wanita masjid kami. Ketua Wanita UMNO Bahagian dan Ketua UMNO Bahagian memberikan tumpuan pada hal ehwal masjid dan kariah memandangkan peranan yang biasanya dilaksanakan oleh samada Ahli Parlimen atau ADUN merupakan mereka Bukan Islam.

Ketua Wanita UMNO Bahagian ini bersedia untuk menyumbangkan sejumlah wang sebanyak RM 6 ribu untuk menukar permaidani masjid. Walaubagaimanapun, Ayahanda memohon agar wang itu disalurkan untuk mengadakan pintu dan dinding bagi tingkat atas masjid, agar kariah wanita boleh mengadakan kelas kelas tanpa gangguan bunyi dan dalam keadaan selesa (pendingin hawa lebih effisyen). Kos mengadakan pintu dna dinding kaca ini berjumlah RM 12 ribu dan dikatakan Raja Dato’ Ropiaah sanggup mengeluarkan peruntukan untuk projek naik taraf masjid ini.

Walaupun kawasan ini majoriti Bukan Melayu, namun kepentingan kebajikan kerohanian orang orang Melayu, melalui masjid masjid, diberikan tumpuan khusus oleh UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, walaupun pemimpin pemimpin UMNO dalam bahagian ini tidak akan diberikan peluang dalam menjadi calon wakil wakil rakyat. Ini menunjukan tanpa jawatan politi setempat pun, pemimpin pemimpin UMNO berusaha untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Inilah yang menjadikan kebanggaan Kawan, sebagai ahli UMNO yang menetap dalam kawasan majoriti Bukan Melayu.

Published in: on October 29, 2007 at 19:16  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/10/29/sumbangan-umno-dalam-kawasan-majoriti-bukan-melayu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: