Norza salah: Pak Lah tidak seperti yang cuba didefinisikan

Dalam setahun ini, Kerajaan telah menlancar tiga buah projek plan pembangunan strategik korridor ekonomi bernilai beratus billion Ringgit setiap satu, iaitu WPI, NCER dan WEPT. Program program dibawah projek ‘gergasi’ dalam tiga buah korridor ekonomi ini akan menjanjikan pelbagai peluang pembangunan, perniagaan, pelaburan dan pekerjaan kepada penduduk dan perusahan setempat. Ianya tidak kurang dari sesuatu yang begitu ‘bercita cita besar’ (ambitious).

Namun begitu, Setiausaha Politik Menteri Kewangan ke II, Dato’ Mohd. Norza Zakaria pernah dengan lantang membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah lebih berhati hati dalam pengurusan Negara dan tidak berminat untuk untuk membawa Kerajaan menceburi projek projek mega, tidak sebagaimana mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad lakukan dalam pemerintahan beliau. Beliau mendakwa zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal manakala pentadbiran PM Abdullah pula membina modal insan.

 

Meniti Kesinambungan Perjuangan: Mendefinisikan Pak Lah

norzas-book.jpg

Keseluruhan kenyataan ini diterjemahkan dengan analisa panjang lebar dalam bukunya “Meniti Kesinambungan Perjuangan: Mendefinisikan Pak Lah” yang diterbitkan pertengahan tahun ini. Dipetik dari buku tersebut:

“Perkembangan Malaysia di katakan begitu pesat sekali di khususnya di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir. Pembangunan pesat ini dikatakan oleh sesetengah penganalisis ekonomis sebagai over heating namun ianya di tepis oleh Dr Mahathir dengan alasan bahawa ini adalah kecemburuan negara – negara barat dalam melihat kita melangkah dari negara dunia ketiga kepada negara maju. Jepun adalah negara ideal yang di contohi. Kemajuan negara Jepun memang mengkagumkan. Itu adalah Malaysia di masa akan datang. Era kemodenan sudah menapak dalam negara ini. Ekonomi berkembang, projek mencetus banyak sebanyak itulah jugalah syarikat Ali Baba Melayu timbul tanpa segan silu.

Kemodenan juga menjanjikan perubahan kepada struktur masyarakat. Pengorbanan untuk memodenkan Malaysia akan memberi beberapa implikasi terhadap struktur sosial negara ini. Di sinilah istilah value neutral timbul. Pergerakan ke arah pencapaian negara maju mengorbankan – menurunkan banyak nilai – nilai penting dalam negara ini. Peningkatan masalah sosial, budaya rasuah dan budaya – budaya negatif di katakan terbit dari penurunan nilai – nilai ini. Kemasyarakatan adalah satu saingan antara sesama dan nilai sosial adalah prioriti terakhir dalam kehidupan kemodenan ini. Salah siapa sekiranya pembangunan material adalah keutamaan dan keutamaan ini mengorbankan nilai – nilai yang lain? Apakah kita harus salahkan pembangunan dan kemodenan yang ada? Apakah kemajuan perlu di lihat sebagai punca merobek nilai kemanusiaan? Sebagaimana payah Dr Mahahtir berusaha untuk mencapai tahap pembangunan kemodenan begitu juga payah akan Pak Lah hadapi untuk memusingkan keadaan bagi meningkatkan value – neutral kepada satu angka munasabah dalam keadaan Malaysia bergerak membolos keluar dari istilah dunia ketiga kepada negara maju.

Jelas dalam kita mendefinisikan Pak Lah terdapat usaha – usaha Pak Lah untuk menaikkan apa yang di sebut sebagai value – neutral tadi. Malaysia hari ini hadir untuk membayar infrastruktur pesat yang kita telah bangunkan. Malaysia hari ini melangkah ke era baru untuk memastikan apa yang di bangunkan di bayar supaya infrastruktur itu terus hadir dalam mengertikan kemodenan. Ini tanggungan kita dan ini adalah tanggungjawab Pak Lah.

Mendefinisikan Pak Lah dalam mencari arah pentadbiran dan arah mana yang mahu di bawa oleh beliau, apa yang jelas adalah usaha Pak Lah meningkatkan pembangunan kerohanian untuk mengimbangi pembangunan fizikal yang ada di Malaysia. Pengimbangan ini bagi Pak Lah perlu agar kemodenan tidak di interpretasi sebagai manusia yang hidup dalam kemewahan perekonomian tapi kosong kejiwaan.

Pak Lah mahu melihat rakyat negara ini bangkit sejajar dengan arus pembangunan pesat tetapi punyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Bagi Pak Lah pencapaian nilai – nilai murni kehidupan harus meningkat bersama – sama kepesatan pembangunan. Pak Lah mahu menyamak negara ini setelah ianya bangkit dengan kemodenan pesat. Pak Lah mahu nilai – nilai sebelum ini bangkit dan di pupuk semula. Nilai – nilai positif ini mahu terapkan kembali, sistem kekeluargaan di beri penekanan, nilai – nilai sosial kemasyarakatan di semai dan budaya – budaya pentadbiran seharusnya tidak berpaksi kepada keuntungan peribadi yang menjadi benih – benih rasuah. Itulah definisi Pak Lah.”

Apakah apa yang PM Abdullah sendiri harapkan, benar benar berjaya dilaksanakan?

Korridor Ekonomi Untuk Siapa?

Program pembangunan korridor ekonomi Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), korridor ekonomi pertama yang dilancarkan oleh pentadbiran PM Abdullah sebenarnya menjurus kepada memberikan kepentingan ekonomi kepada Singapura. Perusahan perusahan dan industri Singapura yang bersifat sokongan, nilai-tambah rendah dan ‘tidak bersih’ dengan mudah dan kos yang lebih rendah dari diSingapura sendiri, di’pindah’kan kedalam WPI, tetapi masih lagi memberi sokongan dan mebantu kepentingan pembangunan industri dan percambahan ekonomi Singapura yang semakin pesat dan kini memberikan tumpuan kepada industri industri intellectual-property, pasaran modal, bio-teknologi dan bersifat nilai-tambah tinggi. WPI adalah sebenarnya selesaian masalah pembangunan dan percambahan pesat ekonomi Singapura.

Dalam korridor pembangunan ekonomi utara NCER pula, penekanan diberikan keatas sektor industri pertanian, terutama ‘jelapang padi Malaysia’ dan pelbagai skima pertanian besar besaran dan perladangan terletak dalam wilayah korridor ekonomi ini. Namun begitu, ujud kerisauan mengenai program projek ‘cita cita besar’ ini akan memberikan kesan negatif kepada eko-sistem pertanian, yang sememangnya sensitif terhadap elemen elemen ‘bukan organik’ yang biasanya ujud dalam proses pembangunan perindustrian.

 

Rasuah Meningkat dan Makin Terserlah

Indeks rasuah negara makin meleset. Menurut Transparency International, indeks rasuah Malaysia adalah pada kedudukan 43, jauh lebih buruk dari jiran yang PM Abdullah begitu kagumi iaitu Singapura dan kedudukan ini sebenar lebih rendah dari negara yang jauh lebih terkebelakang dalam segala segi seperti Botswana dan Barbados.

Tiga tuduhan — Ramli gagal isytihar harta, saham 154,000 unit, terlibat perniagaan

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM

RAMLI Yusuff ditemani isteri, Anita Harun dan anak perempuan mereka meninggalkan mahkamah selepas menghadapi tiga tuduhan di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam. – Gambar HAFIZ JOHARI.


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua tuduhan gagal mengisytiharkan harta berupa dua petak ruang pejabat dan 154,000 unit saham serta terlibat dalam perniagaan.

Ramli, 55, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding mengaku tidak bersalah bagi ketiga-tiga pertuduhan itu selepas ia dibaca secara berasingan di hadapan Hakim S.M. Komathy Suppiah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa tidak mendedahkan maklumat melalui pernyataan bertulis secara bersumpah bertarikh 17 September lalu berkenaan dua ruang pejabat iaitu Lot 144, Seksyen 44, petak 127 dan 128 yang bernilai RM1,032,840 di Tingkat 4, Bangunan M1-B, Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng di sini.

Kedua-dua harta itu dipegang oleh dua pengarah sebuah syarikat pelaburan, Bonus Circle Sdn. Bhd. iaitu Rohmah@Hasmah Yusuff yang merupakan kakak tertuduh serta adiknya, Ruslina Yusuff.

Dia juga didakwa tidak mendedahkan maklumat berkenaan saham yang dimilikinya di dalam sebuah syarikat hartanah, Permaju Industries Sdn. Bhd. sebanyak 154,000 unit sebagaimana yang dikehendaki oleh pendakwa raya melalui notis bertarikh 17 Julai lalu.

Ramli didakwa melakukan semua perbuatan itu di pejabat Timbalan Pendakwa Raya, Ibu Pejabat Badan Pencegahan Rasuah (BPR) Putrajaya, pada 17 September lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 32(1)(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak melebihi RM100,000 jika disabitkan kesalahan.

Ramli sebagai penjawat awam turut didakwa di bawah Seksyen 168 Kanun Keseksaan kerana melibatkan diri dalam perniagaan Kinsajaya Sdn. Bhd. sebagai pengarah syarikat itu pada 25 April lalu.

Perbuatan itu bertentangan dengan Peraturan 5(1)(a), Peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib (Pindaan 2002) yang mana dia boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Dewasa ini pula timbul pelbagai dakwaan rasuah melibatkan personaliti dalam Kerajaan dan parti. Juga personaliti politik yang dikatakan rapat dengan PM Abdullah sendiri terlibat dalam skandal besar melibatkan dana Kerajaan. Ini sebenarnya menimbulkan keraguan dan keyakinan masyarakat, terutama golongan terpelajar dan celik IT rata rata makin tiris. Dalam Manifesto Pilihanraya Umum Mac 2004, Pengerusi Barisan Nasional (BN) PM Abdullah menjanjikan ‘memerangi’ rasuah sebagai salah satu agenda utamanya.

bn-manifesto-2004.jpg

Malangnya, tahun 2006 keluar pula skandal Oil-for-Food dimana PM Abdullah sendiri telah didapati terlibat dalam menurunkan tanda-tangan keatas projek dibawah seliaan PBB kepada syarikat milik keluarganya semasa menjawat Timbalan Perdana Menteri dahulu. Ini belum lagi diambil-kira syarikat Scomi Bhd., yang amat pesat bercambah dan mendapat kontrak kontrak lumayan dalam jangkamasa singkat kebelangan ini. Anak sulung PM Abdullah iaitu Dato’ Kamaluddin Abdullah menjadi pemain utama dan pemegang saham terbesarnya.

Kemudian timbul pula tandatanya bagaimana menantu PM Abdullah, Khairy Jamaluddin mengambil peranan utama sebuah syarikat broker saham dan menjuru kepada skandal ECM Libra mengambil alih sebuah syarikat yang lebih besar iaitu Avenue Capital. Walaupun pelbagai laporan dibuat kepada Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan termasuk Menteri Kewangan, termasuk protes yang dikeluarkan badan pengawas bebas Malaysian Minority Watch Dog Group Bhd., namun tiada apa apa tindakan diambil dan kesudahanya, ECM Libra-Avenue kemudian diberikan lesen penuh bank pelaburan dalam masa yang amat singkat.

 

Pembangunan Songsang Modal Insan

Pembangunan modal insan yang sering diutarakan dalam pelbagai ucapan PM Abdullah sebenarnya hanya ‘indah khabar dari rupa’. Dasar dasar yang dilaksanakan semasa pentadbiran PM Abdullah sebenarnya produktif-songsang (counter productive) kepada konsep ‘modal insan’, sebagaimana dikhabarkan. Sebagai contoh ialah hasrat untuk tidak melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam WPI. Pentadbiran PM Abdullah sengaja membiarkan orang orang Melayu yang masih perlu bimbingan dan dasar protektif DEB untuk menentukan pembangunan mereka sekata, terutama dari aspek kepakaran, pendidikan dan latihan dan kini dengan keputusan ini, orang orang Melayu akan tertinggal dan terabai dalam pembangunan korridor ekonomi yang menjanjikan pelaburan bernilai RM 140 billion itu.

Perhatikan apa yang berlaku kepada Proton, dalam 2-3 tahun kebelangkangan ini sahaja. Proton dan segala kepakaran dan kemampuan teknikal anak anak Melayu dalam 20 tahun perlaksanaan pembangunanya kini diabaikan, terutama apabila pentadbiran hari ini membenarkan pengimportan dan lambakan (dumping) motorkar murah yang telah menjejaskan perniagaan, pengeluaran dan secara tidak langsung, segala program pembangunan produk dan kajian Proton.

proton-results.jpg

Proton juga telah melepaskan pelaburan strategiknya dalam MV Agusta kepada sebuah syarikat yang tidak diketahui iaitu Gevi S.p.A. untuk nilai nominal satu Euro (RM 4.50) dan kemudian menjual pula sebahagian dari MV Augusta, iaitu Husqvarna kepada BMW untuk Euro 93 juta (RM 419 juta). Dalam masa yang amat singkat, kedudukan kewangan dan keuntungan Proton terjejas teruk dan kini Proton berada dalam persimpangan untuk di’gadai’kan kepada gergasi pembuat motorkar global seperti VW.

Malaysia Airlines juga melalui proses yang sama. Setelah pengurusan baru mengambil alih 1 Disember 2005, begitu banyak kepakaran dan professional industri penerbangan dalam Malaysia Airlines diabai dan ‘anak-tiri’kan dan golongan professional yang tiada pendedahan dan pengalaman penerbangan pula dibawa masuk. Ini menjejaskan moral pasukan dan walaupun Malaysia Airlines pernah dilanda masalah pengurusan dan kerugian operasi sebelum ini berkali kali, ini merupakan pertama kali operasi pengendalian terjejas akibat moral pasukan yang rendah dan kommitmen kerja semakin tiris.

Baru baru ini diumumkan bahawa Telekom Malaysia (TM) juga akan mengalami proses transformasi mendadak. Telekom Malaysia akan dipecahkan (di-merger) kepada dua kategori iaitu operasi luar negara (selama ini dibawah TM International) dan operasi mudah alih, dibawah Region Co. dan operasi talian tetap dan pembangunan seperti jalurlebar dan rangkaian luar bandar diletakan sebagai Fixed Co. Ini kerana TM kini akan membezakan operasi yang mendatangkan keuntungan dan operasi yang memerlukan suntikan subsidi, seperti program pembangunan masyarkat dan luar bandar.

 

Kejayaan Pelaburan Strategik Pembangunan Ekonomi

Dalam suku kedua, ketiga dan pusingan terakhir pembangunan PM Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, sumber Negara dipacu kearah program program pembangunan ekonomi dengan pesat. Negara bergerak kepada program program perindustrian strategik, seperti mewujudkan Proton, Malaysia Airlines dikorporatkan kemudian disenaraikan, program program pengswataan dan perkorporatan, Petronas memulakan operasi pengeluaran minyak sendiri dan pembangunan infrastruktur yang seperti Lebuh Raya Utara-Selatan dan pelabuhan pelabuhan, yang semestinya menjadi tulang belakang percambahan pesat ekonomi Negara.

Lihat Proton, semasa kegemilanganya, mereka berjaya membangunkan fasiliti moden dan berintegrasi yang memenuhi keperluan kumpulan automatif ini di Tanjung Malim, atas dana dalaman dan sendiri, tanpa pinjaman luar.

Percambahan ekonomi Negara bertumbuh begitu pesat dan konsisten sehingga pada 1991, boleh diunjurkan bahawa Negara akan sampai ketahap negara maju dalam masa 30 tahun dan dilancarkan ‘Wawasan 2020‘. Pelaburan asal yang dilakukan juga membawa pulangan lumayan kepada Kerajaan dan Negara. Sebagai contoh ialah Proton. Semasa ianya dimulakan, sebanyak RM 500 juta dilaburkan secara berperingkat dan dalam tempoh 20 tahun, Kerajaan dan Negara telah beroleh melebihi RM 10 billion dalam cukai dan keuntungan dari kumpulan pembuat automatif ini. Maka jelas, keputusan yang diambil dalam pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad banyak mendatangkan hasil dan kebaikan, samada pulangan terus atau kesan strategik yang dibawa.

 

Empat Tahun Berlalu dan Keperluan Definisi Semula

Kini sudah empat tahun PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih tampuk pemerintahan Negara dan bertanggung jawab untuk menjaga kepentingan orang orang Melayu, penduduk majoriti tanahair ini. Terlalu banyak berlaku yang sebenarnya merugikan Negara, terutama orang orang Melayu itu sendiri.

Maka wajarlah Dato’ Mohd. Norza Zakaria, yang juga ahli MKT UMNO yang dilantik oleh Presiden UMNO, setelah mantan Exco Pemuda UMNO ini bersedia menarik diri dari pertandingan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada Ogos 2004 dan langsung memberi laluan mudah kepada menantu PM Abdullah yang pada masa itu berusia 28 tahun, Khairy Jamaluddin, melihat semula usaha “Mendefinisikan Pak Lah” ini.

Siapakah yang Dato’ Norza ingin perolokan dengan buku ini?

 

Published in: on November 2, 2007 at 19:58  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/11/02/norza-salah-pak-lah-tidak-seperti-yang-cuba-didefinisikan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. Benda yang kecik jangan lah nak di besar-besarkan. Tak jadi bertambah hebat pun.

    Anunya pun kecik, nak buat camana! Hahahhahahahahahahhahahahahahahahahhahahahha 😀

    Its a case of acute minutephalusitis!

  2. Sapa yang cakap TDM tak beri tumpuan pada modal insan? Ia jauh mengalahkan modal insan Pak Lah. Sori tak ada masa nak argue. Nanti senang saya tulis.

  3. […] Zakaria pula cuba ‘mengorbankan’ pemikiran dan kuasa-minda orang orang Melayu apabila salah mendefinisikan cara pentadbiran dan kewibawaan kepimpinan PM Abdullah Ahmad […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: