Perhimpunan BERSIH 10 Nov diulas dalam Ucapan Pengulungan Kepimpinan UMNO PAU 2007

Petang hari terakhir Perhimpuan Agung UMNO merupakan masa dimana Kepimpinan UMNO mengulung perbahasan persidangan. Inilah peluang beberapa Ahli MT UMNO yang menduduki Kementerian tertentu menjawab dan menjelaskan isu isu tertentu yang dibangkitkan pembahas dan pembentang usul disepanjang persidangan.

Kemudian semua Ketua Ketua Sayap, Naib Naib Presiden, Timbalan Presiden dan akhir sekali, Presiden UMNO pula menjawab, mengulas dan menjelaskan diatas isu isu penting yang berbangkit disepanjang persidangan.

Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengulangi gesaan beliau, yang sebelum ini diluahkan semasa Seminar Agenda Melayu III 4 November 2007, iaitu pentingnya untuk menentukan Negara mencapai tahap negara maju dan Bangsa Melayu sebagai bangsa yang maju, menjelang tahun 2020, sejajarnya dengan agenda Wawasan 2020, yang dilancarkan PM Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 1991 dan keutamaan menentukan ‘pendidikan peringkat awal’. Bahan ini dijelaskan terperinci lagi dalam Ucapandasar Timbalan Presiden UMNO pada Perasmian Serentak Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 5 November 2007 yang berjudul “Mengangkasakan Tamadun Melayu”.

Beliau mengupas konteks yang cuba disampaikan dari setiap komponen utama ucapan tersebut. Sebenarnya, ucapandasar ini lebih mudah diperjelaskan dalam Bahasa Inggeris, iaitu “Reaching for the stars“. 

Presiden UMNO PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi memuji kualiti perbahasan dan pembentangan usul yang makin meningkat dalam persidangkan kali ini. Beliau juga menekankan ‘ketagihan sistem Malaysia keatas pekerja asing’, yang sebenarnya akan memudaratkan sistem sosial dan ekonomi Negara. Penerangan dan penjelasan terperinci Timbalan Presiden UMNO mengenai subsidi RM 80 billion yang terpaksa Kerajaan keluarkan untuk mengekalkan harga bahan bakar petroleum rendah dan subsidi lain seperti bahan makanan asas, baja dan lain lain keperluan utama juga dibangkitkan oleh PM Abdullah petang ini. Beliau merumuskan bahawa subsidi akan diteruskan kepada golongan yang memerlukanya sahaja.

Setelah mengulas semula cadangan pembangunan korridor ekonomi yang dicadangkan, maka beliau memberi respons kepada isu yang dibangkitkan Perwakilan iaitu sebuah korridor ekonomi dibangunkan dikawasan Tengah, untuk kepentingan strategik Negeri Sembilan dan Melaka. PM Abdullah menjelaskan bahawa kedua kedua negeri ini setakat ini sudah berjaya dibangunkan dan mendapat kebaikan limpahan pembangunan pesat Lembah Klang dan Selangor. Namun begitu, mesej beliau kepada MB Negeri Sembilan dan KM Melaka, “Mat Hassan and Ali Rustam, don’t worry, I will not forget you“.

PM Abdullah juga menekankan pentingnya keamanan dan keharmonian Negara dan masyarakat dikekalkan, untuk semua. Beliau mengesa bahawa semua pihak agar memahami sifat dan cara Melayu dan tidak mempersoalkan perkara yang telah dipersetujui dan mereka yang cuba mencabar semua ini, sekarang, dengan pelbagai agenda tersirat.

“Saya pantang dicabar!” amaran keras PM Abdullah yang mendapat sambutan hangat para Perwakilan UMNO. “Ini bukan cara kita, bukan cara Malaysia, bukan cara amalan kita membuat demonstrasi jalanan”, tambahnya lagi, selepas mengingatkan kesan peristiwa buruk perarakan haram tanpa permit yang pernah berlaku sebelum ini dalam Negara.

Beliau membuat amaran ini kerana timbul usaha pihak BERSIH, yang bercadang untuk menganjurkan perarakan aman dari Dataran Merdeka ke Istana Negara 10 November 2007, yang telah gagal mendapat permit Polis. Polis telah mengeluarkan amaran agar perarakan ini tidak diadakan:

08 November, 2007 19:38 PM

Jangan Sertai Perhimpunan Haram Sabtu Ini, Kata Ketua Polis Negara Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dirancang di Dataran Merdeka di sini Sabtu ini kerana ia mampu mencetuskan kekecohan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya memandangkan perhimpunan yang bakal diadakan tidak mendapat permit, polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas bagi menghalang perhimpunan itu daripada diadakan.

Musa berkata walaupun ada yang mendakwa ia perhimpunan aman, namun polis meragui tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan.

“Ini kerana mereka (penganjur) didapati membuat hebahan yang begitu meluas mengenainya, sama ada melalui majlis-majlis ceramah, forum, penyebaran SMS, penggunaan laman-laman web, pengedaran “handbill” dan sebagainya sejak beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, kata beliau, mereka juga mengeluarkan panduan-panduan kepada orang ramai tentang cara-cara untuk menghadapi pihak polis melalui laman-laman web.

Kumpulan yang menamakan diri mereka “Bersih” merancang mengadakan perhimpunan disertai 100,000 orang pada pukul 3 petang Sabtu ini sebelum berarak beramai-ramai ke Istana Negara.

Musa juga berkata tindakan penganjur berkeras untuk meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan dan perarakan yang besar boleh menimbulkan kesesakan lalu lintas yang teruk, bukan sahaja di kawasan Dataran Merdeka malah seluruh ibu kota.

“Perhimpunan serta perarakan yang disertai oleh orang ramai secara besar-besaran juga tidak mustahil akan berlaku kekecohan sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

“Polis khuatir ada pihak-pihak dan anasir-anasir yang tidak diingini dan tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan untuk mencetuskan provokasi bagi mewujudkan suasana tidak terkawal sehingga akhirnya bertukar menjadi demonstrasi jalanan dan rusuhan ganas,” katanya.

Katanya keadaan tersebut akan menimbulkan ketakutan kepada orang ramai dan boleh menjejaskan aktiviti perniagaan serta membawa kepada kerosakan harta benda awam.

“Kerjasama orang ramai dalam mematuhi peringatan ini amat-amatlah dihargai bagi memastikan keamanan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata perhimpunan tersebut diharamkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman pada 6 Nov lepas.

Katanya permohonan untuk mengadakan perhimpunan dibuat pada 3 Nov lalu, tetapi ditolak baru-baru ini.

“Persatuan itu boleh membuat rayuan, namun sehingga semalam tidak ada rayuan dibuat. Ia adalah perhimpunan haram,” katanya pada persidangan akhbar di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur di sini hari ini.

“Orang ramai yang didapati berada di situ dengan tujuan untuk menyertai perhimpunan tersebut adalah salah, dan tindakan undang-undang ke atas mereka akan diambil,” katanya.

Beliau berkata sekatan jalan akan diadakan di beberapa tempat manakala orang ramai dan kenderaan dari luar ibukota akan diperiksa.

Zul Hasnan berkata kira-kira 4,000 anggota akan dikerah di sekitar kawasan tersebut untuk “menyuraikan dan menahan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan seperti rusuhan dan pergaduhan”.

— BERNAMA

Beliau mengingatkan bahawa rakyat Malaysia perlu menghormati undang undang dan tidak menyalahikan pihak berkuasa dan Polis apabila tindakan diambil kerana membelakangkan undang undang yang sediada. “Kita ada pilihanraya, kalau ada apa nak buat, buatlah melalui pilihanraya”. Politik ala demonstrasi jalanan, yang berpotensi besar menjadi kekacuan awam bukanlah proses ‘kematangan politik’, malah ianya ‘kemusnahan politik’.

Presiden UMNO itu juga membangkitkan kes dimana golongan ini sentiasa menyalahkan sistem pilihanraya yang kunun kunun tidak adil, setiap kali mereka kalah. Beliau memberikan contoh terdekat seperti Pilihanraya Kecil Batu Talam, dimana pihak Pembangkang kunun kunun ‘memboikot’ pilihanraya, walaupun sebenarnya mereka menyokong dari belakang kerana mereka amat sedar sudah tentu kalah, kerana sokongan rakyat yang kurang. Namun begitu, dalam Pilihanraya Kecil Ijok April lepas pula, Pembangkang begitu yakin akan menang dan sanggup bermati mati berkempen dengan segala tohmahan biasa Anwar Ibrahim, sebaliknya rakyat pula memberikan mandat bertambah kepada BN.

“Pembangkang bukan tidak biasa menang!”, jelas PM Abdullah lagi, dalam ulasan Pembangkang yang sengaja bertopengkan NGO seperti BERSIH yang kunun kunun mendakwa sistem pilihanraya Negara tidak adil, yang becadang untuk mengadakan perarakan aman dari Dataran Merdeka ke Istana Negara esok. “Kalau kita kawal SPR, masakan BN (Perikatan) boleh kalah diKelantan, Sabah dan Terengganu”, jelas Presiden UMNO lagi dan ditambah dengan “Hingga hari ini, kita masih lagi belum boleh ambil balik Kelantan. Namun begitu, kita menghormati keputusan rakyat”.

Sebagaimana yang dijangkakan, Presiden UMNO ini berpesan agar Perwakilan, mewakili jentera mereka agar bersedia untuk Pilihanraya Umum, yang ‘hangat’ dibayangkan kemungkinan besar dalam tempoh terdekat dan berhati hati dijalanraya apabila pulang ke kampung masing masing.

Published in: on November 9, 2007 at 18:31  Comments (1)  

Lawatan Dato’ Mukhriz ke Media Centre sempenan PAU 2007

Pada petang selepas persidangan hari kedua Perhimpunan Agung UMNO 2007, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir telah meluangkan masa melawat Pusat Media (Media Centre) di Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

dscn2196.jpgdscn2205.jpgdscn2213.jpg

Beliau telah menghabiskan masa selama hampir 2 jam melawat, berbual, bermesra, diberikan taklimat ringkas berkenaan operasi dan ditemuramah oleh pemberita pemberita dan wartawan, setiap agensi yang membuat liputan PAU 2007. Antara isu isu yang dibangkitkan semasa temuramah pemberita ialah isu Bahasa Inggeris dalam pelajaran matematik dan sains disekolah sekolah. Dato’ Mukhriz menegaskan bahawa objektif utama ialah memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dan bukan ‘membunuh’ pelajar pelajar, terutama anak anak Melayu.

dscn2214.jpgdscn2217.jpg

 

Soalan lazim yang ditanya disetiap kubikel agensi media ialah berkenaan kesihatan mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mereka begitu berminat berkenaan perkembangan Tun Dr. Mahathir selepas berjaya menjalani pembedahan pintasan koronari pada 4 September 2007. Pemberita akhbar online Malaysia Kini pula mebangkitkan isu Laporan Polis yang dibuat oleh Johari Ismail pada 6 November 2007 dan respons Dato’ Mukhriz ialah “Saya telah mendengar mengenai laporan yang dibuat itu, namun saya belum melihat laporan tersebut atau tahu mengenai butiranya. Maka, saya tidak ada komen mengenainya”.

dscn2220.jpgdscn2221.jpgdscn2226.jpgdscn2228.jpg

 

Sesuatu yang menarik apabila berada dipusat berita NST-BH. Kedua dua akhbar perdana ini mengunakan gambarfoto yang disediakan oleh jurufoto bersama. Dalam kubikel mereka merupakan kubikel paling menarik kerana gambarfoto yang cantik dan unik yang berjaya diperolehi semasa PAU 2007 dicetak dan ditampal di dinding dan menghiasi pusat operasi mereka.

 

Published in: on November 9, 2007 at 12:01  Leave a Comment  

Sehari bersama Dato’ Mukhriz di PAU 2007

Hari ini, Kawan sempat bersama Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir disepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2007 yang sedang berlangsung diPusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

dscn2137.jpg

 

Dato’ Mukhriz, sebagai Perwakilan UMNO Kubang Pasu mula mula telah masuk kedalam Dewan Merdeka untuk mendengar perbahasan, hujah dan pembentangan usul pada sessi pagi persidangan. Kemudian, sejurus sebelum makan tengahari, Dato’ Mukhriz telah pergi ke Bilik Wilayah Persekutuan, Aras 5 untuk bertemu para Perwakilan Kelab Kelab UMNO Luar Negara.

dscn2143.jpg

dscn2149.jpg

dscn2151.jpg

 

 

Dato’ Mukhriz kemudian mengambil masa waktu rehat makan tengahari untuk bersama sama ahli ahli UMNO Bahagian Kubang Pasu, diRestoran Riverside Café di Aras 2.

dscn2186.jpgdscn2152.jpgdscn2153.jpgdscn2155.jpgdscn2156.jpg

 

Setelah menghabiskan masa sejam setengah dengan pelbagai peringkat penyokong penyokong akar umbi bahagian, termasuk penulis politik dan bloggers, beliau telah naik semula ke Dewan Merdeka untuk menyambung mendengar perbahasan, hujah dan pembentangan usul. Dalam perjalanan naik dari Restoran Riverside Café, beliau beberapa kali ditegur sapa dan diminta bergambar oleh ahli ahli akar umbi UMNO seluruh Negara.

dscn2141.jpgdscn2189.jpgdscn2191.jpg

 

Beliau juga sempat bertegur sapa dengan beberapa pemimpin UMNO sepanjang perjalanan dari Riverside Cafe’ ke studio sementara stesyen TV, termasuk dua orang Setiausaha Politik Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga sempat meluangkan masa melawat studio sementara TV3, RTM dan NTV7 di Aras 3 dan berbual dengan beberapa pengarang dan personaliti TV yang bertugas, sambil diberikan penerangan mengenai operasi dan ditemuramah.

dscn2162.jpgdscn2166.jpgdscn2180.jpgdscn2182.jpg

 

Selepas berkunjung ke pusat media, maka Dato’ Mukhriz telah pergi menghadiri Jamuan Makan Malam Timbalan Presiden UMNO. Jelas menunjukan bahawa sebagai seorang pemimpin UMNO yang sedang meningkat, Dato’ Mukhriz amat popular dan disenangi, samada peringkat pemimpin maupun akar umbi.

Published in: on November 9, 2007 at 03:48  Leave a Comment  

Kelab Kelab UMNO Luar Negara bangkitkan isu pelajar pelajar Melayu diperantauan

Kelab Kelab UMNO diLuar Negara membangkitkan isu isu yang melibatkan mereka semasa diperantauan. Ini diutarakan wakil Kelab Kelab UMNO Luar Negara yang diberikan peluang untuk berhujah dalam Perhimpunan Agung UMNO 2007 diDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Wakil tersebut lebih menitik beratkan masalah mereka dan perspektif mereka yang memandang dari luar terhadap isu isu antarabangsa, terutama yang menjadi bahan utama dalam negara yang mereka bermastautin.

dscn2133.jpg

Selepas itu, mereka telah mengadakan mesyuarat tertutup bersama Pertubuhan Alumni Kelab Kelab UMNO Antarabangsa (Alumni Kelab UMNO), sebuah NGO yang mengumpulkan bekas ahli ahli Kelab UMNO semasa diluar negara. Mesyuarat itu dipengerusikan YB Dato’ Noh Omar, ahli MT UMNO yang juga Pengerusi Alumni Kelab UMNO. Turut hadir adalah YB Dato’ Rais Zainuddin, Timbalan Pengerusi dan YB Dato’ Zainal Abidin Osman, Naib Pengerusi dan beberapa Exco lain.

dscn2135.jpg

Dalam mesyuarat tertutup ini, Dato’ Noh telah menerangkan objektif dan fungsi Alumni Kelab UMNO berbanding dengan Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara. Selepas taklimat Alumni Kelab UMNO ini, para Perwakilan Kelab Kelab UMNO Luar Negara telah berdailog dengan Alumni Kelab UMNO dan antara perkara yang dibangkitkan ialah penglibatan dan peranan yang boleh dimainkan ahli ahli Kelab Kelab UMNO Luar Negara dalam UMNO, setelah menamatkan pengajian dan kembali ketanah air.

dscn2136.jpg

Perwakilan Kelab Kelab UMNO Luar Negara juga sempat bertegur sapa dan ramah mesra dengan Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir.

Dalam pada itu, Alumi Kelab UMNO telah menyediakan resolusi Seminar Agenda Melayu III, Melayu 2057: Agenda Politik yang dianjurkan pada 4 November 2007 diPusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Resolusi seminar ini akan dimajukan kepada Presiden dan MT UMNO. Antara usul yang telah diresolusikan semasa seminar ini ialah pengunaan terma “Bahasa Melayu” berbanding “Bahasa Malaysia”, kerana ini sebenarnya Bahasa Melayu adalah termaktub sebagai bahasa rasmi Negara, menurut Perlembagaan Persekutuan, dibawah Artikel 152 (1).

Laporan Bernama.com:

November 08, 2007 20:04 PM
Umno Overseas Clubs Alumni Urge Govt To Revert To “Bahasa Melayu” E-mail this news to a friend Printable version of this news

 

 

KUALA LUMPUR, Nov 8 (Bernama) — The Umno Overseas Clubs Alumni wants the government to revert to using the term “Bahasa Melayu” for the national language.

Its deputy chairman Datuk Mohamad Rais Zainuddin said the term “Bahasa Malaysia” did not exist in the Federal Constitution which said that “Bahasa Melayu” would be the official language of the Federation, and as such, its status must be protected.

A resolution to the effect was passed at the Third Malay Agenda seminar held here on Sunday, he told reporters on the sidelines of this year’s Umno General Assembly at the Putra World Trade Centre here Thursday.

“We fear there might be legal ramifications if Bahasa Melayu is not given the status accorded by the Constitution. It’s not something that can be changed because of a consensus or a Cabinet decision,” Rais said.

According to him, the alumni was also drawing up a plan which would act as a guide for the Malays to ensure continuity of leadership in future.

On Monday, Information Minister Datuk Seri Zainuddin Maidin had said that the government’s decision to use the term “Bahasa Malaysia” and not “Bahasa Melayu” for the national language was final.

— BERNAMA

Published in: on November 9, 2007 at 00:00  Leave a Comment