Askar Melayu bantu awasi perhimpunan 10 November atas permintaan Polis, bukan arahan Tuanku SPB YDP Agong

Begitu banyak khabar khabar angin tersebar semasa “Perhimpunan Baju Kuning November 10” Sabtu minggu lepas bagaimana baginda Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan kepada Briged ke 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja, yang berpengkalan di Sungai Petani untuk ‘melindungi; para peserta perhimpunan itu. Ini sekali gus memberikan banyak keyakinan kepada mereka.

Kemudian, Malaysia Today pula mengeluar sebuah artikel “What the eye does not see” pada Jumaat 16 November 2007, yang mengesahkan khabar khabar angin tersebut.

Kini ujud penafian keatas apa yang disahkan oleh artikel Malaysia Today itu. Menurut artikel yang dipetik dari lama web pro UMNO Berita MyKMU.net, yang disiarkan pada Isnin, 19 November 2007 ini, Polis DiRaja Malaysia sebenarnya yang meminta bantuan Askar Melayu untuk membantu mengawasi/mengawal keselamatan/ketenteraman awam sekiranya berlaku apa apa kejadian yang tidak diingi:

Askar Melayu bersiap sedia pada 10 November atas permintaan Polis
Contributed by SiKenit on Monday, November 19 @ 16:57:39 MYT
Topic: KOMENTAR

Begitu banyak khabar khabar angin, terutama dikalangan penganjur dan perserta perhimpunan/perarakan haram 10 November, telah diperkatakan bahawa Askar Melayu telah di’kerah’ DYMM SPB YDP Agong untukmemberikan ‘perlindungan’, secara pihak Polis mengambil tindakan keatas pendemonstrasi/peserta perhimpunan/perarakan haram itu.

Khabar Khabar angin yang begitu popular dan memberikan ‘keyakinan’ kepada penganjur/pendemonstrasi/peserta perhimpunan/perarakan haram itu agar apa yang mereka lakukan sebenarnya ‘diperkenan’ dan ‘restui’ baginda SPB YDP Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud, seorang Raja yang dikatakan berjiwa rakyat itu.

Namun apabila Dato’ Pengelola Bentara Bijaya Istana Negara Dato’ Wan Mohd. Safiain Wan Hasan memanggil sidang media khas, termasuk TV, menegaskan bahawa sebenarnya SPB YDP Agong “merasa kesal dakwaan baginda menyokong perhimpunan haram“, ada pihak pihak tertentu ‘tersentak’ kerana kenyataan rasmi ini. ‘Harapan’ dan ‘ayam tambatan’ mereka sebenarnya dusta belaka.

Sebagai reaksi kepada kenyataan ini, Raja Petra Kamaruddin telah menyiarkan dalam Malaysia Today artikel berjudul “What the eye does not see“, sebagai reaksi serta merta kepada kenyataan rasmi Istana Negara itu. Dalam artikel in, Raja Petra dengan jelas menafi dan pertikaikan kenyataan rasmi yang dibuat Dato’ Wan Mohd. Safiain itu dan secara peribadi, pegawai tinggi Istana Negara itu diperlekeh lekehkan. Sehingga no. KPT dan no. keahlian UMNOnya juga disiarkan.

Yang penting sekali, artikel Malaysia Today ini terus menegaskan bahawa baginda Tuanku Sultan Mizan sememangnya memberikan ‘sokongan’, ‘perkenan’ dan ‘restu’ bahawa perhimpunan/perarakan ini diteruskan, termasuk baginda kunun kunun memohon nama nama mereka yang terlibatkan dipersembahkan kepada baginda. Lebih dasyat lagi, dijelaskan dalam artikel tersebut bahawa baginda Tuanku Sultan Mizan meminta Briged ke 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) yang berpengkalan di Sungai Petani dikerah ke Sungai Buloh, bersama sama 14 buah kereta perisai, untuk memberikan ‘perlindungan’ kepada pendemonstrasi sekiranya Polis mengambil tindakan. Peristiwa Batu Burok dijadikan modal sandaran.

Ini semuanya adalah dusta dan pembohongan semata mata. Fakta telah dimanipulasi untuk memberikan ‘semangat’ dan sebahagian dari ‘penghalalan’ tindakan mereka yang jelas bertentangan dengan undang undang Malaysia. Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara!

Apa yang sebenarnya berlaku ialah perhimpunan/perarakan haram ini diwar warkan oleh media alternatif berminggu sebelum acara. Mereka mengharap dan anggarkan bahawa 100,000 orang akan menyertai perhimpunan/perarakan haram 10 November itu.

Polis DiRaja Malaysia, agensi biasa menjaga keselamatan dan ketenteraman awam merasakan sedikit sukar untuk mengawal keadaan, sekiranya benar 100,000 orang akan berhimpun/berarak pada tengahari Sabtu itu. Olehdemikian, Tentera Darat telah diminta oleh Polis untuk memberikan bantuan, sekiranya perlu apabila keadaan berlaku diluar kawalan dan kecemasan atau sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Sebenarnya, pada tengahari Sabutu itu, pegawai pegawai tinggi Tentera Darat berada dipusat kawalan utama Bukit Aman, bersama sama pegawai pegawai tinggi Polis merancang dan memantau seluruh proses mengawal/menyelia/mengawasi perhimpunan/perarakan haram 10 November 2007 itu. Tentera Darat yang berada dalam keadaan siap sedia itu memang unit biasa yang berpengkalan di Kem Wardieburn dan Kem Sungei Besi, sekitar Lembah Klang.

Maka tidak benarlah apabila Malaysia Today dan Raja Petra menyatakan bahawa Briged ke 19 RAMD didatangkan khas dari Sungai Petani untuk kunun kunun ‘melindungi’ pendemontrasi perhimpunan haram. Kalau ikut logiknya, Kem Garisen berada di Port Dickson, yang termasuk rejimen mekanised dan satu Divisyen berada di Kem Terendak, termasuk Kor Gerak Khas yang berpengkalan diKem Sungai Udang. Unit unit ini lebih mudah dikerah apabila berlaku satu kecemasan dan lebih hampir ke Lembah Klang berbanding dari Sungai Petani.

Sungguh tidak bertanggung jawab Malaysia Today menyiarkan artikel yang mengandungi unsur unsur hasutan:

1. Memperlekeh dan menghina institiusi Raja Raja Melayu
2. Mempertikai dan mempersoal kenaytaan rasmi Istana Negara bagi pihak DYMM SPB YDP Agong
3. Memfitnah SPB YDP Agong kunun kunun mengeluarkan ‘arahan’ kepada Briged ke 19 RAMD digerakan semata mata perhimpunan/perarakan haram 10 November 2007
4. Mempersoal dan perikaikan integriti dan professionalism RAMD
5. Mempersoal dan peritikaikan integriti dan professionalism Polis DiRaja Malaysia, terutama kemampuan dan kekuatan menjaga keselamatan dan
ketenteraman awam semasa perhimpunan/perarakan haram Sabtu 10 November 2007 itu.

****************

Satu Laporan Polis telah dibuat keatas Malaysia Today dan Raja Petra Kamaruddin berkenaan artikel tersebut.

Wajarlah pembaca internet membuat penilaian yang mana fakta dan yang mana dusta/pembohongan atau manipulasi fakta.

Published in: on November 19, 2007 at 19:41  Comments (11)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/11/19/762/trackback/

RSS feed for comments on this post.

11 CommentsLeave a comment

  1. salam

    heh … kalau dia cakap bawak dari kem Sarawak pun ada manusia nak percaya.

    Hahahahahahahhaahhahaha That’s a good one!

  2. and they believe him(rpk), master of all liar.

  3. […] 姑且不评论上述报导和报案内容的正确性,看来元首真的卷入这场大机会中,部落格圈子也开始讨论这课题,只是中文报尚未给予大篇幅的报导和关注。 […]

  4. Slam the ISA on RPK! Instigator extraordinaire.

  5. lum chih feng,
    next time if can’t comment in malay, at least use english so that everyone can understand what yr comment is about.
    anyway, HM Agong is not involved directly or indirectly with the bersih rally.and he has issued a statement about it.

  6. Dear all,
    So what if RPK is a liar.. he is not the decision maker.
    The many decision makers today are bigger liar who has caused and still causing bigger damages and that is the vital issue.

  7. mungkin kem yang dekat bukan bawah kawalannya???

    Kawalan siapa? DYMM SPB YDP Agong????

    Chain of command Tentera Darat ialah Menteri Pertahanan atas Panglima Angkatan Tentera atas Panglima Tentera Darat atas Panglima Medan Markas Tentera Darat atas Panglima Divisyen dan baru sampai Panglima Briged.

  8. Danial .. RPK not just a liar .. He also a pemutar belit . Till now i keep wondering what type of person would believe that kind of story .

    Damn ! I think those kind of people know everyhting about the system , but they just only know to shout ! , shout ! and shout ! … just that , nothing more .

  9. Whatever it is, the losing party is still the Malays: the demo participants and the PDRM/RMAD personnel. Some of us just cannot see the big picture.

  10. […] he exploited the good name of HM SPB YDP Agong by lying that ‘consent was given’  the Royal Malay Regiment to ‘provide cover’ for the “Yellow Shirt” […]

  11. […] be used for BERSIH 2.0 (which was proven became an Opposition’s agenda), consider the lies of BERSIH 10 November 2011 where the Anwaristas lied. A reminder of […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: