Gurindam: “Dimana boleh cari Melayu”

Di mana boleh di cari Melayu
Bukan semua Melayu lesu dan layu
Ramai juga Melayu yang berilmu
Terbit dari Melayu UMNO baru

Generasi Tun Dr. Mahathir generasi Melayu maju
Generasi Melayu yg. berani mendahulu
Ramai juga terdapat di dalam portal politik seperti MyKMU
Yang setia menyokong Pejuang Melayu
Yang menentang pengkhianat bangsa ku

Melayu KMU, Melayu revolusiku

Di mana boleh di cari Melayu
Di tingkat 4 JPM juga boleh ketemu
Berhingus meleleh tak reti nak sapu
Melayu muda, kerjanya merapu
Lebih hina dari batang penyapu

Dimana boleh cari Melayu,
Di NSTP pun ramai Melayu
Walaupun kulit hitam biru,
Mengaku juga orang Melayu
Walaupun dahulu sepatah haram bunyi kaku

 Dimana boleh cari Melayu
Maklumlah Melayu senang di tipu
Harapkan pemimpin Melayu, macam kayu
Alahai! PM YDP pun akhirnya ikut menipu

Dimana boleh di cari Melayu
Orang Kepala Batas keturunan ahli ilmu
Dahulu penjawat awam zaman Tunku
Kini bank pelaburan milik menantu

Dimana boleh di cari Melayu
Keturunan pedagang Selangor masyhur itu
Ayahanda pula di TV3 sanggup menipu
Syarikat anaknya Scomi kini begitu maju

Dimana boleh di cari Melayu
Parti Keramat ditatah sebegitu
Kini menjadi platform orang tertentu
Agenda peribadi mereka letak dahulu

Dimana boleh di cari Melayu
Masyarakat pulau negeri begitu sayu
Ketinggalan pembangunan kerana lesu
Percayakan PM sebagai orang yang direstu

Dimanakah boleh cari Melayu
Rakyat segenap pelusuk setuju
Memberi mandat Perdana Menteri baru
Dewan Rakyat 91% dimenangi padu

Dimanakah boleh cari Melayu
Mula mula timbul AP berpuluh ribu
Menjejaskan Proton beratus jurutera kaumku
CEO pula berganti yang baru

Dimanakah boleh cari Melayu
CEO MAS anak ustaz Kawasan Melayu
Diganti dengan eksekutif Shell rumpun Melayu
PM YDP ingatkan umat junjungan mu

Dimanakah boleh cari Melayu
MAS disekat, AirAsia terus maju
Eksekutif Melayu ditunjukan pintu
Digantikan dengan Cina dan penganut Hindu

Dimanakah boleh cari Melayu
MTB KLIA belum cukup tepu
Bukanya ada timbul perlu
LCC Terminal dibina baru
Akhirnya MTB megah sunyi pilu
 

Dimanakah boleh cari Melayu
Jambatan Baru diJohor Baru
PM YDP umum rakyat tak mahu
Berbohong agenda jual pasir cadangan baru

Dimanakah boleh cari Melayu
Puas Kepemimpinan terdahulu
Meletakan kepentingan Bangsa Melayu
Agar tidak direndahkan hina malu

Dimanakah boleh cari Melayu
Dengan Singapura cukup tersipu
Bermain golf bertepuk bahu
Maruah Bangsa digadai semudah itu

Dimanakah boleh cari Melayu
Kini cina tua kutuk Pulau itu
Memomokan keturunan seluruh Bangsaku
PM YDP HANYA setakat tanyakan penjelasanmu

Dimanakah boleh cari Melayu
Apa nak jadi masa depan Bangsaku
Kalau pemimpin sebegini kelu
Kekuatan Singapura diangguk setuju

Dimanakah boleh cari Melayu
Berkumpul sekelian orang tidak setuju
Memberikan pendapat dalam MyKMU
Agar boleh dilakukan sesuatu

Dimanakah boleh cari Melayu
Apabila Sahabat datang mengadu
PM YDP dengar termanggu
Menantu dikeluarkan dari Pejabatku

Dimanakah boleh cari Melayu
NTSP dahulu lidah pengarangku
Pengarang Melayu semua ditunjukan pintu
Kini penuh bukan Melayu termasuk dewa Hindu

Dimanakah boleh cari Melayu
Dahulu broker saham BBMBku
Sekarang dibeli cina penganalisa baru
Dinamakan sempena alat timbang penipu

Dimanakah boleh cari Melayu
Syarikat Melayu dijual mudah sebegitu
Siapa Imam Syiah Dewa Hindu
Mampu berganding modal dengan Menantu

Dimanakah boleh cari Melayu
Menantu lulusan sekolah Inggeris termaju

Kini bergelar pegamal bank pelaburan terbaru
Membolot syarikat milik Negara mudah sebegitu

Dimanakah boleh cari Melayu
Akaun dilipat, pemegang saham kecil ditipu
Security Commission buat buat terkeliru
Bila ditanya PM YDP, dia cakap tak tahu

Dimanakah boleh cari Melayu
Syarikat dulu diketuai keturunan Tengku
Kini cina menjadi teraju
Nama berubah kepada ECM Libra – Avenue

Dimanakah boleh cari Melayu
Kini cerita diumpat sebegini laju
Seluruh pelusuk, rakyat berseru
Tak kan boleh jadi begitu

 

Dimanakah boleh cari Melayu
Bila rakyat kuat menyeru
Mula mejadi penutup muka cerita baru

Rancangan untuk sekali lagi menipu

Dimanakah boleh cari Melayu
Saham dijual kerana perlu
Rugi pun tak apa, itu korbanku
Kunun kunun hendak tunjuk kepempinan penentu

Dimanakah boleh cari Melayu
Kini timbul pula cerita baru
Anak tua lebih niaga tetap mahu
KTMB menjadi sasaranku

Dimanakah boleh cari Melayu
Perjanjian khidmat keretapi kePulau itu
Jika dihentikan, tanah dirampas sebegitu
Sekarang tanah, dirancang untuk dimaju

Dimanakah boleh cari Melayu
Sudahlah kontrak membaik pulih semua kesitu
Peniaga Melayu lain tengok kelu
<!–[if !supportLineBreakNewLine]–>Peluang berniaga kurang, pengusaha berpuluh ribu

Dimanakah boleh cari Melayu
Usaha banyak Pemimpin dahulu
Kini tinggal cerita, semua hanya tongkat bahu
Tak siapa tahu kemana hala tuju

Dimanakah boleh cari Melayu
RMK 9 menjadi harapanku
Titik tolak, survival syarikat beribu
Semua sanggup diam, lidah menjadi kelu

Dimanakah boleh cari Melayu
Kini hanya tinggal tak seberapa yang mahu
Keadaan makin teruk, tak ramai mengaku
Takut hilang peluang tender baru

 

Dimanakah boleh cari Melayu
Ramai orang amat keliru
Mungkinkah PM yang dipilih itu
Sebenarnya tak ubah tunggul kayu

Dimanakah boleh cari Melayu
Segenap pelusuk dicanang begitu
MyTeam dicari pusingan penentu
Benggali Johor jurulatih pilihanku

Dimanakah boleh cari Melayu
Jawapan “I dont know” cukup selalu
Bukit Jalil Jalur Gemilang rakyat “boo”
PM YDP datang pakai baju unggu

Dimanakah boleh cari Melayu
Dimanakah maruah dan jatidiri Bangsaku
Jika Jalur Gemilang mampu di”boo”

PM YDP tengok ini sambil tersipu

Dimanakah boleh cari Melayu
Menteri BANGGANG jenis andartu
Nak buat pusat sukan yang baru
Beratus juta ditempat jauh sangat tu

Dimanakah boleh cari Melayu
Berkumpul mereka diKelab Century itu
Berdialog dengan ramai Melayu
Mendengar isu dikupas satu persatu

Dimanakah boleh cari Melayu
PM YDP berangkat kePerth bersama anak cucu
Rupanya anak beli rumah baru
Tempat keluarga sembunyi dari dipalu

Dimanakah boleh cari Melayu
Lebanon dan Gaza diserang serbu
Umat Islam dibunuh beribu
Oleh Zionis Yahudi, musuh seteru

Dimanakah boleh cari Melayu
PM YDP Pengerusi persatuan Umatku
Lambat bertindak semacam kelu
Keseluruh dunia Islam kita dimalu

Dimanakah boleh cari Melayu
Dr Mahathir bercuti dengan anak cucu
Mahu jumpa golongan siswa ke UK dituju
Dihalang kerana MSD tak setuju
<!–[if !supportLineBreakNewLine]–>
<!–[endif]–>

Dimanakah boleh cari Melayu
Sambutan pulang dianjur MyKMU
Pemimpin Agung senyum tersipu
Bercakap dengan media diatas Pajeroku

Dimanakah boleh cari Melayu
Program dirancang ke KB dituju
Pengerusi Perhubungan jatuh kena batu
Masuk hospital pembedahan perlu

Dimanakah boleh cari Melayu
Dari Perth, dia menelefon selalu
Minta Mubarak tarik diri dari Maljis itu
Dollah Kok Lanas tampil dengan idea baru

Dimanakah boleh cari Melayu
Ibrahim Ali ke airport ditunggu
Menanti Boss lama datang pagi itu
Tanggal 28 Jul tarikh dipersetuju

Dimanakah boleh cari Melayu
Sejurus Dr Mahathir naik ke Pajeroku
Anasir Nik Sapeia membuat semua keliru
Ramai kena dipancit gas pemedih itu

Dimanakah boleh cari Melayu
Hiba hati, melihat dibuat begitu
Bekas pemimpin pedih melulu
Angkara perbuatan anak Bangsa Melayu

 

Dimanakah boleh cari Melayu
Hotel Perdana semua berpusu
Ini kali Dr Mahathir bantai serbu
Nama disebut, satu persatu

Dimanakah boleh cari Melayu
Berkumpul pulak Pemuda PJU
Seruling dimain, semua syahdu
Dr Mahathir ungkit sejarah Tanah Melayu

Dimanakah boleh cari Melayu
Keluar pulak arahan baru
Mesyuarat HANYA dirasmikan orang tertentu

Tidak termasuk bekas Presiden dulu

Dimanakah boleh cari Melayu
Dato’ Zahidi makin bercelaru
Jemputan Dialog tiada tempat bila perlu
Program dibatal, tertanggung malu

Dimanakah boleh cari Melayu
DiTV 3 Annuar Zaini interview
Pentadbiran tiada lagi penglibatan menantu
Syarikat anak berniaga TANPA bantuanku

 

Dimanakah boleh cari Melayu
Kini timbul amaran keras jitu
Bloggers dan laman web celupar itu
Akan dikerjakan satu persatu

Dimanakah boleh cari Melayu
Majlis bicara dengan MyKMU
Dr Mahathir menitis terkenang pilu
Perjuangan dimulakan ramai setuju

Dimanakah boleh cari Melayu
Dr Mahathir menyebut satu persatu
Scomi mendapat banyak kontrak baru
Oil for food program, PM YDP menipu

Dimanakah boleh cari Melayu
Sanusi Junid bercerita panjang dia mampu
Giliran Mukhriz bertemu MyKMU
Banyak juga diluah sebelum ini kelu

Dimanakah boleh cari Melayu
Fokus pergerakan untuk Kubang Pasu
Kekuatan Parti digerakan kesitu
Ramai pemimpin kesana tertumpu

Dimanakah boleh cari Melayu
Setiausaha Agung berusaha juga kesitu
Alasanya “tengok kolam ikan dan itik menyudu”
Padahal merancang untuk dibuat sesuatu

Dimanakah boleh cari Melayu
Malam Jumaat 8 September itu
Tok Jo, Tok Man dan bekas ahli MKT itu
Kempen agar Perwakilan gelincirkan nawaitu

Dimanakah boleh cari Melayu
Darulaman Golf Club tempat berlaku
Ada orang nampak sampul sampul cokolat tu
Beberapa Ketua Cawangan masukan dalam saku

Dimanakah boleh cari Melayu
Pagi 9 September Tun Dr. Mahathir Kubang Pasu
Di Kepala Batas, kami pun menunggu
Ke Dewan Wawasan lepas tu kami meluru

Dimanakah boleh cari Melayu
Tun masuk Dewan, meriah sambutan Kubang Pasu
Sukanya orang kampung tidak terkelu
Kami merasakan sokongan ikhlas dikalbu

Dimanakah boleh cari Melayu
Undian diadakan selepas sajian dijamu
Tun Dr. Mahathir memerhati, dari tepi terpaku
Ramai Perwakilan datang untuk bertemu

Dimanakan boleh cari Melayu
43 Perwakilan pilih termakan kempen negatif itu
Tun terkejut berita undian sebegitu
Kecewa kerana begitu murah kesetiaan dan nawaitu

Dimanakah boleh cari Melayu
Perjumpaan diaturkan MyKMU
120 wartawan dan bloggers ke YKP dituju
Tun meluahkan perasaan kecewa diKalbu

Dimanakah boleh cari Melayu
Tun meluahkan PM YDP menipu
Terang terang depan wartawan seramai itu
Skandal Oil for food saja dibagi tahu

Dimanakah boleh cari Melayu
Ke Pakistan Tun bergegas menuju
Sidang tentang cendikiawan Islam bersatu
DiKazakhstan Tun dinobat dalam gudang ilmu

Dimanakah boleh cari Melayu
Merata negara Asia Tengah dan Barat dapat dituju
HANYA dalam 10 hari perjalanan singkat itu
Banyak sanjungan dan penghormatan diberi kepada Melayu

Dimana boleh cari Melayu
keCuba semua berpusu
Pengerusi NAM beralih bangku
Ke revoluntionist Cuba dari Melayu

Dimanakah boleh cari Melayu
Bergegas ke New York di tuju
Presiden Bush janji bertemu
Sekejap sahaja untuk dapat peluang itu

Dimanakah boleh cari Melayu
PM YDP kata tiada lagi dibantu
Pentadbiran Kerajaan oleh menantu
TETAPI Beruk Hitam keNew York meluru

Dimanakah boleh cari Melayu
Bersama Presiden Bush pembunuh itu
Bermesra macam saudara bukan seteru
55 minit masa pertemuan berlalu

Dimanakan boleh cari Melayu
Masuk PM YDP ke bilik untuk bertemu
Disergah Bush yang kurang ajar itu
Gabra PM YDP terus termanggu!

Dimanakah boleh cari Melayu
Rupanya jelas niat dikalbu
PM YDP jumpa Bush untuk merayu
Kes Scomi dan Iraq disenyapkan sebegitu

Dimanakah boleh cari Melayu
PM YDP menyebut soal Islam diperjelas perlu
Katanya Presiden Bush juga setuju
Islam ditafsir menjadi keliru

Dimanakah boleh cari Melayu
55 minit masa bertemu
Tidak sedikitpun diutarakan PM YDP itu
Kes 2 banduan diGuantanamo orang Melayu

Dimanakah boleh cari Melayu
Pope hina Rasulullah terbaru
Sekejap itu maaf terus maaf di maju
Ikhlas di terima PM YDP Melayu

Dimana boleh cari Melayu
MKT UMNO mesyuarat hari tu
Presiden UMNO mengubah minitku
Sungguh berbegil pendirian tertentu

Dimanakah boleh cari Melayu
3 helai minit yang minta disiat itu
Terkandung perbincangan soal Kubang Pasu
Membincang terperinci mengagalkan Presiden dahulu

Dimanakah boleh cari Melayu
Dr Rais Yatim MKT UMNO berbudaya itu
Menentang arahan Presiden yang terbaharu
TETAPI Presiden PM YDP tetap kemahuanku!

Dimanakah boleh cari Melayu
Perbincangan kes Zahrin diberi tumpu
Cadangan Lembaga Disiplin tidak diperaku
Presiden PM YDP mahu Zahrin dipecat sebegitu!

Dimanakah boleh cari Melayu
Buka puasa keDewan Merdeka semua bertumpu
Beribu hadirin termasuk anak yatim menunggu
PM YDP imamkan, akhbar siarkan muka satu

Dimanakah boleh cari Melayu
Dikalangan ramai UMNO yang hadir malam itu
Terkeluar bunyi bunyi terbaharu
Kemungkinan ada DPM selain yang ada itu

Dimanakah boleh cari Melayu
Orang PM YDP sekarang ada rasa tak setuju
Kepimpinan waris Tun Razak mungkin tiada diperlu
Mencari kemungkinan bagi ke orang Muo sedia menunggu

Dimanakah boleh cari Melayu
Sekarang sudah timbul perbincangan baru
Nampaknya PM YDP tidak selesa dengan apa yang dihidang dulu
Mungkin beliau sekarang mahukan pilihanku

Kuala Lumpur

5 Oktober, 2006

*Glossari: PM YDP = Perdana Menteri Yang Disalah Pilih

Published in: on November 29, 2007 at 01:50  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/11/29/gurindam-dimana-boleh-cari-melayu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. ok i’m amazed and impressed at the same time. who wrote this piece of gem? i know its someone from KMU and since i havent been there in a long while, seem to have forgotten the name of that guy who writes good poems.

    The good poet within MyKMU.net is a retired teacher from Pahang, Serling.

    I believe this piece was originally written and posted in MyKMU.net on 5 Oct 2006 by someone previously known as ‘BigGuyDotCom’. I heard he has not been writting in MyKMU for quite a bit, for an unconfirmed reasons.😉

  2. big dog, sorry off topic. just nak ask ur opinion pasal surat ni.. apakah akan terjadi..

    qoute:

    Hidraf threat to the British: We’re going to form a new Hindu terrorist wing in Malaysia!

    Hindraf: final appeal to Queen Elizabeth II
    HINDRAF
    Hindu Rights Action Force
    No. 135-3-A, Jalan Toman 7,
    Kemayan Square,
    70200 Seremban, Negeri Sembilan
    Malaysia. Tel : 06-7672995/6
    Fax: 06-7672997 Email waytha@hotmail.com
    MEDIA STATEMENT
    24-11-2007

    Senior Private Secretary to Her Royal Highness Queen Elizabeth II
    Buckingham Palace 24.11.2007
    London
    and / or
    c/o Ministry of Foreign Affiars
    P.O.Box 7048,
    Kampala, Uganda
    Email: info@chogm2007.ug
    Fax: +256-414-237310

    The Rt. Hon. Gordon Brown
    Prime Minister of the United Kingdom
    10 Downing Street
    London SW1A 2AA
    ( Courier & Fax:+442079250918)

    and/or
    C/o Ministry of Foreign Affiars
    P.O.Box 7048,
    Kampala, Uganda
    Email: info@chogm2007.ug
    Fax: +256-414-237310
    and / or
    H.E.Don Mckinnon
    Secretary General Commonweath
    Commonwealth Secretariet
    Marlborough House Pall Mall London SW1Y 5HX
    Telephone: +44 (0)20 7747 6408
    Email: info@commonwealth.int
    Fax: +44(0)2078399081

    and / or
    C/o Ministry of Foreign Affiars
    P.O.Box 7048,
    Kampala, Uganda
    Email: info@chogm2007.ug
    Fax: +256-414-237310

    Dear Sirs,
    RE: 1. APPEAL TO HER MAJESTY QUEEN ELIZABETH II AND THE COMMONWEALTH HEADS OF GOVERNMENT IN KAMPALA, UGANDA.
    2. 50 YEARS OF OPPRESSION, SUPPRESSION AND MARGINALISATION OF EHNIC MINORITY INDIANS BY THE UMNO CONTROLLED MALAYSIAN GOVERNMENT.
    3. MALAYSIAN GOVERNMENTS’ CRACKDOWN ON PEACEFUL ASSEMBLY TO PRESENT PETITION TO H.M QUEEN ELIZABETH II ON 25/11/07.

    With all due respect may we refer to the above matter and to our media statement enclosed herewith which is self explanatory. We hereby humbly appeal that your goodselves take the appropriate action accordingly

    We have written one thousand over letters, memorandums, appeals, protest notes etc to the Prime Minister, Ministers Attorney General and Inspector General of Police and the other Malaysian authorities but they have neither replied to nor do they even want to even talk to us. They just go on with their oppression, suppression, marginalisation and persecution of these mere 8% ethnic Indians (95% Tamils) in Malaysian with impunity.

    Our worst ‘fears’ are we do not want these Tamils to be forced into terrorism like what is happening in Sri Lanka.
    On our part we are committed to a diplomatic, peaceful and legal means in our struggle for justice, democracy, the rule of law and humanity.

    Thank You,

    Yours Faithfully

    P.Uthayakumar
    Legal Adviser
    013-3504711

    dari http://mymassa.com/myvoice/

  3. bigdog,
    sorry, i mistakenly rejected yr comment on hindraf issue ,i would be greatful to you if you can comment on it again, sorry bro

  4. yea, serling. thats the name i was looking for. but i didnt know this bgdc fella could give serling a run for his money…hihi…

    Well, some people just have talents they themselves do not understand……….:)

  5. Sana Melayu sini Melayu
    Buat pening kepala aku

    Teriak merdeka teriak juang
    Masih pinta jiwa bertuan

    Pertahan hak pertahan kepentingan
    Bodohi teriak penyokong diam

    Cakap pandai marah pandai

    Nak bertindak berandai andai

    Persatuan sana parti sini
    Tidak kedepan entah mana pergi

    Sana Melayu sini Melayu
    Buat pening kepala aku

    Ini blogger Pejuang Bangsa malangnya Hippie ni………..

    Kepala asyik berdenggung ja memanjang! Mentang mentanglah sekolah dekat dengan ‘Woodstock’

    Hahahhahahahahahahahahahhahahahahaha😀


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: