Raja Muda Perak: Hormati undang undang dan Polis

DYTM Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah hari ini bertitah agar rakyat Malaysia segenap lapisan masyarakat agar menghormati undang undang dan institiusi penguatkuasa undang undang Negara, seperti Polis DiRaja Malaysia, semasa mencemar duli merasmikan Persidangan Ke 160 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di Ipoh hari ini.

raja-nazrin-shah.jpg

Ini sebagaimana dilaporkan Bernama.com:

Am

 


29 November, 2007 12:10 PM

 

Hormati Undang-undang Dan Institusi Penguatkuasa Undang-undang Negara

IPOH, 29 Nov (Bernama) — Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Shah hari ini mengingatkan warga Malaysia agar sentiasa menghormati undang-undang dan institusi penguatkuasa undang-undang negara serta mengambil pendekatan secara bertamadun dan bersopan dalam apa juga tindakan mereka.

Baginda bertitah perbuatan mencabar undang-undang dan institusi penguatkuasa undang-undang dengan mengimport dan memperkenalkan budaya kekerasan bukan merupakan budaya berpolitik yang sihat dan konstruktif.

“Keamanan dan kerukunan negara tidak harus dikorbankan kerana kepentingan atau matlamat perjuangan jangka pendek mana-mana kumpulan. Untuk itu warga Malaysia, wajib menghormati undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara.

“Jika hari ini proses yang menghormati undang-undang dibenarkan untuk dirampas oleh kumpulan tertentu hingga proses undang-undang tersebut boleh runtuh, dibimbangkan bahawa negara ini sedang berada pada titik permulaan untuk terheret menuju kepada satu anarki,” titah baginda pada Persidangan Ke-160 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.

Dr Raja Nazrin menyeru warga Malaysia supaya sentiasa mengamalkan pemikiran dan tindakan secara rasional dalam ruang lingkup undang-undang negara dan bertiangkan budaya bangsa.

Menurut baginda, negara telah mencapai banyak kemenangan dan mencipta banyak kejayaan melalui budaya rundingan, budaya perbincangan dan budaya muafakat.

“Budaya bertindak yang asing dengan budaya kita hendaklah ditolak dan tidak dibenarkan bertapak di bumi ini. Seruan Beta, pilihlah jalan yang baik – pilihlah cara yang baik, pilihlah kaedah yang baik dalam hasrat mahu mencapai niat yang baik,” titah baginda.

— BERNAMA

Titah baginda ini besesuaian dengan tiga perhimpunan/perarakan haram (tanpa mendapat permit Polis, sebagaimana termaktub dibawah Akta Polis) yang dianjurkan semenjak penghujung September, yang mendapat begitu luas liputan media, terutama agensi berita asing.

Dua dari perhimpunan/perarakan haram itu berlaku keganasan dimana ada yang cerdera dan harta awam dan persendirian rosak, walaupun penganjur kunun kunun mengharapkan sebagai perhimpunan ‘damai’. Namun, ujud unsur unsur militan yang memang mencari peluang dan kesempatan untuk “mencari fasal” dan bertindak untuk menimbulkan kemarahan dan/atau ‘menaikan semangat’ perserta, dalam keadaan seperti ini.

 

Baginda yang berlulusan sains politik dari universiti terkemuka Harvard ini membuat titah ini, sempena perhimpunan haram anjuran HINDRAF Ahad 25 November 2007 di Kuala Lumpur itu, dimana personaliti personaliti yang menjadi pemain utama dalam penganjuran perhimpunan tersebut membelakangkan bukan sahaja Akta Polis, malah satu arahan mahkamah yang dipinta Polis agar perhimpunan haram itu dihindarkan. Jelas penganjur perhimpunan haram HINDRAF ini dengan sengaja membelakangkan undang undang dan ini sememangnya perbuatan KURANG AJAR!

hindraf-i.jpg

Penganjur perhimpunan haram HINDRAF ini juga dengan jelas cuba memalukan Negara dan Kerajaan apabila merayu Perdana Menteri Britain Gordon Brown agar menentukan bahawa keahlian Malaysia dalam Commonwealth digantung, jika tidak dipecat kerana kunun kunun mengamalkan penindasan dan kezaliman kearah rakyat Malaysia berketurunan India. Mereka juga memfitnah orang orang Melayu yang kunun kunun menyebabkan 100 orang keturunan India dibunuh semasa pergaduhan Kampung Medan, Petaling Jaya Selatan tujuh tahun dahulu. Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Boyd McLeary sendiri membuat kenyataan bahawa Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur itu tidak menerima sebarang petisyen dari mana mana pihak.

Jelas budaya berhimpun dan berarak secara haram ini tidak mendapat ‘perkenan’ dan ‘restu’ baginda Raja Raja Melayu, tidak sebagaimana yang digambarkan oleh penganjur penganjur perarakan haram ‘Gelombang Kuning’ 10 November 2007. Sebaliknya, baginda Raja Muda Perak yang juga Pro-Canselor Universiti Malaya ini mengesa agar undang undang dan Polis dihormati, jelas menuruti prinsip prinsip Rukunegara.

Titah ini merupakan satu ‘tamparan’ sekali-libas (one single stroke) kepada penganjur dan peserta perhimpunan/perarakan haram 26 September 2006 dari Palace of Justice ke Perdana Putra, Putrajaya, 10 November di Dataran Merdeka ke Istana Negara dan 25 November 2006 di Suruhanjaya British di Malaysia.

Baginda Raja Muda Perak menegaskan bahawa undang undang dan penguatkuasa undang undang jangan di’cabar’ kerana ini jelas membelakangkan prinsip kesopanan dan kesusilaan, walaupun penganjur perhimpunan/perarakan haram 10 November 2007 sebenarnya secara langsung mencabar kewibawaan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang dengan lantang menegaskan pendirian Kerajaan semasa ucapan penggulungan Presiden UMNO pada 9 November 2007. Beliau juga Menteri Keselematan Dalam Negeri, yang bertanggung jawab keatas Polis DiRaja Malaysia, agensi penguatkuasa undang undang dan menjaga ketenteraman awam utama dalam Negara.

 

Published in: on November 30, 2007 at 01:04  Comments (23)