Raja Muda Perak: Hormati undang undang dan Polis

DYTM Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah hari ini bertitah agar rakyat Malaysia segenap lapisan masyarakat agar menghormati undang undang dan institiusi penguatkuasa undang undang Negara, seperti Polis DiRaja Malaysia, semasa mencemar duli merasmikan Persidangan Ke 160 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di Ipoh hari ini.

raja-nazrin-shah.jpg

Ini sebagaimana dilaporkan Bernama.com:

Am

 


29 November, 2007 12:10 PM

 

Hormati Undang-undang Dan Institusi Penguatkuasa Undang-undang Negara

IPOH, 29 Nov (Bernama) — Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Shah hari ini mengingatkan warga Malaysia agar sentiasa menghormati undang-undang dan institusi penguatkuasa undang-undang negara serta mengambil pendekatan secara bertamadun dan bersopan dalam apa juga tindakan mereka.

Baginda bertitah perbuatan mencabar undang-undang dan institusi penguatkuasa undang-undang dengan mengimport dan memperkenalkan budaya kekerasan bukan merupakan budaya berpolitik yang sihat dan konstruktif.

“Keamanan dan kerukunan negara tidak harus dikorbankan kerana kepentingan atau matlamat perjuangan jangka pendek mana-mana kumpulan. Untuk itu warga Malaysia, wajib menghormati undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara.

“Jika hari ini proses yang menghormati undang-undang dibenarkan untuk dirampas oleh kumpulan tertentu hingga proses undang-undang tersebut boleh runtuh, dibimbangkan bahawa negara ini sedang berada pada titik permulaan untuk terheret menuju kepada satu anarki,” titah baginda pada Persidangan Ke-160 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.

Dr Raja Nazrin menyeru warga Malaysia supaya sentiasa mengamalkan pemikiran dan tindakan secara rasional dalam ruang lingkup undang-undang negara dan bertiangkan budaya bangsa.

Menurut baginda, negara telah mencapai banyak kemenangan dan mencipta banyak kejayaan melalui budaya rundingan, budaya perbincangan dan budaya muafakat.

“Budaya bertindak yang asing dengan budaya kita hendaklah ditolak dan tidak dibenarkan bertapak di bumi ini. Seruan Beta, pilihlah jalan yang baik – pilihlah cara yang baik, pilihlah kaedah yang baik dalam hasrat mahu mencapai niat yang baik,” titah baginda.

— BERNAMA

Titah baginda ini besesuaian dengan tiga perhimpunan/perarakan haram (tanpa mendapat permit Polis, sebagaimana termaktub dibawah Akta Polis) yang dianjurkan semenjak penghujung September, yang mendapat begitu luas liputan media, terutama agensi berita asing.

Dua dari perhimpunan/perarakan haram itu berlaku keganasan dimana ada yang cerdera dan harta awam dan persendirian rosak, walaupun penganjur kunun kunun mengharapkan sebagai perhimpunan ‘damai’. Namun, ujud unsur unsur militan yang memang mencari peluang dan kesempatan untuk “mencari fasal” dan bertindak untuk menimbulkan kemarahan dan/atau ‘menaikan semangat’ perserta, dalam keadaan seperti ini.

 

Baginda yang berlulusan sains politik dari universiti terkemuka Harvard ini membuat titah ini, sempena perhimpunan haram anjuran HINDRAF Ahad 25 November 2007 di Kuala Lumpur itu, dimana personaliti personaliti yang menjadi pemain utama dalam penganjuran perhimpunan tersebut membelakangkan bukan sahaja Akta Polis, malah satu arahan mahkamah yang dipinta Polis agar perhimpunan haram itu dihindarkan. Jelas penganjur perhimpunan haram HINDRAF ini dengan sengaja membelakangkan undang undang dan ini sememangnya perbuatan KURANG AJAR!

hindraf-i.jpg

Penganjur perhimpunan haram HINDRAF ini juga dengan jelas cuba memalukan Negara dan Kerajaan apabila merayu Perdana Menteri Britain Gordon Brown agar menentukan bahawa keahlian Malaysia dalam Commonwealth digantung, jika tidak dipecat kerana kunun kunun mengamalkan penindasan dan kezaliman kearah rakyat Malaysia berketurunan India. Mereka juga memfitnah orang orang Melayu yang kunun kunun menyebabkan 100 orang keturunan India dibunuh semasa pergaduhan Kampung Medan, Petaling Jaya Selatan tujuh tahun dahulu. Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Boyd McLeary sendiri membuat kenyataan bahawa Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur itu tidak menerima sebarang petisyen dari mana mana pihak.

Jelas budaya berhimpun dan berarak secara haram ini tidak mendapat ‘perkenan’ dan ‘restu’ baginda Raja Raja Melayu, tidak sebagaimana yang digambarkan oleh penganjur penganjur perarakan haram ‘Gelombang Kuning’ 10 November 2007. Sebaliknya, baginda Raja Muda Perak yang juga Pro-Canselor Universiti Malaya ini mengesa agar undang undang dan Polis dihormati, jelas menuruti prinsip prinsip Rukunegara.

Titah ini merupakan satu ‘tamparan’ sekali-libas (one single stroke) kepada penganjur dan peserta perhimpunan/perarakan haram 26 September 2006 dari Palace of Justice ke Perdana Putra, Putrajaya, 10 November di Dataran Merdeka ke Istana Negara dan 25 November 2006 di Suruhanjaya British di Malaysia.

Baginda Raja Muda Perak menegaskan bahawa undang undang dan penguatkuasa undang undang jangan di’cabar’ kerana ini jelas membelakangkan prinsip kesopanan dan kesusilaan, walaupun penganjur perhimpunan/perarakan haram 10 November 2007 sebenarnya secara langsung mencabar kewibawaan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang dengan lantang menegaskan pendirian Kerajaan semasa ucapan penggulungan Presiden UMNO pada 9 November 2007. Beliau juga Menteri Keselematan Dalam Negeri, yang bertanggung jawab keatas Polis DiRaja Malaysia, agensi penguatkuasa undang undang dan menjaga ketenteraman awam utama dalam Negara.

 

Published in: on November 30, 2007 at 01:04  Comments (23)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/11/30/raja-muda-perak-hormati-undang-undang-dan-polis/trackback/

RSS feed for comments on this post.

23 CommentsLeave a comment

  1. Dan semestinya ucapan DYTM Raja Muda Perak ini pasti tidak akan mendapat tempat di Malaysiakini.com mahupun di malaysia-today.net. Andaikata DYTM menyokong walau sedikit tindakan mereka, pasti berita ini akan mendapat tempat dihadapan laman web mereka. Begitu hypokritnya!

    Begitulah realiti. Media akan sentiasa ‘cenderung’ ke satu pihak, walaupun mereka secara terbuka mewarwarkan kunun kunun “dasar keterbukaan dan kesaksamaan” untuk memberikan liputan, sebagaimana ianya berlaku. Ini terbukti terlalu banyak kali dengan media Barat, termasuk Al Jazeera (yang mereka mengaku ialah media ‘Timur Tengah’!)

  2. Nazrin needs to be more consistent. In the recent past, he has spoken about upholding the Constitution, etc. The right to express and the right to gather are constitutional and that point he should have stressed. The need for permits to rally and gather should be abolished. We know that Hindraf, Bersih and the Opposition won’t get the police permits while Umno and pro-government bodies will have no problem getting them.

    We are 50 years old as a nation. Matured enough, I believe.

    Once the authorities respect the constitution by not requiring permits to gather, the people will automatically not break the law by gathering without permits. Logical?

    Then what needs to be done include:

    1/ Determine what the gathering is for and react to it accordingly. Eg. If the gathering is by women groups, put more women cops on duty.

    2/ Police meet organisers. Acquire as much information about the gathering from the organisers and plan the enforcement accordinly. Make the organisers jointly accountable for upholding peace and harmomy during a march/rally/gathering

    3/ Assist the gathering. If a march takes part of a road, the police will be required to manage trafffic.

    We do not have a history of violent marches and gatherings. The so-called Reformasi movement was largely initiated by disputing parties within Umno, not by communal or religious groups.

    In the case of Hindraf, government think-tanks including the mainsteram media should have used their tanks to think. They did not. No attempt was made to engage Uthayakumar and gang, despite the authorities knowing what they were up to. We have Hindu priests who could have been brought in to pacify the Hindraf group. The PM could have addressed them. None of this took place.

    Just like the Bersih rally. Did the Istana attempt to stop it? No. Did the government make any attempt to “halalkan” the perhimpunan haram? Nope. Did Nazrin say anything then? Nope.

    As far as the Constitution of the Federation state at this point of time, people need to get a Police permit, as provided by the Police Act. As long as the Parliament has not amended/repealed this law, then it should be abide and adhered.

    That is what DTYM Raja Muda Perak is saying in his titah, being the official of the custodian of the Constitutional Monarchy system.

    I don’t think its logical that when ever the law allow for freedom of assembly, people will be responsible and not abuse it. It is a big risk, especially with some people who uses the ‘system’ to “systematically test it for loopholes”. There will be some cheeky fellows who will use the freedom of assembly to mock others and this will cause a lot of uneasiness, especially when minorities ‘loudly express’ their thoughts and these untrue facts and manipulated information would offend/cause fury to the majority. We had a bloody fight some four decades ago and we shall not go back there again, under any circumstances what-so-ever.

    UMNO/BN have had several of their intended rallies, even within the confine of a stadium, turned down by the Police when a permit is sought.

    Reformasi movement was initiated by Anwar Ibrahim and at that time, we was no longer in UMNO and he was sacked, in accordance with UMNO Constitution. So its not true that ‘Reformasi’ is a “disputing parties within Umno”. Personalities like Tian Chua and Gopalakrishnan can never be UMNO and they are an integral part of the ‘Reformasi’ movement!

    No reason to “halalkan” the BERSIH march. BERSIH could have their rally in Bukit Jalil Stadium (can easily fit 100,000 marchers/supporters/sympathisers) and after the hyped up speeches by personalities like Anwar Ibrahim, Hadi Awang and/or Lim Kit Siang, few of them can go to Istana Negara to hand in their petition/memorandum/demands, even with Police escort (as what the IGP Tan Sri Musa Hassan said).

    The last time BN did a public rally was in 2002 in Bukit Jalil Stadium, to commemorate then Prime Minister’s Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad’s 21st anniversary at the helm.

  3. sedih bila melihat melayu pun sokong hindraf, contoh terbaik rocky bru. berapa ramai blog melayu yg megutuk memorandum hindraf yg nyata mengaibkan melayu dan islam? amat sedih dgn fenomena ini.
    utk pengetahuan rocky special brew,polis bagi mereka buat dalam stadium, tetapi mereka menolak. nak buat atas jalan raya jugak, yg mana org mcm rocky pun turut serta.

  4. Rocky Bru memang sudah ikut rentak kawan karibnya Jeff Oii. Mungkin tak lama lagi, beliau akan jadi calun DAP jugak kot!

  5. Hi folks tell him that we can respect Undang-undang n in turn ask him whether the laws respect only who?

  6. Awang dan Budak JB – Bukan niat untuk defend Rocky Bru, yang saya rasa bukan anak2 untuk di pertahankan. Tapi dia ada meerbitkan posting yang menghentam sekeras2nya tuntutan Hindraf yang mana menarik ulasan lebih dari 200.

    Berkenaan posting ini, ingin memetik komen saya dari blog Dato Kamal Amir di dalam posting sajaknya “Maafkan aku Tuah”

    Dato – Melayu tidak pernah ada hero.

    Hero yang kita harap Hang Jebat menjadi simbol kesetiaan membabi buta hingga tiada amal makruf nahi mungkar

    Hero yang ramai mahu sokong, Hang Jebat hanya simbol pemberontak yang hanya tahu mengamuk dan bermaharajalela seolah2 tiada undang2 dan anarki.

    Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun adalah mitos rekaan raja2 untuk melakukan sesuatu sesuka hati higga menjustifikasi kezaliman.

    Baik yang lepas mahu pun yang akan datang, kita perlu hakiskan feudalisma dan institusinya. Sudah masa Melayu buang budaya “benevelont feudel chief” dan “dependent serf“.

    Orang Melayu perlu budaya meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar. Meritokrasi sesama kita perlu menjadi teras masyarakat Melayu.

    Maka perlengkapkan diri dan bukan hanya cara kenal siapa. Bina jatidiri. Percaya pada diri sendiri dan hentikan sikap mengatakan yang lain lebih baik. Walaupun lebih baik, kita punya yang istimewa kerana ianya kita yang punya.

    Tuah dan hilang lama.
    Jebat sudah lama mati.
    Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun tidak pernah ada.

    Kaitannya dengan posting Big Dog ini adalah untuk interpretasi kalian fikirkan …

  7. PEMBETULAN

    Hero yang kita harap Hang Jebat menjadi simbol kesetiaan membabi buta hingga tiada amal makruf nahi mungkar

    … sepatutnya berbunyi …

    Hero yang kita harap Hang Tuahmenjadi simbol kesetiaan membabi buta hingga tiada amal makruf nahi mungkar

  8. Menafikan rakyat bersuara adalah bercanggah dengan amalan hidup bernegara sistem demokrasi. Sehingga ke hari ini tiada siapa berhak menafikannya – cakaplah siapa pun, memang mereka tidak berhak. Siapa yang berani menghalang sekumpulan pemidato kedai kopi sedang rancak pidatonya mengutuk kerajaan semasa? Jawabnya tiada siapa, waima polis sekalipun. Mengiaya dan menerima hal ini memang sudah tersemat dalam diri rakyat Malaysia meskipun majoriti mereka (mungkin) tidak mampu pun untuk articulate ‘apa itu yang dikatakan hidup secara demokratik. Buat si penakut pula ini cerita lain. Si penakut ini bayang-bayang sendiri waktu senja pun dikatakan jelmaan iblis hantu syaitan. Jadi kalau dia takut bersuara bukannya kerana negara ini tidak mengamal sistem demokrasi, tapi dirinya sendiri yang memang penakut. Mungkin juga ada kaitan dengan batu feudal yang belum berjaya dikeluarkan daripada perutnya.
    Jadi sekarang persoalan yang sedang ‘bising-bising’ ialah persoalan medium. Pro dan kons akan (memang sudah pun) wujud. Si pro akan berhujah segala macam, begitu juga lawannya. Kata si pro, ‘jalan raya ialah hak rakyat dan kami bebas untuk berbaris dan bersuara di atasnya. Kata si kons pula, ‘hei, bilik gue di sini (jalan TAR), anda semua memotong situasi gue yang sedang bersenang-senang, ada dua botol lagi belum diminum. Boleh hormat orang sikit tak!
    Dalam kes ini jalan hidup yang saya pilih ialah saya akan lebih dekat dengan pihak yang merasa ketenteramannya diganggu. Pihak yang mengganggu ialah pihak yang tidak menghormati kehidupan demokratik.

  9. ternyata A Voice jugak sekutu rocky special brew.malah blog dia pun senyap sahaja tentang tindakan hindraf ni.nama saja melayu.

    Tidak adil untuk membuat kecaman peribadi disini.

  10. […] Oleh kerana ujud percubaan memanipulasi kunun kunun membabitkan baginda Tuanku, maka Istana Negara telah mengadakan sidang media khas untuk menafikan pembohongan ini dan kemudianya disusuli pula titah tegas baginda DYMM Sultan Pahang dan DYTM Raja Muda Perak. […]

  11. […] hendak peha”, kemudian naik tocang sehingga berlaku KURANG AJAR pula, sehingga mendapatkan  perhatian serious Raja Raja Melayu, maka kita sebenarnya wajar untuk menimbang semula semua  fakta fakta dan variable dalam  isu […]

  12. […] It is believed that they represent the majority of Malaysians who disagree with growing number of illegal assemblies and street demonstrations lately, deemed politically motivated, which also attracted the displeasure attention of the Rulers and their call for abiding the law. […]

  13. […] action, as provided by the law under the Constitution of the Federation of Malaysia. Even the Rulers has urged the rakyat to respect and obey the law, which exist by the choice and to protect the interests of the majority and not be manipulated by […]

  14. […] It is so unprofessional for these people to defy their profession and break the law. They always profess for the ‘Rule of Law’ and they are the ones who break and defy the law. Even the HRH Rulers made reminders that law and law enforcement agencies should be respected and adhered to. […]

  15. […] and act sternly, including HRH Sultan of Selangor, against people who are defiant of laws. HRH Raja Muda of Perak, who recently had been the iconic symbol of Ruler by the people who propagate civil society and […]

  16. Call by DYTM is very very valid. Once you are denied of police permit, if you choose to go on with your intention it becomes illegal. Rightly , the police will be forced to take action ie arrest! So don’t blame anyone but you for flouting the law. Some activist prefer to flout the law in order to be recognise as heroes . It is incumbent upon the organiser of any gethering that need police permit to discuss with OCPD so as an amicable decission can be made. It is sad and unbecoming of those in the law profession to knowingly flout the law, To me it was a very cheap publicity and an insult to their profession!! So lawyers, think again before you act. Don’t give room for the government to act on you. The police have got their role to play in ensuring the security of the nation!!!!!

  17. […] trend and practice on Malaysians defiance of law has also caught the attention of HRHs Rulers. So many Malaysians from all walks of life expressed their dissatisfaction on these people who […]

  18. […] UMNO sendiri akan mula tiris tanpa membincangkan perasaan dan aspirasi keseluruhan rakyat Malaysia. Titah khusus DYTM Raja Muda Perak agar undang undang dan Poilis dihormati menjadi sia sia belaka selepas episod […]

  19. ermmm… tompang lalu yek…

  20. ape sumbangan raja/sultan kat negara…nak bg komen konon…abis kan beras negara je..

  21. selalu orang nak cepat kaya ni la tak hormat undang2

  22. selalu orang nak cepat kaya ni la tak hormat undang2 dan buat kerja salah

  23. itu bagi yang nak cari jalan singkat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: