PM: HINDRAF berbohong dengan niat jahat, mengugatkan keselamatan Negara dan bertindak melampau!

Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyelar dan mengecam dakwaan Hindu Right Action Force (HINDRAF) dengan dakwaan dusta, pembohongan berniat jahat dan manipulasi fakta sebenar dengan maklumat palsu, mengenai keadaan masyarakat keturunan India, terutama suku-keturunan Tamil (majoriti keturunan India) dalam Negara.

Menurut PM Abdullah lagi, pembohongan dan dusta pihak HINDRAF ini boleh mengugat perpaduan antara kaum dan kepercayaan, kestabilan dan harmoni masyarakat majmuk, membangkitkan kemarahan keturunan lain dan menjejas keselematan Negara.

Disamping itu, HINDRAF juga berusaha untuk memburukan nama baik Negara dan Kerajaan, dipersada antarabangsa apabila merayu kepada Perdana Menteri Britain agar keahlian Malaysia digantung, jika tidak dipecat sempena Persidangan Ketua Ketua Kerajaan Commonwealth (CHOGM) minggu lepas. Ini juga termasuk kemungkinan akan menjejaskan hubungan baik antara negara, seperti India.

Ini merupakan laporan Mingguan Malaysia pagi ini:

Hindraf berbohong – PM — Berniat tidak baik dakwa kerajaan lakukan pembersihan etnik minoriti

Oleh: LUKMAN ISMAIL

ALOR GAJAH 1 Dis. – Kumpulan Hindu Right Action Force (Hindraf) telah membuat dakwaan melampau, tidak masuk akal dan berniat tidak baik apabila menuduh kerajaan Malaysia mengamalkan pembersihan etnik minoriti di negara ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri yang ternyata marah dengan tuduhan itu menegaskan, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang menghasut dan membuat pembohongan yang boleh menggugat perpaduan kaum.

Menurut Abdullah, dakwaan yang dibuat Hindraf termasuk kononnya kerajaan berada di belakang kumpulan ekstremis yang memusnahkan kuil Hindu di Kampung Jawa, Pulau Pinang pada 15 November lalu merupakan satu pembohongan besar.

Katanya, ia seolah-olah menyamakan Malaysia dengan pembersihan etnik yang berlaku di negara Bosnia oleh pihak Serbia beberapa tahun lalu

“Saya rasa marah sebenarnya, saya jarang rasa marah tetapi ini tindakan yang tidak boleh dilayan sama sekali.

“Apakah wujud pembersihan etnik di sini? Betulkah ada pembersihan etnik? Ini adalah satu pembohongan yang ada niat tidak baik. Pembohongan seperti ini akan menimbulkan kemarahan (rakyat),” tegas Perdana Menteri.

Abdullah menegaskan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Perkampungan Hadhari Melaka, di pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah di sini, hari ini.

Kejadian di Kampung Jawa itu tidak pernah berlaku, dan Abdullah berkata, ia merupakan satu cubaan hendak memperdayakan kaum India yang telah bersama-sama hidup aman dengan kaum lain dan membantu kerajaan membangun dan memakmurkan negara ini.

“Di Malaysia tak pernah berlaku perbalahan antara orang Islam dengan penganut agama Hindu. Mengapa hal ini ditimbulkan? Tentu sekali ia berbau perkauman dan mahu menggugat kestabilan perpaduan kaum dan gugat kepercayaan orang India kepada kerajaan, UMNO dan Melayu.

“Ini perbuatan yang tidak dapat kita terima dalam apa bentuk sekalipun. Ini adalah perbuatan yang terkutuk. Satu pembohongan, tohmahan yang tidak ada asas sama sekali,” kata Perdana Menteri.

Beliau turut kesal dengan tindakan Hindraf membuat aduan mengenai kaum India di Malaysia kepada kerajaan United Kingdom, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pihak antarabangsa lain yang semata-mata untuk menimbulkan keadaan yang tidak tenteram dan perbalahan antara kaum.

Semua itu katanya, mempunyai niat yang tidak baik dan cuba memperdayakan kaum India bahawa mereka golongan yang ditindas dengan mendakwa berlaku penghapusan etnik di negara ini.

“Penghapusan etnik ini seperti berlaku di Bosnia apabila pihak Serbia sentiasa menyerang dan membuat segalanya-galanya supaya orang Bosnia itu tidak wujud lagi tetapi kita tidak lakukan perkara itu,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Hindraf juga berbohong apabila menganggap kerajaan tidak berlaku adil terhadap agama lain dan beliau percaya dakwaan itu adalah untuk menimbulkan kebencian di kalangan orang India terhadap kerajaan.

“Orang India telah mainkan peranan mereka jadi penyokong kuat kerajaan Malaysia, kerajaan Barisan Nasional. Tentunya mereka tahu kita bersikap adil dan saksama.

“Selama 50 tahun kita merdeka, tidak pernah kita ada apa-apa pun hingga tidak ada perbalahan dengan orang India, orang India telah memainkan peranan mereka menjadi penyokong kuat kepada kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional, tentu sekali mereka tahu kerajaan bersikap adil dan saksama,” katanya.

Abdullah berkata, walaupun beliau seorang Islam tetapi sedia membantu kumpulan agama Hindu yang datang memohon bantuan membaiki kuil-kuil mereka di kawasan beliau di Kepala Batas.

Katanya, bantuan yang diberikan itu kerana kerajaan mahu berlaku adil dan tidak menganggap penganut agama lain sebagai musuh sebaliknya sebagai rakan.

Malahan, jelas beliau, kerajaan juga sentiasa membantu kaum India melalui pelbagai isu yang dibawakan oleh Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu selaku pemimpin kaum India terbesar di negara ini.

“Justeru, saya harap rakyat Malaysia buat penilaian terhadap tuduhan ini terutama bagi kaum India yang diperdaya oleh kumpulan ini,” tegas Perdana Menteri.

Abdullah memberi amaran, hasutan seperti ini boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini khususnya melibatkan orang Melayu dan India.

Sehubungan itu, beliau menyeru kaum India di negara ini tidak terpengaruh dengan pembohongan kumpulan terbabit manakala kaum-kaum lain pula diminta tidak menunjukkan simpati terhadap Hindraf.

Ditanya mengenai tindakan undang-undang yang akan diambil ke atas kumpulan terbabit, Abdullah berkata, beliau akan mendapatkan laporan penuh dari semasa ke semasa daripada pihak polis berhubung aktiviti kumpulan terbabit sebelum sebarang tindakan dilakukan.

“Kita ada undang-undang dan Perlembagaan. Kumpulan ini akan berdepan dengan tindakan undang-undang dan (selama ini) kita berjaya sebab kita patuhi (undang-undang dan Perlembagaan). Kita berpegang kuat pada Rukun Negara,” katanya.

Pada 25 November lalu, kumpulan yang menamakan diri mereka Hindraf telah mengadakan perhimpunan haram di ibu kota yang kemudiannya bertukar menjadi ganas apabila penyokong pertubuhan itu bertindak agresif melontar batu dan besi ke arah polis.

Perhimpunan tersebut tidak mendapat permit daripada pihak polis kerana bimbang ia menggugat keselamatan orang awam, yang kemudian berakhir dengan empat anggota polis cedera, dua daripadanya parah.

Bernama.com pula melaporkan:

01 Disember, 2007 16:47 PM

 

Hindraf Melampau, Kata Perdana Menteri

ALOR GAJAH, 1 Dis (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tindakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang mendakwa kerajaan Malaysia melakukan penghapusan etnik adalah perbuatan yang melampau.

Perdana Menteri yang nyata marah dengan dakwaan itu berkata tuduhan dan pembohongan yang tidak berasas itu boleh menimbulkan kebencian di kalangan rakyat dan menyebabkan perbalahan kaum.

“Saya rasa marah sebenarnya, saya jarang rasa marah tetapi ini tindakan yang tidak boleh dilayan sama sekali,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perkampungan Hadhari peringkat negeri di Dataran Pantai Perkelahan Tanjung Bidara dekat sini, hari ini.

Beliau berkata Hindraf mempunyai niat yang tidak baik apabila melakukan banyak pembohongan dan cuba memperdayakan kaum India bahawa mereka golongan yang ditindas dengan mendakwa berlaku penghapusan etnik di negara ini.

“Penghapusan etnik ini seperti berlaku di Bosnia apabila pihak Serbia sentiasa menyerang dan membuat segalanya-galanya supaya orang Bosnia itu tidak wujud lagi tetapi kita tidak lakukan perkara itu,” katanya.

Abdullah yang turut kesal dengan tindakan Hindraf membuat aduan mengenai kaum India di Malaysia kepada kerajaan United Kingdom, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pihak antarabangsa lain, berkata ia semata-mata untuk menimbulkan keadaan yang tidak tenteram dan perbalahan antara kaum.

Beliau berkata hari ini Hindraf cuba hendak memperdayakan kaum India yang telah bersama-sama hidup aman dengan kaum lain dan membantu kerajaan membangun dan memakmurkan negara ini.

“50 tahun kita merdeka, tidak pernah kita ada apa-apapun hingga tidak ada berbalahan dengan orang India, orang India telah memainkan peranan mereka menjadi penyokong kuat kepada kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional, tentu sekali mereka tahu kerajaan bersikap adil dan saksama,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka dalam apa juga pembangunan yang berlaku di negara ini.

“Saya bantu mereka, macam-macam saya bantu mereka, mereka hendak wang untuk baiki kuil mereka, saya bantu sebab kita menghormati agama lain, dan mereka bukan bermusuh dengan kita, mereka duduk bersama-sama bermaufakat dengan elok dan bekerjasama, ini yang telah berlaku,” katanya.

Perdana Menteri tidak mahu rakyat terutamanya kaum India membenarkan diri mereka diperdayakan dengan dakwaan kumpulan berkenaan dan begitu juga kaum lain diharap tidak akan menunjukkan apa-apa simpati kepada kumpulan itu.

“Adakah ini yang kita cari, di Malaysia tidak ada masalah antara Islam dan Hindu, tidak pernah berlaku, tidak ada pergaduhan di sini, mengapa perkara seperti ini ditimbulkan, tentu apa yang dilakukan ini ada berbau perkauman dan tujuan untuk memporakperandakan keamanan dan kesejahteraan rakyat kita,” katanya.

Katanya tindakan Hindraf yang hendak “menangguk di air keroh” itu tidak boleh dibiarkan kerana negara mempunyai undang-undang dan perlembagaan yang mana semua pihak perlu mematuhinya dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan.

“Kita berjaya sebab kita mematuhinya, kita pegang kuat pada Rukun Negara,” katanya dan menurutnya polis sentiasa memantau apa yang berlaku di negara ini termasuk kegiatan oleh pengikut Hindraf.

“Jadi saya harap rakyat Malaysia akan membuat penilaian dengan kenyataan seperti ini (oleh Hindraf) terutama sekali bagi kaum India yang diheret oleh kumpulan ini, diperdayakan oleh kumpulan ini,” katanya.

Beliau berkata sejak sekian lama, kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada pelbagai permintaan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu untuk memperbaiki sosial dan ekonomi masyarakat India.

“Sama ada permintaan untuk menjadi senator, wakil rakyat, semua kita beri perhatian. kita beri sokongan. Orang India tahu ada kumpulan seperti Hindraf nak cucuk mereka dan nak buat bermacam kenyataan supaya mereka tidak seronok dengan kita,” katanya.

Beliau tidak mahu Malaysia yang sedang membangun dengan baik digugat oleh kumpulan berkenaan.

Ditanya adakah kerajaan bercadang untuk melucutkan kewarganegaraan anggota Hindraf, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan undang-undang.

Perdana Menteri berkata melakukan demontrasi jalanan kononnya untuk membuat perubahan dan tuntutan adalah cara yang tidak betul termasuk oleh kumpulan yang bergelar “BERSIH” mengenai pilihan raya, bulan lepas.

Pada pilihan raya akan datang, beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan untuk menggunakan dakwat khas dan peti undi lutsinar bagi memastikan ketelusan.

“Tong peti undi yang lutsinar, semua orang tahu bila bawa ada kertas undi di dalamnya. Begitu juga untuk undi pos, orang lain pun boleh datang tengok, apa yang dilakukan semasa undi pos, semua nak periksa seolah tak percaya pada siapa pun, mereka sahaja perlu dipercayai,” katanya.

Perdana Menteri berkata kalau kerajaan Malaysia penipu, sudah lama ia diketepikan kerana rakyat bukan bodoh dan tidak boleh diperbodohkan.

“Kita terus memerintah, 50 tahun (merdeka) menjadikan negara kita ini berjaya, ekonomi kita meningkat, mengikut maklumat statistik yang muktahir sekali ekonomi naik 67 peratus, semua penunjuk kepada arah kita maju dan ekonomi kita bertambah baik,” katanya.

Abdullah yang mengakui masih ada kelemahan dan ada kerja yang belum dilaksanakan oleh kerajaan berkata: “mana ada pemimpin dalam dunia kata aku telah buat segala-galanya, semuanya sudah sempurna, tidak ada yang miskin, tidak ada yang melarat, tidak ada memerlukan bantuan.”

Beliau berkata pembangunan adalah proses yang mengambil masa yang lama dengan memberikan contoh dasar pembasmian kemiskinan yang dimulakan sejak wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan masih dilaksanakan sehingga hari ini.

“Ramai yang masih miskin, kita tidak boleh kata selepas 20 tahun DEB dilaksanakan maka berhenti segalanya-galanya, tak payah buat apa-apa lagi,” katanya.

— BERNAMA

 

Cara dan trend membawa apa apa isu pihak pihak tertentu dijalanan juga diselar Perdana Menteri dalam ucapan diMelaka ini. Kebelakangan ini, perhatian antarabangsa cuba ditarik melalui proses seperti Perarakan “Walk For Justice”, Perhimpunan/Perarakan Haram BERSIH dan terbaru, Perhimpunan/Perarakan Haram HINDRAF, yang jelas bertentangan dengan undang undang, sebagai termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang telah diluluskan oleh Parliamen melalui Akta Polis.

Dalam perhimpunan/perarakan haram anjuran BERSIH pada 10 November 2007, yang nyata sekali diperkudakan Pemimpin dan pihak Pembangkang, ada pula pihak pihak cuba mengaitkan DYMM SPB YDP Agong dan Raja Raja Melayu sebagai kunun kunun memberi ‘perkenan’ dan ‘restu’ dan ‘menyokong’ usaha yang jelas membelakangkan undang undang sediada dan sekaligus, meletakan Raja Raja Melayu sebagai membelakangkan prinsip ‘Raja BerPelembagaan’, sebagaimana menjadi asas penubuhan dan sistem Negara ini.

Oleh kerana ujud percubaan memanipulasi kunun kunun membabitkan baginda Tuanku, maka Istana Negara telah mengadakan sidang media khas untuk menafikan pembohongan ini dan kemudianya disusuli pula titah tegas baginda DYMM Sultan Pahang dan DYTM Raja Muda Perak.

Jelas ini memberikan tamparan hebat kepada Perhimpunan/Perarakan Haram 10 November itu.

Namun begitu, masih lagi ujud segelintir masyarakat majmuk Malaysia, terutama golongan professional dan perpelajar disekitar Lembah Klang, yang masih lagi bertegas dalam proses membetulkan keadaan melalui jalan perhimpunan/perarakan dijalanan, yang mereka rancang akan diadakan secara aman, walaupun tiada mendapat permit Polis.

Walaupun begitu dan ada yang sanggup memberikan jaminan perhimpunan terbuka/perarakan tanpa permit Polis ini akan menjadi aman, namun akan ujud anasir anasir dikalangan masyarakat madani ini yang akan menyalah gunakan kesempatan dan kelonggaran apa juga peluang yang diberikan untuk menimbulkan perasaan tersinggung, marah dan akhirnya berlaku pergaduhan dan kekacauan.

 

Published in: on December 2, 2007 at 08:04  Comments (16)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/12/02/pm-hindraf-berbohong-mengugatkan-keselamatan-negara-dan-bertindak-melampau/trackback/

RSS feed for comments on this post.

16 CommentsLeave a comment

  1. Satu respond yang ditunggu-tunggu dari Perdana Menteri Malaysia. Tapi kenapa lewat seminggu? Adakah Pak Lah baru ada masa membaca petisyen Hindraf? Atau penasihat-penasihat beliau menasihati beliau agar menunggu response rakyat (terutama bangsa Melayu). Sekiranya rakyat tak kisah, tentunya beliau tak akan response apa-apa … ala “elegent silence”.

    Kita tunggu response KJ! Mesti dia juga ambil peluang jadi jaguh! Oppurtunist!

  2. What do you expect people to do? Government says go through the proper channels, and we do, and we end up giving away 60% of our revenue to useless Towering Malays.

    I mentioned this before, and you had a good laugh at my expense. You even offered to be my business partner so that you could be a part of my NEP experience.

    The reality is, no one in Government is listening, be it UMNO or MIC, so what other choice did HINRAF have but to go to the streets?

    The PM said he is a good Muslim and that he will be judged after his death. Good luck to him. And you.

    HINDRAF lied! HINDRAF tried to tarnish Malaysia’s image, abroad with lies and manipulated wrong facts. That is malice!

    The Indian community have proper channels. They have elected MPs and Senators in the Parliament, both in the ruling party and oppositions. Ever since the first elections held in 1955!

    If no action taken against their case, as how they wanted it to be, well too bad. C’est La Vie!

    Maybe how and what they complained isn’t what it actually is. The Indian community were brought over from India with their own inherent social problems. The Malaysian Indians have to take stock amongst themselves and look inwards FIRST before imposing it on others. Are the social and economic problems of Malaysian Indians any different from those in India, or much worse? Or is it, in general, they are actually much better of here, as Malaysians?

    Compare them to the Tamils in Sri Lanka. How about those in Kenya and Uganda, once evicted from their new home. How about in South Africa. Why is it that there were two millitary coup against the Indian ethnic elected Govt in Fiji? The Malays have a saying for this “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Baik lagi negeri sendiri!”.

    Going to the streets is NOT THE SOLUTION! LYING AND PRESENTATION OF WRONGFUL MANIPULATED FACTS ARE DEFINITELY NOT THE SOLUTION!

    Maybe now, with these really unnecessary actions, the greater Malaysian public loathe these minorities within minorities for their circus attempt. Is that how the Malaysians Indians want their problems be solved? With alienation and being singled out, completely as “troublemakers”????

    Really stupid!

    Again, you should reconsider your business plans and strategies, seriously. So many foreign firms have been here, operating WITHOUT a local partner, let alone a Malay partner and yet they continuously do businesses and makes a lot of money, for decades, some even more than half a century.

    And yet foreign businesses come yearly to set up businesses here. I personally have a Danish friend who set up business here wholly on their own (something which the locals, including the Malays easily do it themselves! – No rocket-scientist-technology required!).

    No, I never offered you anything. Maybe too much make believe in your head. Exactly just HINDRAF leaders and those who believed in them.

    Again, I am laughing because your own shortfalls are exactly your own problem!

    Hahahahahahahhahahahahahahahahahahhahahahahahahahahaha 😀

  3. Yes Bro … Hindraf is a liar !!! Demolishing they Temple ???? this is a total liar !!! check the facts please … i advice to all the foreigner and Malaysian .

  4. the saddest part is our government is very slow to take action, that’s why this group now “besar kepala”.
    big dog good answer to kampong boy. they are really tarnishing the image of malaysia. ali rustam urged the Government to revoke their citizenship which i think suits them well.

  5. No, I never offered you anything. Maybe too much make believe in your head. Exactly just HINDRAF leaders and those who believed in them. – Read below your comment to me on another post.
    __________________________________________________

    On June 24, 2007 at 1:44 pm Kampong Boy Said:

    Sigh, commonsense tells me to let this go…but anyway, here it is: I AM living with my suffering. I have told you that in the original comment. I do not expect to be answered in any special way, just the truthful way. Or does the truth hurt? It’s your blog, it’s your opinion. Is it so difficult?

    Precisely! You are too stupid & gullible to get into that kind of arrangements (as you call it “suffering”), so why complain to me? I did not get you there. You got yourself there, with your eyes opened and yet you went along with it anyway. Other people do businesses too, even expats and they supply all sorts of products and services to all sorts of Government agencies without restrictions, what so ever.

    Just live with it or pack and leave!
    _________________________________________________
    P/S: Can you please give me your number? I would love to have someone like you as my business partner
    _________________________________________________
    Hahahahhahahahahahahahahhahahahahahahahhahahahahahahahahahahhahahahahahahahhahahahahaha

    Melayu memang mudah lupa

    You don’t even understand sarcasm, do you????

    Would I be REALLY interested in being a business partner, to someone like you?

    Hahahahahhahahahhahahhahahahahahahahhahahahahahahhahahahahahhahahahhaha

  6. Bigdog,
    U reflects typical UMNO Baru mentality.
    No wonder not only HINDRAF, even the kampong malays are pissed.

    If it continues, I guess UMNO BARU has to change again to UMNO BARUER…very soon!

  7. By the way, Malaysia’s reputation has already been tarnished because it is essentially practicing apartheid, albeit in a very subtle manner. The stupid thing is, its the majority race in the nation that needs affirmative action!!!

  8. […] HINDRAF beri fakta salah dan berniat jahat untuk membangkitkan kemarahan etnik India Apa yang diutarakan oleh HINDRAF kunun kunun sebagai rakyat Malaysia keturunan India (majoritinya sub ethnik Tamil) bahawa mereka tinggal diMalaysia dalam keadaan serba kekurangan, ditindas, dibiarkan melarat dan merekakan kumpulan etnik paling daif dalam negara ini adalah dusta dan pembohongan berniat jahat semata mata. […]

  9. Tunggu apa lagi?

    Deploy: OPERSAI LALANG HANGUS!!!!!!

  10. Kampong boy ni bodoh atau tak reti baca???

    Satu dunia, negara dunia ketiga/kurang membangun datang ke Malaysia untuk belajor cara kita membangunkan masyarakat pribumi, termasuk Afrika Selatan, Nambia, Zimbabwe dan Papua New Guniea.

    Dia ni mesti keling ni.

    Balik Indialah, kalau dah bodoh sangat tu! tak sedor diri ka, atuk nenek dia dulu datang sini jadi buruh toreh getah dan buat jalan keretapi!

    Menyemak saja disini. Bila susah kena tindas dengan kasta yang lebih tinggi, salahkan kita pulak!

    Bodoh nak mampus……………

    Sila jangan gunakan terma seperti “keling”, walaupun ada tempat seperti diMelaka, ‘Tanjung Keling’ dan Penang, ‘Masjid Kapitan Keling’. Terima kasih

  11. Watan Malaya – satu dunia dok gelak kat Malaysia kerana majoriti rakyatnya perlukan tongkat walaupun sudah Merdeka 50 tahun. Hang tak tahu malu ke? Afrika Selatan, Namibia, Zimbabwe dan Papua New Guinea?!?!?! hahaha, pemikiran orang UMNO memang sama standard macam depa!!

    Kalau atok aku kerja kat ladang getah, apa salahnya? Kerjaya penoreh getah adalah lebih bermaruah daripada kerjaya ahli politik UMNO pada hari ini, tahu tak? Buat jalan keretapi apa salahnya? Lebih bermaruah daripada Datuk Satay UMNO yang membina istana!!!!

    Memang aku nak pi negara lain pun, tunggu masa saja. Dok negara ini buat apa? Orang Melayu yang fikiaq sempit macam hang akan menjatuhkan negara ini tak lama lagi.

    Anak Watan Malaya memang ada kebenaran dan berhujah dengan fakta. Banyak negara mahu belajar pengalaman Malaysia, membangunkan anak pribumi.

    Bukan mudah mahu bangunkan 65% penduduk, yang kurang dari segala serba serbi; pendidikan, infrastruktur, program pembangunan ekonomi, sistem nilai tambah dsbnya.

    India yang telah mencapai merdeka lebih 60 tahun pun mempunyai kadar kemiskinan, buta huruf dan ketinggalan serba serbi bagi anak pribumi PALING BESAR dalam dunia!

  12. Anak Watan Malaya tidak elok kita menggunakan perkataan tersebut. Bersama kita menangkis penipuan oleh Hindraf . Tapi sangat ironik bila Hindraf yg kononnya berjuang utk hak tapi lebih sanggup menipu dan menjadi penipu atau ini sememangnya sifat asal mereka .

    And Danial , you still the same , what the mentality … huh

    Perkataan itu mungkin dianggap ‘tidak sesuai’. Tetapi sebagaimana telah diperjelaskan tadi, namanya sinonim dengan tempat tempat terkenal dalam Negara ini dan menjadi tarikan pelancong pula.

  13. Setujui dengan Gamal.

    Keselamatan Negara sudah dikompromi! Tunggu apa lagi?????

  14. […] attempt was seen as a gross and indecent blatant lie with malice and an attempt to discredit Malaysia in the international arena, which include the call for the suspension, if not sacking from […]

  15. […] pemimpin MIC berikrar akan berkerja keras untuk memberikan penerangan dan menafikan segala pembohongan dan fitnah berniat jahat yang dilakukan oleh pemimpin HINDRAF, semenjak pertengahan November lalu. Published […]

  16. Sembah Salam,

    Setahun lebih sudah berlalu…
    (Terasa nak nyanyi lagu Alleycats pulak:
    “Februari, muncul kembali…”)

    “Hei sepuluh… helai daun sireh,
    Ku getas bersama, bunga cengkih…”

    13 itu sempurna.

    Wassalam.

    🙂

    Mahadher Abdul Halim
    http://www.whizsolutions.com.my


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: