Apakah pendemontrasi haram akan hormat dan akur kepada penguatkuasa undang undang selepas tindakan mengecewakan PM ‘Flip-Flop’?

Besok (Sabtu, 22 Disember), Gerakan Menentang ISA (GMI) dan beberapa NGO diberitakan sedang merancang untuk menganjurkan demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perkara ini menarik banyak perhatian, terutama baru baru ini lima orang pemimpin HINDRAF ditahan tanpa bicara selama 2 tahun dibawah undang undang tersebut kerana tindakan membuat kenyataan fitnah dan berundur hasutan, membangkitkan kemarahan orang ramai, menganjurkan perhimpunan haram bertukar menjadi ganas dan percubaan untuk menghina nama baik Negara diluar negara, sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sepertimana beberapa perhimpunan haram sebelum ini, Polis akan menutup beberapa laluan ke pusat bandaraya dan menyekat semua pengunjung ke Dataran Merdeka. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain A Rahman menjelaskan dalam sidang media tengahari tadi bahawa tiada sebarang permohonan untuk mendapatkan permit bagi perhimpunan yang dirancang esok telah dikemukakan oleh mana mana pihak. Beliau mengatakan sesiapa terlibat dalam sebarang perhimpunan tanpa permit akan ditahan dibawah Sect 27(5) Akta Polis.

Bernama.com mempunyai laporan:

21 Disember, 2007 17:33 PM

 

Jalan Ke Dataran Merdeka Ditutup Pagi Esok Halang Perhimpunan Haram

Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Polis akan menutup jalan menghala ke Dataran Merdeka di sini pagi esok bagi menghalang satu perhimpunan haram yang dirancang di situ pada malamnya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman memberitahu pemberita hari ini bahawa polis akan juga membuat sekatan jalan raya sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu kerana penganjurnya tidak mendapat permit.

“Kita tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berdegil,” katanya.

— BERNAMA

 

 

Persoalanya sekarang, apakah rakyat Malaysia kepala batu dan degil ini akan akur dan menghormati perintah Polis, setelah PM ‘Flip-Flop’ Abdullah Ahmad Badawi dilihat sebagai pemimpin ‘LEMBIK’ apabila melakukan keputusan amat mengewakan dengan ‘mengarahkan’ Peguam Negara, selaku agensi penguatkuasa dan penjamin undang undang dipatuhi laing utama negara ini untuk menarik balik tuduhan berat “cubaan membunuh seorang anggota Polis semasa bertugas” keatas ‘HINDRAF 31’?

Published in: on December 21, 2007 at 23:16  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/12/21/apakah-pendemontrasi-akan-hormat-dan-akur-kepada-pengutakuasa-undang-undang-selepas-tidak-mengecewakan-pm-flip-flop/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentLeave a comment

  1. […] while, the planned illegal assembly by Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) and NGOs for the candle light vigil against ISA for 8.00pm at Dataran Merdeka was canceled by the […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: