UMNO Youth questioned slow progress on Nurin Jazlin case

UMNO Youth today questioned the Police on the lackluster progress of the Nurin Jazlin murder case investigations, despite getting assistance from foreign law enforcement agencies’ experts. UMNO Exco in-charge of Public Complaints and Consumer Affairs. Dato’ Subhan Kamal expressed this view today. He urged the Police to explain to the public on the progress of the murder investigations which drew so much attention.

He also added that the Police should not depend on the society to provide them when the necessary information when doing an investigations on a criminal case. Instead, he expected the Police to organise themselves to look for the necessary and mitigating information and not wait until they are offered.

Currently, there is almost 100,000 men and women serving the Police force, in various law enforcement, prevention of crime, public order and safety and internal security capacities, covering a population of 27 million inhabitants over 330,000 sq. km. of territory and thousand of KMs of borders and coastlines. They have been supplied with equipments which include helicopters, patrol vessels and sensitive surveillance and communication apparatus. 

On the other hand, IGP Tan Sri Musa Hassan when asked to respond, said the Police was still investigating the case and he felt its in appropriate to discuss the development of the case, especially through media. “I cannot be revealing my investigations to you”, he said when raised by TV3.

There have a been a lot of talk about how some cases have been investigated and prepared to be charged in court and in some, they were freed because of investigations and procedural failures. Infact, in Nurin Jazlin’s case, Attorney General Tan Sri Gani Patail will be furnished on the reason why the suspects were freed. Presently, media recorded some of cases still unsolved. This dissatisfaction on the Police force’s productivity and efficiency was also expressed by a long time former IGP Tun Mohamed Haniff Omar four months ago.

Published in: on December 23, 2007 at 19:28  Comments (1)  

Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ LEMBIK: Naib Ketua Pemuda Gerakan berani menyalahkan UMNO!

Naib Ketua Pemuda Gerakan S. Paranjothy yang baru baru ini dipetik sebagai secara terbuka menyalahkan UMNO sebagai secara terancang punca segala masalah masyarakat etnik India Malaysia, seiring dengan tuduhan liar pemimpin Hindu Rights Action Force (HINDRAF) menerima pelbagai reaksi negatif dan keras, terutama dari pemimpin pemimpin UMNO.

Ketua Pemuda UMNO Dato’ Hishamuddin Hussein, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) mengeluarkan satu ‘ultimatum’ keras, agar Gerakan bertindak keatas pemimpin Pemuda mereka atau risiko dipecat dari BN, yang secara jelas sengaja menghina dan menyinggung rakan kongsi BN. Tindakan Paranjothy ini disifatkan sebagai tidak wajar dan membelakangkan prinsip ‘menyelesaikan masalah semasa sendiri secara keluarga’ yang selama ini dipraktik BN, satu formula perkongsian kuasa yang berjaya semenjak 1955.

Utusan mempunyai laporan:

Kata dua Hishammuddin kepada Gerakan

Oleh HERMAN HAMID

MACHANG 22 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon segera memberi penjelasan berhubung kenyataan Naib Ketua Pemuda parti itu, S. Paranjothy yang mendakwa UMNO adalah salah satu punca mengapa kaum India terpinggir.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, sekiranya penjelasan tersebut gagal diberi atau tidak memuaskan, tidak mustahil hubungan Pemuda UMNO serta Barisan Nasional (BN) dengan Parti Gerakan akan putus.

“Buat masa ini kita tidak mengeluarkan sebarang pendirian berbentuk mengutuk dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat penjelasan Gerakan kerana bagi BN, apabila timbul isu dari kalangan parti komponen, kita perlu dengar penjelasan.

“Namun ini bukan bermakna Pemuda UMNO beralah. Sekiranya penjelasan tidak memuaskan, kita sanggup putuskan hubungan. Hal ini bukan main-main,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Korban Perdana anjuran pergerakan tersebut di sini hari ini.

Pada program yang memasuki edisi keempat itu, sebanyak 160 ekor lembu dikorbankan untuk diagih-agihkan kepada penduduk Parlimen Machang dan kawasan sekitarnya.

Hadir sama ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Machang, Ahmad Jazlan Yaacob, Ahli Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Korban Perdana, Datuk Pirdaus Ismail.

Menurut Hishammuddin, menjadi tanggungjawab pucuk pimpinan Gerakan untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataan Paranjothy itu.

Katanya, walaupun Paranjothy hanyalah pemimpin di peringkat Pemuda dan kenyataannya itu disiarkan di Internet, ia tetap melibatkan barisan kepimpinan parti itu sendiri.

“Dalam keadaan sekarang kita memerlukan kepimpinan yang tegas dan jelas bersandarkan perjuangan yang telah diwarisi. Bukan untuk kepentingan agenda sendiri,” katanya.

Dalam sidang media khas Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon pagi ini, perkara ini akan dirujuk kepada sebuah Jawatankuasa Disiplin Gerakan yang akan diketuai oleh Tan Sri Soong untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Paranjothy ada kemungkinan digantung keahlianya sekiranya didapati bersalah.

Untuk rekod, Gerakan yang pernah menjadi Pembangkang telah menganggotai BN semenjak ianya ditubuhkan pada Ogos 1974 oleh Perdana Menteri Ke II Tun Abdul Razak Hussein. BN ditubuhkan mengantikan Parti Perikatan, yang ujud semenjak Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu pertama, 1955.

Dalam kenyataan berlainan, pemimpin MIC berikrar akan berkerja keras untuk memberikan penerangan dan menafikan segala pembohongan dan fitnah berniat jahat yang dilakukan oleh pemimpin HINDRAF, semenjak pertengahan November lalu.

Dasar ‘keterbukaan’ PM ‘Flip-Flop’ kini sudah beberapa kali menjadi “Senjata makan Tuan”, terutama apabila “kerjasama, kesefahaman, kesopanan dan kesusilaan dalam satu pasukan” sudah mula terjejas. Mula mula Timbalan Menteri Sumber Alam dan Alam Sekitar Dato’ S. Sothinathan digantung selama beberapa bulan kerana di’disiplin’kan akibat tindakan bertelagah dengan sesama MP BN dalam Dewan Rakyat. Kemudian baru baru ini Ahli Parlimen Cameron Highlands K. Devamany ‘menyokong’ tuntutan HINDRAF dalam Dewan Rakyat sehingga ‘terpaksa diselamatkan’ oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Tahun lepas, Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri, yang juga menantu PM ‘Flip-Flop’ Abdullah membuat kenyataan yang menyinggung perasaan masyarakat Cina Malaysia, termasuk reaksi negatif negatif MCA dan Gerakan. Dato’ Hishamuddin, selaku Ketua Pemuda BN dituntut untuk memperjelaskan keadaan yang mungkin menjadi genting ini.

Apakah ini menunjukan dengan jelas bahawa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah Ahmad Badawi sudah hilang kewibawaan memimpin dan tidak lagi dihormati oleh kepimpinan parti komponen BN, sehinggakan pemimpin parti rakankongsi sesama BN sanggup menghina UMNO sebegitu rupa?

Published in: on December 23, 2007 at 12:42  Comments (21)