Reaksi angkuh Paranjothy melambangkan jelas ketirisan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’

Hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan laporan bahawa Naib Ketua Pemuda Gerakan S. Paranjothy yang diselar kerana membuat kenyataan liar dan melulu, kerana menyalahkan UMNO kerana masalah sosial rakyat Malaysia etnik India dan menyinggung pelbagai pihak, tidak berasa gentar dan sedikit pun risau berkenaan perbuatan itu dan tindakan yang bakal diambil keatasnya.

Malah beliau dengan angkuhnya menyatakan kesediaan untuk menanggung risiko tindakan Jawatan Kuasa Disiplin dan Jawatan Kuasa Kerja Pusat parti agar digantung sebagai ahli Gerakan dan menjejaskan karrier politik dalam parti pelbagai etnik BN itu.

Saya tidak menyesal – Paranjothy

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

paranjothy.jpg

S. Paranjothy.


 

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy sedia menerima apa jua bentuk hukuman berikutan kenyataannya bahawa kaum India di negara ini terus terpinggir.

Bagaimanapun, beliau tidak menyesal dengan tindakan itu kerana ia merupakan usahanya untuk meluahkan perasaan rakyat di peringkat akar umbi.

Sebagai seorang ahli politik, katanya, beliau harus menanggung risiko terhadap tindakannya itu termasuk dikenakan hukuman oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CCC) dan Jawatankuasa Disiplin Parti Gerakan.

‘‘Saya tertakluk kepada perlembagaan parti dan saya juga tertakluk kepada undang-undang negara. Jika parti mendapati saya telah melakukan satu kesalahan yang bertentangan dengan perlembagaan, saya sedia dikenakan tindakan.

“Saya tidak akan menyalahkan Pemangku Presiden (Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon) sekiranya saya dikenakan hukuman ini kerana beliau telah melakukan perkara yang sewajarnya,’’ kata Paranjothy kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, parti Gerakan telah memulakan tindakan tatatertib terhadap Paranjothy kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan masyarakat majmuk di negara ini.

Baru-baru ini, satu laporan dalam laman web Internet memetik Paranjothy sebagai mendakwa UMNO merupakan salah satu punca mengapa kaum India terpinggir di negara ini.

Dalam reaksinya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Tsu Koon bertindak terhadap pemimpin muda Gerakan itu kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan boleh merosakkan hubungan dalam Barisan Nasional (BN).

Ketika ditanya kemungkinan beliau dipecat daripada parti akibat perbuatannya mengeluarkan kenyataan kontroversi tersebut, Paranjothy berkata, beliau tidak pernah terfikir hingga sejauh itu.

‘‘Saya yakin Pemangku Presiden, Jawatankuasa Disiplin Gerakan dan semua yang akan terlibat dalam mengadili saya akan membuat keputusan yang adil dan terbaik,’’ ujarnya.

Paranjothy memberitahu, beliau terdorong mengeluarkan kenyataan untuk memaklumkan bahawa masyarakat India di Malaysia memang memerlukan pembelaan sewajarnya.

Katanya: ‘‘Saya juga ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah menyatakan UMNO menjadi punca kaum India terpinggir tetapi apa yang saya ingin beritahu ialah kedudukan kaum India yang kini berhadapan dengan banyak masalah.

‘‘Saya bukan sengaja mahu mengeruhkan keadaan tetapi keadaan ini adalah hakikat yang sedang berlaku. Siapa yang banyak menjadi ahli kumpulan samseng gengster – kaum India. Siapa yang banyak terlibat dalam gejala sosial yang memalukan – orang India.’’

Tegas beliau, isu orang India adalah isu nasional dan ia perlu diberi perhatian sepenuhnya.

‘‘Jangan nanti negara kita menjadi tidak selamat kerana kita gagal menyelesaikan masalah orang India,’’ ujarnya.

Menurut Paranjothy, beliau langsung tidak berniat untuk menjadi popular tetapi apa yang diperjuangkan itu adalah berteraskan kepada kepentingan orang ramai.

Katanya, setakat ini beliau masih belum dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin Parti Gerakan.

‘‘Saya jangka mereka akan memanggil saya tidak lama lagi kerana ramai di kalangan anggota jawatankuasa itu sedang bercuti ketika ini,’’ tambahnya.

Reaksi ini menunjukan Naib Ketua Pemuda Gerakan ini ialah seorang yang angkuh dan degil dengan kedudukan kenyataan beliau, walaupun dibidas oleh pelbagai pihak termasuk Kepimpinan parti sendiri keatas satu tindakan yang membelakangkan ‘semangat menyelesaikan masalah dalam konteks kekeluargaan’ yang dipraktikan Barisan Nasional (BN) semenjak sekelian lama.

Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon dalam sidang media khasnya menjelaskan bahawa kenyataan Naib Ketua Pemuda Gerakan yang disiarkan dalam akhbar politik siber Malaysiakini itu merupakan pandangan peribadi dan bukan ketetapan parti. Namun begitu, Ketua Pemuda UMNO Dato’ Hishamuddin Hussein, yang juga Ketua Pemuda BN menyifatkan Naib Ketua Pemuda Gerakan perlu ada sifat ‘kepertanggung jawaban’ apabila mengeluarkan sebarang kenyataan dan ianya melambangkan kedudukan dan sentimen parti yang mereka pimpin.

Apakah ‘keangkuhan’ boleh ditafsir sebagai seorang pemimpin, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah Ahmad Badawi sudah hilang kawalan, kewibawaan sebagai pemimpin telah mula tiris dan menunjukan kegagalan dan tidak lagi dihormati oleh pucuk pimpinan menengah parti komponen?

Jika ini merupakan senario yang ‘sebenarnya lebih buruk dari rupa’ (a tip of the iceberg), bagaimana sentimen sebenar 13 parti komponen selain dari UMNO dalam BN? Mampukah BN mengharungi cabaran Pilihanraya Umum ke XII akan datang ini dengan semangat, sentimen dan senario ‘hilang kawalan’ dan tiris dikalangan pucuk pimpinan menengah parti parti komponen yang mula mempersoalkan pelbagai perpesktif terlalu banyak perkara, yang sebenarnya sudah lama di’selesai’kan dan dipersetujui oleh pemimpin pemimpin Tertinggi BN?

Published in: on December 25, 2007 at 07:53  Comments (17)  

Merry Christmas and good tidings

merry-christmas.gif

It’s 25 December, again. Today is Christmas Day for 2007.


Merry Christmas, everyone and have a good tidings holiday.

queen-elizabeth-1957-christmas-message.jpg

There are surprises for this year’s Christmas. It seems that Queen Elizabeth II of England, has embraced cyber technology to reach out her subjects and for the first time in her 50 year reign, her Christmas message was presented on You Tube format. The objective is her effort is to reach the growing younger segment of her subjects. Included in the “Royal Channel” is her first televised Christmas message exactly 50 years ago and a rare footage of her parents’ wedding.

We hope she will be blogger one day.

Published in: on December 25, 2007 at 02:04  Comments (1)