Anwar: ‘Raja’ dan ‘dalang’ budaya demonstrasi haram di jalanan

Kebelakangan ini, kekerapan dan saiz ‘tekanan’ yang demonstrasi jalanan tanpa permit Polis makin banyak dan intensif. Setelah ‘budaya’ mengunakan jalan sebagai medan meluahkan perasaan ini lama hilang dan seolah olah ‘dilupakan’, kini ianya timbul semula, semacam ada usaha berstruktur untuk ‘merancang’ dan ‘menganjurkan’ perarakan orang ramai, yang kadang kala berakhir dengan keganasan.

Bermula dari “Walk for Justice”, yang dianjurkan oleh Majlis Peguam pada 26 September 2007, kerana percubaan mendesak Kepimpinan Kerajaan untuk mengujudkan satu Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat pembabitan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Halim dalam perbuatan ‘lobi-melobi’ dan ‘percaturan’ oleh seorang pengamal guaman ternama.

10-nov-opp-anwar-ii.jpg10-nov-opp-ii.jpg10-nov-opp-i.jpg

Kemudian perarakan dan demonstrasi jalanan tanpa permit Polis 30,000 warganegara dari Dataran Merdeka ke Istana Negara, dengan niat menghantar satu memorandum kepada SPB YDP Agong mengenai aduan atas keperluan pilihanraya bebas dan tidak bias. Program yang kunun kunun anjuran sebuah NGO ini akhirnya jelas terbukti bahawa Pembangkang men’dalangi’ usaha ini.

Akhir November pula melihatkan Hindu Rights Action Force (HINDRAF) menganjurkan perhimpunan dan demonstrasi jalanan yang tidak berjaya mendapatkan permit Polis, untuk kunun kunun menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Britain (melalui Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia).

hindraf-on-new-paper.jpg

Perhimpunan ini bertukar menjadi ganas dan kemudian didapati ianya dirancang terlebih awal sedemikian.

Kenapa kekerapan perhimpunan dan demonstrasi jalanan tiba tiba sahaja muncul kebelakangan ini? Sejarah telah menunjukan bahawa dua zaman dimana perhimpunan dan demonstrasi jalanan tanpa permit Polis begitu rancak dianjurkan; 1974 dan 1998-1999.

anwar-fr-jeff-ooi.jpg

Benar, isu isu yang diketengahkan dalam demontrasi demonstrasi jalanan ini berbeza mengikut zaman dan keadaan. Namun begitu, terdapat satu kesamaan dalam kekerapan demontrasi jalanan tanpa permit Polis ini; Anwar Ibrahim!

Tahun 1974, Anwar dilihat sebagai pemimpin militan pelajar yang kunun kunun begitu tegas membidas Kerajaan Tun Razak Hussein, dalam perlaksanaan dasar dasar Kerajaan dan melibatkan orang orang Melayu, terutama diluar bandar dan desa, tatkala Dasar Ekonomi Baru dan Projek Buku Hijau telah dimulakan, secara spesifik untuk membantu kumpulan sasaran yang sama.

anwar-reformasi.jpgreformasi-1998.jpg

Tahun 1998 pula, melihatkan Anwar Ibrahim menyerang Kepimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad meng’aniaya’ dirinya semata mata kerana memperthanakan ‘kronisma’ dan “ketamakan untuk terus berkuasa”. Ini dipersembahkan dalam siri siri demonstrasi haram “Reformasi”. Yang nyatanya, antara 1982-98, semasa Anwar diangkat sebagai sebahagian dari anggota pentadbiran dan akhirnya mencapai kedudukan kedua terutama Negara, tiada langsung demonstrasi jalanan ini.

anwar-masjid.gif

anwar-masjid-negara2.jpg

Budaya demonstrasi jalanan (selalunya, berubah kepada keganasan) yang Anwar cuba ‘hidup’kan kembali ini tidak setakat dijalanraya dan padang padang awam, malah beliau tergamak mencemari kesucian masjid, sebagaimana yang berlaku di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 4 September 1998, dua hari selepas dipecat dari Kabinet dan UMNO.

Hari ini, kita masih lagi melihat ‘sejarah’ berulang. Kes V. K. Lingam, yang menjadi asas dan modal utama Majlis Peguam menganjurkan demosntrasi tanpa permit Polis dari Palace of Justice ke Perdana Putra, Putrajaya itu lahir setelah Anwar Ibrahim membuat siding media ‘membongkar’ satu rakaman video perbualan seorang pengamal guaman ternama.

Pada perhimpunan haram 10 November 2007 pula, walaupun BERSIH begitu tegas mengutarakan bahawa aktiviti itu anjuran pelbagai NGO bergabung. Namun begitu, Anwar Ibrahim telah memberikan ucapan kepada peserta peserta dan media, terutama luar negara yang memberikan liputan intensif. 

10-nov-opp-anwar-i.jpg

Dalam kes HINDRAF pula, Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan media semasa di India, menyokong usaha HINDRAF. Dipercayai, Anwar timbul kesedaran kunun kunun ‘membela nasib keturunan India’ ini semasa dan selepas kekalahan memalukan calon ‘gergasi’ PKR mantan tokoh korperat Tan Sri Khalid Ibrahim kepada seorang mantan guru di Ijok. HINDRAF merupakan badan dan peluang terbaik bagi beliau ‘mencucuk’, agar emosi golongan India dibangkitkan dan sebagaimana biasa, menimbulkan kekacauan dikalangan masyarakat. Mebangkitkan emosi, kemarahan dan kekacuan dikalangan segmen segmen terpilih rakyat merupakan ‘kepakaran’ dan ‘operasi piawaian biasa’ (standard operating procedure) Anwar.

pm-no-one-is-above-the-law.gif

Perarakan dan demonstrasi jalanan yang pada asalnya dianjurkan oleh Majlis Peguam pada 9 Disember 2007 dan dibatalkan kerana dinafikan permit Polis, tetapi masih lagi diteruskan juga atas nama memperingati “Hak asasi manusia” dan berakhir dengan tangkapan termasuk empat orang peguam, sebenarnya mendapat sokongan terbuka dan kuat Anwar.

Yang nyatanya, semenjak kebanjiran pemimpin pemimpin PKR seperti Dr. Chandra Muzaffar, Marina Yusuf, Nell Onn, Ruslan Kassim, Zainur Zakaria, Jomo K. Sundram, Lokman Noor Adam, Hanafiah Man, S. Nalla Karupan dan terbaru, Abdul Rahman Osman lari keluar meninggalkan perjuangan yang sia sia itu, Anwar Ibrahim dan PKR perlu kekal ‘relevan’ sebagai satu parti politik yang mempunyai objektif dan sasaran pencapaian.

opposition-sought-audience-with-pm.jpg

Anwar Ibrahim kini terdesak setelah ‘bankrap’ modal politik, hanya mempunyai pilihan terakhir untuk kekal relevan menerima ‘perhatian’ masyarakat Malaysia; iaitu kembali kepada modus operandi yang amat beliau pakar dalam menarik perhatian politik, setelah cara lain gagal – Demonstrasi haram dijalanan!

Jelas mantan banduan Anwar Ibrahim ialah ‘Raja’ dan ‘Dalang’ untuk menghidupkan budaya yang sebenarnya tidak diterima majoriti rakyat Malaysia, iaitu demontrasi haram di jalananan. Samada ujud agenda berpaksikan dari ‘luar’ dalam usaha terancang dan berstruktur ini, ialah atas penilaian masing masing. Yang nyatanya, dari liputan yang diberikan pihak pihak ‘tertentu’, menunjukan Anwar merupakan “Ayam Tambatan” !


Published in: on December 30, 2007 at 00:07  Comments (15)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/12/30/anwar-raja-dan-dalang-demonstrasi-haram-di-jalanan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

15 CommentsLeave a comment

  1. anwar memang terkenal dgn sifat buruknya yg hanya mementingkan kuasa dari negaranya. dia sanggup hancurkan negara ini untuk mencapai cita2nya. dia jugak menjadi mastermind kpd rally hindraf tempoh hari.manusia mcm ini patut di buang kerakyatan.

  2. Memang Anwar Al Jub ini kaki bakar perasaan rakyat dan agen provocateur, agar negara kucar kacir dan beliau menangguk di air keruh!

    Bukan sekarang, nu sejak 40 tahun lagi beliau dipilih dan latih oleh CIA!

    Aku heran kenapa baru la ni orang keluokan analisa mengenai Pengkhianat Negara pro Yahudi ini!!!!

    Kalau Cohen, Rubin, Wolfowitz dan Albright berkawan RAPAT dengan Anwar, maknanya, dia ni sebahagian dari pergerakan mereka juga!

  3. […] seperti mantan Timbalan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang terbukti menjurus kepada aksi ‘ganas’ dalam ‘kerakusan’ beliau mendapat kuasa, wajar ditolak. Beliau dikatakan baru baru ini […]

  4. […] ‘politik pengganas’ ini adalah sesuatu yang dipelupuri dan budayakan oleh Ketua Pembangkang tidak-berparti Anwar Ibrahim. Jika dilihat melalui sejarah,  membudayakan politik […]

  5. […] Anwar Ibrahim also should be arrested for master minding all these. The pattern of losing power and instigating anger of the rakyat now is all to familiar just as when the was sacked as the Deputy Prime Minister on 2 September […]

  6. […] emosi, mempermainkan kemampuan propaganda media dan kebolehan berbohong yang konsisten. Beliau juga membudayakan ‘politik pengganas’ dan rusuhan jalanan, setiap kali hajat untuk berkuasa […]

  7. […] Some really gullible-freaked-out-Opposition-promoted-radicalism alternative addicts’ ability to defy even the Constitution for their crave of political power, could simply do very nasty things to a blogger’s family just about anywhere. These […]

  8. […] propensity to assume power at the expense of civility, is very clear. He failed with his street mob politics via Reformasi and throwing support for HINDRAF’s terrorism ways, now repackaging his desperate […]

  9. […] arnachists who evolved into PKR,  are very synonymous in mobstreet politics. King of modern Malaysian anarchy former-abuse-of-powe-convict Anwar “Drama King” Ibrahim should be arrested inder the […]

  10. […] The date was 2 September 1998. Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim was sacked by then Prime Minister Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad from the Cabinet. A day later, UMNO Supreme Council met and decided to expel Anwar as a member. Anwar immediately captured the imaginations and sympathy of Malaysians that he was ‘victimised’, the draconian government of Dr. Mahathir was machiavellian to ‘conspire and destroy him’, launched the ‘Reformasi’ movement, to instigate the fury of the common rakyat against the Leadership. Massive mobsteet anarchy politics was born. […]

  11. […] KeAdilan,  was the formalisation of Anwar “Mat King Leather” Ibrahim’s mobstreet movement ‘Reformasi’, which he former UMNO Deputy President and Deputy Prime Minister activated to stir up the anger and […]

  12. […] Anwar merupakan ‘Raja dan Dalang’ politik rusuhan jalanan Malaysia. […]

  13. […] demonstrations and Anwar is synonymous, what is disturbing is that the mosque in Jalan Duta is being used as the rallying point, a […]

  14. […] kepada DYMM Paduka Sultan Perak Februari 2009 harus juga diambil kira. Jelas, pemimpin seperti Anwar sebagai ‘Raja Anarki’ dan Chua merupakan petualang ‘anarkis’ yang tergamak berbuat apa sahaja termasuk […]

  15. […] Minister’s position on 2 September 1998 for ‘sexual deviancy and sodomy’ and ‘Reformasi’ was born. Suddenly, Malaysians are incited and instigated by Anwar and his band of Anwaristas in an enigma […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: