Menteri KEPUNDEK: Ganti pengurusan PNS kerana litigasi atas adik PM ‘Flip-Flop’

Lewat ini, timbul lagi satu kontroversi baru dalam kepimpinan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, sebagai Menteri Kabinet yang bertanggung jawab keatas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KEPUNDEK).

Bulan Oktober lepas, beliau telah mengeluarkan arahan agar kepimpinan Perbadanan Nasional Berhad (PNS), satu agensi dibawah KEPUNDEK, berlaku satu perubahan drastik, dimana Pengerusi dan Pengarah Urusan digantikan dengan personaliti baru. Pengerusi yang lama, YB Dato’ Shahrir Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru dan mantan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN digugurkan dan digantikan dengan YB Dato’ Ismail Sabri Yaakob, Ahli Parlimen Bera.

Ini berlaku kerana dikatakan Pengarah Urusan PNS sebelum ini, Rosdi Ibrahim, membenarkan proses litigasi diteruskan keatas Pengerusi Bank Simpanan Nasional dan Putra Capital Bhd., Dato’ Azim Zabidi dan Pengerusi Dewina Foods Dato’ Ibrahim Badawi. Dato’ Azim merupakan Bendahari UMNO manakala Dato’ Ibrahim pula adalah adinda Perdana Menteri ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dato’ Ibrahim pertama kali menarik perhatian umum apabila didapati merupakan rakan kongsi LSG Sky Chef Brahim Sdn. Bhd., apabila syarikat penyajian Malaysia Airlines MAS Catering Sdn. Bhd. diambil alih oleh syarikat penyajian anak syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa, itu.

Dato’ Shahrir, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira Kira Awam (Public Accounts Committee) Dewan Rakyat bersetuju tindakan tegas yang dikeluarkan Rosdi untuk tindakan mahkamah keatas Ibrahim dan Azim.

Kini Pengarah Urusan PNS diambil alih oleh Tuan Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahbudin. PNS merupakan agensi pembangunan keusahawanan menengah Bumiputra, melalui proses membangunkan usahawan melalui pembiayaan modal suntikan sehingga syarikat itu tersenerai, kini berubah menjadi agensi pembangunan keusahawanan melalui pembangunan sistem francais.

KEPUNDEK merupakan kementerian yang dipertanggung jawabkan khusus untuk membangunkan usahawan Bumiputra sebagai menjayakan perlaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), terutama melalui koperasi dan sistem francais. Penekanan pembangunan keusahawanan Bumiputra melalui sistem francais ini pernah diberikan penekanan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam suku terakhir pentadbiran beliau.

Sebelum ini, Menteri KEPUNDEK ini pernah dilaporkan mempraktikan kronisma untuk projek pengindahan bangunan bangunan strategik bawah KEPUNDEK untuk sambutan perayaan Kemerdekaan 2007, sempena 50 tahun Malaysia merdeka.

Ini bukan pertama kali PNS dibelengu masalah pecah amanah, salah guna kuasa dan rasuah. Pada tahun 2004, CEO PNS pertama Shaharin Shahrudin telah didakwa kerana tududan pecah amanah dan salah guna kuasa untuk jumlah RM 462,900.00 bersama seorang Pengurus Besar PNS lain.

*Kami di BigDogDotCom amat menyokong kuat cadangan agar Lembaga Dispilin UMNO dan SPR memantau insiden yang dimaksudkan, walaunpun tiada laporan rasmi dibuat. Ini amat penting agar pemimpin UMNO yang bercita cita untuk meningkat naik dalam paerti ini bebas dari salahguna kuasa/rasuah, terutama ianya akan memberi kesan kepada UMNO yang perlu ‘membersihkan diri’ sesuai dengan aspirasi rakyat. Ini amat dipandang serious oleh kami di BigDogDotCom untuk menentukan kepentingan orang Melayu dipertahankan, termasuk dari segala elemen salahguna kuasa/rasuah.

Advertisements
Published in: on January 4, 2008 at 00:44  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/01/04/menteri-kepundek-arah-ganti-pengurusan-pns/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. Saya harap penglibatan Syed Kamarudzaman dalam komplot ini tak jauh dari seorang yang hanya dimanipulasi. Saya akan turut malu kalau beliau terlibat lebih jauh kerana saya mengenali bapa beliau sebagai seorang yang jujur dan berprinsip tinggi dalam menegakkan kebenaran semasa kami diBNM dan BBMB dulu. Oleh kerana saya tak percaya bapanya gagal dalam tugasnya menyerapkan nilai-nilai murni itu kedada anaknya, mungkinkah limpahan laba dari PKFZ yang membanjiri Azim telah juga mengubah segalanya ???

  2. Bagus. Teruskan!

    Bongkar lagi segala kontroversi yang cuba ‘menutup’ apa apa salah laku melibatkan “Kerajaan Tiga Beranak”!

    “Kerajaan Tiga Beranak” BUKAN pemilik tanahair ini!!!!

  3. Hi Bro please visit our web tv online TV Parlimen Johor Bahru for your info : http://tvpjb.blogspot.com

  4. […] mereka di Pasir Gudang. Tambah menarik lagi, waktu keputusan membina tapak UniKL dibuat, Menteri  KEPUNDEK yang bertanggung jawab adalah YB Dato’ Seri Khaled Nordin. Kebetulan yang lebih hebat lagi […]

  5. […] READ MORE HERE This entry was posted in ARCHIVES 2008 by Legion. Bookmark the permalink. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: