Pemuda UMNO konduit permasalahan dan maklumat rakyat kepada Kepimpinan

Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir menegaskan bahawa Pemuda UMNO merupakan konduit maklumat dan permasalahan rakyat peringkat akar umbi ke pucuk pimpinan Negara. Tegas beliau, UMNO perlu sentiasa relevan dan peka kepada kemahuan dan kepentingan rakyat, disemua peringkat.

Di samping itu, Pemuda UMNO berterusan mengadakan program program kemasyarakatan disemua 191 Bahagian UMNO, disemua peringkat, seluruh Negara dan ianya tidak bertumpu hanya apabila berlaku pilihanraya, samada kecil ataupun umum.

dscn3435.jpg

Beliau menyatakan demikian semasa Majlis Penyerahanan Sumbangan Untuk Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU), anjuran Pemuda UMNO Pandan di Taman Kencana, Cheras pagi ini. Seramai sepuluh orang warga tua dalam kawasan perumahan itu diberikan pelbagai bantuan dan bahan asas. Secara peribadi, beliau telah mendermakan sebuah kerusi roda kepada seorang kanak kanak OKU berumur 7 tahun, yang lumpuh kerana pendarahan otak semasa berumur lima bulan.
dscn3455.jpg

Pelajar pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR baru baru ini juga diberikan hadiah hamper oleh Biro Ekonomi Pemuda UMNO Pandan.

dscn3447.jpg

Dalam ucapan, Dato’ Mukhriz menegaskan bahawa keamanan dan kestabilan Negara perlu dikekalkan, untuk kebaikan semua. Ada tempat tempat hari ini dimana aktiviti harian ‘biasa’ yang kita disini merasakan terlalu normal seperti pergi bekerja atau sekolah merupakan pengalaman menyabung nyawa kerana tempat tempat ini berlaku konflik yang amat sengit dan berterusan. Dari pengalaman peribadi setelah pernah melawat tempat tempat seperti Bosnia Herzegovina, Croatia dan Palestin, apa yang didakwa pemimpin HINDRAF sebagai berlaku ‘pembersihan etnik’ dalam Negara ini keatas rakyat Malaysia keturunan India merupakan sesuatu yang tidak benar malah diada adakan khusus untuk niat jahat.

Beliau yang juga Penyelaras Aman Malaysia dan banyak kali terlibat memimpin missi kerja kerja amal dan kemanusiaan ke negara negara yang dilanda bencana dan peperangan, seperti Aceh, Jogjakarta, Bogrum, Selatan Lebanon dan terbaru, Selatan Bangladesh, mengingatkan hadirin bahawa kita hari ini mampu membantu orang lain kerana kita telah berjaya menaikan tahap sosio-ekonomi masyarakat kita dengan signifikan.

“Jika kita sendiri tidak mampu, bagaimana kita mahu hulur bantuan kepada orang lain?”.

Beliau menjelaskan lagi bahawa pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berusaha untuk menyediakan banyak kemudahan dan pembangunan agar sosio-ekonomi masyarakat meningkat dan sekarang, pentadbiran PM Abdullah Ahmad Badawi pula menjurus kepada pembangunan ‘modal insan’ dan pengisian kepada asas yang telah dibina.

Apabila mengupas mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), rungkaian Dato’ Mukhriz bahawa DEB merupakan satu rancangan strategik untuk menyusun dan membangunkan rakyat, terutama diluar bandar meletakan pembasmian kemiskinan dan peningkatan taraf dan kualiti hidup semua rakyat Malaysia sebagai objektif utama. Perlaksanaan dasar ini, terutama melalui program program peningkatan pendidikan dan latihan, pembangunan fizikal, infrastruktur dan kemudahan asas adalah kebaikan yang dinikmati semua rakyat Malaysia dan bukan untuk orang orang Melayu semata mata, walaupun orang orang Melayu merupakan majoriti penduduk dan tinggal dikawasan luar bandar. Taraf kemiskinan berjaya dikurangkan kepada 3%.
dscn3462.jpg

 

Dalam sidang media selepas majlis, beliau telah ditanyakan mengenai penglibatan Pemuda UMNO dalam Pilihanraya Umum ke XII, yang sedang hangat diperkatakan. Beliau menegaskan bahawa Pemuda UMNO telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya dan sekiranya diberikan peluang untuk menjadi calon dan dipilih sebagai wakil rakyat, maka mereka akan membuktikan keberkesanan, kemampuan dan kebolehan berkhidmat kepada rakyat. Rakyat hari ini sudah bijak menilai dan beliau yakin akan membuat pilihan baik untuk kebaikan semua.

Dato’ Mukhriz juga menjelaskan bahawa Pemuda UMNO, yang diberikan banyak peluang dalam Pilihanaraya Umum ke XI 2004 telah menunjukan prestasi yang baik dan membanggakan. Kesinambungan antara pengalaman pemimpin pemimpin lama dan idea, tenaga dan aspirasi kerja pemimpin baru dan muda jelas memberikan satu formula yang kohesif dan berkesan.
dscn3470.jpg

Selepas selesai majlis, beliau telah turut meluangkan masa menziarah dua orang warga tua yang uzur secara berasingan yang tinggal berdekatan dengan dewan serbaguna UMNO dalam Taman Kencana itu, untuk bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan.

 

 

 

Published in: on January 12, 2008 at 14:45  Comments (1)