Tun Dr. Mahathir: Tolak pemimpin beretika ganas

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengariskan ciri ciri pemimpin yang sesuai untuk Negara dan bangsa Melayu dan menolak mereka yang berciri pemimpin ‘ganas’. Beliau menegaskan demikian dalam sebuah program anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini, di Putrajaya International Convention Centre.

Dipetik dari Bernama.com:

13 Januari, 2008 14:54 PM

Tolak Pemimpin Tidak Beretika, Ganas, Kata Dr M Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

PUTRAJAYA, 13 Jan (Bernama) — Golongan yang mengunakan cara tidak beretika dan keganasan untuk mencapai cita-cita mereka menjadi seorang pemimpin patut ditolak sepenuhnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata sesiapa yang mahu menjadi pemimpin sepatutnya cuba memiliki kualiti yang betul tetapi beliau tidak semestinya berjaya.

“Cara bagaimana beliau mengendalikan kegagalannya akan menunjukkan sama ada beliau benar-benar memiliki kualiti berkenaan,” katanya pada persidangan mahasiswa di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata: “Mungkin terdapat 1,000 orang di Malaysia yang memiliki kualiti kepimpinan yang baik tetapi mereka tidak berjaya hanya kerana keadaan tidak memihak kepada mereka,” katanya.

Sebaliknya, katanya mungkin terdapat mereka yang mempunyai kualiti kepimpinan yang lemah tetapi mereka mungkin menjadi pemimpin kerana kepimpinan diamanahkan kepada mereka.

Dr Mahathir menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu:

i. Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.

ii. Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.

iii. Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri sendiri. Beliau tidak harus menunding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.

iv. Beliau patut bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.

v. Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan. Beliau perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.

vi. Beliau patut bersedia melakukan yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan. Beliau patut mendukung slogan kepimpinan melalui teladan.

vii. Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

Dr Mahathir berkata seorang pemimpin perlu mempunyai banyak idea, idea untuk hala tuju kepimpinan, idea mengenai perkara yang beliau dan pengikutnya perlu lakukan atau capai dan idea untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dan persekitaran mereka.

Sama penting ialah beliau perlu tahu bagaimana untuk menjadikan idea itu menjadi kenyataan, katanya.

Beliau berkata seorang pemimpin perlu sedar dengan keperluan dan kehendak orang ramai, menilai mereka dan memberi panduan yang betul kepada mereka dan merancang serta melaksanakan objektif berkenaan bersama-sama pengikutnya dengan jayanya.

“Kepimpinan yang baik jelas amat penting. Kita jarang dapat mengenal pasti pemimpin yang baik dari awal bagi membolehkan kita membuat pilihan yang betul. Rakyat Jerman yang memilih Hitler tidak tahu beliau akan menjadi pemimpin jenis macamana.

“Sebaliknya, pemimpin yang akhirnya muncul sebagai pemimpin yang baik menghadapi banyak kesulitan dalam memenangi sokongan rakyat pada awalnya. Malahan Nabi (Muhammad s.a.w) dibaling dengan batu oleh penduduk Taif ketika baginda mula menyebarkan ajaran agama Islam,” katanya.

Beliau berkata kebangkitan dan kejatuhan negara-negara terkemuka dan yang pasti kebangkitannya adalah disebabkan kepimpinan yang baik.

“Apabila pemimpin tidak cekap, negara akan jatuh. Rakyatnya mungkin sama, latar belakang dan kekayaan dan sumber mungkin sama, tetapi apabila pemimpinnya tidak cekap atau lemah, dengan itu negara-negara terkemuka, malahan empayar besar pun boleh jatuh,” kata Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Dr Mahathir berkata tidak kira betapa seseorang itu cuba mempamerkan kualiti dan ciri-ciri pemimpin yang baik, ia bukan jaminan yang mereka tidak mungkin melakukan kesilapan.

“Dan begitu juga, tidak kira berapa banyak yang kita belajar mengenai kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, masih tidak mustahil yang kita memilih pemimpin yang salah,” katanya.

— BERNAMA

Pemimpin seperti mantan Timbalan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang terbukti menjurus kepada aksi ‘ganas’ dalam ‘kerakusan’ beliau mendapat kuasa, wajar ditolak. Beliau dikatakan baru baru ini sebagai ‘dalang halimunan’ dibelakang perhimpunan haram seperti “Walk for Justice” pada 26 September dan yang bertukar menjadi ganas dalam “Perarakan Gelombang Kuning” 10 November dan sekali lagi, yang dianjurkan HINDRAF untuk membangkitkan kemarahan keturunan etnik India pada 25 November. Kedua duanya, jelas mempunyai ‘tanda tangan’ (signature) Anwar sebagai dalang utama dan sengaja ‘menguji’ kesabaran dan professionalism pihak berkuasa.

Kebelakangan ini, Anwar Ibrahim, seorang mantan banduan, cuba kembali ke persada medan politik perdana, dengan pelbagai ‘stunt‘ politik terdesak, setelah terbukti ditolak rakyat. Baru baru ini, beliau mengumumkan pakatan ‘was was’ dengan DAP untuk ‘medan’ Pulau Pinang sudah dicapai, walaupun ‘kerjasama’ dengan PAS belum lengkap lagi.

Timbalan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak pula mengesa pengundi pengundi agar menolak politik perkauman dan sebaliknya membuat pilihan bijak untuk memilih pemimpin pemimpin politik yang boleh membawa kerjasama antara kaum dan meneruskan kesinambungan tradisi membela rakyat, agar program program pembangunan boleh diutama berbanding dengan sentiasa berpolitik dengan isu isu rhetorik.

12 Januari, 2008 19:36 PM

Rakyat Digesa Tidak Amal Pengundian Secara Perkauman – Najib Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

KUALA TERENGGANU, 12 Jan (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa pelbagai pihak supaya mengelakkan diri daripada mengamalkan pengundian secara perkauman pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan negara ini terus aman dan tenteram.

Timbalan Perdana Menteri berkata politik sedemikan perlu dijauhi kerana jika diamalkan boleh menyebabkan negara hancur.

Beliau berkata permuafakatan antara parti dalam dulunya Perikatan, yang kemudian dikenali sebagai Barisan Nasional (BN), perlu dikekalkan bagi mengelakkan berlakunya perpecahan antara kaum.

“Yang penting sekali, kita menubuhkan Perikatan dan kemudian BN untuk mengelak pengundian secara communal (perkauman) dalam negara kita.

“Saya kira kita berjaya kerana calon-calon BN berjaya dalam setiap kali pilihan raya.

“Insya-Allah pada pilihan raya ke-12, kita akan terus berjaya kerana rakyat sudah faham…yang penting bukan calon tetapi parti…tidak kira siapa calon,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan Jawatankuasa Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Terengganu di Primula Beach Resort di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh dan pemimpin-pemimpin komponen BN negeri.

Mengulas lanjut, Najib yang dalam rangka lawatan dua hari ke Terengganu bermula semalam, berkata beliau kesal kerana pembangkang sengaja mengamalkan politik tersebut dengan menggunakan isu perkauman bagi mewujudkan keadaan huru-hara yang sekaligus menjejas keharmonian antara kaum.

Sehubungan itu, beliau berkata rakyat perlu sentiasa diingatkan tentang perkara itu supaya amalan pengundian secara perkauman itu dielakkan.

“(Pembangkang) cuba mengapi-apikan semangat perkauman, mereka tidak kisah apa yang berlaku dalam negara kita. Kalau negara kita hancur, kalau ada (masalah) perkauman pun mereka tidak kisah asalkan mereka dapat mengeruhkan suasana.

“Ini kerana, kalau keadaan tidak menentu, mereka (pembangkang) ada peluang yang lebih daripada keadaan yang aman, tenteram dan damai,” katanya

Sementara itu, ketika berucap pada majlis perjumpaan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata permuafakatan antara kaum yang diasaskan Perikatan dan kemudian BN masih relevan dalam kancah politik negara.

Beliau berkata rakyat kini sudah faham dengan segala strategi dan sandiwara pembangkang, yang sebenarnya bersifat perkauman walaupun mereka cuba mewujudkan pakatan di kalangan mereka bagi memperjuangkan nasib semua kaum di negara ini.

“Jangan bila calon Melayu, orang Cina dan India tidak sokong dan sebaliknya. Kalau ini trend politik sekarang, akan hancur sebuah negara. Sebab itu kita beritahu rakyat yang penting keamanan dan elakkan sifat perkauman terutama menjelang pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, Najib sekali lagi mengingatkan anggota parti supaya terus setia dan bersatu kerana ia adalah kunci kepada kekuatan parti terutama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mengambil contoh kekalahan BN di Terengganu pada 1999, beliau berkata kekalahan itu bukan disebabkan Pas kuat tetapi kelemahan dalam BN dan Umno itu sendiri.

Mengenai matlamat BN Terengganu yang mensasarkan 66 peratus undi popular pada pilihan raya umum ke-12, Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu tidak mustahil untuk dicapai berdasarkan kepada kerjasama antara semua komponen BN di negeri itu serta penerimaan rakyat terhadap saranan kerajaan negeri sekarang.

“Saya mendapat gambaran, usaha-usaha persiapan pilihan raya berjalan dalam keadaan amat baik dan tersusun di Terengganu. Saya tidak bimbang kerana saya merasakan (BN) Terengganu berada dalam keadaan baik untuk hadapi pilihan raya ke-12,” katanya.

— BERNAMA

Dalam pada itu, pemimpin pemimpin Pemuda UMNO membuat kenyataan agar lebih banyak mereka dikalangan generasi muda Pejuang Bangsa ini diberikan peluang untuk memimpin sebagai wakil wkail rakyat, dalam Pilihanraya Umum Ke XII yang begitu banyak diperkatakan dewasa ini.

Gesaan ini dinyatakan oleh Dato’ Mukhriz Mahathir semalam. Petangnya, Bernama melaporkan kenyataan Dato’ Azimi Daim dan Dato’ Norza Zakaria pula.

12 Januari, 2008 17:55 PM

Umno Perlu Ramai Calon Baru Untuk Tarik Pengundi – Pemimpin Pemuda Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Umno perlu menonjolkan muka-muka baru sebagai calon pada pilihan raya umum ke-12 akan datang untuk menarik lebih ramai pengundi muda, kata pemimpin pergerakan Pemuda Umno hari ini.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Azimi Daim berkata muka baru yang dimaksudkan tidak semestinya calon muda.

Muka yang terlalu lama menjadi calon parti boleh memberi kesan kepada pola pengundian generasi muda, katanya kepada Bernama selepas melancarkan jentera Gerak Gempur Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju di sini hari ini.

Beliau berkata: “Sokongan pengundi Umno ramai daripada generasi muda, dan mereka ini banyak dipengaruhi oleh muka baru yang ditonjolkan.

“Kita sering berkata tentang generasi pelapis dan pewaris tapi dalam masa yang sama masih mengekalkan calon yang sudah bertanding beberapa kali,” katanya.

Azimi berkata walaupun Umno mendapat sokongan kuat daripada generasi muda pada pilihan raya umum 2004, “sokongan generasi muda pada masa kini bercampur dan secara keseluruhannya bertahan tetapi ia banyak dipengaruhi oleh calon yang ditonjolkan parti.”

Beliau berkata Pemuda Umno juga kini perlu memberi penjelasan mengenai setiap isu kepada golongan muda kerana sentimen isu-isu semasa akan mempengaruhi mereka dalam membuat keputusan pada pilihan raya nanti.

Malah setiap jentera Pemuda Umno Bahagian perlu mengenal pasti isu-isu tempatan untuk diselesaikan yang akan menjadi faktor dalam menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata isu-isu nasional tidak lagi menjadi halangan besar untuk menang berbanding isu tempatan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria berkata memandangkan tujuh daripada 10 rakyat Malaysia berumur di bawah 40 tahun, kombinasi calon baru dan lama amat penting pada pilihan raya kali ini bagi memastikan Umno terus segar sebagai parti wadah orang Melayu.

“Calon memainkan peranan penting dalam pilihan raya kali ini kerana pengundi ingin melihat calon baru, boleh bekerja, bersih dan berintegriti yang boleh menyelesaikan isu-isu tempatan,” katanya pada majlis yang sama.

Beliau berkata: “Sebelum kita mahu generasi muda bersama, mereka ingin lihat ikon-ikon baru diwujudkan dalam parti pemerintah, supaya mereka dapat hubung kaitkan diri mereka dengan perjuangan Umno,” katanya.

Norza yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata selain itu, BN turut berhadapan dengan cabaran bukan saja daripada generasi muda tetapi pengundi atas pagar yang dianggar sebanyak 30 peratus.

Di SUNGAI PETANI, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid membayangkan Umno Kedah akan menampilkan ramai muka baru untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

“Kami akan tampilkan muka-muka baru pada pilihan raya umum akan datang dan jumlahnya adalah banyak,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan peti undi Taman Sejati Indah di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata BN yakin dapat merampas semula beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri di Kedah yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

— BERNAMA

UMNO dan BN wajar memberikan lebih banyak peluang kepada pemimpin golongan muda kerana sebilangan besar pengundi pengundi adalah mereka dibawah umur 40 tahun.

 

Published in: on January 13, 2008 at 20:00  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/01/13/tun-dr-mahathir-tolak-pemimpin-ganas/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. Biggie!

    Why is Umno so scared shit of Anwar Ibrahim? Is it because there are people within Umno who are helping him to succeed in what he’s doing? Are there people in Umno who want him to come back and bring with him a wave (gelombang) of change?
    Or they don’t fear Umno but only their own shadows?

    Why won’t Umno ever learn from Dr Mahathir?

  2. Please amend 5th line to:

    “Of they don’t fear Anwar, but only their own shadows?”

    Thank you.

  3. I dont think UMNO members are scared of Anwar,only UMNO’s corrupted leaders that fear Anwar most & they will go all the way to demonised him.

    Lets see whether they will allow Anwar to participate in the upcoming election after all they has already labelled Anwar Ibrahim, seorang mantan banduan, cuba kembali ke persada medan politik perdana, dengan pelbagai ‘stunt‘ politik terdesak, setelah terbukti ditolak rakyat.

    So why not let him contest? After all you so certain he will be defeated.

    Lets wait & see…

    cheers.

  4. SATU PENYELESAIAN !

    Mantan punya maksud tertentu
    Buat sesiapa berjawatan dahulu
    Si anwar ibrahim luar biasa lalu
    Mantan TPM dan banduan padu

    Mantan banduanlah dibuat laku
    Istilah ’demokrasi ganas’begitu
    Badi hidup di penjarakah paku
    Lagak kepala pembuli terhantu

    Jawatan TPM seperti tak serasi
    Apatah lagi jadi perdana menteri
    Memang jauh panggang dari api
    Rasuah salahguna kuasa dibukti

    Akibat hukuman penjara alami
    Tempoh bertenang politik lalui
    Lepas April 2008 bebas hakiki
    Perangai tak sabar sebegitu jadi

    Pak lah selaku perdana menteri
    Pak lah dan anwar sama negeri
    Kepada anwar buktikan berani
    PRU 12 selepas April tandingi

    Selesai pak pandir dicadangkan
    Satu lawan satu elok dipastikan
    Pak lah lawan si anwar disyurkan
    Keputusan seri belum kedapatan

    serling
    (14.01.08)
    isnin
    ….

  5. […] masa depan masyarakat anda yang lebih baik, terjamin, bukankah itu matlamat perjuangan anda? Jadi tunggu apa lagi? « Time to change? Garis Panduan Untuk Menjadi Seorang Pemimpin – by Tun […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: