DAP ubah taktik untuk Penang: Tendang UMNO keluar!

DAP masih mengekalkan strategi perkauman dalam usaha mencari ‘tapak’ di Pulau Pinang. Setelah gagal ‘menawan’ pulau mutiara semenjak Pilihanraya Umum Ke VIII “Projek Tanjong II” 1990, Projek “Tanjong III” 1995, mengugurkanya “Projek Tanjong” pada 1999 dan pada Pilihanraya Umum ke XI 2004, mengubah taktik ‘meraih simpati’. Kini mereka yang terkenal dengan pendekatan chauvinis Cina itu menyusun taktik lain pula.

dap.jpg

Kali ini, DAP ingin mengesa warga Pulau Pinang untuk ‘menafikan BN majoriti 2/3’ dan bukan bercita cita untuk menubuhkan kerajaan, walaupun kerajaan campuran bersama PKR. Fokus kali ini bukan keatas calon calon Gerakan maupun MCA, tetapi sebaliknya UMNO. Mesej yang ingin disampaikan kepada warga pulau mutiara itu ialah “Kita kekalkan kerajaan Cina dan tendang UMNO keluar!”.

DAP memang kebelakangan ini begitu aktif berkempen dan bergerak seluruh negeri ini, terutama dikawasan kawasan majoriti Cina di pulau mutiara. PKR akan diperkudakan untuk bertanding dikawasan kawasan majoriti Melayu.

Sekiranya percaturan ini berjaya, DAP akan memberikan tamparan hebat kepada PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana Pulau Pinang merupakan negeri ibunda Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia itu. Disamping itu pula, Penasihat PKR Anwar Ibrahim, seorang bekas banduan dan kemungkinan tidak boleh bertanding kerana belum cukup tempoh ‘edah’, akan juga mendapat kemenangan moral dari kejayaan menumbangkan UMNO ini. Perkiraan-kerjasama DAP-PKR ini telah diumumkan minggu lepas.

Kebarang kalian UMNO akan kalah secara total di Pulau Pinang adalah sangat tipis. Sekiranya, UMNO berjaya dinafikan dari sebelingan besar dari 14 kerusi DUN sediada, sudah cukup untuk memberikan kemenangan moral kepada parti yang memang berdasarkan perjuangan perkauman mereka keatas chauvinisma Cina.

Semestinya, walaupun BN masih kekal berjaya menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, sekiranya UMNO dikalahkan teruk, kemungkinan orang orang Melayu tidak akan menikmati ladi 7 Exco dari 14 Majlis Mesyuarat Negeri. Inilah objektif DAP di Pulau Pinang, pusingan ini.

*Perkembangan terkini 830 malam, Selasa 15 Januari 2008

Bulleting Utama TV3 memaparkan kenyataan Presiden MCA Dato’ Seri Ong Ka Ting atas apa yang dilaporkan blog ini malam tadi dan berdasarkan apa yang disiarkan akhbar Cina hari ini mengenai kenyataan lantang Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa “UMNO merupakan musuh terutama DAP” dan taktik baru DAP dipilihanraya Pulau Pinang pusingan ini.

Sementara itu mantan Presiden Gerakan Dato’ Seri Lim Keng Yaik mengesa pengundi Pulau Pinang agar ‘mematangkan diri’ dengan rancangan bersama PKR untuk pulau mutiara itu.

Dipetik dari akhbar The Star:


Wise up to DAP plan, Penang told

IPOH: Penang voters should wise up to a “scam” by the DAP to trick them into voting for the opposition in the next general election, Gerakan adviser Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik said.

Commenting on the finalised division of seats between the DAP and Parti Keadilan Rakyat (PKR) in Penang, Dr Lim said “there is more to it than meets the eye”.

“They (the DAP) give the impression that everything is in order but I can smell a scam to trick the people,” he said on Sunday after presenting aid for the extension work at SJK (T) Ayer Tawar and to poor students in Beruas constituency at Ayer Tawar, about 80km from here.

Dr Lim, who is also Beruas MP, predicted that PKR would allow PAS candidates to contest in seats allotted to the party in Penang.

“If that happens, it means that PKR is just a bridge between DAP and PAS,” added the Energy, Water and Communications Minister.

He also claimed that DAP leaders only cared for themselves and they were not interested in the people’s welfare.

On reports that the DAP was eyeing the Beruas, Teluk Intan and Taiping parliamentary seats in the election, Dr Lim told the DAP “to dream on”.

Published in: on January 15, 2008 at 00:18  Comments (3)