Keng Yaik: Waspada muslihat & ‘sandiwara’ Anwar

Mantan Presiden Gerakan Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik menyelar DAP yang sanggup ‘tidur sebantal’ dengan mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan mengingatkan warga pegundi Pulau Pinang, Lim Guan Eng ‘bercita cita besar’ dan ‘kemaruk’ untuk menjadi Ketua Menteri.

Dr. Lim menegaskan bahawa Anwar bukanlah “penyelamat” kepada apa apa yang dirungutkan oleh orang orang pulau mutiara tersebut dan melalui pengalaman peribadi bekerja dengan Anwar, beliau merupakan hanya “indah khabar dari rupa”, yang dapat menghidu semua ‘janji janji palsu’ dan ‘wayang-sandiwara’ yang dipertontonkan mantan banduan itu.

The Star melaporkan:

Keng Yaik: Guan Eng hard up for Penang CM’s post

PENANG: DAP secretary-general Lim Guan Eng is so “hard up” for the post of Penang chief minister that he cannot see Datuk Seri Anwar Ibrahim for what the Parti Keadilan Rakyat (PKR) adviser really is.

Guan Eng has only one vision – to lead the state – and he will not rest until he succeeds, Gerakan adviser Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik said.

“He really gian (is hard up) for the position and will even hoodwink the public to get it.

“Guan Eng is too young to know about Anwar and his tricks. Ee chiak lu, lu pun um chai (loosely translated in Hokkien: He would not even realise that he was being hoodwinked).

“I am a veteran politician who can see the empty promises from a mile away, so it is my duty not to let the public be duped,” Dr Lim told reporters at the party headquarters yesterday.

“Anwar acts like he is a saviour coming to save Penang, but I have worked with him in many areas, including sports and education. I know what he can do,” he added.

Dr Lim was in town to discuss the party’s strategy.

The former Gerakan president noted that Barisan Nasional was aware that the people were worried about inflation but it was beyond the Government’s control.

“Hats off to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi because under his leadership, we managed to prevent the cost of things from skyrocketing.

“The price of petroleum went up three times in China last year and the cost of electricity there is double compared to ours.

“The Thais pay double for cooking oil what we Malaysians pay,” Dr Lim said, adding that the PKR-DAP pact was an “unholy union” that was aimed at “cheating the rakyat”.

Meanwhile, Guan Eng denied he wants to become chief minister.

“Obviously Keng Yaik is barking up the wrong tree.

“He is also sending out the wrong message to the people,” he said in a telephone interview.

“Our objective is clear – to deny the ruling BN coalition a two-thirds majority in Penang. How can we form a government if we have only one-third?” he asked.

The DAP will be contesting seven of the 13 parliamentary seats and 19 of the 40 state seats in Penang in the election.

Guan Eng remained tight-lipped on whether he would be contesting in Penang.

“I will reveal my candidacy when the time is right,” he said.

Memang jelas Penasihat PKR itu begitu berusaha dengan segala ‘wayang-sandiwara’ dan ‘tipu-helah’ untuk kembali ke persada politik perdana, walaupun sebenarnya rakyat sudah hilang selera dengan beliau.

Pemimpin terdesak yang dilihat sebagai ‘bankrap modal politik’ ini membawa pelbagai ‘aksi stunt politik’ untuk menarik perhatian masyarakat bahawa beliau masih lagi kekal relevan, walaupun sebenarnya tidak. Sebagai contohnya, dalam Pilihanraya Kecil Ijok April 2007, jelas menunjukan gerakan beliau tertumpu untuk ‘melanyak’ Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak berbanding dengan pembelaan dan penyelesaian masalah setempat ternyata ditolak pengundi, walaupun PKR cuba menengahkan seorang calon mantan tokoh korporat yang terkenal berbanding dengan BN, seorang guru.

Kemudian politik pergolakan politik dalaman PKR sendiri. ‘Wayang’ Anwar Ibrahim dalam perhimpunan tahunan parti yang ujud semata mata berlandaskan perjuangan membebaskan beliau dari hukuman penjara itu menunjukan jelas bahawa beliau sebenarnya seorang pemimpin yang mementingkan diri sendiri semata mata dan berterusan ‘bersandiwara’, termasuk sanggup mempertahankan kewajaran Anwarista ‘Ayam Tambatan’ beliau sendiri berkhidmat dalam parti politik lain. Kesan ‘sandiwara’ berpanjangan ini memperlihatkan reaksi negatif Timbalan Presiden parti itu Abdul Rahman Osman dan orang kuat Anwar sendiri, S. Nallakarupan sendiri meninggalkan perjuangan sempit PKR parti tanpa arah itu.

Sebagaimana sifat lumrah ‘wayang’; ianya nukilan imanginatif manusia (walaupun kadalang-kala, “berdadarkan kisah benar” [“based on a true story“] – tetapi masih kagi di’adun;’ untuk memenuhi citarasa ‘persembahan dan matlamat’), sensasinya terbatas sementara sahaja dan dalam sekejap masa, orang sudah lupa. Oleh demikian, Anwar memerlukan ‘wayang-sandiwara’ baru untuk terus kekal ‘relevan’, dalam skop kacamata dan perhatian rakyat.

Pada 17 September 2007, beliau mendedahkan sebahagian klip video mengenai peguam V K Lingam kunun kunun bercakap telefon dengan seorang ahli Kehakiman ‘penting’ dan ini disandarkan sebagai modal bahawa Badan Kehakiman sebenarnya ‘korupt’ dan ‘dirancang’. Ini dilihat sebagai usaha strategik beliau untuk ‘membebaskan tengkuk’ dari belengu penghakiman yang ekshaustif.

Ini berjaya menimbulkan reaksi panas pengamal guaman sehinggakan Majlis Peguam berjaya ‘diperkudakan’ untuk menganjurkan satu demonstrasi jalanan tanpa permit Polis di Putrajaya dalam tempoh genap seminggu selepas pendedahan tersebut, walaupun Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan satu Panel Siasatan Khas telah diujudkan untuk menyiasat klip video itu. Ini diperkudakan seterusnya dan emosi rakyat, termasuk golongan professional dimainkan, sehingga satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan ini, yang berkemungkinan berakhir sebagai satu proses ‘akademik’ semata mata.

Walaupun di’kabur’kan segala segala konsep dan idealism “perjuangan menegakan keadilan”, ianya jelas muslihat Anwar percubaan memperkudakan secara maksimum segala ruang dan peluang perundangan dan pentadbiran untuk “membalas dendam” (getting even) dengan mantan Perdana Menteri dan Negarawan Ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Untuk berterusan kekal relevan, Anwar Ibrahim kemudian menjadi ‘dalang’ kepada beberapa siri perhimpunan dan demonstrasi jalanan tanpa permit Polis, yang terbukti bertukar menjadi ganas. Ini merupakan modus operandi Anwar biasa, membangkitkan emosi orang ramai, menarik perhatian media dan NGO antarabangsa dan menguji secara sistematik kesabaran dan professionalism pihak berkuasa, terutama Polis, semenjak lebih 35 tahun ini. Ini termasuk “Perhimpunan Baju Kuning” 10 November 2007 dan “Demonstrasi HINDRAF” pada 24-25 November 2007. Peranan strategik Anwar di’belakang tabir’ ini menerima kecaman kuat dari mantan peguambela beliau sendiri, yang pernah di’perdaya dan perkuda’ untuk ‘menghulur tengkuk, kalah dan dimalukan’ dalam kancah politik sempit mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Tidak cukup itu, Anwar kemudian sanggup memburukan nama baik Negara semasa diluar negara, sehingga hampir mengeheret kepada satu konflik diplomatik antarabangsa antara Malaysia dan India. Ini bukan sahaja menerima kecaman pemimpin pemimpin politik perdana, malah dengan mantan peguambela beliau sendiri.

Agenda politik Anwar didalangi dan disokong luar amat jelas. Persahabatan akrab beliau dengan tokoh tokoh politik Yahudi Amerika Syarikat dan sokongan padu mereka kepadanya begitu terbuka. Dalam Pilihanraya Ijok dan Machap, kehadiran wakil wakil “pejabat perhubungan politik” Kedutaan Besar Amerika Syarikat dalam medan kempen juga secara bersahaja dan terbuka.

Mantan Presiden Gerakan Dr. Lim memang mempunyai asas apabila mengeluarkan kenayataan bahawa rakyat perlu waspada kepada segala ‘wayang-sandiwara’ Anwar Ibrahim, yang sebenarnya mempunyai muslihat politik yang serious, termasuk berkait dengan agenda politik luar.

Paling menarik ialah, selepas pusingan ini, apa dan bagaimana pergerakan ‘wayang-sandiwara’ terdesak Anwar seterusnya untuk menarik perhatian rakyat. Persoalan sekarang, berapa lama lagi sehingga orang ramai akan sedar dan bangkit dari segala muslihat dan ‘wayang-sandiwara’ Anwar Ibrahim, sebagaimana mereka yang pernah diperdaya terdahulu, seperti Dr. Chandra Muzaffar, Dr. Jomo K Sundram, Marina Yusuf, Nell Onn, Ruslan Kassim, Lokman Noor Adam, Hanafiah Man, S. Nallakarupan, Zainur Zakaria dan Abdul Rahman Osman? 

Published in: on January 20, 2008 at 10:16  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/01/20/keng-yaik-waspada-muslihat-sandiwara-anwar/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. Geli jugak baca pasal hal-hal tidur sebantal ni, bro. Tapi tu lah resam orang politik, bila dah berpisah dan bercerai, macam-macam makihamunnya. Ada kemungkinan Keng Yaik gila talak. Dulu dia tidur sekatil dan mandi sebathtub dengan Anwar (semasa Anwar dalam Umno dan orang No 2 terkuat dalam Malaysia). Sekarang ni Anwar tidur sebantal dengan DAP, sekelambu dengan Pas. Threesome. Dulu Anwar dengan Keng Yaik dengan Samy dll lebih dari 3-some. A Malaysian political orgy.

  2. […] As I remembered, all these accusations hurled by the same man who once accused the authorities of arsenic poisoning him whilst in jail, promoted and instigated grave disobedience and uncivil conducts via “Reformasi” and whose political secretary went to jail failing to adduce the “Six boxes of corrupt practices documents”, till present. This man, is known for his ability to put up an act to different set of audience. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: