Kerjasama dengan Singapura dan mengadai kepentingan ekonomi, kawasan pembangunan dan ketenteraan?

Antara kritikan konsisten mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, semenjak ceramah umum pertama kalinya pada 22 Jun 2006 di Kelab Century Paradise, Ulu Kelang, Selangor ialah keakraban luar biasa Malaysia dan Singapura, kebelakangan ini, berbanding semenjak empat puluh tahun republik ‘tinta-merah’ itu mencapai kemerdekaan setelah disingkir dari Persekutuan Malaysia.

Dalam perkembangan terbaru, Menteri Mentor Lee Kuan Yew, yang sebelum ini terkenal dengan kenyataan kenyataan ‘menghina dan memperlekehkan‘ Malaysia, kini membuat pula kenyataan ‘berubah nada’ bahawa Singapura sudah bersedia untuk ‘bekerjasama’ dengan Malaysia.

Dipetik dari laman Bernama.online:

01 Februari, 2008 23:55 PM

***************

Singapura Sedia Bekerjasama Dengan Malaysia – Kuan Yew

SINGAPURA, 1 Feb (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata republik itu sedia untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Malaysia bagi membolehkan kedua-dua negara itu maju bersama.

Beliau berkata kedua-dua negara akan sama-sama mendapat keuntungan hasil hubungan erat dan kerjasama mereka itu walaupun dalam jangka panjang Malaysia akan memperoleh faedah yang lebih daripada negara jirannya itu.

Lee menyatakan perkara itu pada persidangan Institut Pengajian Dasar Singapura di sini, menurut rangkaian televisyen Asia yang berpusat di Singapura, Channel News Asia malam ini.

Sambil memberi contoh pelan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor yang dilancar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu langkah yang betul, Lee berkata Singapura akan melakukan apa yang boleh bagi menjadikan WPI berjaya.

Dengan cara itu, Lee berkata kedua-dua negara boleh mendapat nilai maksima hasil daripada kerjasama mereka.

Lee berkata Singapura mengalu-alukan cadangan kemungkinan mempunyai perkhidmatan rel laju antara Singapura dan Malaysia selepas cadangan pembinaan rel laju sebelum ini masih belum dilaksanakan.

Beliau berkata Singapura akan mendapat faedah yang sedikit kerana negara itu lebih terbuka kepada dunia luar.

Tetapi dalam jangka panjang, Malaysia akan menjana keuntungan lebih besar kerana ia mempunyai lebih ramai tenaga manusia, katanya.

— BERNAMA

Ini sebenarnya ironi kerana Singapura di’nyah’ dari Persekutuan Malaysia kerana gagal mengotakan janji agar tidak mencampuri medan politik dalaman Malaysia, terutama Semenanjung Malaysia. Kegagalan ini memberi gambaran jelas bahawa Singapura memang tidak mahu bekerjasama dengan Malaysia, malah dilihat sebagai mencabar Kepimpinan Melayu dan ‘Anak Raja’ (Semasa itu PM ialah Tunku Abdul Rahman Putra). Usaha mencabar Kepimpinan Melayu ini diteruskan walaupun selepas disingkir apabila PAP meninggalkan pemimpin seperti Devan Nair (yang kemudianya dilantik menjadi Presiden Singapura) untuk menubuhkan DAP dan parti ini masih lagi terus secara sistematik dan terancang mencabar kesabaran orang orang Melayu, sehingga hari ini.

Apa muslihat kenyataan Lee Kuan Yew ini, sekarang?

Sebenarnya, Malaysia lewat ini dilihat ‘bermain dan menari’ kepada ‘rentak dan irama’ Singapura, dalam serba serbi. Mula mula sekali ialah isu Bank Negara meluluskan Temasek Holdings membeli saham penguasaan dalam Malaysian Plantations Bhd. dan sekaligus menguasai Alliance Bank Bhd., walaupun Singapura sendiri amat liat mempertahankan asset negara itu, termasuk syarikat syarikat, dari dibeli oleh kepentingan Malaysia. Dalam pada itu, anak syarikat pelaburan Negara, Khazanah Holdings Bhd. persis dan menjadi pseudo Temasek Holdings Ltd., syarikat pelaburan Singapura. Terma baru seperti Government Linked Companies (GLC) mula digunakan dalam ‘cakap cakap pasaran’. Temasek Holdings juga mula membeli kepentingan dalam syarikat syarikat strategik Malaysia, seperti Telekom Malaysia.

Skandal pembelian saham Pantai Holdings yang melibatkan pelaburan Khazanah Holdings juga mendapat perhatian ramai pihak, terutama setelah Menteri Kewangan Ke II Tan Sri Nor Mohamed Yackop membuat kenyataan pada 28 Ogos 2006.

Dipetik dari The Edge:

Khazanah Nasional Bhd’s move to take control of Pantai Holdings Bhd, which holds two government healthcare concessions, will not hurt investor perception of Malaysia, said Second Finance Minister Tan Sri Nor Mohd Yakcop. “This is not a bailout. This is a market-driven solution to a problem where there is a willing buyer, willing seller. Pantai is seen to be in an industry which is viewed as sensitive as it holds two concessionaires. It (Khazanah’s taking control) has resolved the issue of this sensitive sector,” he told reporters in Putrajaya on Aug 29.

On Aug 28, Khazanah said its wholly owned subsidiary Pantai Irama Ventures Sdn Bhd had bought a 6.6% stake in Pantai and entered into a deal with Parkway to acquire the Singaporean company’s 134.7 million Pantai shares at RM2.65 each. Parkway would in turn acquire a 49% stake in Pantai Irama, which will have a 35% stake in Pantai. Parkway will be the operating partner through a management contract. Meanwhile, Parkway said Pantai Irama would have four directors with two each coming from the Khazanah arm and Parkway. The two Khazanah appointees are its executive director (investment) Ganen Sarvananthan and its senior vice president (investment) Tunku Ali Redhaudin Tunku Muhriz. Parkway’s appointees are its chairman Richard Seow and managing director Dr Lim Cheok Peng. Meanwhile, Pantai’s share price rose 10 sen to close at the year’s new high of RM2.61 on Aug 29, with a total of 5.56 million shares done. Its warrants also ended 10 sen higher at RM1.48.

**********************

Kemudian isu Pembatalan Jambatan Indah Mengantikan Tambak Johor, April 2006, kerana isu Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan ‘Flip-flop’ apabila timbul soal “Penjualan pasir disamping permintaan untuk pengunaan ruang udara” yang dibangkitkan Singapura dalam siri rundingan berkenaan projek itu, yang dibantah keras oleh pihak Johor dan TUDM. Walaupun menerima pelbagai reaksi negatif, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih berdegil mempertahankan keputusan yang ramai percaya dibuat secara terburu buru dan cuai itu.

idr-nusajaya.jpg

Kemudian pelancaraan dan perlaksanaan projek pembangunan mega ‘Wilayah Pembangunan Iskandar’ November 2006, yang dilihat sebagai satu keputusan yang akhirnya akan ‘menguntungkan Singapura berbanding diri sendiri’, kerana membeli peluang industri sokongan bernilai rendah republik itu dipindah dan segala sumber negara pulau-bandaraya itu ditumpu sepenuhnya kepada industri nilai tinggi seperti ICT, bio-teknologi, perkhidmatan kewangan dan pasaran modal. Malah WPI juga akan melaksanakan pembangunan dimana kepentingan Melayu sebenarnya akan terabai.

Seterusnya, Mei tahun lepas semasa diLangkawi, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah telah menjemput Singapura terlibat secara pro-aktif dalam perancangan pembangunan WPI, semasa berunding dengan PM Singapura Brig. Gen. (NS) Lee Hsien Loong.

Dipetik dari Utusan Malaysia, 15 Mei 2007:

abdullah-and-lee-hsien-loong.jpg

Pertemuan kedua Abdullah-Hsien Loong

Oleh MARHAINI KAMARUDDIN dan MUHD. NIZAM HAMID

LANGKAWI 14 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong tiba di sini hari ini bagi mengadakan pertemuan tidak rasmi sempena lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Singapura itu.

Walaupun tidak ada agenda khusus ditetapkan, kedua-duanya yang dijadual mengadakan pertemuan empat mata dalam slot sarapan pagi esok dijangka mengambil kesempatan membincangkan pelbagai isu yang menarik perhatian kedua-dua negara, sekali gus merintis jalan ke arah rundingan serius bagi menyelesaikan isu dua hala yang tertangguh sejak sekian lama.

“Kedua-dua pemimpin tidak terikat dengan agenda rasmi, oleh itu mereka dijangka bebas memperkatakan dan menyentuh semua subjek tanpa batasan.

“Terpulang kepada kedua-duanya untuk menentukan (topik perbincangan) dengan mengambil kesempatan daripada suasana mesra dan harmoni yang kini terjalin. Hubungan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Singapura memang cukup baik,” kata Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika ditanya mengenai agenda pertemuan itu pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini, hari ini.

Ini merupakan kali kedua Abdullah dan Hsien Loong mengadakan pertemuan dua hala sejak pertemuan pertama khusus membincangkan isu-isu tertangguh kedua-dua negara di Putrajaya tahun lalu.

Perjumpaan tidak rasmi kali pertama antara dua pemimpin itu diadakan tahun lepas apabila Abdullah melakukan kunjungan singkat ke republik itu bagi menyertai perlawanan golf persahabatan.

Malaysia dan Singapura mempunyai beberapa isu yang masih belum diselesaikan yang menjadi duri dalam daging dalam hubungan dua hala termasuk harga air mentah yang dijual ke republik itu, pembangunan tanah milik KTMB di Singapura, pengeluaran Wang Simpanan Pusat (CPF), penggunaan ruang udara Malaysia oleh tentera udara republik itu dan projek jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor yang berusia 80 tahun.

Dalam temu bual dengan akhbar Singapura, The Straits Times yang disiarkan hari ini, Abdullah dilaporkan menggesa supaya rundingan disambung semula untuk menyelesaikan isu-isu tertangguh antara Malaysia dan Singapura.

Walaupun tidak mahu menetapkan sebarang tempoh mengenai bila isu berkenaan patut diselesaikan, Perdana Menteri yakin ia boleh diadakan dalam suasana penuh persefahaman jika dibuat dengan ikhlas, apatah lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura sama ada dari segi ekonomi mahupun interaksi kini bertambah baik.

Menurut Syed Hamid, Singapura selaku rakan pelaburan terbesar Malaysia menunjukkan minat untuk terlibat dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Selatan Johor.

Pertemuan empat mata antara Abdullah dan Hsien Loong esok akan disusuli dengan mesyuarat delegasi kedua-dua negara melibatkan 28 anggota termasuk Syed Hamid; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman.

*****************

Hasilnya, pegawai pegawai Singapura sekarang sebahagian dari taskforce khas yang diujudkan untuk menrangka program pembangunan WPI, termasuk hub pengangkutan, soal immigresen, pelancongan dan soal alam sekitar. Singapura mempunyai kepetingan khusus dan strategik dalam apa keputusan dan perancangan taskforce ini. Kini Singapura diberikan ‘kuasa’ untuk menentukan isu isu yang melibatkan mereka dalam negara kita sedangkan isu seperti pengeksportan-pembelian semula air Johor-Singapura dan hub logistik PTP-Senai-Pasir Gudang masih tertangguh dan belum selesai.

Cara Malaysia mempersembahkan hujah hujah dalam perbicaraan kes ‘Pulau Batu Putih’ di International Court of Justice di The Hague, Belanda kini juga meragukan ramai warga Malaysia yang patriotik. Sekiranya, kawasan perairan strategik timur laut persisiran pantai Johor ini jatuh ketangan Singapura, maknanya penguasaan maritim sebilangan besar Selat Johor Timur juga akan tergadai.

Sebelum ini, mantan Perdana Menteri Singapura ini juga memberikan kenyataan yang positif mengenai Malaysia, juga dilihat sebagai ‘meragukan’ dan menimbulkan tanda tanya “Udang disebalik batu” dikalangan penganalisa politik.

Dipetik dari Bernama.com:

Ekonomi Malaysia sihat 2008 – Kuan Yew

SINGAPURA 8 Jan. – Malaysia akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang sihat tahun ini berikutan terdapat tanda- tanda yang positif, kata bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew malam tadi.

Beliau berkata, harga minyak yang tinggi pada masa ini dan komoditi Malaysia seperti minyak sawit dan lain-lain akan memberikan hasil yang baik untuk negara itu tahun ini.

Lee bercakap pada makan malam gala ulang tahun ke-40 Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS).

Beliau berkata, walaupun Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan yang rendah iaitu 5.6 peratus berbanding 5.7 peratus tahun lepas, negara itu tidak akan menghadapi keperitan ekonomi.

Lee menyatakan bahawa Malaysia melaksanakan projek ekonomi yang besar seperti membangunkan seluruh negara melalui pelan bersepadu di bawah pembangunan wilayah ekonomi koridor selatan, timur dan utara.

– Bernama

***************

Kenyataan itu dilihat sebagai ‘memujuk’ perasaan Malaysia, terutama dikalangan orang orang Melayu dan kenyataan yang dipetik Bernama.com hari ini sebenarnya lebih menunjukan bahawa Lee Kuan Yew sedang cuba membawa perubahan angin dalam hubungan strategik Singapura-Malaysia, yang kerap kali berpihak kepada mereka.

Satu lagi contoh menunjukan keakraban dengan Singapura ialah Menteri Pertahanan Singapura Rear Adm. (NS) Teo Chee Hean membuat ‘kunjungan hormat’ keatas Perdana Menteri Malaysia.

Dipetik dari Channel News Asia:

Strong S’pore-Malaysia ties help advance peace in region: Minister Teo

By Julia Ng, Channel NewsAsia | Posted: 30 January 2008 1901 hrs




teo-chee-hean-bertemu-pm.jpg


Teo Chee Hean in PM Abdullah’s office, Putrajaya



KUALA LUMPUR : Defence Minister Teo Chee Hean has said Southeast Asian countries need to respond to the changing strategic environment.

He added that bilateral defence cooperation between Singapore and Malaysia can contribute to peace and stability in the region.

Mr Teo was speaking at the Malaysian Armed Forces Defence College on Wednesday.

The Minister also shared Singapore‘s perspectives on the security challenges facing the region.

He also discussed how Singapore is promoting multilateral security cooperation such as the development of an open and inclusive ASEAN defence track.

Mr Teo also called on Malaysian Prime Minister Abdullah Badawi on Wednesday afternoon.

During their meeting, they discussed bilateral ties as well as regional issues. – CNA/ms

**************

Persoalanya sekarang, semasa Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menjawat Menteri Pertahanan (pusingan pertama, 1990-1995 dan pusingan kedua, 1999-2003) dan Dato’ Seri Syed Hamid Al Bar (1995-1999), apakah mereka dalam kapasiti Kabinet Malaysia ini diberikan peluang dan ‘muka’ untuk membuat “Kunjungan hormat” kepada Perdana Menteri Singapura, samada Lee Kuan Yew dan/atau Goh Chok Tong?

Seorang ahli akademik dan juga penyelidik mengenai isu diplomatik dari sudut strategi pernah membuat perbandingan analisis antara Singapura dan Israel. Baru baru ini, paranoia Singapura dengan ‘seige mentality yang terserlah itu dibuktikan apabila dua pesawat F16C SAF dikejarkan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ditutup selama hampir sejam kerana sebuah pesawat kecil awam yang menghala ke Lapangan Terbang Seletar republik ‘tinta-merah’ itu dari Selatan Thailand, walaupun pihak DCA telah memberikan laluan.

Bukankah ini harus membuatkan Malaysia sepatutnya ‘waspada’ kepada Singapura dan bukan menyahut cubaan “berbaik baik” dengan golongan yang paranoid, pernah ada sejarah ‘mencabar dan menguji’ kita, membuat beberapa gerakan melibatkan penguasaan syarikat syarikat strategik Malaysia dan membangun angkatan bersenjata yang kuat?

Published in: on February 2, 2008 at 01:07  Comments (11)