Wajarkah gelaran ‘Datuk’ Anwar Ibrahim ditarik balik juga?

Baru baru ini, usahawan terkemuka Dato’ Amin Shah Omar Shah telah dilucutkan dari gelaran ‘Datuk’, oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor.

Dipetik dari Utusan Malaysia:

01/02/2008 11:57pm

Selangor tarik balik gelaran Datuk dari Amin Shah Omar

SHAH ALAM 1 Feb. — Kerajaan Selangor hari ini menarik balik gelaran Datuk yang diberi kepada Amin Shah Omar berkuatkuasa 31 Januari 2008, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Ramli Mahmud.

Beliau berkata, keputusan itu diambil setelah menjunjung titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berunding dan bersidang di Dewan Diraja Selangor kali ke-124, semalam.

“Keputusan itu dibuat kerana ketidakjujuran dan salah laku yang bertentangan dengan status Darjah Kebesaran berkenaan,” katanya.

Darjah Kebesaran Datuk Mahkota Selangor (DPMS) itu dikurniakan pada 1996.

Amin Shah, 53, yang merupakan antara tokoh korporat terkemuka negara era 90-an terlibat dalam pelbagai perniagaan di dalam dan luar negara seperti kejuruteraan berat, pembinaan kapal dan hartanah.

— Bernama

Persoalan sekarang, mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ialah seorang banduan dan pernah dijatuhkan hukuman enam tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana kesalahan salah-guna kuasa. Segala usaha untuk melepaskan diri dari hukuman ini menurut proses undang undang telah sampai ke tahap maksima dan gagal. Oleh itu, beliau masih lagi taraf seorang mantan banduan.

Apakah beliau juga layak untuk dilucutkan dari darjah bintang bintang kebesaran negeri yang dikhaskan untuk wira, mereka yang berjasa dan wajar dianugerahkan sebagai pembesar negeri?

Jika dilihat, Anwar juga seorang yang bersekongkol dengan Yahudi Amerika Syarikat dan golongan ini merupakan mereka yang memberi sokongan kuat rejim Yahudi Zionis, yang berterusan menindas dan melakukan kekejaman kepada warga Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Disamping itu, agen agen keselematan Barat juga memberikan beliau sokongan dan perhatian teliti dalam aktiviti politik yang beliau kecimpung. Beliau juga tergamak memutar belitkan fakta dan memburukan nama baik Negara ketika diluar negara, semata mata meraih sedikit mileage politik sempit!

Beliau juga merupakan dalang dibelakang aktiviti aktiviti demonstrasi jalanan yang bertukar menjadi ganas, lewat ini. Ini merupakan amalan biasa (SOP) Anwar Ibrahim, semenjak menjadi pemimpin pelajar lewat 60an-awal 70an dahulu dan beliau pernah ditahan dibawah ISA untuk dua tahun selepas demonstrasi kunun kunun bahawa ada orang mati kebuluran diBaling kerana kemiskinan pada 1974. Penglibatan Anwar sebagai dalang demonstrasi jalanan ini sampai kemuncak apabila peguambela beliau sendiri menyifatkan beliau sebagai ‘Pengkhianat’.

Sila lihat blog Barking Magpie untuk pendapat yang sama.

Published in: on February 3, 2008 at 13:19  Comments (6)  

Tun Musa ‘menjawab’ bagi pihak PM ‘Flip-Flop’

Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam hari ini membuat perbandingan mengenai tahap ‘kebebasan media’ sekarang berbanding dengan zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam ucaputama beliau dalam sebuah majlis anjuran Alumni Universiti Malaya, siang tadi.

02 Februari, 2008 19:01 PM

 

Rakyat Malaysia Kini Lebih Bebas Bersuara – Musa Hitam

Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) — Kepimpinan yang lebih bersedia memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bersuara dan menzahirkan pendapat — ini kesimpulan yang dibuat bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mengenai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Musa berkata rakyat Malaysia kini lebih bebas bersuara dan menyatakan pendapat, berbanding pada era kepimpinan perdana menteri sebelum Abdullah.

Selain itu, kata beliau, media juga kini boleh mendedahkan kesilapan dan kelemahan kerajaan dalam laporan mereka.

“Ini termasuk yang disiarkan oleh Utusan (Melayu (M) Bhd), yang memang terkenal sebagai akhbar pro-kerajaan. Walaupun pendapat Utusan mungkin masih memihak kepada kerajaan, tapi ia (laporan) tetap merupakan suatu pendedahan.

“Kebebasan yang diberi oleh kerajaan dinikmati oleh kebanyakan kita, kelas menengah. Malah, kini kita boleh mengadakan demonstrasi tanpa permit… (dan) rakyatpun tidak begitu takut sangat.

“Keadaan ini tidak wujud dalam tempoh kepimpinan kawan baik saya dulu,” kata Musa dalam nada bergurau semasa berucap pada Forum Wawasan Pembangunan sempena sambutan Hari Alumni Universiti Malaya 2008 di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun pihak berkuasa menggunakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka yang mengadakan perhimpunan haram, tetapi taktik ini juga digunakan oleh negara maju lain bagi menghadapi mereka yang mengadakan demonstrasi secara haram.

Mengenai penulisan melalui laman blog oleh mereka yang menentang atau tidak bersetuju dengan kerajaan, Musa berkata beliau menganggapnya sebagai demokrasi digital, yang membolehkan pihak berkenaan menghamburkan kemarahan mereka, tanpa perlu turun ke jalan raya dan mengganggu ketenteraman orang ramai.

“Bagaimanapun, saya ingin menasihati golongan menengah supaya bersikap lebih rasional dan kurang emosional tentang isu tertentu serta memiliki perspektif yang lebih seimbang.

“Sebagai golongan menengah, kita tidak sepatutnya bersikap reaktif terhadap isu, tetapi lebih proaktif dengan membuat kajian, mendengar, memiliki minda yang terbuka dan membuat penyelidikan,” katanya sambil meminta rakyat Malaysia supaya saling bergaul bagi meningkatkan kesefahaman sesama mereka.

Musa juga mengingatkan orang Melayu supaya membuang perasaan rendah diri dan menggesa orang bukan Melayu supaya berhenti daripada melakukan tindakan yang boleh mendorong orang Melayu terus berasa rendah diri.

— BERNAMA

 

 

Apa yang diutarakan Tun Musa Hitam ini sebenarnya tidak tepat. Kebebasan media yang kunun kunun ujud sekarang merupakan ‘kebebasan selektif’, yang sengaja di’biar’kan oleh pengarang pengarang media, terutama akhbar perdana, agar memaparkan bahawa Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah Ahmad Badawi kunun kunun lebih ‘terbuka’.

Sebenarnya, ianya jauh panggang dari api. Pengarang pengarang media menerima panggilan dari ‘Tingkat Empat’ jauh lebih kerap sekarang, berbanding dengan zaman Tun Dr. Mahathir. Bukan sahaja berita yang ‘patut’ dan ‘diberi restu’ untuk disiarkan sahaja di’bincang’kan, malah sudut laporan juga di’tentu’kan, termasuk gambar-foto yang sesuai digunakan.

Sebagai contoh, semasa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah memberi ucapan pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, selepas mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, pengarang pengarang akhbar perdana di’minta’ untuk memaparkan bahawa semasa memberi ucapan tersebut, apabila menyebut nama “Allah”, PM ‘Flip-Flop’ sebak dan terhenti sejenak, seolah olah memberi gambaran bahawa beliau merupakan seorang yang Tawadduk dan takutkan Tuhan.

Contoh jelas ‘kebebasan selektif’ ialah skandal ECM Libra mengambil alih Avenue Capital. Terdapat isu isu yang bertentangan Akta Syarikat dan Akta Sekuriti dalam cara pengambil-alihan syarikat kecil ‘mengahwini’ syarikat yang lebih empat kali nilai itu. Isu isu ini dibangkitkan semasa mesyuarat agung luar biasa ECM Libra dan kegagalan Lembaga Pengarah dan juruaudit memberikan penjelasan keatas tindakan yang diambil, tetapi media gagal melaporkanya. Ini termasuk protes rasmi badan professional Malaysian Minority Stockholders Watchdog Group. Semua ini kerana menantu PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, Khairy Jamaluddin dan penasihat utama media beliau, Kalimullah Hassan adalah mereka yang berkepentingan langsung dalam skandal tersebut.

Juga isu melibatkan kes seperti skandal membuat komponen senjata nuklear oleh Scomi Precison Engineering Sdn. Bhd. dan penahanan pembiaya perniagaan Bukhary S.A. Tahir, dibawah ISA. Berita penangkapan lima pegawai tertinggi Mitutoyo Corporation oleh Polis Tokyo bersabit dengan skandal ini juga di’blackout’ secara total oleh media tempatan.

Seorang pengarang akhbar perdana pernah menyebut, “Masa zaman Dr. Mahathir, pengarang diminta menyiarkan berita untuk ‘memaparkan negara kelihatan bagus’. Hari ini, pengarang diminta untuk menyiarkan berita agar ‘Pak Lah kelihatan bagus’!”.

Tun Musa juga menyebut bahawa ‘keterbukaan’ sekarang bermakna masyarakat sekarang bebas melakukan demonstrasi jalanan, walaupun tanpa permit. Hakikatnya, beberapa siri demonstrasi jalanan dan adakalanya bertukar ganas, sehinggakan menimbulkan keadaan dimana ketenteraman dan keselamatan awam terjejas. Dalam kes HINDRAF, gesaan terlalu banyak pihak untuk tindakan lebih keras diambil menjurus kepada penahanan lima pemimpin utamanya dibawah ISA. Walaubagaimanapun, PM ‘Flip-Flop’ menunjukan jelas ketidak konsisten dalam membuat keputusan apabila meminta Peguam Negara ‘membebaskan’ 31 pengikut HINDRAF dari tuduhan membunuh seorang anggota Polis, selepas beberapa hari sebelum itu Peguam Negara meminta Mahkamah menafikan jaminan kerana ‘kes yang berat’.

Apakah Tun Musa sudah lupa beliau merupakan Menteri Dalam Negeri semasa Polis menyerbu ke perkampungan untuk menahan kumpulan millitan Ibrahim Libya di Kampung Memali, Baling, Kedah 19 November 1985 dan 18 orang telah terkorban dalam peristiwa hitam itu?

Untuk kenyataan bahawa sekarang ini ujud ‘demokrasi digital’ kerana bloggers dibiarkan mengkritik Kerajaan dan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah secara terbuka bukanlah fenomena yang ujud kebelakangan ini semata mata. ‘Demokrasi digital’ sebenarnya ujud semenjak 10 tahun dahulu dan semasa mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dipecat dari Kabinet dan UMNO 2 September 1998, laman laman web pro-Anwar/Reformasi, anti-Kerajaan, anti-UMNO, anti-Dr. Mahathir timbul macam ‘cendawan selepas hujan’, walaupun infrastruktur internet tidaklah secanggih sekarang. Laman laman web ini seperti Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya, begitu popular dengan kata kata kesat dan maki hamun yang dihamburkan kepada Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad secara peribadi dan tiada tindakan dikenakan kepada aktivis aktivis media alternatif ini.

Sekarang ini, tindakan yang diambil ialah seperti menyaman dan membawa bloggers ke Mahkamah, seperti apa yang berlaku kepada Rocky dan Jeff Ooi. Kemudian, mereka diperingkat Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri mengeluarkan kenyataan dan pengumuman berupa ‘ugutan’ bahawa bloggers akan diambil tindakan. Apakah Tun Musa tidak sedar ini berlaku, yang bertujuan sebagai proses ‘buli dan menakut nakutkan’, untuk mengekang ‘demokrasi digital’ itu?

Kebelakangan ini, timbul pula keadaan dimana Polis dan pihak berkuasa digunakan untuk memberi ‘tekanan’ kepada mereka yang ingin menganjurkan platform bagi mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap, agar membatalkan hasrat dan program mereka. Sekiranya Polis mengambil tindakan selepas acara, maka ianya menurut undang undang tetapi sekiranya ‘tekanan’ diberikan sebelum acara, ianya menunjukan taktik taktik ‘buli’ dan ‘menakut nakutkan’ sebenarnya ujud dan dipraktikan.

Ini yang disifatkan Tun Dr. Mahathir sebagai “Police State”. Terlalu banyak isu dan skandal timbul dalam empat tahun Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ini, dan kebanyakan isu isu ini samada di’tutup’, kaburi atau di’sapu bawah permaidani’.

Jelas ucapan Tun Musa di Universiti Malaya tadi tidak tepat dan amat mirip kepada usaha “menjawab isu terbaru dibangkitkan Tun Dr. Mahathir Mohamad”. Ini merupakan taktik terbaru respons PM ‘Flip-Flop’ Abdullah Ahmad Badawi untuk ‘mematahkan’ serangan serangan sengit mantan Perdana Menteri itu, tanpa beliau sendiri “mencemarkan diri” dan “kelihatan baik dan menarik” (“Looking clean and pretty“). Ini terutama saat saat “Feel good factor” menjadi modal biasa dan pertaruhan utama menawan hati rakyat dalam Pilihanraya Umum, yang bakal tiba.

Published in: on February 3, 2008 at 00:15  Comments (2)