Mukhriz mengetuai missi kemanusiaan Aman Malaysia ke Gaza

Penyelaras Aman Malaysia Dato’ Mukhriz Mahathir mengetuai missi kemanusiaan bersama lapan orang lain ke Gaza, malam ini. Semenjak mengumumkan missi ini minggu lepas, mereka berjaya mengumpul lebih RM 250,000.00 dalam bentuk tunai dan sejumlah barangan seperti makanan, permainan kanak kanak dan pakaian untuk dihantar kepada penduduk Palestin diGaza, yang pada masa ini diserang dan kepung.

dscn3708.jpg

Missi ini akan terdiri dari beberapa orang aktivis Aman Malaysia, termasuk tiga orang doktor dan wartawan. UMNO Bahagian Cheras telah menyumbang 80kg biskut pelbagai rasa jenama Famous Amos. Isteri Tunku Mahkota Johor dan juga Pengerusi Persatuan Sabit Merah Johor, YM Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris telah juga membekalkan permainan kanak kanak, dalam usaha mereka meringankan penderitaan kanak kanak di Gaza.

Dipetik dari laporan Bernama:

Aman Malaysia Receives RM250,000 Donation, Clothing And Toys From MRCS
06-02-2008 ~ BERNAMA

JOHOR BAHARU, Feb 5 (Bernama) — Aman Malaysia (Peace Malaysia) today received RM250,000, clothing and toys donated by the Malaysian Red Crescent Society (MRCS) for the suffering Palestinian children and mothers in Gaza. MRCS welfare services president Raja Zarith Sofia Sultan Idris handed over the money and items to Aman Malaysia coordinator Datuk Mukhriz Mahathir here. Muhkriz said Aman Malaysia had only targeted RM200,000 for clothes and toys for the people in Gaza, adding the donation by MRCS should be emulated by others. “I was told that Raja Zarith had personally bought the clothes and toys. This shows that someone’s position in life is no obstacle when it comes to helping others. “The money collected will be used to buy food in Cairo as it is cheaper than transporting them over there,” he added. Mukhriz, who is also Umno Youth Executive Council member, said he will be leading the Aman Malaysia team to Rafah on the Egypt-Gaza border to hand over aid to doctors manning 198 emergency clinics in Gaza. “Some 85 percent of the 1.5 million Palestinians in Gaza are depending on foreign aid,” he added.

Menurut Dato’ Mukhriz, yang juga Exco Pemuda UMNO Hal Ehwal Antarabangsa, wang tunai yang dibawa itu akan digunakan untuk membeli ubat ubatan dan bahan keperluan di Kaherah. “Mereka amat memerlukan ubat ubatan. Penyakit yang ringan pun boleh membawa maut kerana mereka kehabisan segala ubatan!”.

 

dscn3705.jpg

Missi kemanusiaan ini berlepas jam 8.55malam tadi dengan penerbangan Etihad Airlines ke Abu Dhabi, sebelum meneruskan penerbangan lain ke Kaherah awal pagi esok. Mereka telah berhubung dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Gaza dan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, untuk menghantar dan menentukan barangan yang diusahakan ini boleh dibawa melalui sempadan Rafah ke Gaza kerana Israel telah menutup semula semua sempadan dan tembok sempadan yang diruntuhkan semasa beratus ribu rakyat Gaza menyeberang ke Rafah untuk bekalan telah didirikan semula.

dscn3698.jpg

“Tentera Israel menghalang semua jalan ke sempadan dengan Mesir dengan mengunakan kereta kebal!”, jelas Dato’ Mukhriz. Apabila ditanya adakah mereka akan menyeberangi sempadan masuk ke Gaza, “Kemungkinan tidak. Tetapi kalau ada peluang, kami ingin menentukan sendiri bahawa barangan yang diusahakan itu sampai ke pihak yang memerlukan”. Beliau juga menjelaskan bahawa dua orang aktivis Aman Malaysia (salah seorang darinya, seorang doktor), telah berada diMesir semenjak empat hari lalu untuk melakukan kerja kerja awal persiapan missi.

Jelas bahawa usaha Dato’ Mukhriz dan missi kemanusiaan Aman Malaysia ini merupakan bukan saja usaha murni, malah ianya fardhu kifayah, yang meringankan tanggungjawab kita untuk membantu saudara seIslam kita, yang buat masa sedang dalam bahaya dan serba kesulitan dibawah cengkaman ganas Yahudi Zionis Israel.

Published in: on February 7, 2008 at 21:20  Comments (5)  

Gong Xi Fa Chai

gongxifachai-2008.jpg

BigDogDotCom would like to wish Malaysians of Chinese ethnic origin, Happy Chinese New Year.

May 2008 bring prosperity to all.

Published in: on February 7, 2008 at 01:44  Leave a Comment