Mukhriz mengetuai missi kemanusiaan Aman Malaysia ke Gaza

Penyelaras Aman Malaysia Dato’ Mukhriz Mahathir mengetuai missi kemanusiaan bersama lapan orang lain ke Gaza, malam ini. Semenjak mengumumkan missi ini minggu lepas, mereka berjaya mengumpul lebih RM 250,000.00 dalam bentuk tunai dan sejumlah barangan seperti makanan, permainan kanak kanak dan pakaian untuk dihantar kepada penduduk Palestin diGaza, yang pada masa ini diserang dan kepung.

dscn3708.jpg

Missi ini akan terdiri dari beberapa orang aktivis Aman Malaysia, termasuk tiga orang doktor dan wartawan. UMNO Bahagian Cheras telah menyumbang 80kg biskut pelbagai rasa jenama Famous Amos. Isteri Tunku Mahkota Johor dan juga Pengerusi Persatuan Sabit Merah Johor, YM Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris telah juga membekalkan permainan kanak kanak, dalam usaha mereka meringankan penderitaan kanak kanak di Gaza.

Dipetik dari laporan Bernama:

Aman Malaysia Receives RM250,000 Donation, Clothing And Toys From MRCS
06-02-2008 ~ BERNAMA

JOHOR BAHARU, Feb 5 (Bernama) — Aman Malaysia (Peace Malaysia) today received RM250,000, clothing and toys donated by the Malaysian Red Crescent Society (MRCS) for the suffering Palestinian children and mothers in Gaza. MRCS welfare services president Raja Zarith Sofia Sultan Idris handed over the money and items to Aman Malaysia coordinator Datuk Mukhriz Mahathir here. Muhkriz said Aman Malaysia had only targeted RM200,000 for clothes and toys for the people in Gaza, adding the donation by MRCS should be emulated by others. “I was told that Raja Zarith had personally bought the clothes and toys. This shows that someone’s position in life is no obstacle when it comes to helping others. “The money collected will be used to buy food in Cairo as it is cheaper than transporting them over there,” he added. Mukhriz, who is also Umno Youth Executive Council member, said he will be leading the Aman Malaysia team to Rafah on the Egypt-Gaza border to hand over aid to doctors manning 198 emergency clinics in Gaza. “Some 85 percent of the 1.5 million Palestinians in Gaza are depending on foreign aid,” he added.

Menurut Dato’ Mukhriz, yang juga Exco Pemuda UMNO Hal Ehwal Antarabangsa, wang tunai yang dibawa itu akan digunakan untuk membeli ubat ubatan dan bahan keperluan di Kaherah. “Mereka amat memerlukan ubat ubatan. Penyakit yang ringan pun boleh membawa maut kerana mereka kehabisan segala ubatan!”.

 

dscn3705.jpg

Missi kemanusiaan ini berlepas jam 8.55malam tadi dengan penerbangan Etihad Airlines ke Abu Dhabi, sebelum meneruskan penerbangan lain ke Kaherah awal pagi esok. Mereka telah berhubung dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Gaza dan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, untuk menghantar dan menentukan barangan yang diusahakan ini boleh dibawa melalui sempadan Rafah ke Gaza kerana Israel telah menutup semula semua sempadan dan tembok sempadan yang diruntuhkan semasa beratus ribu rakyat Gaza menyeberang ke Rafah untuk bekalan telah didirikan semula.

dscn3698.jpg

“Tentera Israel menghalang semua jalan ke sempadan dengan Mesir dengan mengunakan kereta kebal!”, jelas Dato’ Mukhriz. Apabila ditanya adakah mereka akan menyeberangi sempadan masuk ke Gaza, “Kemungkinan tidak. Tetapi kalau ada peluang, kami ingin menentukan sendiri bahawa barangan yang diusahakan itu sampai ke pihak yang memerlukan”. Beliau juga menjelaskan bahawa dua orang aktivis Aman Malaysia (salah seorang darinya, seorang doktor), telah berada diMesir semenjak empat hari lalu untuk melakukan kerja kerja awal persiapan missi.

Jelas bahawa usaha Dato’ Mukhriz dan missi kemanusiaan Aman Malaysia ini merupakan bukan saja usaha murni, malah ianya fardhu kifayah, yang meringankan tanggungjawab kita untuk membantu saudara seIslam kita, yang buat masa sedang dalam bahaya dan serba kesulitan dibawah cengkaman ganas Yahudi Zionis Israel.

Published in: on February 7, 2008 at 21:20  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/02/07/mukhriz-mengetuai-missi-kemanusian-ke-gaza/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. I remember KJ tried to use the Zionist ticket to get places within Umno. About wanting to label some Zionist supporters in Malaysia, like Starbucks. Heh. At least Mukhriz is sensible enough not to try and pull a stunt like that. He (Mukhriz) is certainly on my list of candidates I’ll support at the next General Election. Problem is we dunno if he’s going to be fielded.

  2. Ah KJ … Rocky.

    KJ stole the show from Mukhriz during the Acheh tsunami. I was told by an Achense who witness KJ flew in for few hours just to look here and look see, talk to reporters, and return to KL. While Mukhriz actually went to ricky before the rescue team to be really involved in the operations.

    In the case when Israel attacked Lebanon, KJ stole the show to do demionstrations twice. First one had very poor turnout. Second one was infamous for his law breaking effort to break the police line twice. If bersih or lawyers or protes, he would have been charged. This has put the party and police into an embarassing situation to answer.

    All the qualities he seemed to have does not have that most important and pertinent ingredient of leadership …. SINCERITY.

    Mukhriz has sincerity, maturity and experiance. If Pemuda UMNO delegates does not see any importance in that, lets pray for our country. Thats all we have left to face the inevitable “Philippin”isation of Malaysia.

  3. Macam inilah pemimpin UMNO yang kita mahu! Prihatin kepada orang yang amat memerlukan dan melaksana tanggung jawab, tanpa memikirkan kepentingan politik sendiri, tatkala pemimpin pemimpin Pemuda UMNO lain sibuk dikawasan masing masing mempersiapkan/’memasang badan’ untuk usaha terakhir mencari apa peluang dan ruang dinamakan sebagai calon BN.

    Syabas Dato’ Mukhriz!

    Memang benar Dato’ Mukhriz benar benar mengharumkan nama Negara dan Jalur Gemilang yang tersemat dilengan kanan baju itu!

    Semoga usaha Dato’ Mukhriz dan mereka yang menyumbang melalui Aman Malaysia, termasuk YM Raja Zarith Sofia, diganjarkan Allah s.w.t.

  4. […] kemanusiaan sampai di Kaherah Perkembangan terkini mengenai missi kemanusiaan Aman Malaysia ke Gaza, yang diketuai Penyelarasnya, Dato’ Mukhriz […]

  5. […] missi keamanan Aman Malaysia ini yang berlepas dari KLIA petang Khamis, 7 Februari 2008 akan bertolak balik ke Kuala Lumpur malam esok (waktu Mesir). Published […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: